Anda di halaman 1dari 6

DRAMA "ANNA" KARYA KEMALA - KUBENTANG SEHELAI PETA

SASTERA SPM
DRAMA “ANNA”

SINOPSIS DRAMA “ANNA” KARYA KEMALA (AHMAD KAMAL ABDULLAH)

            Drama “Anna” karya Kemala memaparkan kisah Anna seorang gadis peranakan
Inggeris dan Melayu dibesarkan di England, ibunya meninggal dunia ketika zaman darurat di
Malaya, ditembak komunis. Anna anak kesayangan THOMAS CARPENTAR, bekas
Pengurus Besar sebuah Ladang Getah Inggeris di Malaya. Anna siswa jurusan ekonomi di
Universiti Cambridge, tetapi tidak meneruskan pengajiannya itu kerana cinta akan Zaki dan
mengikutnya ke Malaysia.
            Kisah bermula di sebuah kaunter lapangan terbang pada tahun 1967, jam
menunjukkan 8.00 malam Anna berlari-lari anak menuju ke kaunter lapangan terbang untuk
menanyakan jadual perjalanan kapal terbang ke London pada jam 8.30 malam, namun
kerana masalah teknikal kapal terbang dijangka bertolak lewat setengah jam. Sambil
menanti, Anna teringat pesanan dan kata-kata Ayahnya yang menyatakan ‘Anna’ tidak akan
bahagia dengan Zaki kerana Zaki orang timur, orang timur lebih sayangkan ibunya.
            Sedang Anna menunggu jam 9.00 terdengar petugas kaunter menjawab telefon
menyatakan kapal terbang akan bertolak jam 9.15. Dari arah luar lapangan terbang Zaki
sedang mencari Anna dan cuba memujuk Anna untuk tidak pulang ke London demi dia dan
anak mereka iaitu Tina, namun Anna tetap berkeras ingin pulang ke London. Puas Zaki
memujuk namun, tetap dengan keputusannya. Hal, ini gara-gara kerana selama 4 tahun
Anna merasakan diri dia terpenjara, tidak disayangi oleh Zaki kerana Zaki lebih sayang
ibunya Mak Munah. Sedang Zaki memujuk Anna muncul Dr. Chan. Dr. Chan memberitahu
Anna tentang Zaki sangat menyayangi Anna dan Mak Munah pula akan menjalani operation
mata tidak lama lagi. Dr. Chan berharap Anna akan kembali kepangkuan Zaki. Sambil
mereka berbual muncul Mak Munah dan Tina datang menuju ke arah Anna.
            Mak Munah memujuk Anna agar fikir panjang-panjang tentang tindakan yang Anna
buat untuk pulang ke London demi masa depan Tina dan Zaki. Puas Mak Munah memujuk
dan Tina merayu pada Anna supaya tidak pergi tinggalkan Tina. Namun, Anna tetap dengan
pendiriannya dan meneruskan juga perjalanannya dengan memasuki balai berlepas.

TEMA @ PEMIKIRAN DRAMA “ANNA”


            Drama “Anna” karya Kemala bertemakan/membawa pemikiran tentang pergolakan
rumah tangga yang berlaku dalam kehidupan sepasang suami isteri yang berasal dari
negara, bangsa dan latar belakang keluarga yang berbeza. Watak suami, iaitu Zai
berketurunan Melayu, manakala isterinya Anna peranakan Inggeris dan Melayu. pergolakan
ini berlaku kerana Anna kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada suaminya
Zaki dan menganggap Zaki terlebih sayang kepada ibunya Mak Munah. konflik timbul
apabila Anna terasa dirinya diabaikan dan cinta mereka semakin pudar. Anna bertindak
dengan mengambil
keputusan pulang kepada daddy di London.

