Anda di halaman 1dari 3

SELOKA BOROS DAN JIMAT

A. MAKSUD

RANGKAP MAKSUD
Katakanlah kau ada … Seloka ini memberitahu sekiranya anda
Emas bertimbun, ada emas bertimbun atau beras
Ataupun beras beguni, berkampit, berguni, berkampit, berkantung dan
berkarung, wang sangat banyak penuh dalam
Wang penuh di gedung, padat di simpanan
kantung.
Tetapi jika ditabur habur, diborosi, Pada rangkap ini, penulis memberitahu
Semuanya segera juga akan habis walaupun ada yang dan beras berguni
pergi. namun jika boros ia akan tetap akan
habis.
Walaupun beras, tak terbilang ulasnya, Walaupun beras terlalu banyaknya
Akan timpas juga, tak tingga sebiji. tetap akan licin dan habis juga jika tidak
berjimat cermat
Begitulah tetap akan akibatnya, Itulah kesan sekiranya kita bersikap
Kalau bersifat boros dan habur; boros dan berbelanja secara tidak
Jimat cermat sahaja akan ubatnya, berhemah. Sikap berjimat cermat
Jika tak mahu harta terkubur. sahaja cara untuk kita tetap berharta
dan ada sentiasa.
Bidal Melayu sedia berkata: Bidalan Melayu ada mengatakan jika
“Nak kaya berdikit-dikit, hendak kaya raya berdikit-dikit, jika
Nak ramai bertabur urai”; hendak disukai ramai bertabur urai,
Masa mewah ramai, sudah papa masa mewah ramai kawan bila jatuh
keseorangan. miskin tinggal keseorangan. Bidalan ini
menasihati agar kita berhati-hati dalam
berbelanja dan harus bersikap jimat
cermat.

B. TEMA

WADAH KESUSASTERAAN MELAYU SPM 2019


Telegram : https://t.me/joinchat/GWYICUyt2ngcaVhNEIsHGg Email : izzathakim74@gmail.com
Seloka Boros dan Jimat bertemakan kepentingan mengamalkan jimat cermat dalam
kehidupan. Sikap boros dan jimat adalah satu sikap yang menentukan cara kita
mengurus diri dalam perbelanjaan kita dalam keseharian-harian. Jika kita boros ia
akan habis jika kita berjimat sudah pasti kita akan terjamin masa depan. Pengurusan
kewangan terutamanya perlu dilakukan dengan bijaksana kerana pengguna bijak
adalah pengguna yang berhemah.

C. PERSOALAN
1) Persoalan pentingnya sikap berjimat cermat dalam perbelanjaan kita. Dengan
berjimat cermat kita akan sentiasa berbelanja dengan baik dan ia sudah pasti
menjamin masa depan kita.
2) Persoalan Kebaikan mengurus perbelanjaan dengan baik. Jika kita bijak
mengurus perbelanjaan dengan baik sudah pasti kita akan mempunyai harta dan
juga simpanan seperti wang ringgit.
3) Persoalan sikap boros yang akan merugikan diri. Sikap boros adalah satu sikap
yang tidak baik kerana sikap boros akan menyebabkan kita berbelanja sesuka
hati tanpa memikirkan kemudian hari. Apa yang kita miliki sekarang dan
kekayaan juga akan habis jika kita tidak menguruskan dengan baik.
4) Persoalan kepentingan bersedekah dan berhemah iaitu kita digalakkan
bersedekah dengan membantu orang lain dan berbelanja dengan berhemah.
5) Persoalan menabung menjamin masa depan. Sikap menabung akan membantu
kita pada kemudian hari, maka hindarilah sikap boros dan mulakan dengan
menabung untuk masa depan yang kita tidak pasti apa yang akan berlaku.
6) Bidalan Melayu ada menasihati supaya kita sentiasa berdikit-dikit dan nak ramai
kawan bertabur urai, namun lumrah hidup apabila kita senang dan hidup mewah
akan dikeliling kawan yang ramai, bila jatuh miskin seorang pun tidak datang
menolong. Maka kita harus jadikan bidalan ini sebagai panduan masa hidup kita
ini.

D. BENTUK

WADAH KESUSASTERAAN MELAYU SPM 2019


Telegram : https://t.me/joinchat/GWYICUyt2ngcaVhNEIsHGg Email : izzathakim74@gmail.com
1) Seloka ini mempunyai lima rangkap yang tidak sekata.
2) Seloka ini juga terdiri daripada dua hingga empat baris serangkap.
3) Seloka ini mempunyai dua hingga tujuh perkataan sebaris.
4) Seloka ini mempunyai lima hingga lima belas suku kata dalam sebaris.
5) Seloka ini berbentuk bebas, rima akhir bebas dan tidak sekata

E. GAYA BAHASA
1) Sinkope iaitu penggunaan penyikatan kata atau singkatan perkataan. Contohnya
“tak” – Walaupun beras, tak terbilang ulasnya,
2) Renponsif
3) Kata ganda
4) Penggunaan imbuhan ber-

F. NILAI
1. Berjimat Cermat
2. Berhemah
3. Nasihat-Menasihat

G. PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berjimat cermat dalam perbelanjaan.
2. kita perlulah berhemah dalam mengurus kewangan
3. Kita mestilah menabung demi menjamin masa depan
4. kita mestilah hindari sikap boros dan berbelanja secara sambal lewa

WADAH KESUSASTERAAN MELAYU SPM 2019


Telegram : https://t.me/joinchat/GWYICUyt2ngcaVhNEIsHGg Email : izzathakim74@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai