Anda di halaman 1dari 7

SIMPULAN BAHASA

1. Abang Angkat
Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai
abang, tetapi tidak mempunyai pertalian
darah dengan orang yang mengakuinya.
Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang
abang angkat bernama Hamzah.

2. Abang Ipar
Maksud: Suami kepada kakak sendiri;
abang kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.
3. Abang Kandung
Maksud: Abang yang seibu sebapa.
Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang
kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa
mereka meninggal dunia.
4. Abu Angin
Maksud: Telah musnah sama sekali.
ContohAyat: Kota yang melambangkan
ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu
angin kerana diserang oleh tentera Tatar.
5. Abu Jahal
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka
akan kebaikan.
Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah
diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki
terlibat dalam beberapa kes rompakan.
6. Abu Lahab
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka
akan kebaikan.
7. Abu Nawas
Maksud: Orang yang suka berhelah.
Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu
Nawas kerana dia pandai berhelah apabila
ditanya tentang sesuatu.

8. Ada Akal
Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu
masalah.
Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk
menyelesaikan masalah kewangan yang
dihadapi oleh ayahnya.
9. Ada Angin
Maksud: Orang yang berperangai luar biasa
pada masa tertentu.
Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya
dia peramah dan ada kalanya pula dia
marah-marah.
10. Ada Bakat
Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu
lapangan seperti melukis, mengarang dan
sebagainya.
Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi
penulis novel.
11. Ada Can
Maksud: Ada peluang.
Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi
orang kaya kalau perniagaan kita ini
berjaya, kata Amin kepada Umair.
12. Ada Gaya
Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan
kebolehannya.
Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi
pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.
13. Ada Hati
Maksud: Keinginan.
Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan
kecil Jaya ada hati hendak membuka
perniagaannya sendiri suatu hari nanti.
14. Ada Jalan
Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan
sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk
membiayai perbelanjaan anaknya di institusi
pengajian tinggi iaitu dengan membuat
pinjaman di bank.

15. Ada-Ada
Maksud: Ada sesuatu.
Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang
diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari
bandar.
16. Adat Balai
Maksud: Adat dalam istana raja.
Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu
hendaklah menjaga adat balai.
17. Adik Angkat
Maksud: Seseorang yang telah diakui
sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai
pertalian darah.
Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya,
ibunya menyerahkan dia kepada keluarga
kami untuk dipelihara.
18. Adik Ipar
Maksud: Adik kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor.
19. Adik Kandung
Maksud: Adik daripada ibu bapa yang
sama; seibu sebapa.
Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari
adik kandungnya, Hasnah yang telah
terpisah sejak sepuluh tahun lalu.
20. Adu Buku = Beradu Buku
Maksud: Bertinju.
Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan
Wahid.
21. Adu Domba = Mengadu Domba
Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau
kumpulan dengan seseorang atau
kumpulan yang lain. Contoh Ayat:
Pendatang baru di kampung itu suka
mengadu domba pemuda di kampung ini
dengan pemuda dari kampung seberang.
22. Adu Kening = Beradu Kening
Maksud: Berhadap-hadapan muka.
Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu

kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat


berbual-bual.
23. Adu Lengan = Beradu Lengan
Maksud: Beradu kekuatan.
Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan
di hadapan gadis itu.
24. Adu Nasib = Mengadu Nasib
Maksud: Mencari rezeki.
Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang
dan cuba mengadu nasib di negara ini
kerana di sini banyak peluang pekerjaan.
25. Adu Untung
Maksud: Mencari rezeki.
26. Air Mandi
Maksud: Sudah menjadi kebiasaan.
Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di
bawah panas matahari sudah menjadi air
mandi kepada Jeha kerana itulah tugas
yang perlu dilakukannya setiap hari.
27. Air Muka
Maksud: a) Wajah b) Maruah
Contoh Ayat:
a) Air muka Munirah menjadi muram apabila
ibunya melarang dia bermain-main di
padang.
b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan
air muka orang di khalayak ramai," kata
Imad kepada Husin.
28. Air Pasang
Maksud: Paras air laut yang meningkat.
Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan
pantai itu akan ditenggelami air.
29. Air Sembilan
Maksud: Air yang digunakan untuk
memandikan mayat.
Contoh Ayat: Air sembilan disediakan
sambil menunggu mayat tiba dari hospital.

30. Air Setaman


Maksud: Air yang bercampur bungabungaan dan limau untuk dibuat mandi.
Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh
bulan itu dimandikan dengan air setaman.

38. Alas Perut


Maksud: Makan sedikit.
Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti
sebagai alas perut sebelum ke sekolah.