PERSOALAN
1.    Pentingnya bersikap sabar dalam membuat keputusan dan tindakan. Anna membuat
keputusan terburu-buru. Sepatutnya, dia perlu memahami tentang situasi Zaki dan
memikirkan masa depan anaknya. Sikap sabar sangat penting dalam kehidupan kita kerana
dengan sabar kita akan bertindak dengan waras.
2.    Sikap jujur dan ikhlas. Jujur dan ikhlas sangat penting dalam membentuk keperibadian kita.
Sikap jujur dapat dilihat pada watak Zaki yang ikhlas dan jujur menyayangi dan mencintai
Anna begitu juga Anna hingga sanggup berhenti belajar di Universiti Cambridge kerana
berkahwin dengan Zaki.
3.    Persoalan pengorbanan, Mak Munah berkorban demi anaknya Zaki untuk mencari sumber
kewangan bagi membiayai pelajaran Zaki di Universiti Cambridge London.
4.    Persoalan mengenang jasa kepada orang yang telah banyak menolong kita. Contohnya,
Zaki mengenang jasa dan budi ibunya dengan berusaha untuk mengubati penyakit mata
yang dihidapi oleh ibunya.
5.    Pentingnya mencurahkan kasih sayang. Kasih sayang ialah perasaan cinta yang lahir dari
hati kepada orang-orang yang kita kasih dan sayangi. Dalam drama ini Zaki lebih
mencurahkan kasih sayang kepada ibunya sehingga isterinya Anna terabai.
6.    Masyarakat yang berpelajaran tinggi. Contohnya, Zaki seorang lepasan Universiti Cambridge
di London dalam jurusan sejarah begitu juga dengan Anna seorang gadis jurusan ekonomi
di universiti yang sama.
7.    Masyarakat yang mementingkan sejarah. Contohnya Zaki sangat bersemangat patriotik
kerana meminati sejarah tanah air.
8.    Kepentingan menjaga keharmonian rumah tangga. Sesebuah institusi keluarga akan
harmoni jika saling menggambil berat antara satu sama lain.
9.    Keprihatinan dan tanggungjawab. Zaki seorang yang sangat bertanggungjawab kepada
anak, ibu dan isterinya manakala Dr. Chan sangat prihatin dengan permasalahan dan
kesusahan yang dihadapi Anna dengan Anna. Dr. Chan menasihati Anna supaya membuat
keputusan terbaik dan fikir tentang anak mereka Tina dan Zaki.

WATAK DAN PERWATAKAN


ANNA
1.    Anna berumur 26 tahun.
2.    Isteri kepada Zaki.
3.    Peranakan Inggeris dan Melayu dibesarkan di England.
4.    Ibunya meninggal dunia ketika zaman darurat di Malaya kerana ditembak oleh komunis.
5.    Anna anak kesayangan THOMAS CARPENTAR seorang Pengurus Besar Ladang Getah
Inggeris di Malaya.
6.    Anna siswa jurusan ekonomi di Unversiti Cambrigde tetapi tidak meneruskan pengajiannya
kerana cinta akan Zaki dan mengikutnya ke Malaysia.
7.    Anna seorang yang terburu-buru.
8.    Anna mempunyai seorang anak perempuan bernama Tina.

ZAKI
1.    Suami Anna, berusia kira-kira 30 tahun.
2.    Seorang lulusan jurusan sejarah di Universiti Cambrigde, walaupun cintanya kuat terhadap
Anna tetapi ini tidak menjadikannya lupa akan tanggungjawab terhadap ibunya yang telah
tua, uzur, separuh lumpuh, dan hampir-hampir buta matanya.
3.    Seorang anak yang mengenang jasa ibunya yang banyak berkorban demi pelajarannya.
4.    Seorang anak yang berbakti dan bertanggungjawab
5.    Seorang yang mencintai sejarah tanah air
6.    Seorang yang rajin berusaha
7.    Mempunyai anak bernama Tina
8.    Seorang yang penyayang

MAK MUNAH
1.    Ibu yang berkorban untuk mendidik anaknya, ZAKI.
2.    Berumur kira-kira 57 tahun.
3.    Dia juga ibu mentua yang baik hati dan cuba menyesuaikan dirinya dengan ANNA,
menantunya itu.
4.    Seorang ibu yang penyabar
5.    Seorang ibu yang rajin

DR. CHAN
1.    Seorang Doktor pakar mata.
2.    Berumur kira-kira 32 tahun.
3.    Sahabat ZAKI sejak di bangku sekolah.
4.    Bersimpati terhadap krisis yang dihadapi oleh ZAKI dan keluarganya.
5.    Membuat tawaran merawat ibu ZAKI yang hilang penglihatan itu.

PETUGAS KAUNTER/PRAMUGARI
1.    Lengkap dengan pakaiannya, berumur kira-kira 21 tahun
2.    Sibuk menjawab telefon dan melayan orang ramai

PEKERJA
1.    Berumur  kira-kira 40 tahun.
TINA
1.    Anak perempuan ANNA dan ZAKI.
2.    Berumur kira-kira 4 tahun.

