Anda di halaman 1dari 6

1.

BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT MANUSIA KERANA


MUAFAKAT
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Contoh: Semua orang telah member kata sepakat dalam mersyuarat itu. Bak
kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat.

2. BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING


Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Contoh: Orang kampung sedang menjalankkan derma dari rumah ke rumah
untuk disumbangkan kepada keluarga mangsa kebakaran kampung itu, pak Ali.
Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

3. BARA YANG DIGENGGAM BIAR SAMPAI JADI ARANG


Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga
mencapai kejayaan.
Contoh: Untuk mencapai kejayaan, kita mestilah sentiasa bersabar dan terus
berusaha bak kata pepatah bara yang digenggam biar sampai jadi arang.

4. BAGAI KACA TERHEMPAS KE BATU


Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Contoh : Perasaan mak Timah bagai kaca terhempas ke batu apabila
anaknya yang dijaga dari kecil itu menengkingnya.

5. MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA


Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Contoh : Pak Najib menyesal tidak mengajar anaknya akhlak yang baik dari kecil
lagi. Kini dia sedar bahawa kalau melentur buluh biar dari rebungnya.

6. DUDUK SAMA RENDAH, BERDIRI SAMA TINGGI


Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Contoh: Dato Hassan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi apabila
berada di dalam persandingannya walaupun isterinya merupakan orang
kampung yang biasa.
7. SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Contoh: Ahmad selalu dibuli oleh abang – abang tirinya. Dia seperti lembu
dicucuk hidung.

8. DAYUNG SUDAH DI TANGAN, PERAHU SUDAH DI AIR


Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Contoh: Amin hanya menunggu masa untuk masuk meminang gadis
idamannya kerana semua persiapan dan keperluannya sudah lengkap bak
kata pepatah dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.

9. TAK LAPUK DEK HUJAN, TAK LEKANG DEK PANAS


Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Contoh: Khalil tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas walaupun sudah
ditegur beribu-ribu kali. Dia tetap dengan perangainya.

10. BAGAI AUR DENGAN TEBING


Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling
membantu.
Contoh: Persahabatan Ali dan Ahmad tetap bagai aur dengan tebing walau
sebesar mana pun masalahnya, mereka akan tempuhinya bersama-sama.

11. HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI,


LEBIH BAIK DI NEGERI SENDIRI
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri
lebih baik lagi.
Contoh: Walaupun dia berasa gembira dapat melanjutkan pelajarannya ke luar
negara, tetapi dia sering teringatkan tanah airnya. Jadi benarlah bak kata
pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih
baik di negeri sendiri.
12. KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI
PANTAI
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan
melakukan sesuatu yang susah.
Contoh: “ Tak perlulah kau ke sana jika itu akan membawa masalah kepada
kau kelak. Bak kata pepatah kalau takut dilambung ombak, jangan berumah
di tepi pantai.

13. INDAH KHABAR DARIPADA RUPA


Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Contoh: Iklan - iklan yang dipaparkan di kaca televisyen langsung tidak sama
seperti apa yang dipaparkan. Ianya indah khabar dari rupa.

14. HATI GAJAH SAMA DILAPAH, HATI KUMAN SAMA DICECAH


Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Contoh: Semasa di pulau itu, mereka berkongsi semua makanan yang mereka
ada bersama – sama. Bak kata pepatah hati gajah sama dipapah, hati
kuman sama dicecah.

15. .BUKIT SAMA DIDAKI, LURAH SAMA DITURUNI


Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
Contoh: Persahaban antara Ali dan Abu sangat kuat. Mereka menempuh
segala pahit manis bersama. Bak kata pepatah bukit sama didaki, lurah
sama dituruni.

16. KACANG LUPAKAN KULIT


Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah
menolongnya setelah mendapat kesenangan.
Contoh: Sejak Radzi berjaya dalam hidupnya, dia tidak pernah pulang ke
kampung halamannya. Dia malu jika masyarakat tahu bahawa dia berasal
daripada sebuah keluarga kampung yang miskin. Sikap Radzi bagaikan
kacang lupakan kulit.
17. DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
Contoh: Robert menjalani hidup mengikut adat resam penduduk setempat
kerana baginya di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

18. MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK, MASUK KANDANG


KERBAU MENGUAK
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Contoh: Andrew terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan setempatnya
kerana baginya masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang
kerbau menguak.

19. IBARAT TELUR SESANGKAK, PECAH SEBIJI, PECAH SEMUA


Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain
yang menerima akibatnya..
Contoh: Untuk merentasi sungai yang deras ini, mereka memerlukan
kerjasama yang kuat kerana kesilapan seorang boleh menjejaskan semua
orang ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.

20. KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN DAPAT SAGUNYA


Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan
bersusah payah
Contoh: “ Man, kalau kau tak nak berusaha, sampai bila pun kau tak akan
berjaya. Bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya.

21. BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KE TEPIAN,


BERSAKIT-SAKIT DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan
pada kemudian hari.
Contoh: Jika kita hendak merasai kesenangan pada masa hadapan, kita
haruslah bertungkus-lumus berusaha daripada sekarang bak kata pepatah
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian.
22. YANG BULAT TIDAK DATANG MENGGOLEK, YANG PIPIH TIDAK
DATANG MELAYANG
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Contoh: Tiada kejayaan tanpa usaha kerana yang bulat tidak datang
bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

23. SEDIKIT-SEDIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT


Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
Contoh: “ Sehari aku simpan 20sen pun cukuplah kerana sedikit – sedikit
lama-lama jadi bukit.”

24. BAK CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN


Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Contoh: Suasana di stadium sesak dengan orang ramai bak cendawan
tumbuh selepas hujan.

25. YANG KITA KEJAR TAK DAPAT, YANG KITA KENDONG PULA
BERCICIRAN
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang
sudah di tangan hilang pula.
Contoh: “Apalah nasibku. Bahasa Melayu dah dapat A, Matematik pula dapat
B”

26. BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT


Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
Contoh: Majlis perkahwinan Hanim dibuat mengikut adat pepatih kerana
menurut kehendak neneknya. Bagi neneknya, biar mati anak, jangan mati
adat.

27. SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN


Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
Contoh: Kita haruslah sentiasa berhati-hati kerana malang tidak berbau. Oleh
itu, sediakan payung sebelum hujan.
28. YANG LAMA DIKELEK, YANG BAHARU DIDUKUNG
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang
baharu.
Contoh: Hanafi telah pun menyesuaikan dirinya di tempat yang baru tetapi dia
tidak pernah melupakan asal usulnya bak kata pepatah yang lama dikelek,
yang baharu didukung.

29. ADA GULA ADA SEMUT


Maksud: Tempat yang menjadi tumpuan kerana ada benda yang menarik
Contoh: Ramai buruh asing datang ke Malaysia kerana ada gula ada semut

30. ROSAK BADAN KERANA MULUT


Maksud: Mendapat masalah akibat terlanjur kata
Contoh: Sikap Mak Minah yang suka mengumpat tidak ubah seperti rosak
badan kerana mulut kerana telah dilempang oleh orang yang diumpatnya.

Anda mungkin juga menyukai