31. Air Surut


Maksud: Paras air laut yang turun.
Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai
sewaktu air surut.

39. Alih Akal = Beralih Akal


Maksud: Berubah pendapat atau fikiran.
Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi
berpindah ke Sarawak.

32. Ajak-Ajak ayam


Maksud: Mempelawa secara tidak
bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut
saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.

40. Alih Angin = Beralih Angin


Maksud: Berpindah tempat tinggal.
Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke
Sarawak, penyakitnya beransur pulih.

33. Akal Belut


Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.
Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia
dapat membeli tanah di kawasan ini dengan
harga yang murah.
34. Akal Kancil
Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.
35. Akal Sejengkal
Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih
daripada orang lain.
Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia
selalu menggunakan akal sejengkalnya
untuk menarik perhatian orang lain.
36. Alas Cakap
Maksud: Kata pendahuluan sebelum
persoalan utama diperkatakan.
Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan
oleh pengerusi majlis forum itu menjadi
pencetus kepada persoalan yang akan
diperkatakan.
37. Alas Kata
Maksud: Kata pendahuluan sebelum
persoalan utama diperkatakan.

41. Alih Muka = Beralih Muka


Maksud: Menyamar.
Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika
menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.
42. Alim Kucing
Maksud: Pura-pura baik.
Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di
hadapan orang kampung sedangkan dialah
yang menjadi dalang dalam kes-kes
kecurian di kampungnya.
43. Aliran Masa
Maksud: Perubahan masa.
Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan
diri dengan kemahiran teknologi maklumat
sesuai dengan aliran masa kini.
44. Aliran Masyarakat
Maksud: Kehendak masyarakat.
Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini
lebih mencabar dan rumit.
45. Ambil Abu
Maksud: Maksud yang tidak kesampaian.
Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil,
masing-masing pulang ambil abu sahaja.

46. Ambil Ada


Maksud: Berpuas hati dengan apa yang
ada.
Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang
projek kamu itu di perpustakaan, jangan
ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad
kepada murid-muridnya.

53. Ambil Ingatan


Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan;
memberi perhatian.
Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil
ingatan akan nasihat guru besar dalam
perhimpunan pagi tadi.

47. Ambil Angin


Maksud: Bersiar-siar mengambil udara
bersih.
Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin
di tepi pantai pada setiap petang.

54. Ambil Muka = Mengambil Muka


Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai.
Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka
apabila berada bersama-sama kaum
keluarganya, sebab itulah dia disukai.

48. Ambil Bahagian


Maksud: Menyertai.
Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam
pertandingan pidato peringkat daerah.

55. Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah


Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan
sumpah.
Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa
dia menyaksikan kejadian itu.

49. Ambil Berat


Maksud: Beri perhatian.
Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil
berat terhadap prestasi pelajaran kami.
50. Ambil Haluan = Mengambil Haluan
Maksud: Membuat keputusan dalam
sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil
haluan supaya rancangan kita nanti akan
memberikan hasil yang lumayan.
51. Ambil Hati
Maksud: Berasa tersinggung.
Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan katakatanya kerana dia menasihati untuk
kebaikan.
52. Ambil Ibarat
Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai
teladan.
Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat
daripada kejadian yang berlaku pada tahun
lepas.

56. Ambil Tahu = Mengambil Tahu


Maksud: Memberi perhatian tentang
sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu
tentang aktiviti surau di kawasannya.
57. Anak Adam
Maksud: Umat manusia.
Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan
memusnahkan semua anak Adam jika
langkah-langkah pencegahannya tidak
diambil.
58. Anak Air
Maksud: Sungai kecil.
Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya
ada sebatang anak air yang digunakan
untuk mengairi tanaman.
59. Anak Angkat
Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti
anak sendiri.
Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat
kepada Encik Muthu dan Puan Selvi.

60. Anak Baju


Maksud: Baju dalam.
Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya
supaya sentiasa memakai anak baju.
61. Anak Buah
Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di
bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: a) Halim memikul
tanggungjawab menjaga anak buahnya
semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke
Makkah.
Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah
disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.
62. Anak bukit
Maksud: Bukit kecil.
Contoh Ayat: Rumah Asma terletak
berhampiran anak bukit itu.
63. Anak Didik
Maksud: Orang di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: Guru besar sedang
memberikan taklimat kepada anak didiknya.
64. Anak Emas
Maksud: Orang yang sangat disayangi.
Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak
emas syarikat itu kerana kejujuran dan
kesetiaannya.
65. Anak Gahara
Maksud: Anak raja yang berbondakan
keturunan bangsawan.
Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak
gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku
Puteri Halijah.
66. Anak Haram
Maksud: Anak yang lahir di luar
perkahwinan yang sah dari segi hukum
agama.
Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram
hasil hubungan sulitnya dengan Karim.

67. Anak Jantan


Maksud: Lelaki yang berani.
Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan
kerana sanggup berjuang menegakkan
kebenaran demi maruah keluarganya.
68. Anak Kandung
Maksud: Anak sendiri.
Contoh Ayat: Zainab merupakan anak
kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya.
69. Anak Kapal
Maksud: Orang yang bekerja dalam
sesebuah kapal.
Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak
kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di
benua Eropah.
70. Anak Negeri
Maksud: Penduduk di sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Anak negeri Selangor
digalakkan menceburkan diri dalam
perusahaan desa.
71. Anak Perahu
Maksud: Orang yang bekerja dalam
sesebuah kapal.
72. Anak Piatu
Maksud: Anak yang telah kematian ayah
dan ibu.
Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu
Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti.
73. Anak Pungut
Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti
anak sendiri.
74. Anak Tunggal
Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik
beradik lain.
Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal
dan menjadi kesayangan ibu bapanya.
75. Anak Tut
Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti
anak sendiri.

76. Angkat Alis = Mengangkat Alis


Maksud: Kehairanan.
Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila
melihat hadiah misteri yang dimenanginya.
77. Angkat Bahu
Maksud: Tidak tahu atau tidak
bertanggungjawab.
Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu
apabila ditanya tentang kucing yang mati
itu.
78. Angkat Diri
Maksud: Sombong.
Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti
orang lain tidak mahu berkawan dengan
kamu, kata Cikgu Karim kepada Khalid.
79. Angkat Kaki
Maksud: Pergi meninggalkan.
Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila
Ali mengusiknya.
80. Angkat Kening
Maksud: Kehairanan.
81. Angkat Mata
Maksud: Menentang sesuatu tindakan.
Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat
mata ketika dileter ibunya.
82. Angkat Muka
Maksud: Dimanja-manjakan.
Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang,
barulah dia berani angkat muka.
83. Angkat Nama
Maksud: Terkenal.
Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama
dalam bidang nyanyian.
84.Angkat Senjata
Maksud: Berperang.
Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan
Daha pun angkat senjata menyerang
musuh.

85. Angkat Suara


Maksud: Meninggikan suara.
Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua,
jangan angkat suara apabila bercakap
dengan mereka.
86. Angkat Sumpah
Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan
sumpah.
87. Anjing Hitam
Maksud: Orang jahat yang selalu menunjuknunjukkan keburukannya.
Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi
anjing hitam yang sering memeras ugut
masyarakat pelombong di situ.
88. Anjing Kurap
Maksud: Orang yang dipandang hina
kerana kemiskinannya.
Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing
kurap yang melarat ke sana ke mari.
89. Api Peperangan
Maksud: Perselisihan antara negara yang
biasanya boleh memulakan peperangan.
Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan
kedua-dua buah negara itu boleh
menyebabkan tercetusnya api peperangan.
90. Api Percintaan
Maksud: Perasaan cinta yang meluap-luap.
Contoh Ayat: Api percintaan sedang
membara dijiwa Syakila dan Farid.
91. Arang Di Dahi
Maksud: Mendapat malu.
Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi
Encik Roslan setelah pihak mahkamah
membuktikan dia tidak bersalah.
92. Arang Di Kening
Maksud: Mendapat malu.

Jenerak.
93. Maksud: Arang di muka
Mendapat malu.
94. Asam Garam
Maksud: Pengalaman.
Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam
kehidupan yang telah dilalui oleh Pak
Dollah.
95. Atas Angin
Maksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan
Eropah.
Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami
sekeluarga bercadang untuk melawat
negara-negara atas angin.

96. Atas Nama


Maksud: Menjadi wakil seseorang atau
pertubuhan.
Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat
ini atas nama Tuk Penghulu Kampung

97. Atas Pagar:


Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana
pihak.
Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya
hanya penonton atas pagar kerana
meminati kedua-dua pasukan itu.
98. Ayam Jalak:
Maksud: Orang yang berani.
Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak
Kampung Pegaga kerana telah berjaya
menangkap buaya yang telah membaham
dua orang penduduk kampung tersebut.
99. Ayam Tambatan:
Maksud: Orang yang banyak pengalaman
dan menjadi harapan (biasanya dalam
pasukan permainan).
Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam
tambatan pasukan bola sepak negeri Johor
kerana kehandalannya menjaringkan gol.

Anda mungkin juga menyukai