Anda di halaman 1dari 9

KOLEK BONDA

Maksud

Rangkap Maksud
Pak Tua (generasi tua) berasa risau sebelum anak-anak (generasi baru)
1 pulang dari tanah seberang (menuntut ilmu, bekerja). Dia menjangka akan
berlaku perubahan sikap dan pemikiran yang ketara berbanding sebelumnya
(generasi muda) setelah pulang nanti.
Pak Tua begitu berhati-hati berbicara ketika generasi baru ke tanah air.
2 Pak Tua berpesan supaya terus mempertahankan jati diri bangsa dan tidak
menggadaikan maruah bangsa yang selama amalan/ pegangan generasi
silam. Amalan ini telah mempertahankan kedaulatan negara bangsa sejak
sekian lamanya.
Pak Tua bertindak penuh hemah dengan memperindah dan memperkukuh
3 kolek bonda apabila diminta secara paksa oleh anak-anaknya. Dia dengan
penuh hemah meyakinkan mereka bahawa kolek itu bercirikan berdaya
tahan dan berdaya saing yang tinggi
Pak Tua mendahului anak-anaknya (sebelum anak-anaknya bertindak
4 sselanjutnya) memulakan bicara penuh syahdu dengan , kias dan ibarat
berkaitan, tunjuk ajar dan penyelesaian masalah kehidupan. Namun nasihat
itu telah mencetuskan kemarahan mereka. Pak Tua lantas mengusungkan
koleknya ke kuala untuk mengelilingi dunia.
Disetiap benua yang disinggahinya, Pak Tua berkias tentang generasinya /
5 bangsanya. Pak Tua penuh yakin dan menegaskan berkenaan kolek
bondanya yang berlantaikan jiwa ha berdindingkan bangsanya berdaya
tahan dan berdaya saing hebat/tinggi. Tahan diuji. Dia kemudiannya
membawa kolek bondanya mengelilingi dunia.

6 Pak Tua berjaya membuktikan kata-katanya tentang kelebihan /


keistimewaan kolek bonda sehingga anak-anak tiada alasan menidakkan
kebenarannya. Pak Tua kemudiannya telah beberapa kali berjaya
mengeliling dunia menaiki kolek bonda. (menjuarai / mendapat ranking
dunia/ pengiktirafan dunia)

Tema : Kepimpinan melalui teladan / Identiti Nasional/ Jati Diri

Pemimpin yang berwawasan berkerampilan berhemah tinggi perlu untuk kepentingan


kepada negara bangsa danmenjadi contoh kepada orang yang dipimpinnya.
Mengotakan kata. Futuristik. Meyakinkan dan memberi kesan emosi dan
merealisasikan visi dalam melaksanakan misi.
Persoalan

1. Generasi tua perlu memastikan jati bangsa dihayati dalam jiwa generasi muda
dalam mencorak wawasan negara.

2. Setiap kata-kata/ nasihat / tunjuk ajar perlu dibuktikan untuk mendapat kesan
emosi dan keyakinan/ kepercayaan yang mendalam.
Contoh :-

3. Generasi tua perlu mempunyai daya saing dan daya tahan yang tinggi dalam
mempertahankan kelestarian budaya bangsa.
Contoh :-

4. Pertembungan pemikiran/ budaya/ pendidikan antara generasi tua dan generasi


muda pertu ditangani secara berhemah untuk mengelakkan konflik yang boleh
menjejaskan kelestarian budaya warisan.

Contoh :-

5. Setiap warganegara perlu berwawasan dengan berpaksikan kepentingan negara


serta menyedari akan realiti semasa dan berkebolehan membuat ramalan /
perancangan masa depan dalam menentukan kemenjadian wawasan tersebut.
Contoh :-

6. Sentiasa peka dan mengenali diri setiap ahli organisasi.

7. Mengotakan apa yang dikata

8. Berkongsi pengalaman bersama dengan memanfatkan pengalaman dan


kepakaran dan kecekapan dan membuat keputusan dengan tangkas dan tepat

9. Dapat menentukan tindakan masa depan secara optima dengan merancang,


mengelola, mendorong dan mengawal secara sistematik
1. Mempunyai enam rangkap
1.1 Rangkap pertama mempunyai lima baris
1.2 Rangkap kedua mempunyai lima baris
1.3 Rangkap ketiga mempunyai sepuluh baris
1.4 Rangkap keempat mempunyai tujuh baris
1.5 Rangkap kelima mempunyai lima baris
1.6 Rangkap keenam mempunyai tiga baris

2. Terdiri daripada dua hingga empat belas suku kata.


3. Terdiri daripada satu hingga enam patah kata dalam sebaris.
4. Rima akhirnya berbentuk bebas:
4.1 Rangkap pertama - abbcd
4.2 Rangkap kedua – aaaaa
4.3 Rangkap ketiga – aabacbcddd
4.4 Rangkap keempat – aaaabaa
4.5 Rangkap kelima – aaaaa
4.6 Rangkap keenam – abb

Gaya Bahasa

1. Anafora : i. kolek bonda tahan gelombang


kolek bonda mampu menyeberang
(Rangkap 3, baris 9 – 10)

ii. kolek bonda lantainya jiwa


kolek bonda dindingnya bangsa
kolek bonda tahan gelora
kolek bonda membelah samudera

