Anda di halaman 1dari 5

AKU TIDAK BERANI BERJANJI

(Rosli K. Matari)
Maksud

Rangkap Maksud

1 Seorang pemimpin yang tetap pendiriannya dan bebas melakukan apa


sahaja yang difikirkannya
2 Walau pun ada waktunya pemimpin berasa gembira tetapi tidak dapat
dizahirkan atau pun ketika dia sedih dan hanya menerima keadaan tersebut.
3 Pemimpin tetap tabah dan teguh pendirian ketika ditimpa pelbagai ujian
yang cuba menggugat dirinya
4 Pemimpin lebih takut akan balasan yang akan diterimanya sesudah mati
berbanding ancaman daripada orang lain
5 Kadang-kadang pemimpin berasa bimbang untuk menyuarakan sesuatu dan
dibiarkan begitu sahaja
6 Ada kalanya pemimpin terpaksa mengikut kehendak mereka yang dibawah
kepimpinannya walaupun terpaksa berpura-pura
7 Sesekali terpaksa pula menjadi seorang pemimpin yang tegas dan bertindak
keras namun masih menghormati mereka yang di bawah kepimpinannya
8 Begitulah rutin harian yang dijalani oleh seorang pemimpin
9 Pemimpin tidak berani berjanji bahawa semua perkara akan dapat
diatasinya

Tema

Sajak ini bertemakan kejelasan prinsip seseorang pemimpin. Contohnya, Sang Pelita
membiarkan sahaja bayangnya bermain sepuas-puasnya atau membebel sekehendak
hatinya.

Persoalan

1. Jati diri seorang pemimpin. Pemimpin tetap dengan pendiriannya walaupun


menerima pelbagai kritikan atau cemuhan daripada orang bawahannya.
Contoh : Seperti tiap-tiap malam, yang sudah-sudah
Sang Pelita membiarkan sahaja
Bayangnya bermain sepuas-puasnya
Atau membebel sekehendak hatinya
2. Tabah dalam menghadapi dugaan. Pemimpin tetap tabah dengan pelbagai
dugaan yang mendatang.
Contoh: Bahkan, ketika angin mencuri-curi masuk
Sang Pelita berdiam diri sahaja
Tidak peduli sekuat-kuat mana
Bayangnya menjerit-jerit cemas

3. Keinsafan dalam menjalankan tanggungjawab. Pemimpin sedar dan berasa


insaf akan mendapat balasan sekiranya tidak menjalankan tanggungjawabnya
sebagai seorang pemimpin.
Contoh : “Aku ngeri pada maut,
Lebih daripada jeritanmu”

4. Sifat rendah diri dalam diri seorang pemimpin. Pemimpin sedar bahawa dia tidak
mungkin dapat melakukan semua yang diharapkan oleh orang bawahannya.
Contoh: Hanya sekali, ia pernah menjawab:
“Aku tidak berani berjanji apa-apa.”

5. Pengorbanan seorang pemimpin. Pemimpin terpaksa berkorban demi


kepentingan mereka yang di bawah pimpinannya.
Contoh: Menjadi helang mengepak-ngepak sayap
Meniru orang tua terbongkok-bongkok
Merungut atau berdekah-dekah
Menjelma atau menyelinap sementara

6. Kebebasan bersuara. Rakyat diberi kebebasan bersuara dan memberi


pandangan terhadap pemimpin mereka.
Contoh: Sang Pelita membiarkan sahaja
Bayangnya bermain sepuas-puasnya
Atau membebel sekehendak hatinya

Bentuk

a. Sajak ini mempunyai sembilan rangkap.


b. Jumlah baris dalam setiap rangkap sama iaitu empat baris kecuali rangkap
sembilan dua baris.
c. Jumlah perkataan dalam setiap baris tidak sama iaitu antara 2 (Dibiarkan sahaja)
hingga 6 (Walau ada ketika mungkin agak lucu) .
d. Jumlah suku kata dalam setiap baris tidak sama iaitu antara 5 (Ba/yang/nya/
per/gi) hingga 14 (Se/per/ti/ ti/ap/-ti/ap/ ma/lam/, yang/ su/dah/-su/dah).
e. Rima akhir bagi setiap rangkap tidak sama. Contohnya rangkap dua iaitu abcd.
f. Bentuk sajak ini bebas.

Gaya Bahasa

a. Imej alam
Contoh : malam, bayang, angin, helang, dinihari

b. Sinkope
Contoh: mu, ujung

c. Kata Ganda
Contoh: sudah-sudah, sepuas-puasnya, mencuri-curi, sekuat-kuat, menjerit-
jerit

d. Simile
Contoh: Sesekali liar bagai tedung selar

e. Personifikasi
Contoh: Sewaktu bayangnya terhantuk tiang/Bayangnya menjerit-jerit
cemas

f. Responsi
Contoh: “Maut lebih pantas daripada angin,
Lebih gelita daripada malam”

g. Epifora
Contoh: Bayangnya bermain sepuas-puasnya
Atau membebel sekehendak hatinya

h. Asonansi - pengulangan vokal a


Contoh : Sang Pelita enggan ketawa

i. Aliterasi - pengulangan konsonan k


Contoh : Bayangnya leka atau bermuka-muka
Nilai

a. Bersopan
Contoh : Bayangnya pandai pula bersopan

b. Hormat
Contoh: Bayangnya pandai pula bersopan dan hormat

c. Teguh Pendirian
Contoh: Sang Pelita berdiam diri sahaja
Tidak peduli sekuat-kuat mana
Bayangnya menjerit-jerit cemas

d. Sifat rendah diri


Contoh: Hanya sekali, ia pernah menjawab:
“Aku tidak berani berjanji apa-apa”

e. Kebebasan
Contoh: Sang Pelita membiarkan sahaja
Bayangnya bermain sepuas-puasnya
Atau membebel sekehendak hatinya

Pengajaran

1. Kita haruslah mempunyai jati diri agar tidak mudah diperlekehkan oleh orang
lain.
Contoh: Sang Pelita berdiam diri sahaja
Tidak peduli sekuat-kuat mana
Bayangnya menjerit-jerit cemas

2. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan


rendah diri terhadap kebolehan diri kita.
Contoh: Hanya sekali, ia pernah menjawab:
“Aku tidak berani berjanji apa-apa.”

3. Kita hendaklah bersopan dan menghormati orang lain walaupun mereka di


bawah pimpinan kita.
Contoh: Bayangnya pandai pula bersopan dan hormat
4. Kita hendaklah insaf akan kematian dan pembalasan terhadap dosa-dosa yang
telah dilakukan.
Contoh: “Aku ngeri pada maut,
Lebih daripada jeritanmu”

5. Kita hendaklah memberikan kebebasan kepada orang lain mengkritik


kepimpinan kita.
Contoh: Sang Pelita membiarkan sahaja
Bayangnya bermain sepuas-puasnya
Atau membebel sekehendak hatinya

Anda mungkin juga menyukai