Anda di halaman 1dari 20

1.

PENGENALAN

Gerakan pemisah di boleh ditakrifkan sebagai sebuah gerakan kebangkitan rakyat atau
kumpulan yang bersifat minoriti terhadap kerajaan yang memerintah di sesebuah negara.
Matlamat utama gerakan ini adalah separatisme atau bermaksud untuk memisahkan wilayah
tuntutan mereka dengan negara induk1. Di Thailand dan Filipina, gerakan pemisah muncul
akibat daripada pencabulan agama Islam oleh kerajaan terhadap kesucian Islam. Rentetan
peristiwa ini, golongan Muslim cuba mendapatkan kembali hak autonomi mereka yang telah
didiskriminasikan agama oleh pihak kerajaan. Namun terdapat juga pertubuhan yang radikal
apabila menjadikan agama Islam sebagai motif perjuangan mereka.
Layanan buruk daripada pihak pemerintah telah menyebabkan timbulnya pelbagai
konflik dan isu yang akhirnya membawa kepada usaha-usaha melawan penindasan yang
berlaku. Jika ditelusuri sejarah pertembungan di Patani , pertelingkahan ini telah mula wujud
sejak tahun 1786 lagi iaitu apabila Kerajaan Melayu Patani kalah kepada kerajaan Siam
dalam perang2. Pemberontakan pernah berlaku di wilayah ini pada tahun 1903 dan 1922 lagi
namun gagal. Pemberontakan ini telah dipimpin oleh Raja Patani yang terakhir iaitu Raja
Abdul Kadir. Pemberontakan yang kedua pula adalah pemberontakan Namsai pada 1922 3.
Sejarah ini telah menunjukkan wujudnya perlawanan di wilayah ini sudah sekian lama lagi.
Perjanjian Bangkok atau Anglo Siamese-Treaty dengan kerajaan Siam pada tahun 19094
memberi kebebasan kepada kerajaan Siam untuk melakukan apa sahaja ke atas negeri Patani
tanpa campurtangan British. Bermula dari ini, kerajaan Siam mula menyentuh soal-soal
budaya, identiti dan pendidikan dalam kehidupan masyarakat di Selatan Thailand 5. Manakala
di Filipina pula, sejarah menunjukkan, pergolakan bermula apabila Sepanyol menjajah
1 Ahmad Omar Chapakia. 2000. Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan
Thailand. Kedah :Pustaka Darul Salam. Hlm. 201
2 Mohd Zamberi A.Malek. 2006. Pensejarahan Patani. Kuala Lumpur : Penerbit
Universiti Malaya. Hlm. 117
3 Budiawan. 2003. Asia Tenggara Konsentrasi Baru Kebangkitan Islam. Bandung :
Fokus Media. Hlm. 262
4A. Malek. 1993. Umat Islam Patani: sejarah dan Politik. Shah Alam: Hizbi
Publlication. Hlm. 318.
5 Ibid.

Filipina dan cuba untuk mengkristiankan penduduk Islam Filipina menggunakan kekerasan.
Hal ini menyebabkan masyarakat Islam Filipina yang dikenali sebagai bangsa Moro
menentang pemerintah Filipina.
Dalam usaha untuk membentuk pemerintahan sendiri, pelbagai gerakan telah muncul
di kedua-dua negarai ini. Sebagai contohnya di Pattani telah muncul Barisan Revolusi
Nasionalis Melayu (BRNM), Patani United Liberation Organization (PULO) dan Barisan
Nasional Pembebasan Patani (BNPN). Manakala di Filipina pula terdapat empat gerakan
yang dapat dilihat bertindak secara aktif dan agresif untuk menjadikan masyarakat Moro
sebagai masyarakat yang merdeka iaitu Muslim Independece Movement (MIM), Moro
National Liberation Front (MNLF), Moro Islamic Liberation Front (MILF) dan Abu Sayyaf.
Dalam tugasan ini, kami akan menganalisis isu-isu yang menyebabkan gerakan pemisah
tercetus di kedua-dua kawasan ini.
2.0

ISU-ISU

YANG

MENYEBABKAB

BERLAKUNYA

GERAKAN

PEMISAHAN
Terdapat

lima

isu

yang

menyebabkan

berlakunya

gerakan

pemisahan di Filipina dan Selatan Thailand yang akan dibincangkan


iaitu isu agama, isu ekonomi, isu kependudukan, isu masalah sosial
dan isu lain-lain seperti isu pendidikan.
2.1

ISU KEAGAMAAN

Isu agama merupakan faktor utama yang menyebabkan tercetusnya


gerakan pemisah di kedua-dua negara ini. Apabila agama Islam
yang dianuti oleh masyarakat Filipina dan Patani dicemari dengan
budaya lain menyebabkan masyarakat yang menganuti agama
Islam bangkit memberontak untuk mempertahankan agama Islam.
Di Filipina kerajaan Filipina telah mengamalkan dasar kristianisasi untuk
mengkristiankan orang-orang Islam di Filipina. Hal ini menyebabkan orang-orang
Islam bangkit menentang pemerintah Filipina. Menurut Sejarah, proses kristianisasi
ini bermula semenjak kedatangan orang Sepanyol ke Filipina pada tahun 1564.
Sepanyol yang dipimpin oleh Maguel Lopez da Legazpi telah membawa enam orang
missionari Kristian telah menakluk Manila iaitu pusat kerajaan Islam pada 1517.