PLOT DAN TEKNIK PLOT


Binaan Plot
1)  Permulaan :
Kisah berlaku di lapangan terbang pada tahun 1967, Anna turun dari kereta menuju ke
kaunter di balai berlepas bertanya jadual penerbangan ke London. Penerbangan lewat
sedikit kerana ada masalah teknikal yang sepatutnya jam 8.00 malam ditunda ke 9.15
malam.
2)  Perkembangan :
Anna teringat kepada daddynya dan ada suara ghaib yang berpesan Anna akan menyesal
kerana tidak mendengar cakap daddynya yang menghalang perkahwinan Anna dengan
Zaki. Zaki dianggap orang timur yang lebih sayangkan ibunya daripada segala-galannya.
3)  Perumitan :
Zaki datang dari luar balai berlepas dan datang memujuk ANNA yang membuat keputusan
untuk pulang ke London. Puas Zaki mengimbas kisah cinta mereka namun Anna tetap
dengan pendiriannya dan Anna menganggap Zaki sudah tidak menyayanginya lagi, namun
lebih menyayangi Mak Munah iaitu ibu Zaki.
4)  Klimaks / Puncak Cerita
Dr. Chan sampai dan memaklumkan Tina dan Mak Munah juga datang ke lapangan terbang
untuk memujuk Anna. Dr. Chan menasihati Anna agar buat keputusan yang betul demi anak
mereka Tina. Dr. Chan juga memberitahu Mak Munah akan menjalani operation mata tidak
lama lagi.
5) Peleraian :
Anna tetap dengan pendiriannya dan menuju ke balai berlepas. Puas Tina anaknya
meronta-ronta namun Anna tetap pergi. Semua yang datang memujuk hanya mampu
berserah kerana Anna tetap pulang ke London.

Teknik Plot
1) Teknik Pemerian
      Teknik Pemerian atau teknik penceritaan merupakan kaedah penulisan yang digunakan
oleh
      pengarang dalam menulis drama “Anna”. Pemerian bermaksud penceritaan iaitu penulis
yang
      menceritakan sebahagian cerita dalam memperkenalkan watak dan sebagainya.

2) Teknik Imbas Kembali

     Teknik imbas kembalik digunakan dalam menulis drama ini. Imbas kembali ialah
mengimbas
      kembali peristiwa yang lepas. Dalam drama Anna teknik imbas kembali digunakan
sewaktu
      Anna teringat dan terdengar suara ghaib iaitu suara daddy Anna yang berpesan Anna
akan
      tidak bahagian dengan Zaki kerana kasih sayang daddynya lebih kuat dari Zaki dan tidak
      akan mendapat kasih sayang sepenuhnya dari Zaki.

3) Teknik Monolog Dalaman

     Drama ini juga menggunakan teknik monolog dalaman iaitu watak berkata-kata dalam
hati
     dan berlaku konflik dengan apa yang dia hadapi. Monolog dalaman Anna adalah tentang
Zaki
     yang kurang mencurahkan kasih sayang kepada dirinya.

4)  Teknik Dialong


     Drama Anna menggunakan dialong iaitu percakapan antara watak yang menimbulkan
aksi
     gerak laku dan juga tindakan. Dialog menghidupkan drama Anna.
    
5)  Saspens

      Teknik saspens digunakan oleh pengarang dalam menentukan apa yang akan berlaku
atau
      apa yang akan berlaku pada pengakhiran cerita.

GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI

1) Kata ganda iaitu penggunaan kata ganda dalam menulis cerita. Contohnya, kekuning-
kuningan m/s 130, tergesa-gesa dan lain lain lagi.
2) Pengguna Bahasa Asing iaitu bahasa Inggeris. Contohnya,
    Yes, mam, is there anything that I can do for you?
    daddy
    Thank you
3) Imbas kembali iaitu mengingat kembali peristiwa yang lepas, Anna teringat akan pesanan
dan kata-kata daddynya yang pernah berpesan Anna akan menyesal berkahwin dengan
Zaki.

4) Dialog. Dialog merupakan teknik utama digunakan dalam menggarapkan karya drama
Anna.

5) Sinkope iaitu singkatan perkataan atau penyingkatan kata contohnya, tak, kau, tapi, saja

6) Repetisi iaitu perulangan perkataan sama dalam baris yang sama contohnyan karut, karut
semata-mata

7) Metafora iaitu perbandingan secara langsung contohnya hidup dalam penjara bersamamu
    cahaya hidupnya kembali.

LATAR

1) LATAR MASA
      I.        Tahun1967
    II.        8.00 malam
   III.        9.15 malam
  IV.        9.30 malam

2) LATAR TEMPAT
             I.        London
           II.        Universiti
Cambridge
          III.         KualaLumpur
         IV.        Lapangan Terbang
           V.        Bilik menanti
         VI.        parking lapangan terbang
        VII.        Malaysia
       VIII.        Tratalgar Square
         IX.        Estet syarikat Inggeri
           X.        Kerusi roda

3) LATAR MASYARAKAT
           I.        Masyarakat berpendidikan tinggi
          II.        Masyarakat Zaman selepas perang
        III.        Masyarakat berkahwin campur
        IV.        Masyarakat Barat yang kurang memahami budaya timur
         V.        Masyarakat yang penyayang
        VI.        Masyarakat moden
      VII.        Masyarakat mencintai sejarah
     VIII.        Masyarakat menghargai orang tua
        IX.        Masyarakat era pasca penjajahan

