Anda di halaman 1dari 3

Kata Hubung

1)      Digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat

2)      Contoh:

a)      Emak membeli baju dan seluar (penggabungan kata)

b)      Ali kurus tetapi tidak boleh berlari (penggabungan frasa)

c)      Ali mengemop lantai sementara Ahmad mengelap tingkap (penggabungan ayat)

3)      Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu

a)      Kata hubung gabungan

b)      Kata hubung pancangan

c)      Kata hubung berpasangan

Kata Hubung Gabungan Contoh

Atau Saya hendak makan mee atau nasi lemak

Dan Saya dan adik bermain di taman

Lalu Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian

Lantas Saya bangun dan lantas ke dapur

Sambil Bapa mendengar radio sambil membaca surat khabar

Maka Apabila melihat polis telah pergi semua maka dia pun


keluarlah

Serta Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolah

Tetapi Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajar

Sebab Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagi

Kalau Kamu akan dipenjara kalau melakukan kesalahan

Supaya Kita harus mandi selalu supaya kelihatan bersih

Kemudian Sila baca soalan kemudian mula menjawab

Malahan Saya disini baik sahaja malahan kamu

bahkan Bahkan kamu menang saya, saya akan berusaha lebih


kuat lagi
Kata Hubung Pancangan Contoh

Agar Saya berharap agarkamu dapat dating

Apabila Saya terkejut apabila mendengar berita itu

Bahawa Saya yakin bahawa cerita kamu adalah benar

Biarpun Biarpun dia mengatakan saya, saya tetap betul dalam hal


ini

Hingga Saya belajar hingga ke peringkat universiti

Jika Jika kamu larang saya, kamu akan terima padahnya

Kecuali Jawab semua soalan kecuali soalan dua

Kerana Dia sakit hati kerana kenakalan anaknya

Ketika Ketika menunggu kamu, saya hampir tertidur

Lantaran Lantaran kes ini, saya rasa Ali bersalah

Manakala Saya membaca buku manakala adik sedang bermain

Meskipun Dia berasa mengantuk meskipun malam itu baru pukul


lapan

Sebelum Sebelum melintas jalan raya, pelajar itu melihat ke kiri


dan ke kanan dahulu

Sejak Sejak dia berpindah rumah, perangainya sudah berubah

Sehingga Kamu hendaklah menyiapkan kerja


sekolahsehingga habis

Sekiranya Sekiranya dia dating, berikan nota ini kepadanya

Selagi / seraya Selagi/Seraya ayah tidur, jangan buat bising

Semenjak Semenjak kematian ibubapanya, kehidupan dia tidak


teratur

Sementara Dia bekerja sambilan sementaramenunggu keputusan


SPM

Setelah Setelah kerja sekolah siap, kamu pergi mandi dahulu

Selama Selama ini saya mencari kamu

Tatkala Tatkala itu anak miskin itu pun masuklah

Walaupun Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu

Sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari

Yang Saya adalah seorang pelajar yangcemerlang

Jikalau Jikalau kamu pergi, saya pun akan pergi juga


Andai Andai kata, kamu yang merosakkan pintu itu

Untuk Saya berbuat begitu untuk kebaikkan kamu

Kata Hubung Berpasangan Contoh

Baik…ataupun Baik kamu mengaku ataupun kamu dipukul

Baik…baik Baik Ali baik adiknya samasama pintar.

Baik…mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong


royong membersihkan balai raya itu.

Bukan saja…bahkan juga Ali bukan saja nakal bahkan juga selalu ponteng sekolah

Bahkan saha…tetapi juga Ali bukan saja nakal tetapi juga pandai belajar

Jangankan…pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pundia tak ada.

Sedangkan…apatah lagi Sedangkan dia seorang yang malasapatah lagi adiknya

Semakin…semakin Encik Ali semakin kaya semakinpemurah

Sungguhpun…namun Sungguhpun dia rajin belajar namunpeperiksaannya


tetap gagal

Sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari

walaupun...namun Walaupun dia buta namun dia tetap gigih berusaha

sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan


pula Bukit Larut

Sama ada…ataupun Guru Besar meminta sama ada bapaataupun ibu murid


hadir ke Sekolah

Kian…kian Kian lama kian banyak orang ke sana

Entah…entah Khabar anghin itu entah betul entah tidak

Bukan…sahaja malah Ali bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

Anda mungkin juga menyukai