Anda di halaman 1dari 6

SIMPULAN BAHASA 9.

Ada Angin
Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.
1. Abang Angkat Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula
Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai dia marah-marah.
pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah. 10. Ada Bakat
Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang
dan sebagainya.
2. Abang Ipar Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.
Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar. 11. Ada Can
Maksud: Ada peluang.
3. Abang Kandung Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita
Maksud: Abang yang seibu sebapa. ini berjaya, kata Amin kepada Umair.
Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu
bapa mereka meninggal dunia. 12. Ada Gaya
Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
4. Abu Angin Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan
Maksud: Telah musnah sama sekali. tampan.
ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah
menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar. 13. Ada Hati
Maksud: Keinginan.
5. Abu Jahal Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. perniagaannya sendiri suatu hari nanti.
Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi
kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan. 14. Ada Jalan
Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
6. Abu Lahab Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

7. Abu Nawas 15. Ada-Ada


Maksud: Orang yang suka berhelah. Maksud: Ada sesuatu.
Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia
apabila ditanya tentang sesuatu. dari bandar.

8. Ada Akal 16. Adat Balai


Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah. Maksud: Adat dalam istana raja.
Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.
dihadapi oleh ayahnya.
17. Adik Angkat
Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak
mempunyai pertalian darah.
Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah
keluarga kami untuk dipelihara. menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya
setiap hari.
18. Adik Ipar
Maksud: Adik kepada isteri atau suami. 27. Air Muka
Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor. Maksud: a) Wajah b) Maruah
Contoh Ayat:
19. Adik Kandung a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-
Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa. main di padang.
Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak
terpisah sejak sepuluh tahun lalu. ramai," kata Imad kepada Husin.

20. Adu Buku = Beradu Buku 28. Air Pasang


Maksud: Bertinju. Maksud: Paras air laut yang meningkat.
Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid. Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air.

21. Adu Domba = Mengadu Domba 29. Air Sembilan


Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat.
kumpulan yang lain. Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari
mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung hospital.
seberang.

22. Adu Kening = Beradu Kening 30. Air Setaman


Maksud: Berhadap-hadapan muka. Maksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.
Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air
tidak dapat berbual-bual. setaman.

23. Adu Lengan = Beradu Lengan 31. Air Surut


Maksud: Beradu kekuatan. Maksud: Paras air laut yang turun.
Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu. Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.

24. Adu Nasib = Mengadu Nasib 32. Ajak-Ajak ayam


Maksud: Mencari rezeki. Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-
negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan. ajak ayam.

25. Adu Untung 33. Akal Belut


Maksud: Mencari rezeki. Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.
Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini
dengan harga yang murah.
26. Air Mandi
Maksud: Sudah menjadi kebiasaan. 34. Akal Kancil
Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.
44. Aliran Masyarakat
35. Akal Sejengkal Maksud: Kehendak masyarakat.
Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain. Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit.
Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal
sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain. 45. Ambil Abu
Maksud: Maksud yang tidak kesampaian.
36. Alas Cakap Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu
Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan. sahaja.
Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu
menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan. 46. Ambil Ada
Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada.
37. Alas Kata Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan,
Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan. jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.

38. Alas Perut 47. Ambil Angin


Maksud: Makan sedikit. Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih.
Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang.
sekolah.
48. Ambil Bahagian
39. Alih Akal = Beralih Akal Maksud: Menyertai.
Maksud: Berubah pendapat atau fikiran. Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat
Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak. daerah.