NILAI

1.    Kasih sayang iaitu cinta yang mendalam dan hati yang ikhlas terhadap seseorang dan
sesame makhluk ciptaan tuhan. Kasih sayang Zaki terserlah apabila dia amat menyintai
Anna dan berkahwin dengan Anna.
2.    Patriotisme iaitu semangat cintakan tanah air dan sejarah tanah air. Zaki seorang yang
sangat mencintai tanah air dan kerana minat kepada sejarah dia menyambung penvajian
dalam jurusan sejarah di Universiti Cambridge London.
3.    Kegigihan. Kegigihan ialah kesungguhan dan kecekalan hati berusaha untuk mendapatkan
sesuatu dengan usaha serta tekad yang jitu. Zaki gigi berusaha untuk mencapai kejayaan
dalam pelajarannya. Anna juga gigih dengan impian untuk hidup bersama Zaki. Mak Munah
ibu kepada Zaki juga seorang ibu yang sangat gigih mencari rezeki demi menampung
perbelanjaan Zaki belanja di London.
4.    Kejujuran. Kejujuran ialah keluhuran hati nurani dalam percakapan dan perbuatan. Sikap
jujur dapat dilihat pada waktu Anna yang jujur mencintai Zaki dan sanggup mengikut Zaki ke
Malaysia.
5.    Kesetiaan. Sikap setia dan ikhlas terserlah pada watak Anna yang setia dan ikhlas menyintai
Zaki dan sanggup mengikut Zaki ke Malaysia.
6.    Berpendidikan. Zaki seorang berpendidikan lepas jurusan sejarah di Universiti Cambridge.
7.    Menghormati. Menghormati dan menyanjung tinggi seseorang. Contohnya, Zaki sangat
menghormati dan menghargai ibunya yang banyak berjasa dan berkorban demi masa depan
Zaki.
8.    Tolenrasi. Tolenrasi atau bertolak ansur adalah satu sikap yang baik dan perlu dicontohi oleh
semua.
9.    Mencintai sejarah. Zaki adalah seorang pemuda yang sangat mecintai sejarah tanah air dan
kerana minatnya terhadapa sejarah dia menyambung pengajian dalam bidang sejarah.
10.  Pengorbanan. Pengorbanan seorang ibu dalam memberi pendidikan yang terbaik kepada
anaknya contohnya Mak Munah bertukus lumus mencari rezeki demi menampung
perbelajaran Zaki di London sehingga dia lumpuh dan hampir buta.
PENGAJARAN @ DIDAKTIK

1.    Kita perlulah mempunyai sikap kasih sayang kepada ahli keluarga. Kasih sayang ialah
perasaan cinta kasih kepada seseorang dan sesama insan. Contohnya, Anna amat
menyayangi Zaki dan sanggup berhenti belajar untuk hidup bersama Zaki dan begitu juga
Zaki sangat menyayangi Anna. Zaki juga cinta dan sayang kepada ibunya Mak Munah yang
banyak berkorban untuk Zaki berjaya dalam hidup.
2.    Kita hendaklah mempunyai semangat patriotisme dan cinta akan tanah air. Patriotisme ialah
semangat hadir dalam diri kita yang cinta akan negara dan sanggup berkorban dan berjuang
demi tanah air tercinta. Contohnya, Zaki sangat cinta akan sejarah tanah air dan
menyambung pengajian hingga ke peringkat Univerisiti di London dalam jurusan sejarah
Universiti Cambridge.
3.    Kita mestilah mempunyai sikap gigih. Contohnya Zaki gigih berusaha dalam menyambung
pelajaran di London. Sikap gigih juga boleh dilihat pada watak Mak Munah yang sangat gigih
berusaha mencari rezeki demi menampung pengajian Zaki di London.
4.    Kita seharusnya mempunyai sikap jujur. Kejujuran ialah keikhlasan yang lahir dari hati
nurani. Contohnya, Zaki jujur dalam menyintai Anna dan begitu juga Anna jujur dalam
mencintai Zaki.
5.    kita mestilah menuntut ilmu sehingga berjaya. Setiap pelajar perlu berusaha bersungguh-
sungguh dalam menuntut ilmu pelajaran. Contohnya, Zaki adalah seorang pemuda yang
sangat gigih menuntut ilmu hingga berjaya ke Menara gading.
6.    Kita hendaklah menghargai sejarah tanah air. Sejarah yang lepas merupakan petunjuk
kepada masa depan sesebuah negara, oleh itu kita seharusnya menghargai sejarah yang
tercatit dalam lipatan negara kita.

Anda mungkin juga menyukai