Anda di halaman 1dari 25

Simpulan Bahasa.

1. Abang Angkat
Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak
mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat
bernama Hamzah.

2. Abang Ipar
Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau
suami.
Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

3. Abang Kandung
Maksud: Abang yang seibu sebapa.
Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah
kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

4. Abu Angin
Maksud: Telah musnah sama sekali.
ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa
itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.

5. Abu Jahal
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal
pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes
rompakan.
6. Abu Lahab
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

7. Abu Nawas
Maksud: Orang yang suka berhelah.
Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia
pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

8. Ada Akal
Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah
kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.

9. Ada Angin
Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa
tertentu.
Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada
kalanya pula dia marah-marah.

10. Ada Bakat


Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti
melukis, mengarang dan sebagainya.
Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

11. Ada Can


Maksud: Ada peluang.
Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau
perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair.
12. Ada Gaya
Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana
dia tinggi dan tampan.

13. Ada Hati


Maksud: Keinginan.
Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati
hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

14. Ada Jalan


Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai
perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan
membuat pinjaman di bank.

15. Ada-Ada
Maksud: Ada sesuatu.
Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu
sekembalinya dia dari bandar.

16. Adat Balai


Maksud: Adat dalam istana raja.
Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah
menjaga adat balai.

17. Adik Angkat


Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri
tetapi tidak mempunyai pertalian darah.
Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan
dia kepada keluarga kami untuk dipelihara.

18. Adik Ipar


Maksud: Adik kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor.

19. Adik Kandung


Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.
Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya,
Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu.

20. Adu Buku = Beradu Buku


Maksud: Bertinju.
Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.

21. Adu Domba = Mengadu Domba


Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan
seseorang atau kumpulan yang lain. Contoh Ayat: Pendatang
baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di
kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.

22. Adu Kening = Beradu Kening


Maksud: Berhadap-hadapan muka.
Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu
tetapi kami tidak dapat berbual-bual.

23. Adu Lengan = Beradu Lengan


Maksud: Beradu kekuatan.
Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis
itu.

24. Adu Nasib = Mengadu Nasib


Maksud: Mencari rezeki.
Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu
nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.

25. Adu Untung


Maksud: Mencari rezeki.

26. Air Mandi


Maksud: Sudah menjadi kebiasaan.
Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas
matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah
tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.

27. Air Muka


Maksud: a) Wajah b) Maruah
Contoh Ayat:
a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang
dia bermain-main di padang.
b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di
khalayak ramai," kata Imad kepada Husin.

28. Air Pasang


Maksud: Paras air laut yang meningkat.
Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan
ditenggelami air.

29. Air Sembilan


Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat.
Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat
tiba dari hospital.

30. Air Setaman


Maksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk
dibuat mandi.
Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu
dimandikan dengan air setaman.

31. Air Surut


Maksud: Paras air laut yang turun.
Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.

32. Ajak-Ajak ayam


Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya
hanya ajak-ajak ayam.

33. Akal Belut


Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.
Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah
di kawasan ini dengan harga yang murah.

34. Akal Kancil


Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.

35. Akal Sejengkal


Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.
Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan
akal sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain.

36. Alas Cakap


Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama
diperkatakan.
Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi
majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan
diperkatakan.

37. Alas Kata


Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama
diperkatakan.

38. Alas Perut


Maksud: Makan sedikit.
Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut
sebelum ke sekolah.

39. Alih Akal = Beralih Akal


Maksud: Berubah pendapat atau fikiran.
Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke
Sarawak.

40. Alih Angin = Beralih Angin


Maksud: Berpindah tempat tinggal.
Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya
beransur pulih.

41. Alih Muka = Beralih Muka


Maksud: Menyamar.
Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu
supaya tidak dikenali.

42. Alim Kucing


Maksud: Pura-pura baik.
Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung
sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian
di kampungnya.

43. Aliran Masa


Maksud: Perubahan masa.
Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan
kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan aliran masa kini.

