Anda di halaman 1dari 57

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A' 1.

Abang Angkat Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya. Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah. 2. Abang Ipar Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami. Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar. 3. Abang Kandung Maksud: Abang yang seibu sebapa. Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia. 4. Abu Angin Maksud: Telah musnah sama sekali. ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar. 5. Abu Jahal Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan. 6. Abu Lahab Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. 7. Abu Nawas Maksud: Orang yang suka berhelah. Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu. 8. Ada Akal Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya. 9. Ada Angin Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu. Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah. 10. Ada Bakat Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya. Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

11. Ada Can Maksud: Ada peluang. Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair. 12. Ada Gaya Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya. Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan. 13. Ada Hati Maksud: Keinginan. Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti. 14. Ada Jalan Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank. 15. Ada-Ada Maksud: Ada sesuatu. Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar. 16. Adat Balai Maksud: Adat dalam istana raja. Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai. 17. Adik Angkat Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah. Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara. 18. Adik Ipar Maksud: Adik kepada isteri atau suami. Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor. 19. Adik Kandung Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa. Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu. 20. Adu Buku = Beradu Buku Maksud: Bertinju. Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.

21. Adu Domba = Mengadu Domba Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain. Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang. 22. Adu Kening = Beradu Kening Maksud: Berhadap-hadapan muka. Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbualbual. 23. Adu Lengan = Beradu Lengan Maksud: Beradu kekuatan. Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu. 24. Adu Nasib = Mengadu Nasib Maksud: Mencari rezeki. Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan. 25. Adu Untung Maksud: Mencari rezeki. 26. Air Mandi Maksud: Sudah menjadi kebiasaan. Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari. 27. Air Muka Maksud: a) Wajah b) Maruah Contoh Ayat: a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di padang. b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai," kata Imad kepada Husin. 28. Air Pasang Maksud: Paras air laut yang meningkat. Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air. 29. Air Sembilan Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat. Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital.

30. Air Setaman Maksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.

Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman. 31. Air Surut Maksud: Paras air laut yang turun. Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut. 32. Ajak-Ajak ayam Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh. Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam. 33. Akal Belut Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat. Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah. 34. Akal Kancil Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat. 35. Akal Sejengkal Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain. Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain. 36. Alas Cakap Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan. Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan. 37. Alas Kata Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan. 38. Alas Perut Maksud: Makan sedikit. Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah. 39. Alih Akal = Beralih Akal Maksud: Berubah pendapat atau fikiran. Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak. 40. Alih Angin = Beralih Angin Maksud: Berpindah tempat tinggal. Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih. 41. Alih Muka = Beralih Muka Maksud: Menyamar. Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.

42. Alim Kucing Maksud: Pura-pura baik. Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya. 43. Aliran Masa Maksud: Perubahan masa. Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan aliran masa kini. 44. Aliran Masyarakat Maksud: Kehendak masyarakat. Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit. 45. Ambil Abu Maksud: Maksud yang tidak kesampaian. Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja. 46. Ambil Ada Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada. Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya. 47. Ambil Angin Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih. Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang. 48. Ambil Bahagian Maksud: Menyertai. Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah. 49. Ambil Berat Maksud: Beri perhatian. Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami. 50. Ambil Haluan = Mengambil Haluan Maksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang lumayan. 51. Ambil Hati Maksud: Berasa tersinggung. Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati untuk kebaikan. 52. Ambil Ibarat

Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan. Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada tahun lepas. 53. Ambil Ingatan Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian. Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam perhimpunan pagi tadi. 54. Ambil Muka = Mengambil Muka Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai. Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah dia disukai. 55. Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah. Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu. 56. Ambil Tahu = Mengambil Tahu Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara. Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya. 57. Anak Adam Maksud: Umat manusia. Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika langkah-langkah pencegahannya tidak diambil. 58. Anak Air Maksud: Sungai kecil. Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman. 59. Anak Angkat Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri. Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi. 60. Anak Baju Maksud: Baju dalam. Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju. 61. Anak Buah Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita. Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah. Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi. 62. Anak bukit

Maksud: Bukit kecil. Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu. 63. Anak Didik Maksud: Orang di bawah jagaan kita. Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya. 64. Anak Emas Maksud: Orang yang sangat disayangi. Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya. 65. Anak Gahara Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan. Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah. 66. Anak Haram Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama. Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim. 67. Anak Jantan Maksud: Lelaki yang berani. Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya. 68. Anak Kandung Maksud: Anak sendiri. Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya. 69. Anak Kapal Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal. Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah. 70. Anak Negeri Maksud: Penduduk di sesebuah negeri. Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam perusahaan desa. 71. Anak Perahu Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal. 72. Anak Piatu Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu. Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti. 73. Anak Pungut Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

74. Anak Tunggal Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain. Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya. 75. Anak Tut Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri. 76. Angkat Alis = Mengangkat Alis Maksud: Kehairanan. Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah misteri yang dimenanginya. 77. Angkat Bahu Maksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab. Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya tentang kucing yang mati itu. 78. Angkat Diri Maksud: Sombong. Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan dengan kamu, kata Cikgu Karim kepada Khalid. 79. Angkat Kaki Maksud: Pergi meninggalkan. Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya. 80. Angkat Kening Maksud: Kehairanan. 81. Angkat Mata Maksud: Menentang sesuatu tindakan. Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya. 82. Angkat Muka Maksud: Dimanja-manjakan. Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka. 83. Angkat Nama Maksud: Terkenal. Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian. 84.Angkat Senjata Maksud: Berperang. Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata menyerang musuh. 85. Angkat Suara Maksud: Meninggikan suara.

Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila bercakap dengan mereka. 86. Angkat Sumpah Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah. 87. Anjing Hitam Maksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya. Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering memeras ugut masyarakat pelombong di situ. 88. Anjing Kurap Maksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya. Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke sana ke mari. 89. Api Peperangan Maksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan. Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh menyebabkan tercetusnya api peperangan. 90. Api Percintaan Maksud: Perasaan cinta yang meluap-luap. Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid. 91. Arang Di Dahi Maksud: Mendapat malu. Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak mahkamah membuktikan dia tidak bersalah. 92. Arang Di Kening Maksud: Mendapat malu. 93. Maksud: Arang di muka Mendapat malu. 94. Asam Garam Maksud: Pengalaman. Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh Pak Dollah. 95. Atas Angin Maksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah. Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin. 96. Atas Nama Maksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan. Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu Kampung Jenerak.

97. Atas Pagar: Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak. Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana meminati keduadua pasukan itu. 98. Ayam Jalak: Maksud: Orang yang berani. Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut. 99. Ayam Tambatan: Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan). Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.

Page 2 of 12 Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'B' 1. Babi Buta = Membabi Buta Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir. Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam terkorban. 2. Bahasa Ibunda Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum. Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin. 3. Bahasa Kasar = Berbahasa Kasar Maksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan. Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh dengan kakaknya. 4. Bahasa Pasar Maksud: Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya. Contoh Ayat: Jangan menggunakan bahasa pasar apabila membuat karangan. 5. Baik Budi Maksud: Baik hati. Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua. 6. Baik Hati Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada rumah anak-

anak yatim. 7. Baik Sangka Maksud: Berpendapat yang orang lain baik. Contoh Ayat: Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap semua orang. 8. Balas Budi = Membalas Budi Maksud: Balas jasa dan berterima kasih. Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya sebagai membalas budi keluarga angkatnya itu. 9. Balas Guna Maksud: Balas jasa dan berterima kasih. 10. Balik Gagang = Berbalik Gagang Maksud: Berpihak kepada musuh. Contoh Ayat: Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya, Ahmad telah berbalik gagang dengan membocorkan rahsia syarikatnya. 11. Balik Hati = Berbalik Hati Maksud: Berubah pendirian. Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi meninggalkan kampungnya. 12. Bangkai Bernyawa Maksud: Orang yang tidak berguna. Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa. 13. Bantal Lengan = Berbantal Lengan Maksud: Kehidupan yang terlalu miskin. Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan dia jarang bergaul dengan jiran tetangganya. 14. Banting Tulang = Membanting Tulang Maksud: Bekerja bermati-matian. Contoh Ayat: Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga. 15. Banyak Akal Maksud: Banyak helah. Contoh Ayat: Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya. 16. Banyak Cakap Maksud: Orang yang suka berleter. Contoh Ayat: Halijah banyak cakap sehingga pening kepala saya mendengarnya. 17. Banyak Mulut Maksud: Orang yang suka berleter.

