Anda di halaman 1dari 4

Disediakan oleh : Cikgu Shazlinda

Tarikh : 25/03/2021

Kata Hubung
1)      Digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat
dengan ayat.
2)      Contoh:
-  Emak membeli baju dan seluar (penggabungan kata)
-  Ali kurus tetapi tidak boleh berlari (penggabungan frasa)
-  Ali mengemop lantai sementara Ahmad mengelap tingkap. (penggabungan ayat)

3)      Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :

 Kata hubung gabungan

 Kata hubung pancangan

 Kata hubung berpasangan

Kata Hubung Contoh


Gabungan
Atau Saya hendak makan mi atau nasi lemak.

Dan Saya dan adik bermain di taman.

Lalu Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian.

Lantas Saya bangun malas dan lantas ke dapur.

Sambil Bapa mendengar radio sambil membaca surat khabar.

Maka Apabila melihat polis telah pergi maka dia pun keluarlah.


Serta Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolah.

Tetapi Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajar.

Sebab Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagi.

Kalau Kamu akan dipenjara kalau melakukan kesalahan.


Supaya Kita harus mandi selalu supaya kelihatan bersih.

Kemudian Sila baca soalan kemudian mula menjawab.

Malahan Usaha Raju tidak diberi perhatian oleh Indra malahan beliau
merasakan ia adalah satu bebanan baginya.
bahkan Datuk saya bukan sahaja tidak tahu menulis, bahkan tidak
tahu membaca.

Kata Hubung Pancangan Contoh

Agar Saya berharap agarkamu dapat datang.

Apabila Saya terkejut apabila mendengar berita itu.

Bahawa Saya yakin bahawa cerita kamu adalah benar.

Biarpun Biarpun dia mengatakan saya, saya tetap betul dalam hal


ini.
Hingga Saya belajar hingga ke peringkat universiti.

Jika Jika kamu larang saya, kamu akan terima padahnya.

Kecuali Jawab semua soalan kecuali soalan dua.

Kerana Dia sakit hati kerana kenakalan anaknya.

Ketika Ketika menunggu kamu, saya hampir tertidur.

Lantaran Lantaran kes ini, saya rasa Ali bersalah.

Manakala Saya membaca buku manakala adik sedang bermain.

Meskipun Dia berasa mengantuk meskipun malam itu baru pukul


lapan.
Sebelum Sebelum melintas jalan raya, pelajar itu melihat ke kiri
dan ke kanan dahulu.
Sejak Sejak dia berpindah rumah, perangainya sudah berubah.
Sehingga Kamu hendaklah menyiapkan kerja sekolah
sehingga habis.
Sekiranya Sekiranya dia datang, berikan nota ini kepadanya.

Selagi / seraya Selagi/Seraya ayah tidur, jangan buat bising.

Semenjak Semenjak kematian ibu bapanya, kehidupan dia tidak


teratur.
Sementara Dia bekerja sambilan sementara menunggu keputusan
SPM.
Setelah Setelah kerja sekolah siap, kamu pergi mandi dahulu.

Selama Selama ini saya mencari kamu.

Tatkala Saya dan Ali berada di situ tatkala peristiwa itu berlaku.

Walaupun Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu.

Sungguhpun Sungguhpun buta, orang itu mampu berdikari.

Yang Saya ialah seorang pelajar yang cemerlang.

Jikalau Jikalau kamu pergi, saya pun akan pergi juga.

Andai “Andai itu takdirnya, saya terima,” kata Ali kepada Abu.

Untuk Saya berbuat begitu untuk kebaikan kamu.

Kata Hubung Berpasangan Contoh

Baik…ataupun Baik kamu mengaku ataupun kamu dipukul.

Baik…baik Baik Ali, baik adiknya sama-sama pintar.

Baik…mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong-


royong membersihkan balai raya itu.
Bukan saja…bahkan juga Ali bukan sahaja nakal bahkan juga selalu ponteng
sekolah.
Bahkan sahaja…tetapi juga Ali bukan sahaja nakal tetapi juga pandai belajar.

Jangankan…pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tiada.

Sedangkan…apatah lagi Sedangkan dia seorang yang malas apatah lagi adiknya

Semakin…semakin Encik Ali semakin kaya semakin pemurah.

Sungguhpun…namun Sungguhpun dia rajin belajar namun peperiksaannya


tetap gagal.
Sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.

Walaupun...namun Walaupun dia buta namun dia tetap gigih berusaha.

Sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan


pula Bukit Larut.
Sama ada…ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid
hadir ke sekolah.
Kian…kian Kian lama kian banyak orang ke sana

Entah…entah Khabar angin itu entah betul entah tidak

Bukan…sahaja malah Ali bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

Anda mungkin juga menyukai