Seperti negara-negara Barat yang lain, kedatangan Sepanyol ke Filipina bukan sahaja
untuk untuk menguasai ekonomi dan politik masyarakat Filipina tetapi juga untuk
memaksa orang-orang Islam di Filipina untuk memeluk agama Kristian.
Dengan bantuan kewangan dan senjata daripada Sepanyol, hampir seluruh
masyarakat Filipina berjaya di kristiankan. Walau bagaimanapun, usaha Sepanyol
tidak benar-benar berjaya. Hal ini disebabkan mereka tidak berjaya mengkristiankan
masyrakat Islam Sulu, Mindanoa dan kawasan sekitarnya. 6 Masyarakat Islam di
kawasan tersebut juga melakukan penentangan sehingga menyebabkan peperangan
dalam jangka masa panjang dengan Sepanyol. Peristiwa kedatangan Sepanyol ini
menjadi sebab kepada kebangkitan gerakan pemisah di Filipina.
Selepas Sepanyol keluar daripada Filipana, Amerika Syarikat pula telah
memasuki Filipina. Pada awal kedatanagan Amerika Syarikat, mereka cuba untuk
berbaik-baik dengan pemimpin Islam. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan campur
tangan dalam peperangan antara Amerika Syarikat dengan pemberontak Filipina.
Walau bagaimanapun, setelah peperangan tersebut berakhir, Amerika Syarikat telah
mencabul perjanjian yang sebelum ini ditandatangani dengan pemimpin Islam. Hal ini
menyebabkan pemimpin-pemimpin Islam menolak semua dasar-dasar yang yang
dilaksanakan oleh Amerika Syarikat.
Wilayah Moro telah dibentuk atas desakan daripada masyrakat Kristian
Filipina yang menginginkan semua jenis cukai di selatan Filipina disalurkan ke
pejabat pusat di Manila. Untuk menghilangkan pengaruh Islam di Filipina, Jabatan
Mindanoa dan Sulu telah ditubuhkan. Melalui jabatan ini, pelajar-pelajar Islam
diwajibkan memasuki sekolah umum dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke
peringkat lebih tinggi.
Setelah Amerika Syarikat mengakhiri penjajahannya ke atas Filipina,
kehidupan masyarakat Moro semakin terhimpit dari segi politik, ekonomi dan
sosial.Hal ini terjadi akibat daripada tindakan kerajaan Filipina yang memberikan
kuasa kepada Biro Suku-suku Bon Kristian (Bureau of Non Christian Tribes) untuk
mengawal penduduk Moro. Walaupun penduduk Moro telah membuat petisyen
supaya mereka boleh membuat kerajaan sendiri, petisyen tersebut ditolak oleh
6 Cesar Adib Majul. 1989. Dinamika Islam Filipina. Jakarta: LP3ES. Hlm. 9 10.

pemirintah Amerika Syarikat. Peristiwa ini mendorong lebih banyak pertumpahan


darah berlaku di selatan Filipina akibat pemberontakan yang dilakukan oleh
masyarakat Moro.
Dalam usaha untuk mententeramkan keadaan, pelbagai usaha telah dilakukan
oleh kerajaan Filipina sehingga hari ini. Sebagai contohnya, pembentukan pemerintah
wilayah yang autonomi, pembentukan kementerian urusan agama islam, pembentukan
badan pengelolo perjalanan haji Filpina dan beberapa usaha lagi dari segi ekonomi
dan sosial.7 Walau bagaimanapun, usaha tersebut tidak menunjukkan perubahan dan
selatan Filipina masih lagi bergolak.
Di Thailand pula, pemerintah Thailand telah memperkenalkan dasar
Rattaniyom. Dasar ini telah diperkenalkan sewaktu pemerintahan Perdana Menteri
Phibun Songkhram bagi sesi yang pertama iaitu antara tahun 1937 sehingga 1944.
Dengan latar belakang berpendidikan Eropah, beliau bercita-cita untuk mengubah dan
membentuk Thailand sebagai sebuah negara maju, moden dan bertamadun tinggi8.
Polisi Rattaniyom ini telah digubal sebagai sebuah ideologi negara9. Matlamat dasar
ini adalah untuk menjadikan hanya ciri-ciri kebudayaan Thai dan agama Buddha
sahaja yang dibenarkan berkembang di Thailand. Semua rakyat Thai tidak kira dari
bangsa atau agama apa sekalipun diwajibkan mematuhi dasar ini. Tujuannya supaya
kebudayaan menjadi prinsip nasional yang dapat dihayati seluruh rakyat tanpa
mengira bangsa dan agama yang mana mencakupi 12 perkara utama dalam dasar ini.
Daripada 12 perkara ini, terdapat tiga perkara yang menyentuh sensitiviti
masyarakat Islam secara langsung terutamannya masyarakat di wilayah Patani yang
berpegang teguh pada ajaran islam dan adat resam melayu. Antara perkara tersebut
adalah pada bilangan 3 iaitu mengenai panggilan nama rakyat. Bilangan 9 mengenai
kedaulatan bahasa Thai dan tanggungjawab warga negara yang baik. Bilangan 10
7 Saifullah Mohd Sawi dan Samsu Adabi Mamat. 2009. Sejarah dan Tamadun
Islam di Asia Tenggara. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd. Hlm. 113
114.
8 Nik Anuar Nik Mahmud dan Mohd.Zamberi A.Malek. 2007. Tamadun dan Sosiopolitik Melayu Patani. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. Hlm. 201.
9 Ibid.

mengenai pakaian rakyat Thailand. Dari segi perlaksanaan, pada tahun 1940, Phibul
menubuhkan

Dewan

Kebudayaan

Thai

atau

Sepa

Watana

Tam

bagi

memperluaskankan fahaman Nasionalisme Kesiaman kepada rakyat di seluruh


negara10. Melalui institusi ini, Phibul mengumumkan tujuh dikri yang berbentuk
arahan perundangan bagi memaksa rakyat mengikut akta-akta yang terdapat dalam
dasar ini.
Di Selatan Thailand, dikri yang diumumkan bertindak menghapuskan bahasa,
bangsa dan budaya Melayu dan ditukar kepada budaya Thai, hukum perkahwinan dan
faraid diketepikan dan diadili oleh mahkamah sivil, pakaian Melayu diharamkan,
nama individu dan tempat ditukar ke nama Siam11. Dari segi pemakaian, mereka
diwajibkan memakai pakaian potongan Barat seperti berseluar dan bertopi bagi lelaki
dan bergaun serta skirt bagi wanita. Manakala amalan harian, mereka diwajibkan
makan dengan sudu dan menggunakan meja. Phibul percaya bahawa kejayaan akan
dapat dicapai melalui rancangan sosio-budaya yang berasaskan konsep nasionalisme,
kebudayaan Siam dan agama Buddha. Rakyat pasti akan bekerjasama untuk
memajukan negara setelah mempunyai satu pegangan satu bangsa dan satu negara dan
saling bertoleransi untuk membangunkan sosio-budaya, ekonomi dan politik.
Akibat dari pelaksanaan dasar ini, kegelisahan rakyat terutamanya penduduk
Melayu Islam di wilayah Patani meningkat. Hal ini kerana, kerajaan telah mengambil
langkah keras iaitu dengan memaksa rakyat untuk taat dan akur kepada dasar yang
dilaksanakan ini. Dalam suatu kes, Gabenor wilayan Patani, Luang Sunavin Vivat
telah mengarahkan pegawai-pegawai Siam-Buddha bertindak kasar dan kejam di
segenap daerah, mukim dan kampung bagi memastikan penduduknya tidak memakai
kain sarong atau tradisi lama ketika berurusan di pejabat-pejabat kerajaan 12. Pernah
terjadi dalam suatu majlis, Gabenor Siam tersebut mengarahkan orang Melayu di

