Anda di halaman 1dari 3

SELOKA BOROS DAN JIMAT (BUKU NILAI INSAN) SPM

PUISI TRADISIONAL SELOKA BOROS DAN JIMAT NILAI INSAN SPM

MAKSUD

Katakanlah kau ada


Emas bertimbun,
Ataupun beras beguni, berkampit, berkarung,
Wang penuh di gedung, padat di kantung.

Seloka ini memberitahu sekiranya anda ada emas bertimbun atau beras berguni, berkampit, berkantung
dan wang sangat banyak penuh dalam simpanan

Tetapi jika ditabur habur, diborosi,


Semuanya segera juga akan habis pergi.

Pada rangkap ini, penulis memberitahu walaupun ada yang dan beras berguni namun jika boros ia akan
tetap akan habis.

Walaupun beras, tak terbilang ulasnya,


Akan timpas juga, tak tingga sebiji.

Walaupun beras terlalu banyaknya tetap akan licin dan habis juga jika tidak berjimat cermat

Begitulah tetap akan akibatnya,


Kalau bersifat boros dan habur;
Jimat cermat sahaja akan ubatnya,
Jika tak mahu harta terkubur.

Itulah kesan sekiranya kita bersikap boros dan berbelanja secara tidak berhemah. Sikap berjimat cermat
sahaja cara untuk kita tetap berharta dan ada sentiasa.

Bidal Melayu sedia berkata:


Nak kaya berdikit-dikit,
Nak ramai bertabur urai;
Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.

Bidalan Melayu ada mengatakan jika hendak kaya raya berdikit-dikit, jika hendak disukai ramai bertabur
urai, masa mewah ramai kawan bila jatuh miskin tinggal keseorangan. Bidalan ini menasihati agar kita
berhati-hati dalam berbelanja dan harus bersikap jimat cermat.

TEMA
Seloka Boros dan Jimat bertemakan kepentingan mengamalkan jimat cermat dalam kehidupan. Sikap
boros dan jimat adalah satu sikap yang menentukan cara kita mengurus diri dalam perbelanjaan kita
dalam keseharian-harian. Jika kita boros ia akan habis jika kita berjimat sudah pasti kita akan terjamin
masa depan. Pengurusan kewangan terutamanya perlu dilakukan dengan bijaksana kerana pengguna
bijak adalah pengguna yang berhemah.

PERSOALAN

1) Persoalan pentingnya sikap berjimat cermat dalam perbelanjaan kita. Dengan berjimat cermat kita
akan sentiasa berbelanja dengan baik dan ia sudah pasti menjamin masa depan kita.

2) Persoalan Kebaikan mengurus perbelanjaan dengan baik. Jika kita bijak mengurus perbelanjaan
dengan baik sudah pasti kita akan mempunyai harta dan juga simpanan seperti wang ringgit.

3) Persoalan sikap boros yang akan merugikan diri. Sikap boros adalah satu sikap yang tidak baik kerana
sikap boros akan menyebabkan kita berbelanja sesuka hati tanpa memikirkan kemudian hari. Apa yang
kita miliki sekarang dan kekayaan juga akan habis jika kita tidak menguruskan dengan baik.

4) Persoalan kepentingan bersedekah dan berhemah iaitu kita digalakkan bersedekah dengan membantu
orang lain dan berbelanja dengan berhemah.

5) Persoalan menabung menjamin masa depan. Sikap menabung akan membantu kita pada kemudian
hari, maka hindarilah sikap boros dan mulakan dengan menabung untuk masa depan yang kita tidak
pasti apa yang akan berlaku.

6) Bidalan Melayu ada menasihati supaya kita sentiasa berdikit-dikit dan nak ramai kawan bertabur
urai, namun lumrah hidup apabila kita senang dan hidup mewah akan dikeliling kawan yang ramai, bila
jatuh miskin seorang pun tidak datang menolong. Maka kita harus jadikan bidalan ini sebagai panduan
masa hidup kita ini.

BENTUK

1) Seloka ini mempunyai lima rangkap yang tidak sekata.


2) Seloka ini juga terdiri daripada dua hingga empat baris serangkap.
3) Seloka ini mempunyai dua hingga tujuh perkataan sebaris.
4) Seloka ini mempunyai lima hingga lima belas suku kata dalam sebaris.
5) Seloka ini berbentuk bebas, rima akhir bebas dan tidak sekata

GAYA BAHASA

1) Sinkope iaitu penggunaan penyikatan kata atau singkatan perkataan. Contohnya tak Walaupun
beras, tak terbilang ulasnya,
2) Renponsif
3) Kata ganda
4) Penggunaan imbuhan ber-

NILAI
1) Berjimat Cermat
2) Berhemah
3) Nasihat-Menasihat

PENGAJARAN
1) Kita hendaklah berjimat cermat dalam perbelanjaan.
2) kita perlulah berhemah dalam mengurus kewangan
3) Kita mestilah menabung demi menjamin masa depan
4) kita mestilah hindari sikap boros dan berbelanja secara sambal lewa

Anda mungkin juga menyukai