18. Bapa Angkat Maksud: Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah. Contoh Ayat: Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri kata Salmah kepada Karim. 19. Bapa Kandung Maksud: Bapa sebenar. Contoh Ayat: Bapa kandung saya tinggal di Perak. 20. Basuh Mulut = Pembasuh Mulut Maksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas makan. Contoh Ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai sebagai pembasuh mulut. 21. Batu Api Maksud: Orang yang suka menghasut. Contoh Ayat: Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya. 22. Batu Loncatan Maksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai hajat yang lebih besar. Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. Bau-Bau Bacang Maksud: Persaudaraan yang jauh. Contoh Ayat: Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana kami memang ada baubau bacang. 24. Bawa Alamat Maksud: Memberi tanda. Contoh Ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan. 25. Bawa Diri = Membawa Diri 26. Bawa Hati Maksud: Merajuk. Contoh Ayat: Setelah pinangannya ditolak, Amar bawa hati dan belayar ke negeri orang. 27. Bawa Hidup Maksud: Merantau mencari penghidupan. Contoh Ayat: Rahul bawa hidup ke Malaysia untuk mencari pendapatan yang halal. 28. Bawa Mati Maksud: Menyebabkan mati. Contoh Ayat: Penyakit kanser boleh bawa mati jika tidak diubati di peringkat awal.

29. Bawa Mulut Maksud: Bercerita tentang keburukan orang lain. Contoh Ayat: Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya. 30. Bawa Nasib Maksud: Merantau mencari penghidupan. 31. Bawa Nyawa Maksud: Menyelamatkan diri. Contoh Ayat: Masing-masing bawa nyawa dengan lari bertempiaran ketika gempa bumi berlaku. 32. Bawa Sial = Membawa Sial Maksud: Mendatangkan malang. Contoh Ayat: Tiada siapa yang membawa sial. Semuanya telah ditakdirkan Allah. 33. Bawa Tempurung Maksud: Minta sedekah. Contoh Ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung. 34. Bawa Tuah = Membawa Tuah Maksud: Mendatangkan keuntungan. Contoh Ayat: Tindakan Ahmad membeli anak syarikat itu membawa tuah kepada perniagaannya. 35. Bawah Angin Maksud: Negeri-negeri di sebelah Timur. Contoh Ayat: Kapal itu belayar ke negeri bawah angin. 36. Bawah Bendera Maksud: Berada dalam perlindungan sesuatu kuasa. Contoh Ayat: Pada suatu masa dahulu negeri-negeri di Tanah Melayu berada bawah bendera Inggeris. 37. Bawah Tanah Maksud: Pergerakan rahsia atau pergerakan gelap. Contoh Ayat: Ketika zaman darurat, tentera komunis menjalankan pergerakan bawah tanah. 38. Bayang Kata = Dibayang Kata Maksud: Dikias. Contoh Ayat: Semasa makan malam, Mak Long telah dibayang kata oleh ayah tentang sikap cemburunya itu. 39. Bayar Nyawa Maksud: Mengorbankan diri. Contoh Ayat: Mak Melur sanggup bayar nyawa untuk mendapatkan hak penjagaan anak lelakinya daripada bekas suaminya.

40. Bekas Tangan Maksud: Sesuatu yang diusahakan. Contoh Ayat: "Terendak yang cantik ini adalah bekas tangan Syamsiah," kata Pak Mail memuji menantunya. 41. Belah Bumi = Membelah Bumi Maksud: Bunyi yang sangat kuat. Contoh Ayat: Petir yang membelah bumi petang tadi amat menakutkan saya. 42. Belah Hati = Berbelah Hati Maksud: Tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan. Contoh Ayat: Usahlah berbelah hati untuk meninggalkan keluarga demi mencari masa depan yang lebih baik. 43. Belahan Hati Maksud: Orang yang sangat dikasihi. Contoh Ayat: Anak bongsunya itulah belahan hatinya. 44. Belahan Jiwa Maksud: Orang yang sangat dikasihi. 45. Belahan Nyawa Maksud: Orang yang sangat dikasihi. 46. Belakang Hari Maksud: Kemudian hari. Contoh Ayat: "Berusahalah dengan bersungguh-sungguh, supaya hidup kamu senang belakang hari," nasihat ayah kepada abang. 47. Bendera Putih Maksud: Mengaku kalah. Contoh Ayat: Tentera Siam terpaksa mengibarkan bendera putih kerana tidak sanggup menentang serangan kerajaan Melaka yang hebat itu. 48. Bengkak Perut Maksud: Berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu. Contoh Ayat: Rajan bengkak perut apabila ibunya menghadiahkan abangnya sebuah rumah. 49. Berat Lalat Maksud: Pura-pura berani. Contoh Ayat: Dia berani lalat sahaja apabila mengaku akan menjaga dusun durian pada waktu malam. 50. Berani Mati Maksud: Tidak takut mati.

Contoh Ayat: Angkatan Tentera Malaysia berani mati dalam mempertahankan tanah air tercinta. 51. Berat Bibir Maksud: Orang yang pendiam. Contoh Ayat: Menantu saya berat bibir tetapi rajin ke dapur. 52. Berat Hati Maksud: Kurang senang. Contoh Ayat: Berat hati saya melepaskan dia pergi seorang diri. 53. Berat Kaki Maksud: Malas. Contoh Ayat: Dia berat kaki untuk ke pesta hari jadi temannya. 54. Berat Lidah Maksud: Tidak dapat berkata-kata. Contoh Ayat: Berat lidah Jimah hendak menceritakan hal sebenar kepada ibunya. 55. Berat Mata Maksud: Mengantuk. Contoh Ayat: Baru pukul sembilan malam adik sudah berat mata. 56. Berat Mulut Maksud: Orang yang pendiam. 57. Berat Sebelah Maksud: Tidak adil. Contoh Ayat: Sikapnya yang berat sebelah mengecewakan saya. 58. Berat Tangan Maksud: Pemalas. Contoh Ayat: Saedah memang berat tangan. Dia hanya tidur dan tidak mahu menolong kakaknya di dapur. 59. Berat Tulang Maksud: Pemalas. 60. Beri Jalan Maksud: Beri pendapat atau fikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Contoh Ayat: "Beri jalan untuk menyelesaikan masalah adik kamu ini," kata ibu kepada abang. 61. Beri Muka Maksud: Memanjakan. Contoh Ayat: Kalau kerap diberi muka, mereka akan menjadi malas. 62. Berita Hangat

Maksud: Berita baharu yang menjadi perbualan. Contoh Ayat: Kisah seorang kanak-kanak berumur lapan tahun yang bijak Matematik menjadi berita hangat dalam semua akhbar tempatan. 63. Besar Cakap Maksud: Orang yang suka bercakap sombong. Contoh Ayat: Akmal besar cakap sahaja tetapi dia sebenarnya bukanlah orang yang berharta. 64. Besar Hati = Berbesar Hati Maksud: Gembira. Contoh Ayat: Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan meriah oleh orang bawahannya. 65. Besar Kepala Maksud: Tidak mahu mendengar nasihat, degil. Contoh Ayat: Lijah menjadi besar kepala semenjak kematian ayahnya. 66. Besar Mulut Maksud: Suka bercakap besar. Contoh Ayat: "Jangan suka besar mulut menceritakan kekayaan keluarga kita yang tak seberapa," kata kakak. 67. Besar Perut Maksud: Hamil. Contoh Ayat: Kami bakal mendapat anak saudara kerana kakak sudah besar perut. 68. Betul Bendul Maksud: Orang yang lurus dan ada kalanya bodoh. Contoh Ayat: Jamil memang betul bendul, sebab itulah orang suka mempermain-mainkannya. 69. Biang Keladi Maksud: Orang atau hal yang menjadi punca kejahatan. Contoh Ayat: Rajoolah yang menjadi biang keladinya dalam kes kecurian lembu baru-baru ini. 70. Bidan Tarik Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba. Contoh Ayat: Majlis keraian itu diadakan secara bidan tarik menyebabkan ramai yang tidak hadir. 71. Bidan Terjun Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba. 72. Bintang Gelap Maksud: Bernasib malang. Contoh Ayat: Kehidupannya umpama bintang gelap setelah kakinya dipotong akibat kecederaan serius yang dialaminya dalam kemalangan tempoh hari.

73. Bintang Hati Maksud: Orang kesayangan kekasih. Contoh Ayat: Zahid berasa gelisah kerana bintang hatinya akan ke luar negara. 74. Bintang Terang Maksud: Nasib baik. Contoh Ayat: Sejak tamat pelajaran, dia berbintang terang kerana mendapat pekerjaan yang baik. 75. Bongkar Sauh 76. Bongkok Sabut Maksud: Bongkok sedikit. Contoh Ayat: Pemuda yang bongkok sabut itulah suami saya. 77. Bongkok Udang Maksud: Terlalu bongkok kerana tua. Contoh Ayat: Nenek yang bongkok udang itu masih kuat membuat kerja-kerja di kebunnya. 78. Buah Bibir Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai. Contoh Ayat: Kisah pendakian Gunung Everest itu masih menjadi buah bibir rakyat Malaysia. 79. Buah Cakap Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai. 80. Buah Fikiran Maksud: Pendapat. Contoh Ayat: Dalam mesyuarat, buah fikiran ahli yang hadir perlu diambil kira. 81. Buah Hati Maksud: Orang kesayangan kekasih. 82.Buah Helah Maksud: Mencari helah. 83. Buah Kalam Maksud: Hasil tulisan atau karya. Contoh Ayat: Novel itu adalah buah kalam Hamid yang pertama. 84. Buah Mulut Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai. 85. Buah Pena Maksud: Hasil tulisan atau karya.

86. Buah Tangan Maksud: Hadiah. Contoh Ayat: Kami membawa buah tangan semasa melawat Zaini di hospital. 87. Bual Kosong Maksud: Bercakap tentang perkara yang tidak penting. Contoh Ayat: Zalina dan Badariah suka berbual kosong di serambi rumah. 88. Buang Adat Maksud: Tidak menggunakan sesuatu adat lagi. Contoh Ayat: Kita perlu buang adat yang menyalahi hukum agama. 89. Buang Air Besar Maksud: Berak. Contoh Ayat: Hari ini sudah tiga kali dia buang air besar. 90. Buang Air Kecil Maksud: Kencing. Contoh Ayat: Penyakit batu karang menyebabkan penghidapnya berasa sakit ketika membuang air kecil. 91. Buang Anak = Membuang Anak Maksud: Menggugurkan anak. Contoh Ayat: Membuang anak merupakan perbuatan yang dikeji oleh Tuhan. 92. Buang Arang Di Muka Maksud: Menghilangkan malu. Contoh Ayat: Pak Lah menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada jemaah masjid di kampung itu bagi membuang arang di mukanya. 93. Buang Diri = Membuang Diri Maksud: Merantau. Contoh Ayat: Dia membuang diri setelah difitnah mengganggu anak dara orang. 94. Buang Lelah Maksud: Berehat untuk meredakan kepenatan. Contoh Ayat: Beberapa buah wakaf telah dibina dalam taman rekreasi itu sebagai tempat buang lelah. 95. Buang Malu Maksud: Menghilangkan malu. 96. Buang Muka = Membuang Muka Maksud: Tidak suka. Contoh Ayat: Dia membuang muka apabila bertemu dengan pemuda yang mengganggunya.

97. Buang Negeri = Dibuang Negeri Maksud: Diperintah keluar dari sesebuah negeri. Contoh Ayat: Ken Long dijatuhi hukuman buang negeri, setelah didapati bersalah kerana menyertai kongsi gelap. 98. Buang Sauh Maksud: Berlabuh. Contoh Ayat: Kapal itu buang sauh di pelabuhan yang berhampiran setelah sebulan belayar tanpa henti. 99. Buang Sial Maksud: Berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang. Contoh Ayat: Kebiasaan penduduk di situ akan mengadakan adat mandi bunga sebagai usaha buang sial. 100. Buang Tabiat Berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia. 101. Buang ubat Maksud: Tembakan yang tidak kena pada sasarannya. Contoh Ayat: Buang ubat sahaja, kerana gagak yang ditembak tidak pun kena. 102. Buat Akal Maksud: Mencari helah. Contoh Ayat: Dia buat akal apabila disuruh membuat kerja sekolah. 103. Buat Bodoh Maksud: Pura-pura tidak tahu akan sesuatu. Contoh Ayat: Uyob buat bodoh apabila orang lain heboh tentang kehilangan motosikal yang diletakkan di depan rumahnya. 104. Buat Jahat = Berbuat Jahat Maksud: Melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan lelaki dan perempuan. Contoh Ayat: Dia dituduh berbuat jahat dengan anak gadis Tuk Penghulu. 105. Buat Perkara Maksud: Berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik. Contoh Ayat: Salina terpaksa berhenti kerja kerana suaminya buat perkara. 106. Buaya Darat Maksud: Orang yang suka memperdaya perempuan. Contoh Ayat: Perangai Pak Ya yang buaya darat itu telah dimaklumi jiran tetangganya. 107. Bujur Sirih Maksud: Bentuk muka seolah-olah bentuk sirih. Contoh Ayat: Mukanya yang bujur sirih itu bertambah ayu apabila dia memakai selendang sutera

putih. 108. Buka Langkah Seribu Maksud: Lari kerana takut disebabkan sesuatu. Contoh Ayat: Fuad buka langkah seribu apabila dikejar oleh Pak Mat. 109. Buka Mata Maksud: a) Melihat dan meluaskan pandangan. b) Menyedarkan atau menginsafkan orang lain. Contoh Ayat: a) Kunjungan ke Kashmir telah membuka mata saya tentang keindahan alam semula jadinya. b) Setelah Adi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana barulah saudara-maranya buka mata. 110. Buka Mulut Maksud: a) Berkata-kata. b) Mengadu untuk mendapatkan pertolongan. Contoh Ayat: a) Semua yang ada tidak berani buka mulut apabila melihat Pak Busu Berang. b) Saya terpaksa buka mulut untuk meminjam wang daripadanya. 111. Buka Pintu Maksud: Memberi peluang. Contoh Ayat: Bantuan modal itu telah membuka pintu kepada peniaga kecil untuk memulakan perniagaan mereka. 112. Buka Tanah = Membuka Tanah Maksud: Mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman di atas hutan atau tanah yang terbiar. Contoh Ayat: Peneroka Felda telah buka tanah untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit. 113. Buka Telinga Maksud: Mendengar baik-baik. Contoh Ayat: Bala sentiasa buka telinga dan menerima nasihat orang yang telah lama bertugas di syarikat itu. 114. Buka Tembelang Maksud: Membocorkan rahsia. Contoh Ayat: Si Hamid telah membuka tembelang dengan mengatakan Si Guna yang mencuri kambing Kurupaya. 115.Buku Lima Maksud: Penumbuk. Contoh Ayat: Yunus naik marah lalu menunjukkan buku limanya ke arah Amran. 116. Bulan Kesiangan Maksud: Berwajah pucat. Contoh Ayat: Mukanya seperti bulan kesiangan apabila dia tidak bersolek.

117. Bulan Madu Maksud: Pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin. Contoh Ayat: Pengantin baru itu bercadang untuk berbulan madu di Langkawi. 118. Bulan penuh Maksud: Cantik. Contoh Ayat: Mukamu bagai bulan penuh. Saya suka menatapnya. 119. Bulat Fikiran Maksud: Mengambil keputusan yang tetap. Contoh Ayat: Dia telah bulat fikiran untuk meneruskan pelajarannya ke luar negeri. 120. Bulat Kata Maksud: Keazaman yang bersungguh-sungguh. Contoh Ayat: Keluarga Khadijah telah bulat kata hendak mewakafkan tanah pusaka mereka untuk dijadikan tapak sekolah agama. 121. Bunga Bangsa Maksud: Orang yang berjasa kepada negara. Contoh Ayat: Jasa perajurit yang gugur di perbatasan akan sentiasa dikenang sebagai bunga bangsa. 122. Bunga Bibir Maksud: Kata-kata yang manis. Contoh Ayat: Jangan mudah terpengaruh dengan bunga bibirnya. 123. Bunga Dedap Maksud: Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa. Contoh Ayat: Tina laksana bunga dedap, harapkan rupanya sahaja cantik tetapi tidak tahu menghormati jiran tetangga. 124. Buru Hutang = Diburu Hutang Maksud: Terdesak kerana berhutang. Contoh Ayat: Hidup Chee An sentiasa diburu hutang kerana dia suka berjudi. 125. Buru Nafsu = Terburu Nafsu Maksud: Melakukan sesuatu secara terburu-buru. Contoh Ayat: Jangan terburu nafsu dalam mengambil keputusan, fikirlah baik buruknya. 126. Buru Pangkat = Memburu Pangkat Maksud: Berusaha mencari pangkat. Contoh Ayat: Walaupun mahu memburu pangkat, tetapi janganlah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. 127. Buru Pelajaran = Memburu Pelajaran Maksud: Berusaha mencari ilmu pengetahuan.

Contoh Ayat: Encik Azlan masih terus memburu pelajaran pada usia enam puluhan. 128. Buruk Hati Maksud: Orang yang jahat. Contoh Ayat: Perempuan yang buruk hati itu tidak membenarkan anak saudaranya menumpang di rumahnya. 129. Buruk Laku Maksud: Kelakuan tidak senonoh. Contoh Ayat: Perangai Ahmad yang buruk laku menyebabkan dia tersisih daripada masyarakat. 130. Buruk Makan Maksud: Pelahap. Contoh Ayat: Budak yang buruk makan itu, membedal semua kuih-muih yang dihidang di atas meja. 131. Buruk Mulut Maksud: Percakapan yang kasar. Contoh Ayat: Sejak pulang daripada menunaikan haji, perangai buruk mulutnya telah tiada, sebaliknya dia bercakap dengan lemah lembut. 132. Buruk Perut Maksud: Kuat makan. Contoh Ayat: Orang yang buruk perut mudah mendapat penyakit. 133. Buruk sSngka Maksud: Menaruh curiga. Contoh Ayat: "Jangan buruk sangka kepada kata-kata Zalina, entahkan dia berniat baik," kata Fairuz kepada Azri. 134. Buruk Selera Maksud: Makan apa sahaja. Contoh Ayat: Jauhkan amalan buruk selera dan makanlah makanan yang seimbang. 135. Buruk Siku Maksud: Meminta barang yang telah diberikan. Contoh Ayat: Agus buruk siku kerana meminta semula motosikal buruk yang telah diberikan kepada adiknya. 136. Busuk Budi Maksud: Perangai yang jahat. Contoh Ayat: Sikapnya yang busuk budi itu tidak disukai oleh saudara-maranya. 137. Busuk Hati Maksud: Orang yang berhati jahat. Contoh Ayat: Dia busuk hati walaupun dengan kakaknya sendiri.

138. Busung Dada Maksud: Sombong. Contoh Ayat: Azri bersikap busung dada sejak ayahnya dilantik menjadi wakil rakyat di daerah itu. 139. Buta Ayam = Rabun Ayam Maksud: Mata yang rabun menjelang senja. Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia buta ayam. 140. Buta Hati Maksud: Bersikap kejam. Contoh Ayat: Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh orang tua yang tidak berdaya itu. 141. Buta Huruf Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis. Contoh Ayat: Walaupun Ah Seng buta huruf, dia sentiasa memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran. 142. Buta Kayu Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis. 143. Buta Malam Maksud: Rabun pada waktu malam. Contoh Ayat: Dia tidak dapat hadir dalam aktiviti rukun tetangga pada waktu malam kerana dia buta malam. 144. Buta Perut Maksud: Tidak bertimbang rasa. Contoh Ayat: Kita janganlah jadi orang yang buta perut, perlulah fikirkan nasib mereka yang malang. 145. Buta Warna Maksud: Tidak dapat membezakan warna. Contoh Ayat: Satu daripada syarat untuk mengikuti program "Memandu Kapal Terbang" ialah peserta tidak buta warna.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'C' 1. Cabut Nyawa Maksud: Membunuh. Contoh Ayat: "Janganlah kau cabut nyawaku," pinta Rashidah. 2. Cacing Gila Maksud: Meronta-ronta. Contoh Ayat: Kesakitan yang dialaminya menyebabkan dia seperti cacing gila. 3. Cacing Kepanasan Maksud: Gelisah. Contoh Ayat: Dia seperti cacing kepanasan apabila disoal polis. 4. Cacing Naik Ke Mata Maksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau. Contoh Ayat: "Nampaknya perbuatan pegawai Inggeris itu seperti cacing naik ke mata," kata Tuk Penghulu. 5. Cahaya Mata Maksud: Anak. Contoh Ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata yang kedua. 6. Cakap Angin Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah. Contoh Ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke perpustakaan. 7. Cakap Besar Maksud: Meninggi diri. Contoh Ayat: Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya. 8. Cakap Mulut Maksud: Bahasa yang digunakan dalam percakapan harian. Contoh Ayat: Terdapat perbezaan antara bahasa tulisan dengan cakap mulut. 9. Cakap Tinggi Maksud: Meninggi diri. 10. Cakar Awan = Pencakar Awan Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi. Contoh Ayat: Di kota besar banyak bangunan pencakar awan. 11. Cakar Ayam Maksud: Tulisan yang buruk. Contoh Ayat: Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca.

12. Cakar Langit = Pencakar Langit Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi. 13. Campur Cakap Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain. Contoh Ayat: "Kamu jangan campur cakap kalau kamu tidak tahu perkara yang sebenarnya," kata ayah. 14. Campur Mulut Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain. 15. Campur Tangan Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain. 16. Cangkul Angin Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia. Contoh Ayat: Ah Lau cangkul angin sahaja kerana perniagaannya tidak membawa keuntungan. 17. Cari Akal = Mencari Akal Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. Contoh Ayat: Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan persekolahan anak-anaknya. 18. Cari Bala Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. Contoh Ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan kepada pendatang asing. 19. Cari Fasal Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan. Contoh Ayat: Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan menendang kasut Kasim. 20. Cari Fikiran Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. 21. Cari Ikhtiar Maksud: Berusaha bersungguh-sungguh. Contoh Ayat: Limah sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit anaknya. 22. Cari jalan Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. 23. Cari Makan Maksud: Bekerja atau mencari rezeki. Contoh Ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari makan kerana masalah pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

24. Cari Muka Maksud: Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran. Contoh Ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada. 25. Cari Nama = Mencari Nama Maksud: Berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai. Contoh Ayat: Siti Nurhaliza mencari nama dengan melibatkan diri dalam bidang nyanyian. 26. Cari Rezeki Maksud: Bekerja atau mencari rezeki. 27. Cari Salah Maksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang. Contoh Ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan membuka semula laporan peribadi kawannya itu. 28. Cari Seteru Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan. 29. Cari Susah Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. 30. Cecah Bahu = Mencecah Bahu Maksud: Sampai ke paras bahu. Contoh Ayat: Rambut anak gadisnya dibiarkan panjang hingga mencecah bahu. 31. Cecah Bumi = Mencecah Bumi Maksud: Jejak ke bumi. Contoh Ayat: Pohon teratai tumbuh di air dan akarnya tidak mencecah bumi. 32. Cepat Lidah Maksud: Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu. Contoh Ayat: Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah menyebabkan kami berasa tersinggung. 33. Cepat Mulut Maksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya. Contoh Ayat: Sikap Murni yang cepat mulut menyebabkan rakan-rakan menjauhinya. 34. Cepat Tangan Maksud: Orang yang suka mencuri. Contoh Ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis. 35. Cerai Hidup Maksud: Suami isteri yang bercerai ketika hidup. Contoh Ayat: Kamisah bercerai hidup dengan suaminya sejak sepuluh tahun lalu.

36. Cerai Kasih = Bercerai Kasih Maksud: Putus percintaan. Contoh Ayat: Akibat bercerai kasih dengan tunangannya, dia membawa diri ke ibu kota. 37. Cerai Mata = Bercerai Mata Maksud: Berpisah. Contoh Ayat: Sejak bercerai mata dengan ibunya, anak kecil itu sering menangis. 38. Cerai Mati = Bercerai Mati Maksud: Suami isteri yang bercerai kerana salah seorang daripadanya meninggal dunia. Contoh Ayat: Kalsom bercerai mati dengan suami pertamanya yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. 39. Cerai Susu = Bercerai Susu Maksud: Bayi yang telah berhenti menghisap susu. Contoh Ayat: Bayi itu telah diberikan makanan pejal sejak bercerai susu. 40. Cerita Burung Maksud: Berita yang tidak berasas. Contoh Ayat: Jangan percaya dengan berita yang dikhabarkan oleh Si Husin kerana itu semua cerita burung belaka. 41. Cermin Bangkai = Bercermin Bangkai Maksud: Menanggung malu akibat sesuatu kejadian. Contoh Ayat: Lebih baik mati daripada hidup bercermin bangkai. 42. Cuci Mata Maksud: a) Melihat pemandangan yang cantik. b) Melihat perempuan yang cantik-cantik. Contoh Ayat: a) Semasa bercuti di Air Terjun Lasir dapatlah kami mencuci mata melihat keindahan alam semula jadi di sekitarnya. b) Kasim suka duduk-duduk di serambi rumahnya sambil mencuci mata melihat gadis yang lalu di hadapan rumahnya. 43. Cuci Perut Maksud: Membersihkan perut dengan julap dan lain-lain. Contoh Ayat: Doktor menyuruh saya cuci perut sebelum pembedahan dilakukan. 44. Cuci Tangan Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan. Contoh Ayat: Dia cuci tangan setelah melanggar kambing kepunyaan Mutusamy. 45. Cucur Keringat

Maksud: Bekerja keras. Contoh Ayat: Nasir terpaksa cucur keringat untuk mengisi perut anaknya yang lima orang itu. 46. Cucur Peluh Maksud: Bekerja keras. 47. Cupak Hanyut Maksud: Lenggang yang lembut. Contoh Ayat: Gaya berjalan Mak Long bagai cupak hanyut. 48. Curi Hati = Mencuri Hati Maksud: Memikat hati. Contoh Ayat: Tingkah laku Ayu yang lemah lembut telah mencuri hati Hasyim. 49. Curi Tulang Maksud: Pemalas. Contoh Ayat: Orang lain sibuk bekerja di dapur tetapi dia curi tulang dengan berbual-bual di serambi. Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'D' 1. Dabik Dada = Mendabik Dada Maksud: Menunjuk-nunjukkan keberanian atau kebanggaan. Contoh Ayat: Dia mendabik dada dan mencabar sesiapa sahaja yang berani menentangnya. 2. Dagang Piatu Maksud: Orang asing yang tidak mempunyai saudara-mara. Contoh Ayat: Ameer berasal dari Bangladesh dan dia dagang piatu di Malaysia. 3. Daki Dunia Maksud: Harta dunia. Contoh Ayat: Hidup mesti amanah, jangan mudah terpengaruh dengan daki dunia. 4. Dakwat Tumpah Maksud: Rambut yang hitam lebat. Contoh Ayat: Rambut Rozita yang bagai dakwat tumpah itu sungguh cantik dipandang. 5. Dalam Kekeringan Maksud: Sewaktu seseorang itu tidak mempunyai wang. Contoh Ayat: Saya dalam kekeringan bulan ini kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membaiki kereta saya yang rosak. 6. Dalam Tangan Maksud: Sesuatu yang pasti akan dimiliki. Contoh Ayat: Pasukan Selangor berjaya ke perlawanan akhir bola sepak Piala Diraja, sekurangkurangnya untuk menjadi naib juara sudah dalam tangan.

7. Dapat Hati Maksud: Beroleh cinta, cinta yang berbalas. Contoh Ayat: Sejak dapat hati daripada gadis sebelah rumah, Jusoh sering kelihatan tersenyum sendirian. 8. Dapat Khabar = Mendapat Khabar Maksud: Menerima berita. Contoh Ayat: Pak Leman mendapat khabar anaknya menjadi pelajar terbaik di United Kingdom. 9. Dapat Malu = Mendapat Malu Maksud: Menanggung malu. Contoh Ayat: Ah Hok mendapat malu apabila dia ditangkap kerana mengedar dadah. 10. Dapat Nama = Mendapat Nama Maksud: Menjadi terkenal. Contoh Ayat: Anisa mendapat nama setelah memenangi hadiah pertama peraduan mengarang cerpen. 11. Dapat Terpijak Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka. Contoh Ayat: Zainon dapat terpijak hadiah bonus yang bernilai RM5000. 12. Darah Daru Setampuk Pinang Maksud: Masih muda. Contoh Ayat: Walaupun Sira seperti darah baru setampuk pinang dia berani berhadapan dengan musuh di perbatasan. 13. Darah Daging Maksud: Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri. Contoh Ayat: Anak abang saya adalah darah daging saya. 14. Darah Gemuruh Maksud: Mudah gugup. Contoh Ayat: Swee King tewas dalam pertandingan syarahan itu kerana dia darah gemuruh. 15. Darah Manis Maksud: Mudah mendapat bahaya atau kecederaan. Contoh Ayat: Orang yang sedang bertunang dikatakan berdarah manis dan perlu sentiasa berhatihati apabila melakukan sesuatu kerja. 16. Darah Panas Maksud: Cepat marah. Contoh Ayat: Berhati-hati apabila bercakap dengannya kerana dia darah panas. 17. Darah Putih

Maksud: Keturunan bangsawan. Contoh Ayat: Kassim sebenarnya berdarah putih dan nama sebenarnya ialah Raja Kassim bin Raja Alauddin. 18. Datuk Nenek Maksud: Leluhur. Contoh Ayat: Petua datuk nenek tidak harus dilupakan. 19. Delima Merekah Maksud: Warna bibir yang cantik. Contoh Ayat: Bibirnya yang bagai delima merekah itu sentiasa mengukir senyuman. 20. Depan Hidung = Di Depan Hidung Maksud: Terlalu dekat. Contoh Ayat: Bakul besar yang di depan hidung pun dia tidak nampak, apalagi kalau disuruh mencari jarum. 21. Detak Hati Maksud: Perasaan, kata hati. Contoh Ayat: Detak hatinya mengatakan bahawa adiknya masih hidup. 22. Detik Jantung Maksud: Bunyi degup jantung. Contoh Ayat: Seakan terhenti detik jantung Ayu apabila mendengar berita kematian sahabat baiknya. 23. Diam Diri = Berdiam Diri Maksud: Tidak berkata-kata. Contoh Ayat: Dia hanya berdiam diri dalam mesyuarat itu. 24. Diam Penggali Maksud: Orang yang diam dan memudaratkan dirinya. Contoh Ayat: Kalau tidak faham hendaklah bertanya, jangan jadi diam penggali. 25. Diam-Diam Lepu Maksud: Pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali. Contoh Ayat: Jangan percayakan Azhar itu kerana dia diam-diam lepu. 26. Diam-Diam Ubi Maksud: Orang yang diam tetapi pandai dan rajin. Contoh Ayat: Lisa diam-diam ubi, nampak pendiam tetapi keputusan peperiksaannya sangat cemerlang. 27. Dingin Hati Maksud: Tidak riang. Contoh Ayat: Dila dingin hati di majlis hari jadinya kerana ayahnya telah tiada lagi.

28. Dingin Kepala Maksud: Berfikiran tenang dan waras. Contoh Ayat: Membuat sesuatu keputusan, biarlah ketika dingin kepala. 29. Dingin Tangan Maksud: Orang yang pekerjaannya selalu berjaya. Contoh Ayat: Puan Lim dingin tangan kerana sayur-sayuran yang ditanamnya menjadi belaka. 30. Duduk Perut Maksud: Hamil. 31. Duit Kopi Maksud: Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah. Contoh Ayat: Zali memberi RM50 sebagai duit kopi kepada Abu. 32. Durian Runtuh Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka. Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'E' 1. Ekor Belangkas Maksud: Pedang atau golok yang berbentuk ekor belangkas. Contoh Ayat: Ekor belangkas yang dipamerkan di muzium itu adalah hasil ukiran anak Kelantan. 2. Ekor Lipas Maksud: Rambut pada lubang tengkuk. Contoh Ayat: Anak remaja sekarang gemar dengan fesyen rambut ekor lipas. 3. Ekor Mata Maksud: Sudut mata. Contoh Ayat: Dia memandang saya dengan ekor mata yang tajam. 4. Ekor Pulau Maksud: Hujung pulau. Contoh Ayat: Tanah di bahagian ekor pulau itu sangat subur. 5. Elok Budi Maksud: Berkelakuan baik, bersopan dan pemurah. Contoh Ayat: Jalilah yang sentiasa elok budinya merupakan menantu kesayangan Mak Cik Puteh. 6. Emas Putih Maksud: Campuran emas berwarna putih. Contoh Ayat: Cincin perkahwinannya yang diperbuat daripada emas putih itu berharga beriburibu ringgit.

7. Emas Tempawan Maksud: Orang yang dikasihi. Contoh Ayat: Anak tunggalnya Si Melati itulah emas tempawan baginya. 8. Embun Betina Maksud: Titis embun yang kecil-kecil. Contoh Ayat: Embun betina yang turun mendinginkan lagi suasana malam itu. 9. Embun Jantan Maksud: Titis embun yang besar-besar. Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'F' 1. Faham Kiri = Berfahaman Kiri Maksud: Berfikiran politik yang radikal. Contoh Ayat: Dia berfahaman kiri dan suka menentang kerajaan. 2. Fajar Menyingsing Maksud: Awal pagi. Contoh Ayat: Kami akan memulakan ekspedisi mendaki Gunung Ledang sebelum fajar menyingsing. Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'G' 1.Gadai Bergolok = Bergadai Bergolok Maksud: Berbelanja sehingga berhabis. Contoh Ayat: Arfah bergadai bergolok untuk mengadakan kenduri kahwin anak tunggalnya. 2. Gadai Nyawa = Bergadai Nyawa Maksud: Meletakkan diri dalam keadaan yang boleh membawa maut. Contoh Ayat: Mei Kee bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya dalam kebakaran itu. 3. Gadis Sunti Maksud: Anak perempuan yang belum baligh. Contoh Ayat: Gadis sunti itu sudah biasa membuat kerja-kerja di dapur apabila ibunya tiada di rumah. 4. Gaji Buta Maksud: Mendapat gaji tanpa perlu bekerja bersungguh-sungguh. Contoh Ayat: Saya mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab ini bersungguh-sungguh supaya tidak makan gaji buta sahaja. 5. Gaji Pokok Maksud: Gaji tanpa bayaran yang lain. Contoh Ayat: Walaupun gaji pokok saya kecil tetapi elaunnya lumayan.

6. Gambaran Hidup Maksud: Teladan. Contoh Ayat: Kita patut menjadikan kejadian tanah runtuh itu sebagai gambaran hidup. 7. Ganti Tikar Maksud: Berkahwin dengan adik isteri setelah isteri meninggal dunia. Contoh Ayat: Arif rela ganti tikar daripada mengahwini perempuan lain tambahan pula anakanaknya amat manja dengan adik iparnya itu. 8. Garam Hidup Maksud: Pengalaman. Contoh Ayat: Semasa berada di rantau orang sudah tentu banyak garam hidup yang kita tempuhi. 9. Gatal Mulut Maksud: Suka bercerita keburukan orang. Contoh Ayat: Tidak salah berbual-bual dengan jiran tetangga asalkan tidak gatal mulut. 10. Gatal Tangan Maksud: Suka membuat yang bukan-bukan. Contoh Ayat: Saya tidak mahu membawa Halizah ke rumah Mak Busu kerana dia suka gatal tangan sehingga habis bunga Mak Busu dirosakkan. 11. Gelap Buta Maksud: Sangat gelap. Contoh Ayat: "Salmah, jangan berjalan dalam gelap buta seorang diri, takut terjadi sesuatu yang tidak diingini," nasihat Pak Mat kepada anaknya. 12. Gelap Fikiran Maksud: Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah. Contoh Ayat: Tamam mengamuk kerana dia menjadi gelap fikiran apabila melihat rumahnya dibakar. 13. Gelap Hati Maksud: Sukar memahami pelajaran. Contoh Ayat: Murid yang gelap hati dalam mata pelajaran Matematik akan diberikan bimbingan khusus. 14. Gelap Mata Maksud: A) Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah. B) Pitam. Contoh Ayat: Jabu terjatuh sebaik saja kakinya mencecah di garisan penamat dalam perlumbaan 500 meter itu kerana gelap mata. 15. Gelap Pemandangan

Maksud: Pitam. 16. Gelap Wang = Menggelapkan Wang Maksud: Menggunakan wang yang bukan hak. Contoh Ayat: Pekerja yang menggelapkan wang syarikat itu sekarang berada dalam tahanan polis. 17. Gelegar Buluh Maksud: Bercakap besar tetapi kosong. Contoh Ayat: Saya tidak berminat mendengar ceramahnya kerana cakapnya lebih berbunyi gelegar buluh daripada tindakan sebenarnya. 18. Geli Hati Maksud: Rasa lucu hendak tertawa. Contoh Ayat: Geli hati saya melihat telatah badut dalam persembahan sarkas itu. 19. Gelora Hati Maksud: Perasaan yang tidak tenang. Contoh Ayat: Dia tidak dapat menahan gelora hati untuk bertemu dengan sahabat penanya dari Kashmir. 20. Gelora Semangat Maksud: Perasaan berkobar-kobar. Contoh Ayat: Bergelora semangatnya untuk mempertahankan rekod dunianya di Sukan Olimpik kali ini. 21. Gencatan Senjata Maksud: Memberhentikan peperangan. Contoh Ayat: Kedua-dua belah pihak yang berjuang telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata. 22. Gendang Paha = Bergendang Paha Maksud: Bersuka ria kerana orang lain ditimpa kesusahan. Contoh Ayat: Musuh politiknya bergendang paha apabila tersebar berita dia dijatuhi hukuman penjara. 23. Gerak Badan Maksud: Bersenam. Contoh Ayat: Setiap pagi pasukan kadet itu berkawad dan melakukan gerak badan di padang kem tentera tersebut. 24. Gerak Hati Maksud: Perasaan. Contoh Ayat: Gerak hatiku mengatakan aku akan berjaya dalam peperiksaan SPM kali ini. 25. Gerak Jalan

Maksud: Latihan berjalan sebagai satu pasukan. Contoh Ayat: Rumah Biru mengadakan latihan gerak jalan pada setiap hari Sabtu. 26. Gerakan Gelap Maksud: Gerakan tidak sah yang dirahsiakan. Contoh Ayat: Pasukan polis yakin bahawa penyeludupan itu dilakukan oleh gerakan gelap yang bergiat di bahagian sempadan. 27. Gigi Air Maksud: Tepi air laut. Contoh Ayat: Indah sungguh pemandangan di gigi air pada waktu senja. 28. Gigi Hutan Maksud: Tepi hutan. Contoh Ayat: Arsyad mencari kerbaunya yang hilang hingga ke gigi hutan. 29. Gila Angau Maksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain. Contoh Ayat: Jasiman gila angau kepada Jeha. 30. Gila Babi Maksud: Penyakit sawan babi. Contoh Ayat: Apabila penyakit gila babinya menyerang, kelam-kabut kami dibuatnya. 31. Gila Bayang Maksud: Cinta kepada seseorang yang tidak tahu dia dicintai. Contoh Ayat: "Beritahulah perasaan kamu kepadanya supaya kamu tidak dikatakan gila bayang," nasihat Zakir kepada Daud. 32. Gila Bayang-Bayang Maksud: Berhajatkan sesuatu yang mustahil. Contoh Ayat: Usah gila bayang-bayang, bersyukurlah pada apa yang telah diperoleh. 33. Gila Harta Maksud: Sentiasa mementingkan harta kekayaan. Contoh Ayat: Ibunya gila harta, pinangan orang miskin tidak akan diterima. 34. Gila Isim Maksud: Gila kerana tersalah menuntut ilmu batin. Contoh Ayat: Kasim gila isim sekembalinya daripada menuntut ilmu di Indonesia. 35. Gila Judi Maksud: Orang yang suka bermain judi. Contoh Ayat: Tabiat gila judi akan menyebabkan orang menjadi papa. 36. Gila Kuasa

Maksud: Sangat ingin mendapat kuasa. Contoh Ayat: Temenggung yang gila kuasa itu sanggup memfitnah Raja Tengah. 37. Gila Pangkat Maksud: Sentiasa ingin mendapat pangkat. Contoh Ayat: Dia bekerja keras bukan kerana gila pangkat tetapi ingin meningkatkan prestasi cemerlang jabatannya. 38. Gila Perempuan Maksud: Sangat berkeinginan kepada seseorang perempuan. Contoh Ayat: Dia memang gila perempuan sampai lupa akan anak isteri di rumah. 39.Gila Talak Maksud: Teringat-ingat akan bekas isteri atau suami setelah bercerai. Contoh Ayat: Pak Leh gila talak setelah bercerai dengan Mak Leha. 40. Gila Urat Maksud: Sangat ingin kepada lelaki atau perempuan yang dicintainya. Contoh Ayat: Hamid gila urat akan Asma sehingga sanggup mengekori Asma ke mana sahaja dia pergi. 41. Gila-Gila Air Maksud: Kurang sihat ingatan (fikiran). Contoh Ayat: Dia gila-gila air kerana ingatannya kadang-kadang tidak menentu. 42. Gila-Gila Bahasa Maksud: Kurang sihat atau tidak panjang fikiran (cepat marah, pemberani, tidak malu). Contoh Ayat: Apabila dia mula gila-gila bahasa, orang sukar untuk mempercayai cakapnya. 43. Golok Kayu Maksud: Orang bodoh yang berlagak pandai. Contoh Ayat: Dia seperti golok kayu, kononnya dia tahu segala-galanya tentang perkembangan politik negara. 44. Gulung Tikar Maksud: Muflis. Contoh Ayat: Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaannya merosot dan dia akhirnya terpaksa gulung tikar. 45. Gunting Hati = Menggunting Hati Maksud: Melukai perasaan. Contoh Ayat: Perbuatan anak gadisnya yang lari dari rumah itu telah menggunting hatinya. 46. Gunung Hati = Menggunung Hati Maksud: Tersangat ingin. Contoh Ayat: Menggunung hati kami hendak bertemu ibu yang telah terpisah sejak kami kecil

lagi. 47. Gunung Payung Maksud: Orang kesayangan. Contoh Ayat: Dialah cucu tunggal yang menjadi gunung payung kepada nenek. 48. Gunung Runtuh Maksud: Bunyi bergemuruh. Contoh Ayat: Bunyi letupan dari kuari batu kapur yang berhampiran dengan kampung itu seperti gunung runtuh. Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'H' 1. Habis Akal Maksud: Bingung setelah berusaha sedaya upaya. Contoh Ayat: Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun depan. 2. Habis Bulan Maksud: Hujung bulan. Contoh Ayat: Habis bulan Mac ini, dia akan berpindah ke Sarawak. 3. Habis Jadi Abu Maksud: Musnah. Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir dan impian untuk bergelar juara habis jadi abu. 4. Habis Jodoh Maksud: Bercerai. Contoh Ayat: Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah sepuluh tahun berkahwin. 5. Habis Modal Maksud: A) Tidak ada lagi modal yang tinggal. B) Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan. Contoh Ayat: A) Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini. B) Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk bercakap. 6. Habis Nyawa = Menghabiskan Nyawa Maksud: A) Mati. B) Menebus dengan nyawa. Contoh Ayat: A) Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa ketika saya menghampirinya. B) Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap harimau yang telah membaham