10 Ahmad Omar Chapakia. 2000. Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan
Thailand. Kedah : Pustaka Darul Salam. Hlm. 129.
11 Ibid. Hlm. 130.
12 Nik Anuar Nik Mahmud dan Mohd. Zamberi A.Malek. 2007. Tamadun dan
Sosio-Politik Melayu Patani. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. Hlm. 203.

Patani supaya menghormati patung berhala agama Buddha13. Selain itu, antara kes
lain yang berlaku ialah tangkapan terhadap Tengku Abdul Kadir Petra, anakanda Raja
Teluban berhampiran rumahnya di Pekan Teluban kerana memakai kain sarong ketika
keluar dari rumah14. Beberapa peristiwa yang berlaku akibat dari pengenalan dasar
Rattaniyom ini telah menyebabkan orang Melayu Patani mulai terasa wujudnya
jurang dalam politik Thailand.
2.2

ISU EKONOMI

Masalah ekonomi juga merupakan salah satu isu yang menyebabkan berlakunya
gerakan pemisahan di kedua-dua negara iaitu Filipina dan Selatan Thailand. Hal ini
demikian kerana ekonomi yang stabil merupakan antara penyumbang kepada negara
tersebut untuk membangunkan dan memajukan negara dengan lebih baik. Namun
demikian isu ekonomi yang tidak stabil di dua negara ini menyebabkan timbulnya
gerakan pemisah yang cuba untuk mendapatkan hak-hak mereka yang diabaikan
oleh pihak pemerintah yang mana telah mengamalkan

diskriminasi dalam

pemerintahan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa masyarakat di Filipina dan
Selatan Thailand ini adalah terdiri daripada golongan minoriti Islam. 15 Keadaan ini
menyebabkan mereka ditindas oleh bangsa mereka sendiri sehingga mendorong
mereka melibatkan diri dalam gerakan pemisahan.
Dari perspektif negara Filipina dapat dilihat bahawa isu kelembapan
ekonomi dalam kalangan orang Muslim menjadi pencetus kepada berlakunya
gerakan pemisah di Filipina. Sebenarnya punca konflik di Filipina telah pun bermula
pada tahun 1946, iaitu apabila negara ini mendapat kemerdekaan selepas
pemerintahan Amerika. Walaupun telah mencapai kemerdekaan, namun hak-hak
penduduk Islam atau kaum Moro ini tetap dipinggirkan. Tidak seperti umat Islam di
Mindanao dan Sulu, kebanyakan masyarakat Kristian di Filipina tidak memberikan
sebarang tentangan terhadap kolonialis Amerika dan menerima gabenor yang
13 Ibid.
14 Budiawan. 2003. Asia Tenggara Konsentrasi Baru Kebangkitan Islam. Bandung
: Fokus Media. Hlm. 260.
15Saiful Muzani. (ed). 1993. Pembangunan dan Kebangkitan Islam Di Asia
Tenggara. Indonesia: Pt Pustaka LP3ES. Hlm. 35-39.

mentadbir kehidupan mereka. Amerika telah mendidik para pemimpin Filipina bagi
membentuk sebuah pentadbiran yang pro-Amerika.16 Apabila Amerika Syarikat
berundur, ia telah meninggalkan kuasanya di bawah tangan Filipina, dan menerima
Mindanao dan Sulu sebagai sebahagian daripada Filipina. Jadi, ini secara langsung
telah meletakkan umat Islam di Filipina berada di bawah undang-undang Filipina. 17
Filipina telah mengenakan beberapa polisi yang mampu mengukuhkan lagi
kekuasaannya, dan secara khususnya menidakkan hak kaum Moro di tempat mereka
sendiri.
Diskriminasi dari segi ekonomi ini tampak lebih jelas lagi selepas pemerintahan
Marcos. Pada tahun 1960, Rejim Marcos telah melancarkan polisi dalam bidang
pertanian yang menyebabkan kaum Muslim kehilangan tanah kepada penduduk
Kristian. Polisi baru ini telah membolehkan Filipina merampas 24 hektar tanah,
tetapi ia telah dihadkan kepada 10 hektar bagi kes Moro. Kesannya, berlakulah
perpindahan rakyat Filipina ke kawasan yang mempunyai umat Islam sebagai
penduduk majoriti. Pada dekad di antara 1966 dan 1976, berlaku peningkatan 3.5
juta pendatang rakyat Filipina yang tinggal di kawasan tanah umat Islam sekali gus
mengganggu dominasi kaum Islam Filipina dari kawasan mereka dan menyebabkan
kemunduran ekonomi Islam. Sehubungan dengan itu juga memandangkan kepulauan
Mindanao dan Sulu didominasi oleh penduduk Moro, menyebabkan pihak
pemerintah tidak memberi perhatian kepada wilayah ini. Kesannya menjadikan
wilayah Islam sebagai kawasan yang kurang membangun berbanding wilayah lain di
Filipina.
Pada 1 Mei 1968, Gabenor Cotabato, Datu Udtog Matalam telah menubuhkan
"Pergerakan Kemerdekaan Muslim" (MIM), yang bertujuan untuk mencari
kompromi dengan kuasa pusat di bawah pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos. 18
Namun demikian, ia gagal mendapat sokongan, dan tidak lama kemudian hilang
16 Moeflich Hasbullah. (ed). 2003. Asia Tenggara Konsentrasi Baru Kebangkitan
Islam. Bandung: Fokus Media. Hlm. 243.
17 Ibid. Hlm. 244.
18 Saiful Muzani. (ed). 1993. Pembangunan dan Kebangkitan Islam Di Asia
Tenggara. Indonesia: Pt Pustaka LP3ES. Hlm. 209.