44. Aliran Masyarakat


Maksud: Kehendak masyarakat.
Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan
rumit.

45. Ambil Abu


Maksud: Maksud yang tidak kesampaian.
Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing
pulang ambil abu sahaja.
46. Ambil Ada
Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada.
Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di
perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad
kepada murid-muridnya.

47. Ambil Angin


Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih.
Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada
setiap petang.

48. Ambil Bahagian


Maksud: Menyertai.
Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan
pidato peringkat daerah.

49. Ambil Berat


Maksud: Beri perhatian.
Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap
prestasi pelajaran kami.

50. Ambil Haluan = Mengambil Haluan


Maksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya
rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang lumayan.

51. Ambil Hati


Maksud: Berasa tersinggung.
Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia
menasihati untuk kebaikan.

52. Ambil Ibarat


Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan.
Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang
berlaku pada tahun lepas.

53. Ambil Ingatan


Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.
Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat
guru besar dalam perhimpunan pagi tadi.

54. Ambil Muka = Mengambil Muka


Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai.
Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada
bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah dia disukai.

55. Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah


Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan
kejadian itu.

56. Ambil Tahu = Mengambil Tahu


Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di
kawasannya.

57. Anak Adam


Maksud: Umat manusia.
Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak
Adam jika langkah-langkah pencegahannya tidak diambil.

58. Anak Air


Maksud: Sungai kecil.
Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air
yang digunakan untuk mengairi tanaman.

59. Anak Angkat


Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.
Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik
Muthu dan Puan Selvi.

60. Anak Baju


Maksud: Baju dalam.
Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa
memakai anak baju.

61. Anak Buah


Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak
buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah.
Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah
saya siang tadi.

62. Anak bukit


Maksud: Bukit kecil.
Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit
itu.

63. Anak Didik


Maksud: Orang di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada
anak didiknya.

64. Anak Emas


Maksud: Orang yang sangat disayangi.
Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu
kerana kejujuran dan kesetiaannya.

65. Anak Gahara


Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan
Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah.

66. Anak Haram


Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi
hukum agama.
Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan
sulitnya dengan Karim.

67. Anak Jantan


Maksud: Lelaki yang berani.
Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup
berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.

68. Anak Kandung


Maksud: Anak sendiri.
Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan
isteri pertamanya.

69. Anak Kapal


Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.
Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya
berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah.

70. Anak Negeri


Maksud: Penduduk di sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan
diri dalam perusahaan desa.

71. Anak Perahu


Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.

72. Anak Piatu


Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu.
Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa
tinggal di Asrama Bakti.

73. Anak Pungut


Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

74. Anak Tunggal


Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.
Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi
kesayangan ibu bapanya.
75. Anak Tut
Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

76. Angkat Alis = Mengangkat Alis


Maksud: Kehairanan.
Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah
misteri yang dimenanginya.

77. Angkat Bahu


Maksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.
Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya
tentang kucing yang mati itu.

78. Angkat Diri


Maksud: Sombong.
Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak
mahu berkawan dengan kamu, kata Cikgu Karim kepada
Khalid.

79. Angkat Kaki


Maksud: Pergi meninggalkan.
Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya.

80. Angkat Kening


Maksud: Kehairanan.

81. Angkat Mata


Maksud: Menentang sesuatu tindakan.
Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter
ibunya.

82. Angkat Muka


Maksud: Dimanja-manjakan.
Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat
muka.

83. Angkat Nama


Maksud: Terkenal.
Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang
nyanyian.

84.Angkat Senjata
Maksud: Berperang.
Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat
senjata menyerang musuh.

85. Angkat Suara


Maksud: Meninggikan suara.
Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara
apabila bercakap dengan mereka.

86. Angkat Sumpah


Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.

87. Anjing Hitam


Maksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan
keburukannya.
Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang
sering memeras ugut masyarakat pelombong di situ.

88. Anjing Kurap


Maksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.
Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke
sana ke mari.