ayahnya. 7. Habis Perkara Maksud: Selesai. Contoh Ayat: Pertelingkahan semalam dianggap sudah habis perkara dan jangan dibangkitkan lagi. 8. Habis Tahun Maksud: Penghujung tahun. Contoh Ayat: Habis tahun ini saya akan berpindah ke luar negeri kerana ayah telah dilantik sebagai duta negara. 9. Halwa Mata Maksud: Persembahan yang mengasyikkan. Contoh Ayat: Persembahan tarian tradisional pada malam meraikan ahli sukan negara itu telah menjadi halwa mata para penonton. 10. Halwa Telinga Maksud: Sesuatu yang baik untuk didengar. Contoh Ayat: Rancangan "Senandung Malam" yang sering ke udara di radio itu akan menjadi halwa telinga apabila saya bersendirian di rumah. 11. Hampa Tangan Maksud: Tidak mendapat apa-apa. Contoh Ayat: Dia pulang dengan hampa tangan apabila kalah dalam pertandingan bahas itu. 12. Hancur Hati Maksud: Sangat sedih. Contoh Ayat: Hancur hati ibunya apabila menerima berita anaknya terlibat dalam kemalangan itu. 13. Hangat Hati Maksud: Sangat marah. Contoh Ayat: Hangat hati saya melihat dia memijak-mijak batas sayur itu. 14. Hangat-Hangat Kuku Maksud: Suam-suam. Contoh Ayat: Setiap pagi saya terpaksa menyediakan air yang hangat-hangat kuku untuk mandian adik. 15. Hangat-Hangat Tahi Ayam Maksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan. Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh-sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam. 16. Hangus Hati

Contoh Ayat: Maksud: Sangat marah. 17. Harga Diri Maksud: Maruah. Contoh Ayat: Harga diri mesti dijaga walau di mana pun kamu berada. 18. Harga Mati Maksud: Harga tetap. Contoh Ayat: Semua barang di pasar raya itu dijual dengan harga mati. 19. Harga Pokok Maksud: Harga yang belum dicampur dengan belanja lain. Contoh Ayat: Harga pokok sebutir berlian ini RM5000, tetapi apabila dicampur dengan emas dan upah tukang menjadikan harganya bertambah mahal. 20. Hati Batu Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat. Contoh Ayat: Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh ibunya. 21. Hati Berlian = Berhati Berlian Maksud: Sangat baik hati. Contoh Ayat: Ibu tiriku berhati berlian. Dia menjaga kami adik-beradik bagai anaknya sendiri. 22. Hati Kecil Maksud: Perasaan dalam batin. Contoh Ayat: Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu hari nanti saya pasti akan bertemu dengannya. 23. Hati Muda Maksud: Rasa muda dalam hati. Contoh Ayat: Saya tidak suka berkawan dengannya. Walaupun sudah tua tetapi tetap berhati muda. 24. Hati Nurani Maksud: A) Hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan. B) Perasaan hati yang murni. Contoh Ayat: A) Pendidikan agama dapat membentuk hati nurani manusia untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur. B) Jangan mengecewakan hati nurani anak kecil yang tidak berdosa. 25. Hati Tawajuh Maksud: Hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan. Contoh Ayat: Dia berhati tawajuh, kemewahan dunia tidak lagi dihiraukan.

26. Hati Terbuka Maksud: Ikhlas. Contoh Ayat: Kami menerima kedatangannya dengan hati terbuka. 27. Hati Tungau = Berhati Tungau Maksud: Penakut. Contoh Ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya berhati tungau. 28. Hati Waja Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa. Contoh Ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya Salma menjadi seorang pengusaha yang berjaya. 29. Hentam Kromo Maksud: Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan. Contoh Ayat: Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir dahulu jangan hentam kromo sahaja. 30. Hidung Belang Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan. Contoh Ayat: Perangai Ghabi yang hidung belang menyebabkan dia dimarahi oleh bapanya. 31. Hidung Tinggi Maksud: Orang yang sombong. Contoh Ayat: Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawan-kawan. 32. Hidup Terbuang Maksud: Tersia-sia diri. Contoh Ayat: Sudahlah nasib dirinya hidup terbuang, selalu pula diserang penyakit. 33. Hilang Akal Maksud: Gila. Contoh Ayat: Sejak berlakunya kemalangan yang mengorbankan anak dan isterinya, dia telah hilang akal. 34. Hilang Di Mata Jangan Hilang Di Hati Maksud: Walaupun tinggal berjauhan tetapi selalu dalam ingatan. Contoh Ayat: Meskipun kakak menetap di London, tetapi kami sering berutus surat, agar yang hilang di mata jangan hilang di hati pula. 35. Hilang Harapan Maksud: Tiada mempunyai harapan lagi. Contoh Ayat: Hilang harapan Sameon untuk memulakan perniagaannya kerana semua harta bendanya musnah dalam kebakaran itu. 36. Hilang Ingatan

Maksud: Gila. 37. Hilang Lenyap Maksud: Hilang tanpa berita. Contoh Ayat: Badrun hilang lenyap setelah berlakunya kejadian amuk di kampung itu. 38. Hilang Nyawa Maksud: Mati. Contoh Ayat: Beberapa pekerja telah hilang nyawa dalam kemalangan itu. 39.Hilang Semangat Maksud: Terkejut. Contoh Ayat: Hilang semangat saya apabila disergah begitu. 40. Hilang-Hilang Timbul Maksud: Sekejap ada sekejap tiada. Contoh Ayat: Perangainya yang hilang-hilang timbul semasa latihan drama diadakan menaikkan darah pelakon-pelakon lain. 41. Hilir Mudik Maksud: Berjalan ke sana ke mari. Contoh Ayat: Janganlah hilir mudik sahaja, lebih baik tolong ayah kamu berniaga, kata ibu. 42. Hina Budi Maksud: Berkelakuan buruk. Contoh Ayat: Biar rupa kita buruk tetapi jangan hina budi, nasihat emak kepada kakak. 43. Hisap Darah Maksud: Memeras atau menindas orang. Contoh Ayat: Sejak ditubuhkan syarikat koperasi, orang tengah tidak dapat hisap darah petani lagi. 44. Hisap Jari Maksud: Kecewa. Contoh Ayat: Razlan terlambat menghantar borang permohonan untuk memasuki universiti tahun ini, menyebabkan dia terpaksa hisap jari. 45. Hujung Pangkal Maksud: Asal mula. Contoh Ayat: Cuba ceritakan kepada saya masalah itu supaya saya tahu hujung pangkalnya, kata Ah Seng kepada Ah Siew. 46. Hukum Alam Maksud: Sesuatu yang berkenaan kejadian alam. Contoh Ayat: Kemarau panjang tahun ini tidak dapat dielakkan kerana sudah menjadi hukum alam.

47. Hukum Allah Maksud: Takdir Tuhan. Contoh Ayat: Hukum Allah telah menentukan kapal terbang itu meletup di angkasa. 48. Hutang Darah Maksud: Menuntut bela atas sesuatu kejadian. Contoh Ayat: Ismail berhutang darah denganku, kerana dia telah menyebabkan kematian adikku, kata Ehsan. 49. Hutang Lapuk Maksud: Hutang yang sudah lama tidak dibayar. Contoh Ayat: Hutang lapuk syarikat itu berjumlah RM0.8 juta. 50. Hutang Nyawa Maksud: Nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain. Contoh Ayat: Rina berhutang nyawa dengan Rini kerana Rini telah menyelamatkan Rina daripada lemas tempoh hari. Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'I' 1. Ibu Angkat Maksud: Perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri. Contoh Ayat: Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya berumur tiga tahun. 2. Ibu Ayam Maksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur. Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah. 3. Ibu Kandung Maksud: Perempuan yang melahirkan seseorang; ibu sendiri. Contoh Ayat: Ibu kandung saya meninggal dunia ketika melahirkan saya. 4. Ibu Keladi Maksud: Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda. Contoh Ayat: Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan seluar berwarna oren. 5. Ibu Pertiwi Maksud: Tanah tempat kelahiran. Contoh Ayat: Malaysia merupakan ibu pertiwiku yang dicintai. 6. Ikat Diri = Mengikat Diri Maksud: Terlalu berat. Contoh Ayat: Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para peserta sehingga saya tidak ada masa untuk bersantai.