begitu sahaja. Kerajaan pusat tidak menimbangkan langsung perkembangan itu,


sebaliknya melihat ia sebagai satu peluang untuk meningkatkan lagi polisi-polisi
anti-Moro. Pada masa yang sama, Marcos mula mengisytiharkan dirinya sebagai
ketua Pasukan Bersenjata Filipina yang kemudiannya mengumumkan undangundang tentera, dengan bertujuan untuk menghapuskan pergerakan komunis dan
penentang Islam di negara itu. Beliau kemudian menggantung Perlembagaan, dan
akhirnya menjadi seorang pemimpin diktator yang memerintah keseluruhan negara.
Kekejaman pemerintahan Marcos ini telah menyumbang kepada penubuhan Barisan
Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di bawah pimpinan Nur Misuari 19 yang
kemudiannya berjaya ditumbangkan selepas

beberapa pertempuran berdarah di

antara kerajaan dan ahli-ahli MNLF.


Sementara di Selatan Thailand pula, isu ekonomi yang mencetuskan gerakan
pemisahan

adalah

melalui

pelaksanaan

rancangan

pembangunan

ekonomi

kebangsaan yang turut dikenali sebagai Paen Phattana Settekij Haeng Chat.20 Dalam
rancangan ekonomi ini, projek pembukaan tanah di kawasan selatan telah
dilaksanakan yang mana projek tersebut dinamakan Nikom Sang Tonaeng. Projek ini
telah diluluskan pada 3 Mei 1960 dan memberikan tumpuan pada 3 wilayah di
Selatan iaitu Yala, Narathiwat dan Satun. Di wilayah Yala contohnya, sebanyak
20,000 rai tanah telah dibuka. Bagi setiap keluarga yang terpilih dalam projek ini,
mereka akan diberi antara 18 sehingga 25 setiap keluarga. Walaupun tujuan projek
ini adalah untuk membangunkan ekonomi masyarakat dan secara langsung ekonomi
negara, namun beberapa tindakan yang dilakukan dalam menjayakan projek ini telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam masyarakat Islam Selatan Thailand.21
Hal ini demikian kerana majoriti penduduk yang terpilih dalam projek ini
terdiri daripada masyarakat yang beragama Buddha yang mana mereka ini dibawa
khusus daripada kawasan utara Thailand dan dipindahkan ke Selatan. Apabila
19 Moeflich Hasbullah. (ed). 2003. Asia Tenggara Konsentrasi Baru Kebangkitan
Islam. Bandung: Fokus Media. Hlm. 241.
20 Ahmad Omar Chapakia. 2002. Politik Thai dan Sejarah Masyarakat Islam
Patani. Kedah: Pustaka Darul Salam. Hlm. 204
21 Ibid.

tindakan ini dilakukan, masyarakat Islam di kawasan Selatan mula melihat selain
daripada motif ekonomi, tujuan lain projek ini adalah bermotifkan politik. Tujuan
utama kerajaan melaksanakan dasar ini adalah untuk mengimbangkan jumlah
penduduk di Selatan Thailand dan seterusnya memecahkan dominasi majoriti
masyarakat Melayu Islam di Selatan Thailand khususnya wilayah Patani.
2.3

ISU KEPENDUDUKAN

Seterusnya ialah isu kependudukan yang juga perlu dianalisis kerana isu ini turut
menyumbang kepada berlakunya gerakan pemisah. Jika diperhatikan di negara
Filipina, penghijrahan orang-orang Kristian dari Utara Filipina ke Selatan Filipina
telah menyebabkan kebangkitan masyarakat Muslim di Filipina dalam gerakan
pembebasan. Pada mulanya, penjajahan oleh Sepanyol telah menyebabkan berlakunya
asimilasi agama Kristian. Sungguhpun begitu, tidak semua Muslim di Filipina dapat
dikristiankan khususnya umat Islam Sulu, Mindanao dan sekitarnya. Secara umumnya
dapat dikatakan proses kristianisasi ini hanya berlaku di kawasan utara Filipina
sahaja.
Penghijrahan penduduk Kristian dari utara ke selatan secara beramai-ramai ini
telah mewujudkan gerakan pemisah. Gerakan pemisah tersebut seperti gerakan
Muslim Independence Movement (MIM) pada tahun 1969 di Mindanao, Sulu dan
Palalawan. Kemudian gerakan ini telah mengubah namanya kepada Mindanao
Independence Movement. Selain itu, terdapat juga organisasi yang paling radikal iaitu
Union of Islamic Forces and Organization dan Ansar al-Islam22.
Orang Muslim telah menjadi masyarakat yang minoriti di kawasan mereka
sendiri akibat daripada penghijrahan masyarakat utara Filipina. Keadaan ini berlaku
akibat daripada galakan pihak kerajaan bagi mengimbangi demografi penduduk di
Selatan. Hal ini demikian kerana berkait dengan kegagalan pihak Sepanyol dalam
mengkristiankan kawasan selatan dan seterusnya menyebabkan kawasan selatan
dikuasai oleh masyarakat Muslim. Tentera kolonial Sepanyol perlu bertempur
bermati-matian untuk melawan Kesultanan Islam di wilayah selatan Filipina iaitu
Sulu, Manguindau serta Buayan. Walaupun pelbagai cara pihak Sepanyol lakukan
22 Saifullah S.A. 2010. Sejarah dan Kebudayaan Islam di Asia Tenggara.
Yogjakarta : Pustaka Pelajar. Hlm. 133

seperti pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam yang disebut Peristiwa


Jabidah23, keadaan ini tidak menyebabkan masyarakat Muslim selatan untuk
berundur. Malah mereka telah menolak untuk dikristiankan dan bertindak menentang
pihak Sepanyol. Oleh itu, perpindahan orang Kristian dari utara ke selatan ini
diharapkan dapat menyeimbangkan masyarakat Kristian di Selatan.
Kebanjiran penduduk Kristian meningkat dengan mendadak tinggi selepas
tahun 1913 terutamanya ke Mindanao. Masyarakat Islam di selatan Filipina semakin
lama semakin tenggelam akibat kedatangan beramai-ramai orang Kristian. Kesannya,
penduduk Islam telah menjadi penduduk yang minoriti bukannya penduduk yang
majority seperti sebelumnya Islam mendominasi kawasan tersebut. Migrasi besarbesaran ini menyebabkan perubahan demografi penduduk selatan Filipina sehingga
menjadi tembok penghalang dalam mendapatkan kemerdekaan bagi Filipina. Keadaan
inilah yang menyebabkan pihak Muslim di Filipina bangkit dalam gerakan pemisah.
Mereka melakukan ini untuk mempertahankan hak mereka.
Jika dianalisis di Patani pula, isu kependudukan ini dapat dilihat melalui
rancangan pembangunan ekonomi kebangsaan seperti yang diterangkan dalam isu
yang sebelumnya. Berhubung dengan itu, projek pembukaan tanah di kawasan selatan
telah dilaksanakan yang mana projek tersebut dinamakan Nikom Sang Tonaeng.
Penduduk yang terpilih dalam projek ini didominasi oleh penduduk yang beragama
Buddha. Seperti di Filipina, masyarakat Kristian telah dibawa masuk secara beramairamai dari utara Filipina ke selatan Filipina. Keadaan ini menyerupai dengan isu di
Patani iaitu penduduk yang beragama Buddha daripada kawasan utara Thailand telah
dipindahkan ke Selatan.
Kesan yang sama juga turut berlaku di Patani dan Filipina. Keadaan yang
berlaku ini menyebabkan masyarakat Islam di kawasan Selatan mula melihat selain
daripada motif ekonomi, tujuan lain projek ini adalah bermotifkan politik. Tujuan
utama kerajaan melaksanakan dasar ini adalah untuk mengimbangkan jumlah
penduduk di Selatan Thailand dan seterusnya memecahkan dominasi majoriti
masyarakat Melayu Islam di Selatan Thailand khususnya wilayah Patani. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa persamaan tujuan pihak kerajaan dikedua-dua negara iaitu

23 Ibid. Hlm. 132.

Filipina dan Patani yang menginginkan masyarakat Islam di kawasan selatan setiap
negara di kurangkan.
Statistik telah membuktikan masyarakat Buddha ingin menguasai kawasan
selatan Thailand iaitu di Patani. Sejumlah 660,000 orang beragama Buddha telah
dipindahkan ke wilayah di Selatan24. Kesan daripada tindakan ini telah memberi kesan
besar terutamanya dalam soal pertembungan budaya dan masyarakat yang mana
membawa kepada konflik. Selain itu konflik yang ada semakin parah apabila kerajaan
Thailand menggunakan masyarakat Buddha ini sebagai tentera sukarela untuk
mengawal kawasan di Patani ini.
Keadaan ini juga telah menyemarakkan lagi semangat gerakan pemisah.
Gerakan pemisah yang terlibat dapat dalam hal ini adalah seperti Barisan Nasional
Pembebasan Patani. Organisasi ini ditubuhkan di Kelantan pada 10 September 1971
dan diasaskan oleh Tengku Abdul Jalil b. Tengku Al-Mutalib. Organisasi ini
merupakan serpihan Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) disebabkan
krisis mengenai dasar dan strategi perjuangan. BNPP ini tidak bersetuju dengan
ideologi sosialis. Dasar perjuangan organisasi ini adalah kebangsaan Melayu dan
Islam

dan mendapat sokongan padu daripada golongan elit, guru agama dan

golongan intelektual yang berada di Mekah dan Malaysia serta masyarakat Selatan
Thailand. Antara tuntutan BNPP ini ialah menuntut kemerdekaan hak bangsa Melayu
Patani iaitu dalam soal tanah air, agama Islam, bahasa, kebudayaan dan kedaulatan
pemerintah Melayu Patani25. Selain itu BNPP juga cuba mewujudkan sebuah negara
Islam di Patani dan cuba melaksanakan undang-undang sendiri iaitu undang-undang
Islam26. BNPP ini mempunyai strategi yang tersusun rapi seperti mewujudkan sayap
ketenteraan bagi memudahkan urusan pentadbiran organisasi.
2.4

ISU MASALAH SOSIAL

24 Ahmad Omar Chapakia. 2002. Politik Thai dan Sejarah Masyarakat Islam
Patani. Kedah : Pustaka Darul Salam. Hlm. 204
25 Ibid. Hlm. 151.
26 Ibid. Hlm. 152

Isu masalah sosial juga merupakan antara isu yang menyebabkan berlakunya
gerakan pemisahan di kedua-dua negara iaitu Filipina dan Selatan Thailand. Di
Filipina, hubungan dingin antara masyarakat Muslim dan Kristian di
Filipina turut merupakan antara isu yang menyebabkan berlakunya
gerakan pemisahan di Filipina. Hal ini adalah disebabkan oleh
pendudukan Sepanyol di Filipina. Pendudukan Sepanyol telah
menyebabkan penduduk berpecah kepada dua bahagian iaitu
penduduk Muslim dan penduduk Kristian. Untuk menyebarkan
agama Kristian di Filipina yang merupakan antara tujuan utama
penaklukan Filipina oleh Sepanyol, Sepanyol telah melakukan
pelbagai perkara. Antara

perkara

yang telah dilakukan oleh

Sepanyol adalah dengan memberikan hadiah dan kedudukan sosial


kepada penduduk Muslim agar mereka memeluk Kristian.
Penduduk Muslim yang menukar agamanya kepada Kristian
akan dilindungi oleh Sepanyol dan seterusnya menjadi sekutu
Sepanyol dalam meluaskan lagi pengaruh agama Kristian di Selatan
Filipina27 manakala penduduk yang masih beragama Islam dan tidak
menerima agama Kristian, khususnya umat Islam di Sulu, Mindanao
dan kawasan sekitarnya dianggap sebagai musuh dan seringkali
didiskriminasikan oleh Sepanyol28. Sikap berat sebelah

pihak

Sepanyol ini telah menyebabkan wujudnya sentimen permusuhan


antara penduduk Muslim dan penduduk Kristian dan seterusnya
menyebabkan hubungan antara penduduk Muslim dan Kristian
menjadi bermasalah. Selain itu, pihak sepanyol juga menggelar
penduduk Muslim Filipina sebagai Moro. Istilah Moro pada umumnya
bermaksud panggilan kepada orang Islam Sulu, Mindanao dan
Borneo tanpa mengira peringkat pengislaman mereka. 29 Hal ini
27 Saifullah Mohd Sawi dan Samsu Adabi Mamat. 2009. Sejarah dan Tamadun
Islam di Asia Tenggara. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd. Hlm. 104.
28 Ibid
29 Cesar Adib Majul. 1988. Islam di Filipina. Shamsuddin Jaapar (Terj). Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 115.

