Anda di halaman 1dari 2

FAEDAH BERJIMAT CERMAT Senpene Hari pengguna 2010 Perdana Menteri kita telah menyeru rakyat agar berjimat

cermat dalam segala aspek kehidupan demi menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup .Beliau juga menasihati rakyat agar ingat sebelum kena,,jimat sebulum habis agar tidak menyeasal kemudian hari .Rakyat juga digesa agar tidak menjadi hamba kepada hawa nafsu ketika membeli-belah kerana.Ikut hati mati,ikut rasa binasa.Pada hemat satya, pandangan Perdana Menteri ini sewajarnya dirennugi kerana banyak faedahnya jika amalan berjimat cermat dijadikan agenda utama dalam kamus hidup kita. Melalui amalan berjimat cermat,perbelanjaan harian dapat dikurangkan. Hal ini demikian kerana kita membandingkan harga barang-barang yang hendak kita beli dan membeli

barangan buatan tenpatan yang lebih murah harganya. Barang yang berkualiti dan mahal juga eloklah dibeli kerana alah membeli, menang memakai.Kasut sekolah Bata,misalnya ,bukan sahaja tahan lama bahkan berbaloi Pemakaian kasut ini memberikan keselesaan dan kepuasan. Dengan cara ini, bukan sahaja perbelanjaan harian dapat dijimatkan bahkan kebahagaian terjamin. Amalan berjimat cermat juga dapat menanbah simpanan kita. Apabila kita menjimatkan perbelanjaan, wang yang dihematkan dan ditabungkan di institusi kewangan akan meningkat, bak kata pepatah sedikit-sedikit ,lama lama menjadi bukit .Wang simpanan ini amat berguna ketika menghadapi waktu kecemasan seperti hendak menjalani pembedahan. Menerut DatoMichael Chong , kita tidak perlu mengemis dan menjadi mangsa ceti haram kerana lintah darat ini memang menangguk di air keruh dan menjadi duri dalam daging dalam kehidupan kita . Tegasnya ,bukan sekadar wang tabung kita bertambah malah kesenangan hidup terpelihara. Seterusnya, amalan berhemat dalam pengurusan kewangan akan mendidik seseorang individu unduk berdikari .Kita tidak perlu bersandar pada ibu bapa ataupun pada kerajaan untuk mendapatkan bantuan kewangan ataupun biasiswa demi mengongkosi pengajian kita di menara gading nanti .Dewasa ini, banyak pelajar cemerlang yang menggantungkan harapan pada biasiswa tajaan JPA dan pada pinjaman PTPTN .Apabila gagal berolah bantuan kewangan , mereka pun seolah-olah langit runtuh bumi cair ataupun kaca terhempas ke batu . Jadi , kita patut berjimat cermat untuk berdikari agar hidup kita lebih damai dan sejahtera. Intihanya, cermat masa banyak , jimat masa sedikit .Kita hendaklah menghayati pesanan agama kita , yakni ingat akan kesakitan ketika sakit ;ingat akan ketuaan usia ketika muda; ingat akan kematian ketika hidup; dan ingat akan kepapaan ketika kaya seandainya kita hendak bahagia sepanjang hayat . Sehubungan ini ibu bapa berperanan sebagai cermin perbandingan yang positif kepada si anak , dan bukannya seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul . Dengan terpupuknya nilai positif ini dalam lubuk generasi muda , mereka akan senantiasa mampu memberi dan tidak akan memintai.

Anda mungkin juga menyukai