40. Alih Angin = Beralih Angin 49. Ambil Berat


Maksud: Berpindah tempat tinggal. Maksud: Beri perhatian.
Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih. Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran
kami.
41. Alih Muka = Beralih Muka
Maksud: Menyamar. 50. Ambil Haluan = Mengambil Haluan
Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak Maksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
dikenali. Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti
akan memberikan hasil yang lumayan.
42. Alim Kucing
Maksud: Pura-pura baik. 51. Ambil Hati
Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan Maksud: Berasa tersinggung.
dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya. Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati
untuk kebaikan.
43. Aliran Masa
Maksud: Perubahan masa. 52. Ambil Ibarat
Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan.
maklumat sesuai dengan aliran masa kini. Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada
tahun lepas. Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya
53. Ambil Ingatan semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah.
Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian. Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang
Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam tadi.
perhimpunan pagi tadi.
62. Anak bukit
54. Ambil Muka = Mengambil Muka Maksud: Bukit kecil.
Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai. Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu.
Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum
keluarganya, sebab itulah dia disukai. 63. Anak Didik
Maksud: Orang di bawah jagaan kita.
55. Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya.
Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu. 64. Anak Emas
Maksud: Orang yang sangat disayangi.
56. Ambil Tahu = Mengambil Tahu Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran
Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara. dan kesetiaannya.
Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya.
65. Anak Gahara
57. Anak Adam Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
Maksud: Umat manusia. Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan
Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika Tengku Puteri Halijah.
langkah-langkah pencegahannya tidak diambil.
66. Anak Haram
58. Anak Air Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum
Maksud: Sungai kecil. agama.
Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan
digunakan untuk mengairi tanaman. Karim.

59. Anak Angkat 67. Anak Jantan


Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri. Maksud: Lelaki yang berani.
Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang
Selvi. menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.

68. Anak Kandung


60. Anak Baju Maksud: Anak sendiri.
Maksud: Baju dalam. Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri
Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak pertamanya.
baju.
69. Anak Kapal
61. Anak Buah Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.
Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang
menjejakkan kaki di benua Eropah. 79. Angkat Kaki
Maksud: Pergi meninggalkan.
70. Anak Negeri Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya.
Maksud: Penduduk di sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam 80. Angkat Kening
perusahaan desa. Maksud: Kehairanan.

71. Anak Perahu 81. Angkat Mata


Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal. Maksud: Menentang sesuatu tindakan.
Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya.
72. Anak Piatu
Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu. 82. Angkat Muka
Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Maksud: Dimanja-manjakan.
Bakti. Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka.

73. Anak Pungut 83. Angkat Nama


Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri. Maksud: Terkenal.
Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian.
74. Anak Tunggal
Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain. 84.Angkat Senjata
Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu Maksud: Berperang.
bapanya. Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata
menyerang musuh.
75. Anak Tut
Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri. 85. Angkat Suara
Maksud: Meninggikan suara.
76. Angkat Alis = Mengangkat Alis Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila
Maksud: Kehairanan. bercakap dengan mereka.
Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah misteri yang
dimenanginya.
86. Angkat Sumpah
Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
77. Angkat Bahu
Maksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab. 87. Anjing Hitam
Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya tentang kucing Maksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya.
yang mati itu. Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering memeras
ugut masyarakat pelombong di situ.
78. Angkat Diri
Maksud: Sombong. 88. Anjing Kurap
Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan Maksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.
dengan kamu, kata Cikgu Karim kepada Khalid. Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke sana ke mari.
Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar
89. Api Peperangan kerana meminati kedua-dua pasukan itu.
Maksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan
peperangan. 98. Ayam Jalak:
Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh Maksud: Orang yang berani.
menyebabkan tercetusnya api peperangan. Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah
berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk
90. Api Percintaan kampung tersebut.
Maksud: Perasaan cinta yang meluap-luap.
Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid. 99. Ayam Tambatan:
Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya
91. Arang Di Dahi dalam pasukan permainan).
Maksud: Mendapat malu. Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri
Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol
mahkamah membuktikan dia tidak bersalah.

92. Arang Di Kening


Maksud: Mendapat malu.

93. Maksud: Arang di muka


Mendapat malu.

94. Asam Garam


Maksud: Pengalaman.
Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh
Pak Dollah.

95. Atas Angin


Maksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.
Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat
negara-negara atas angin.

96. Atas Nama


Maksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.
Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu
Kampung Jenerak.

97. Atas Pagar:


Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Anda mungkin juga menyukai