memburukkan lagi hubungan antara penduduk Muslim dan Kristian


di Filipina. Perkara ini telah membangkitkan semangat penduduk
muslim untuk melakukan gerakan pemisahan.
Selain itu, kemenangan Amerika Syarikat dalam peperangan
antara Amerika Syarikat dengan pemberontak Filipina pada 1899
hingga 1901 juga merupakan antara perkara yang menyebabkan
berlakunya gerakan pemisahan di Filipina. Sewaktu Revolusi Filipina
meletus

pada

tahun

1898,

pemimpin-pemimpin

revolusi

ini

mencuba untuk mendapatkan bantuan daripada orang Islam dalam


perjuangan mereka menentang Sepanyol. Bahkan, mereka juga
telah menyebarkan manifesto kepada datu-datu bahawa pihak
Sepanyol

mencuba

untuk

memusnahkan

ras

bersama

dan

mengatakan bahawa Amerika Syarikat akan mengikut jejak langkah


Sepanyol30. Namun demikian, Amerika Syarikat telah berjaya para
pemimpin Islam agar menerima kekuasaan Amerika. Perjanjian
Bates yang ditandatangani pada 1898 antara Amerika Syarikat
dengan Sultan Sulu merupakan perkara penting yang menyebabkan
pemimpin Islam menerima kekuasaan Amerika Syarikat. Hal ini
kerana isi perjanjian ini menyatakan bahawa Amerika Syarikat tidak
akan campur tangan dalam masalah dalaman umat Islam Sulu, dan
sebaliknya umat Islam juga tidak campur tangan dalam peperangan
antara Amerika Syarikat dengan pemberontak Filipina.31
Namun demikian, setelah peperangan berakhir dan Amerika
Syarikat

berjaya

menewaskan

pemberontak

Filipina

dalam

peperangan antara Amerika Syarikat dengan pemberontak Filipina,


Amerika Syarikat mula merancang untuk menyatukan wilayah Sulu
dan kawasan sekitarnya yang sebelumnya diperintah oleh Sultan
Sulu dan Datu Sulu ke dalam wilayah Filipina. Hal ini akhirnya
30 Ibid. Hlm. 462.
31 Saifullah Mohd Sawi dan Samsu Adabi Mamat. 2009. Sejarah dan Tamadun
Islam di Asia Tenggara. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd. Hlm. 105.

menyebabkan orang Islam di Sulu mula menolak penguasaan


Amerika Syarikat. Hal ini kerana perkara ini bertentangan dengan isi
Perjanjian Bates yang menjelaskan bahawa Amerika Syarikat tidak
akan campur tangan dalam masalah dalaman umat Islam Sulu. Pada
tahun 1901, Panglima Hasan dan pengikutnya telah menyerang
tentera Amerika Syarikat yang diketuai oleh Lt. H.L. Wigmore. 32
Walau bagaimanapun, penentangan ini akhirnya menyebabkan
Panglima Hassan mati terbunuh. Pada tahun 1906 pula, berlaku satu
penentangan yang sangat sengit kepada Amerika Syarikat yang
diketuai oleh Bud Dajo. Peperangan ini melibatkan 790 orang
tentera Amerika Syarikat dan 1000 orang umat Islam. 33 Peperangan
ini telah menyebabkan hampir 600 orang umat Islam yang terdiri
daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak meninggal dunia akibat
terkena serangan tentera Amerika Syarikat dan turut menyebabkan
seramai 18 orang tentera Amerika Syarikat terbunuh dan 52 orang
cedera parah.34 Peperangan ini juga merupakan antara peperangan
yang paling teruk kepada Amerika Syarikat dalam menentang orang
Moro.
Walaupun mendapat banyak tentangan, Amerika Syarikat
tetap meneruskan rancangan mereka untuk menyatukan wilayah
Sulu dan kawasan sekitarnya. Konsep dan gagasan Amerika Syarikat
itu dapat dilihat dalam Philipine Bill pada tahun 1902. Wilayah Islam
Selatan dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Zamboanga, Lanao,
Cotabato, Davao dan Sulu dan akan diperintah oleh Amerika
Syarikat yang bertapak di Manila. Penubuhan wilayah Moro ini
berkait rapat dengan desakan daripada kaum nasionalis Kristian
32 Samuel K. Tan. 2002. The Filipino-American War, 1899-1913. Quezon City :
University of the Philippines Press. Hlm. 166.
33 Saifullah Mohd Sawi dan Samsu Adabi Mamat. 2009. Sejarah dan Tamadun
Islam di Asia Tenggara. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd. Hlm. 106
34 Samuel K. Tan. 2002. The Filipino-American War, 1899-1913. Quezon City :
University of the Philippines Press Hlm. 176.