89. Api Peperangan


Maksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh
memulakan peperangan.
Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah
negara itu boleh menyebabkan tercetusnya api peperangan.

90. Api Percintaan


Maksud: Perasaan cinta yang meluap-luap.
Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila
dan Farid.

91. Arang Di Dahi


Maksud: Mendapat malu.
Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah
pihak mahkamah membuktikan dia tidak bersalah.

92. Arang Di Kening


Maksud: Mendapat malu.

93. Maksud: Arang di muka


Mendapat malu.
94. Asam Garam
Maksud: Pengalaman.
Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang
telah dilalui oleh Pak Dollah.

95. Atas Angin


Maksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.
Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang
untuk melawat negara-negara atas angin.

96. Atas Nama


Maksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.
Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk
Penghulu Kampung Jenerak.

97. Atas Pagar:


Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton
atas pagar kerana meminati kedua-dua pasukan itu.

98. Ayam Jalak:


Maksud: Orang yang berani.
Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga
kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham
dua orang penduduk kampung tersebut.

99. Ayam Tambatan:


Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi
harapan (biasanya dalam pasukan permainan).
Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola
sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.
SIMPULAN BAHASA

1. Air muka – rupa muka yang membayangkan sesuatu


perasaan
2. Air tangan – hasil kerja tangan seseorang
3. Anak buah – pengikut / rakyat/orang yang termasuk
dalam sesuatu keluarga
4. Anak bujang- anak lelaki yang belum berkahwin
5. Anak didik – pengikut seseorang pemimpin yang diasuh
sendiri oleh pemimpin itu.
6. Anak jati –
7. Anak tunggal-
8. Ayam tambatan –orang harapan dalam sesuatu
pertandingan atau perlawanan
9. Berhati walang –bersedih, hiba,dukacita,gelisah, suram
10. Besar hati – bangga dan gembira
11. Buah fikiran – pendapat
12. Bulat hati –lurus hati / bersungguh-sungguh
13. Bulat kata – sudah mencapai kata sepakat
14. Hati terbuka – perasaan senang hati untuk menerima
sesuatu
15. Kera sumbang – orang yang hidup dengan
mengasingkan diri
16. Langkah seribu – melarikan diri dengan sekuat-kuat
hati kerana ketakutan
17. Lapang dada – perasaaan sabar /berasa senang
18. Lupa daratan – tidak tahu mengenang budi dan
kebaikan orang terhadap dirinya
19. Membawa diri –menjauhkan diri/ mengembara
20. Memerah keringat – bekerja keras
21. Menabur bakti – membuat jasa
22. Menambat hati – menarik dan memikat perasaan
23. Menara gading – tempat yang mempunyai
kedudukan yang tinggi seperti universiti
24. Menghulur tangan – memberi pertolongan
25. Murah hati – suka memberi bantuan
26. Orang berada – orang kaya
27. Otak cair – pandai
28. Pasang telinga – mendengar dengan teliti
29. Permata hati – orang kesayangan
30. Rambang mata –rasa sukar untuk memilih sesuatu
yang berada dalam sesuatu kumpulan yang banyak
31. Sekangkang kera – tanah yang sedikita dan tidak luas
32. Tanah air – Negara tempat kelahiran
33. Tangan terbuka – sedia menerima kedatangan
seseorang dengan sukacita / orang yang bermurah hati
atau suka menolong orang lain
34. Tergerak hati –
35. Titik peluh – hasil usaha atau kerja yang dibuat oleh
seseorang tanpa bantuan orang lain.
36. Tulang empat kerat –kegiatan melakukan sesuatu
pekerjaan dengan menggunakan tenaga fizikal

PERUMPAMAAN

1. Bagai aur dengan tebing – hidup bekerjasama dan


bermuafakat
2. Bagai bulan jatuh ke riba –mendapat untung yang besar
3. Bagai dihiris sembilu – sangat pedih rasa dihati
4. Bagai kacang lupakan kulit – tidak mengenang jasa dan
budi orang lain
5. Bagai menatang minyak yang penuh – memelihara
seseorang dengan penuh kasih sayang
6. Bagai tikus jatuh ke beras –mendapat rezeki yang
melimpah ruah/ banyak
BANDINGAN SEMACAM