2. Kata ganda : i. anak-anak (R: 1, b:1, R4, b: 1dan b3, R: 6, b1)


3. Metafora : i. kolek bonda lantainya jiwa
kolek bonda dindingnya bangsa (R5, b 2 dan 3)

4. Personafikasi : i. akan diserang, ombak besar (R1, b3)

ii. kolek bonda membelah samudera (R5, b5)

5. Imejan: i. imej alam : ombak, samudera, jati, merbau, meranti

6. Perlambangan

i. benda : kolek bonda, sutera


ii. keadaan : akan diserang, ombak besar
dari seberang
iii. peristiwa:
: Sebelum anak-anak datang,
Pak Tua
Berhati walang,… (R 1)

Ketika mereka tiba, Pak Tua

Jaga bicara; kolek bonda

Pintanya biar dijaga, jangan dijaja (R 2)

Ketika mereka keras meminta

Pak Tua
semburkan dinding kolek
dengan warna
semolek, Pak Tua kukuhkan
lantai kolek,
dengan meranti sekelek. Dan
berkata tenang (R3)

Sebelum anak-anak bersuara,


Pak Tua
Bergurindam hiba, dengan lagu jiwa
Berpantun bonda. Anak-anak mula
marah, Pak Tua usungkan kolek
ke muara. (R 4)

Di setiap benua, Pak Tua berseloka, (R 5)

Dan anak-anak kehilangan kata, Kolek


bonda (R6)
Unsur Bunyi :
i. Asonansi -
pengulangan vocal ‘a’
kerana jati, merbau dan sutera (R2, b4)
Bergurindam hiba, dengan lagu jiwa (R4, b 3)
Berpantun bonda. Anak-anak mula (R4, b4)

Pengulangan vocal ‘e’


Ketika mereka keras meminta (R3,b1)
Dengan meranti sekelek. Dan (R3, b7)
Di setiap benua Pak Tua berseloka (R5, b1)
Pengulangan vocal ‘i’
Pintanya biar dijaga, jangan dijaja (R 2 , b 3)
Pak Tua berulang kali keliling dunia (R6, b3)

ii. Aliterasi - pengulangan konsonan ‘m’


Contoh :-
- kolek bonda mampu menyeberang (R3, b10)
- kolek bonda membelah samudera (R 5, b 5)

- pengulangan konsonan ‘n’


Berpantun bonda. Anak-anak mula (R 4, b 4)
Kolek bonda dindingnya bangsa (R5, b 3)
Dan anak-anak kehilangan kata. Kolek ( R 6, b1)

Nilai

1. Keberanian – semangat juang yang tinggi dan sanggup menanggung kerja berisiko
tinggi dalam mengubah kehidupan.

Contoh :- Esok, perahu akan ke air, mengharung samudera,


meninggalkan pantai
melawan ombak dan badai.

Contoh :- Perahuku kecil, lautnya ganas

2. Kerajinan - Berusaha bersungguh dan tekun untuk merealisasikan impian dan


mengubah kehidupan
Contoh:- Kupahat cengal menjadi perahu
3. Kebersihan fizikal dan mental – Bertawakal dan berdoa mengharapkan segala
usaha tidak dipersiakan dan mohon dipekenankan tuhan atas segala usaha yang
dikerjakan.
Contoh :- Dayung jangan patah
Layar jangan rekah
Tiang jangan rebah

4. Kesabaran : - Tabah dan tenang memujuk diri sendiri (kemahiran interpersonal


yang tinggi) ketika menghadapi peristiwa getir dalam kehidupan. Tidak
menyalahkan keadaan sebaliknya berusaha mengawal emosi untuk mencapai
impian.
Contoh :- Tenanglah laut, kuala dan muara
Ombak jangan gila melanda.
Tiuplah bayu pada layarku laju

Pengajaran

1. Kita haruslah sentiasa menghasilkan/ melakukan perkara yang terbaik untuk


mengubah keadaan kehidupan yang lebih baik .
Contoh :- Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung
Panjinya kain suluk atma

2. Kita sepatutnya bertawakal dan redha kepada Tuhan dalam menghadapi


peristiwa mencabar dalam kehidupan
Contoh :- Tuhan,
Aku hanya mahu ke seberang
3. Kita sewajarnya sentiasa tenang dalam menghadapi keadaan yang sukar dan
mencabar dalam kehidupan supaya boleh mengawal keadaan dan tidak hilang
haluan/focus/tidak tersasar/ supaya usaha dan penat lelah tidak menjadi sia-sia.

Contoh :- Dayung jangan patah - (Dayungnya teras tembusu)


Layar jangan rekah - (Layar bertingkat kapas gulung)
Tiang jangan rebah - (Tiangnya tegap kayu nibung)

4. Kita hendaklah pandai membuat pilihan dan menentukan hala tuju dengan
menguasai dan bersedia dengan kepelbagaian ilmu dan kemahiran sesuai
dengan keadaan semasa untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Contoh :- Esok, perahu akan ke air, mengharung samudera,


meninggalkan pantai
melawan ombak dan badai.

Soalan

Jawapan

Anda mungkin juga menyukai