yang mendesak agar wilayah Moro dimasukkan ke dalam wilayah


Filipina dan seterusnya membolehkan semua jenis cukai yang
dikenakan seperti cukai jalan dan cukai kepala di Selatan Filipina
dapat diperolehi oleh pemerintah pusat di Manila.
Di Patani pula, konflik di kawasan selatan Thailand semakin ketara apabila
berlakunya peristiwa pembunuhan Tuan Guru Haji Sulong bin Abdul Kadir. Beliau
telah dibunuh di Songkhla pada 13 Ogos 1954. Sebelum itu, beliau pernah ditangkap
oleh kerajaan atas alasan memberontak pada 16 Januari 1948 dan dipenjarakan selama
4 tahun 6 bulan. Haji Sulong merupakan seorang pemimpin masyarakat di kawasan
Patani. Apabila kerajaan Phibun memansuhkan Undang-Undang Islam dalam hal
keluarga dan pusaka, masyarakat di Patani telah bersetuju untuk melantik Haji Sulong
sebagai hakim ataupun kadi di wilayah Patani. Walau bagaimanapun, perlantikan ini
dikira tidak sah di sisi undang-undang. Apabila berita penangkapan Haji Sulong
tersebar luas, wujud pelbagai reaksi daripada masyarakat Thailand. Pada 19 Januari
1948, terjadinya demonstrasi di depan Balai Polis Teluban iaitu tempat Haji Sulong
ditahan, namun tuntutan masyarakat untuk mengikat jamin Haji Sulong gagal. Pada
22 Januari 1948, sekali lagi perhimpunan diadakan dan kali ini turut disertai oleh
pemimpin agama di kawasan Patani. Melihat pada keadaan ini, pihak kerajaan mulai
bimbang dan telah memindahkan tahanan ke Wilayah Nakorn Sri Tammarat. Hal ini
telah menyebabkan masyarakat Islam Patani menubuhkan Gabungan Melayu Patani
Raya (GAMPAR) pada pertengahan Februari 1948.
Melihat pada perkembangan ini, pihak kerajaan Thailand semakin bertindak
keras dan kejam terhadap masyarakat di Patani yang bertujuan untuk menakutkan
masyarakat daripada terus menentang kerajaan Thailand. Samart atau Abdul Samad,
ahli parlimen Wilayah Narathiwat telah membuat kenyataan bahawa pada awal tahun
1948, lebih daripada 200 orang Melayu telah dibunuh35. Selain itu, beberapa buah
kampung turut dibakar dan disamun. Kemuncak kepada peristiwa ini adalah
pembunuhan Tuan Guru Haji Sulong bin Abdul Kadir pada 13 Ogos 1954. Walaupun
berlaku banyak pembunuhan yang dilakukan bertujuan untuk menakutkan

35 Ahmad Omar Chapakia. 2000. Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan
Thailand. Kedah: Pustaka Darul Salam. Hlm. 125.

masyarakat, namun sebenarnya tindakan ini telah membuatkan masyarakat semakin


membenci pemerintah dan cuba untuk bangun memberontak.
Selain itu, tragedi Tak Bai juga merupakan antara isu yang menyebabkan
berlakunya gerakan pemisahan di Selatan Thailand. Tragedi ini berlaku pada 24
Oktober 2004 iaitu sewaktu bulan Ramadhan.36 Tragedi ini melibatkan kematian
orang awam secara tragis yang mana mereka diikat tangan, dipukul dan disusun
secara berlapis-lapis dalam trak tentera sehingga menyebabkan sesak nafas dan
kematian. Hal ini disebabkan apabila kerajaan pimpinan Thaksin Shinawatra
melaksanakan dasar memerangi aktiviti berkaitan dadah, penyeludupan dan lain-lain.
Dalam melaksanakan dasar ini, Thaksin menggunakan akta-akta kekerasan seperti
mengisytiharkan darurat kententeraan dengan menghantar ribuan tentera dan polis
bagi mengawal keselamatan orang awam dan mengesan pihak-pihak yang terlibat
dalam menimbulkan huru-hara.
Pihak Keselamatan juga telah diberikan

kuasa untuk menahan atau

menangkap sesiapa sahaja yang disyaki sebagai militan. Mereka yang ditahan tidak
memerlukan waran tangkap dari mahkamah dan boleh ditahan selama 30 hari tanpa
bicara. Disamping itu, pihak berkuasa juga boleh merampas harta benda suspek tanpa
memerlukan waran dan boleh melaksanakan penapisan berita tentang sesuatu kejadian
yang berlaku serta boleh mengharamkan penerbitan tertentu. Semua orang diwajibkan
untuk mendaftar talian telefon bimbit dan pihak berkuasa dibenarkan mencuri dengar
perbualan telefon sesiapa sahaja. Pendekatan ketenteraan yang dibawa oleh Thaksin
ini telah menimbulkan pelbagai insiden yang membawa kepada peningkatan tahap
ketegaangan konflik di wilayah Patani. Peristiwa ini juga telah merakam sejumlah 78
orang Islam telah meninggal dunia ketika ditahan dalam tahanan tentera. Kesan
langsung daripada tragedi ini menyebabkan timbul reaksi melawan sama ada dari
masyakat awam mahupun puak pemisah. Antara tragedi yang sering berlaku adalah
aktiviti pengeboman di kawasan tumpuan awam. Sepanjang Tragedi Tak Bai ini,

36 Mohd Ainuddin Iskandar. 2002. Gerakan Pemisah Asia Tenggara: Satu


Perbandingan Cabaran di Patani,Thailand dan Timor Timur,Indonesia. Jurnal
Pembangunan Manusia. Sekolah Pembangunan Manusia Universiti Utara
Malaysia. Jilid 4 & 5. Hlm. 8

dianggarkan hampir 1000 orang masyarakat awam sama ada yang beragama Islam
mahupun Buddha telah terkorban37.
2.5

ISU LAIN-LAIN

Selain daripada isu-isu yang diterangkan sebelum ini, wujud juga isu
mengenai dasar pendidikan di Selatan Thailand yang menyebabkan
berlakunya gerakan pemisahan. Pada tahun 1961, kerajaan Thailand di
bawah pimpinan Sarit Thanarat telah mengeluarkan akta pendidikan pondok yang
dalam bahasa Siam dipanggil Rabiah Krasuang Suksathikan Wadoi Kan Praprong
Songserm Pono Nai Pak Suksa 2