1. Bijak seperti pendita


2. Cantik seperti bidadari
3. Nipis seperti kertas

PEPATAH

1. Alah membeli menang memakai – biar membeli dengan


harga yang mahal asalkan barang itu tahan lama
2. Alang-alang berdakwat biar hitam- buatlah sesuatu itu
dengan bersungguh-sungguh hingga berhasil
3. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya – sesuatu itu
mengikut asalnya, anak mengikut baka ibu bapanya.
4. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul –
betapa susah kita melihat penderitaan orang lain, susah
lagi orang yang menanggungnya
5. Gunung sama didaki, lurah sama dituruni-susah senang
bersama-sama
6. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing- sikap
bekerjasama dalm membuat sesuatu perkara
7. Berpantang maut sebelum ajal –
8. Biar putih tulang , jangan putih mata-lebih baik mati
daripada tidak dapat apa yang diidamkan
9. Buang yang keruh, ambil yang jernih -berdamai dan
melupakan pertelingkahan
10. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat –kata sepakat diperoleh dengan
bermesyuarat atau berunding
11. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan – jika ada
azam , apa-apa yang dihajati boleh tercapai
12. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung –ikutlah
peraturan dan
13. adat resam tempat kita menetap
14. Enggang sama enggang , pipit sama pipit- berkawan
hendaklah sama taraf atau sama status.
15. Hanya jauhari mengenal manikam – orang yang
pandai sahaja dapat melakukan penilaian dengan tepat.
16. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama – orang yang baik meninggalkan
nama baik dan orang yang jahat akan meninggalkan
nama yang jahat pula setelah meninggal dunia nanti /
orang yang berjasa kepada Negara akan tetap dikenang
sehingga bila-bila, walaupun telah lama meninggal
dunia
17. Hilang di mata di hati jangan –walaupun tinggal
berjauhan dengan saudara mara atau sahabat handai,
tetapi hendaklah selalu mengenangkan mereka.
18. Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri
sendiri,lebih baik negeri sendiri – walaupun kaya dan
senang di negeri orang, lebih baiklah di negeri sendir
19. Jangan berputus asa, hari tidak selamanya panas
20. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang –
pendapatan yang cukup untuk hidup sahaja dan jika
tidak bekerja tidak dapat makan.
21. Melentur buluh biarlah dari rebungnya –melatih atau
mendidik anak hendaklah sejak kecil kerana jika sudah
besar susah hendak mendidiknya.
22. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita
merasa –apabila orang berbudi kepada kita perlulah
dibalas dengan bahasa yang baik.
23. Selagi hayat dikandung badan – selama masih hidup
24. Sesal dahulu pendapatan- berfikirlah dengan teliti
sebelum melakukan sesuatu supaya tidak timbul kesal
akibat perbuatan itu.
25. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas – adat
atau sesuatu yang tetap dengan keutuhannya
26. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak
datang melayang – sesuatu kejayaan tidak akan
diperolehi sekiranya tidak berusaha
27. Yang bulat datang bergolek,yang pipih datang
melayang – seseorang yang bertuah akan mendapat
tuah dengan mudah
28. Yang lama dikelek, yang baharu didukung –

KATA-KATA HIKMAH

1. Bersatu teguh, bercerai roboh


2. Malang tidak berbau
3. Muafakat membawa berkat
4. Pelihara yang lama, pelajari yang baru

SLOGAN

1. Bahasa jiwa bangsa


2. Bangsa membaca bangsa berjaya
3. Minda sihat, emosi stabil
4. Pandu cermat, jiwa selamat
5. Perpaduan teras kejayaan
6. Utamakan barangan buatan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai