Anda di halaman 1dari 3

1.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat


Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Contoh ayat : Setiap ahli mesyuarat kampung bersetuju dengan cadangan ketua
kampung untuk membina surau di kampung itu bak kata pepatah, "bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Contoh ayat : Walaupun Amin pernah bergelar banduan, namun ibu bapanya masih
menerimanya kerana Amin tetap darah daging mereka.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Contoh ayat : Komuniti madani kini perlu menerapkan nilai-nilai murni seperti bantu-
membantu dalam hidup bermasyarakat bak kata peribahasa Melayu, berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing.

4. Meninggi diri
Maksud : Sombong
Contoh ayat : Kedudukan keluarganya yang berada menyebabkan Aleen suka
meninggi diri sehingga dia disisihkan oleh kawan-kawan di sekolahnya.

5. Bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
Contoh ayat: Oleh sebab dia sering bermuka dua, kini tidak ada sesiapa lagi yang
mepercayai kata-katanya walaupun dia bercakap benar.

6. Baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Contoh ayat : Pak Su memang terkenal sebagai seorang yang sangat baik hati dan
pemurah kerana sering menolong penduduk kampung yang ditimpa musibah.

7. Tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
Contoh ayat : Ketiadaan tulang belakang pasukan bola sepak negara iaitu Safee Sali
sedikit sebanyak merencatkan corak serangan skuad Harimau Malaya ketika
menentang pasukan Singapura malam tadi.

8. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang


Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai
kejayaan.
Contoh ayat : Ibu sering berpesan agar saya tidak berputus asa dalam mengerjakan
sesuatu tugas walaupun berat seperti kata peribahasa, bara yang digenggam biar
sampai jadi arang.

9. Bagai kaca terhempas ke batu


Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Contoh ayat : Kata-kata hinaan yang dihamburkan oleh teman rapatnya
menyebabkan hatinya bagai kaca terhempas ke batu.

10. Melentur buluh biarlah dari rebungnya


Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Contoh ayat : Sikap menabung perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka
kecil bak kata orang tua-tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

11. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi


Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat.
Contoh ayat : Pencapaian cemerlang Malaysia dalam pelbagai bidang telah
melonjakkan nama Malaysia sehingga mampu duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan negara maju yang lain.

12. Seperti lembu dicucuk hidung


Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang.
Ayat contoh : Sikap Lim yang seperti lembu dicucuk hidung menyebabkan dia sering
dibuli oleh rakan-rakannya.

13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing


Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Contoh ayat : Dalam merealisasikan hasrat negara menjelang Wawasan 2020,
setiap pihak perlu bahu-mebahu agar yang berat sama dipikul,yang ringan sama
dijinjing.

14. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air


Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Ayat contoh : Rohayu berasa sangat gembira apabila impiannya untuk bergelar
seorang guru sudah terlaksana ibarat dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.

15. Terang hati


Maksud : Lekas pandai.
Ayat contoh : Amat mudah untuk mendidik pelajar yang terang hati kerana
penerangan yang dibuat oleh guru mudah difahami dan tidak perlu diulang berkali-kali.

16. Rendah hati


Maksud : Tidak sombong
Ayat contoh : Perwatakan Salim yang rendah hati dan mudah mesra menyebabkan
dia terkenal dalam kalangan guru dan pelajar di sekolahnya.

17. Murah hati


Maksud : Pemurah.
Ayat contoh : Sifat murah hati tidak akan menyebabkan sesorang itu menjadi miskin
malah rezeki yang diperoleh akan bertambah dengan kehendak Allah.

18. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas


Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Ayat contoh : Peribahasa Melayu memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
dan sering menjadi wahana pemangkin bangsa.

19. Tangan kosong


Maksud : Hampa.
ayat contoh : Ramai peminat bola sepak terpaksa pulang dengan tangan kosong
apabila tiket habis dijual.

Anda mungkin juga menyukai