38

. Kandungan utama akta ini adalah untuk

meletakkan sekolah pondok wujud secara berdaftar di bawah kerajaan. Berdasarkan


Akta Pendidikan 1961, sukatan pelajaran khusus di pondok-pondok akan di sediakan
oleh kerajaan. Dalam menjayakan sukatan pelajaran yang dirancang, kerajaan
menggunakan bantuan kewangan dari kerajaan sebagai senjata39. Setiap pondok
haruslah menerima sistem pendidikan kerajaan yang diajar dalam bahasa Thai jika
mahu mendapatkan bantuan kewangan.
Pihak kerajaan Thailand melihat bahawasanya sekolah pondok ini merupakan
tempat untuk melahirkan gerakan pemisah dan militan. Oleh itu, dengan cara
meletakkan pondok secara berdaftar di bawah pihak kerajaan sahaja dapat membantu
kerajaan mengawal sebarang aktiviti pemisah. Mana-mana sekolah pondok yang tidak
mengikut arahan tersebut tidak akan mendapat bantuan daripada kerajaan dan
diancam penutupan. Guru-guru sekolah pondok juga turut dibawa melawat sekolahsekolah agama di Bangkok untuk mendedahkan dengan sistem pengajaran yang
selaras dengan sistem pendidikan kerajaan. Tujuan utama arahan dibuat adalah
mengawal kegiatan sekolah-sekolah pondok yang dilihat mengancam kestabilan
negara. Tindakan ini telah membuatkan reaksi tidak puas hati masyarakat terutamanya
masyarakt pondok meningkat. Mereka merasakan yang tujuan pelaksanaan akta ini
37 Ibid. Hlm. 9
38 Nik Anuar Nik Mahmud. 1999. Sejarah Perjuangan Melayu Patani.
Bangi:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 140
39 Ibid. hlm 141

adalah untuk menghina dan menghapuskan sistem pendidikan berteraskan Islam dan
Melayu yang digunapakai selama ini.
3.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kemelut ataupun konflik yang berlaku terhadap umat


Islam di Filipina dan Selatan Thailand telah dibincangkan melalui konflik
politik, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, kemelut yang dialami
oleh umat Islam iaitu yang paling utama adalah mengenai isu penyebaran
agama Kristian telah menyebabkan orang Islam terasa diancam dan mula
bertindak balas sama ada terhadap kuasa barat seperti Sepanyol dan
Amerika ataupun kerajaan negara itu sendiri. 40 Berhubung dengan itu, isu
yang sama juga turut berlaku di Patani yang mana proses siamisasi turut
ingin dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Perkara yang membezakan keduadua negara ini hanyalah jenis agama yang ingin di asimilasikan oleh pihak
kerajaan di negara masing-masing. Oleh yang demikian, kesemua usaha
yang dijalankan melalui gerakan pemisahan telah sedikit sebanyak dapat
menyelesaikan konflik yang berlaku terhadap masyarakat Islam di Selatan
Filipina dan Selatan Thailand.
Walaupun

terdapat

gerakan

pemisahan

yang

dilaksanakan

gagal

mewujudkan perdamaian dalam kalangan umat Islam di Selatan Filipina


dan Thailand tetapi masih ada usaha untuk mewujudkan perdamaian dan
mengurangkan diskriminasi yang berlaku ke atas masyarakat di keduadua buah negara. Isu umat Islam sebagai golongan minoriti dalam sebuah
negara sememangnya tidak dapat diatasi kerana sudah menjadi lumrah
bagi golongan minoriti untuk tidak mendapat apa-apa keistimewaan.
Maka, bangsa itu sendiri perlu memajukan bangsanya agar dapat
mengekalkan kedudukan dan juga mendapat hak sebagai seorang
warganegara. Tuntasnya, gerakan pemisah yang wujud dalam kedua-dua
negara ini mendorong kepada gerakan nasioanalis untuk menuntut
kemerdekaan bagi mewujudkan kerajaan sendiri.
40 Fealy Greg dan Hooker Virginia. (ed). 2006. Voices Of Islam In Southeast Asia.
Singapore: Institute Of Southeast Asian Studies. Hlm. 68.

BIBLIOGRAFI
A. Malek. 1993. Umat Islam Patani: sejarah dan Politik. Shah Alam: Hizbi
Publlication.
Ahmad Omar Chapakia. 2000. Politik Thai dan Masyarakat Islam di
Selatan Thailand.
Kedah: Pustaka Darul Salam.
Ahmad Omar Chapakia. 2002. Politik Thai dan Sejarah Masyarakat Islam
Patani. Kedah:
Pustaka Darul Salam.
Budiawan. 2003. Asia Tenggara Konsentrasi Baru Kebangkitan Islam.
Bandung : Fokus
Media.
Cesar Adib Majul. 1988. Islam di Filipina. Shamsuddin Jaapar (Terj). Kuala
Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cesar Adib Majul. 1989. Dinamika Islam Filipina. Jakarta: LP3ES.
Fealy Greg dan Hooker Virginia. (ed). 2006. Voices Of Islam In Southeast
Asia. Singapore:
Institute Of Southeast Asian Studies.
Moeflich Hasbullah. (ed). 2003.
Kebangkitan Islam.
Bandung: Fokus Media.

Asia

Tenggara

Konsentrasi

Baru

Mohd Ainuddin Iskandar. 2002. Gerakan Pemisah Asia Tenggara: Satu


Perbandingan
Cabaran di Patani,Thailand dan Timor Timur,Indonesia. Jurnal
Pembangunan
Manusia. Sekolah Pembangunan Manusia Universiti Utara Malaysia.
Jilid 4 & 5.
Mohd Zamberi A.Malek. 2006. Pensejarahan Patani. Kuala Lumpur :
Penerbit Universiti
Malaya.
Nik Anuar Nik Mahmud dan Mohd.Zamberi A.Malek. 2007. Tamadun dan
Sosio-politik
Melayu Patani. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Nik Anuar Nik Mahmud. 1999. Sejarah Perjuangan Melayu Patani.


Bangi:Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia
Saiful Muzani. (ed). 1993. Pembangunan dan Kebangkitan Islam Di Asia
Tenggara.
Indonesia: Pt Pustaka LP3ES.
Saifullah Mohd Sawi dan Samsu Adabi Mamat. 2009. Sejarah dan
Tamadun Islam di Asia
Tenggara. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.
Saifullah S.A. 2010. Sejarah dan Kebudayaan Islam di Asia Tenggara.
Yogjakarta : Pustaka
Pelajar.
Samuel K. Tan. 2002. The Filipino-American War, 1899-1913.
City : University of
the Philippines Press.

Quezon

Fealy Greg dan Hooker Virginia. (ed). 2006. Voices Of Islam In Southeast
Asia. Singapore: Institute Of Southeast Asian Studies.

Anda mungkin juga menyukai