7. Ikat Hati = Mengikat Hati Maksud: Menawan. Contoh Ayat: Senyumannya telah mengikat hati saya. 8. Ikat Janji = Mengikat Janji Maksud: Membuat perjanjian. Contoh Ayat: Teruna telah mengikat janji dengan Dara untuk hidup bersama. 9. Ikat Kata = Mengikat Kata Maksud: Menggubah kata. Contoh Ayat: Penulis lirik lagu itu sangat pandai mengikat kata dalam lirik lagu yang ditulisnya. 10. Ikat Perut Maksud: Mengurangkan makan kerana kemiskinan. Contoh Ayat: Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah uzur dan tidak dapat bekerja menangkap ikan di laut. 11. Intan Baiduri Maksud: Orang yang dikasihi. 12. Iri Hati Maksud: Dengki. Contoh Ayat: Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum. 13. Isi Dada Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati. Contoh Ayat: Setelah lama mendiamkan diri, dia mengeluarkan isi dada yang terpendam selama ini. 14. Isi Hati Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati. 15. Isi Perut Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati. 16. Isi Rumah Maksud: Keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan. Contoh Ayat: Seluruh isi rumah itu masih berkabung atas kematian salah seorang ahlinya Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'J' 1. Jadi Abu Arang Maksud: Barang yang telah rosak. Contoh Ayat: Basikal saya yang dipinjamnya telah menjadi abu arang. 2. Jadi Bapa Kuda

Maksud: Orang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak bertanggungjawab. Contoh Ayat: Menjadi bapa kuda memang mudah tetapi fikirkanlah masa depan anak-anak yang dilahirkan itu. 3. Jadi Bumi Langit Maksud: Orang yang sangat diharapkan. Contoh Ayat: Dia anak piatu, sayalah yang menjadi bumi langit kepadanya. 4. Jadi Fikiran = Menjadi Fikiran Maksud: Masalah yang harus difikirkan. Contoh Ayat: Kenaikan harga barang-barang makanan menjadi fikiran kepada suri-suri rumah. 5. Jadi Umang-Umang Maksud: Suka menggunakan hak orang lain. Contoh Ayat: Kemeja yang saya pakai ini milik Murad, jadi umang-umanglah saya hari ini. 6. Jaga Hati = Menjaga Hati Maksud: Bertolak ansur dan saling menghormati. Contoh Ayat: Apabila bersahabat hendaklah saling menjaga hati masing-masing. 7. Jaga Mulut Maksud: Berhati-hati bila bercakap. Contoh Ayat: Jaga mulut apabila bercakap supaya tidak menyinggung hati kawan-kawan. 8. Jalan Belakang Maksud: Menggunakan cara yang tidak sah. Contoh Ayat: Ahmad memperoleh lesen perniagaannya melalui jalan belakang. 9. Jalan Buntu Maksud: Sesuatu yang tiada penyelesaian. Contoh Ayat: Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu menemui jalan buntu kerana sehingga ke hari ini masih belum diketahui punca penyakit tersebut. 10. Jalan Damai Maksud: Menyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan. Contoh Ayat: Perselisihan antara Arief dan Haqeemie akhirnya menemui jalan damai apabila masing-masing telah memohon maaf dan mengaku kesilapan. 11. Jalan Fikiran Maksud: Cara berfikir. Contoh Ayat: Jalan fikiran kamu biarlah dapat membantu kita menyelesaikan masalah ini. 12. Jalan Kaki Maksud: Berjalan tanpa kenderaan. Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh.

13. Jalan Tengah Maksud: Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah. Contoh Ayat: Saya mengambil jalan tengah supaya kedua-dua pihak yang bertelingkah dapat didamaikan. 14. Jarum Halus Maksud: Tipu muslihat. Contoh Ayat: Amin menggunakan jarum halus sehingga Hamidah terpedaya dan menyerahkan semua wang simpanannya kepada Amin. 15. Jatuh Air Muka Maksud: Menjadi malu. Contoh Ayat: Jatuh air muka Tuk Penghulu kerana kelakuan anaknya yang biadab itu. 16. Jatuh Bangun Maksud: Maju mundur. Contoh Ayat: Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak di atas kebijaksanaan pengurusnya. 17. Jatuh Cinta Maksud: Menaruh cinta (kasih). Contoh Ayat: Harith jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah. 18. Jatuh Dari Langit Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka. 19. Jatuh Harga Diri Maksud: Jatuh maruah. Contoh Ayat: Walaupun Shamsul berjawatan tinggi dan anak orang ternama tetapi perlakuan sumbangnya telah menyebabkan jatuh harga dirinya. 20. Jatuh Hati Maksud: Menaruh cinta (kasih). 21. Jatuh Melarat Maksud: Menjadi miskin. Contoh Ayat: Dia jatuh melarat dan ditinggalkan oleh kekasihnya setelah semua perniagaannya mengalami kerugian. 22. Jatuh Nama Maksud: Menanggung malu. 23. Jatuh Sakit Maksud: Mendapat sakit. Contoh Ayat: Dia jatuh sakit selepas memakan makanan yang dijual di gerai tepi jalan itu.

24. Jatuh Semangat Maksud: Hilang keberanian. Contoh Ayat: Dalam peperangan itu tentera Jawa telah jatuh semangat apabila ketua mereka dibunuh oleh musuh. 25. Jejak Bahu Maksud: Sampai ke paras bahu. 26. Jejak Bara Maksud: Sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah. Contoh Ayat: Semasa saya duduk di kerusi empuk itu kaki saya jejak bara kerana kerusi itu tinggi dan besar. 27. Jejak Keruh Maksud: Perbuatan yang kurang baik. Contoh Ayat: Hindari diri kamu daripada berkawan dengannya, kerana dia suka berbuat jejak keruh. 28. Jejak Langkah Maksud: Mencontohi. Contoh Ayat: Dia mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang perajurit. 29. Jejak Orang Tua Maksud: Mengikut kelakuan orang tuanya. Contoh Ayat: Perangai Jamiah mengikut jejak orang tuanya yang berbudi pekerti dan suka menolong orang. 30. Jinak-Jinak Lalat Maksud: Persahabatan yang tidak mesra. Contoh Ayat: Saya hanya jinak-jinak lalat dengannya walaupun kami sekelas, kata Suzy. 31. Jinak-Jinak Merpati Maksud: Orang yang pada zahirnya lembut tetapi hakikatnya tidak. Contoh Ayat: Zaidah jinak-jinak merpati dan tidak mudah dipengaruhi. 32. Juling Air Maksud: Juling sedikit. Contoh Ayat: Walaupun dia juling air, wajahnya sentiasa berseri-seri. 33. Juling Itik Maksud: Apabila memandang sesuatu, kepala disengetkan. Contoh Ayat: Murni juling itik semasa memandang kerana lehernya pernah mengalami kecederaan semasa kecil.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'K' 1. Kacang Hantu Maksud: Orang jahat. Contoh Ayat: Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu suka berkumpul di tepi jambatan dan mengganggu setiap gadis yang lalu di situ. 2. Kaki Arak Maksud: Orang yang suka minum arak. Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk membeli arak. 3. Kaki Ayam = Berkaki Ayam Maksud: Tidak memakai kasut. Contoh Ayat: Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang. 4. Kaki Bangku Maksud: Tidak pandai bermain bola. Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak. 5. Kaki Botol Maksud: Orang yang suka minum arak. 6. Kaki Buli Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah. Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang diketuai oleh Hamzah. 7. Kaki Gaduh Maksud: Orang yang suka bergaduh. Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di kampungnya. 8. Kaki Gunung Maksud: Di bahagian permulaan gunung. Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan pendakian ke puncak. 9. Kaki Hutan Maksud: Tepi hutan. 10. Kaki Judi Maksud: Orang yang suka bermain judi. Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya di meja judi.

11. Kaki Langit Maksud: Langit di bahagian bawah. Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja. 12. Kaki Lima Maksud: Bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah. Contoh Ayat: Aishah berteduh di kaki lima kedai makan sementara menunggu hujan berhenti. 13. Kaki Perempuan Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan. 14. Kaki Rambu Maksud: Orang yang suka merayau. Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri ketika sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu. 15. Kaki Seribu Maksud: Cabut lari. 16. Kaki Umpat Maksud: Orang yang suka mengumpat orang. Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya menceritakan keburukan orang sahaja. 17. Kaki Wayang Maksud: Orang yang suka menonton wayang. Contoh Ayat: Fadzil kaki wayang. Dia akan menonton setiap filem baru yang ditayangkan di panggung itu. 18. Kaku Lidah Maksud: Tidak dapat bercakap dengan lancar. Contoh Ayat: Ahmad menjadi kaku lidah apabila disoal tentang penglibatannya dalam kes rasuah. 19. Kambing Hitam Maksud: Orang yang dipersalahkan. Contoh Ayat: Dia menjadi kambing hitam apabila berlaku kecurian di kawasan perumahan itu. 20. Kampung Halaman Maksud: Kampung tempat dilahirkan. Contoh Ayat: Setelah lama belajar di luar negeri dia rindu hendak kembali ke kampung halamannya. 21. Kata Dua Maksud: Pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang mengemukakan tuntutan yang mesti diterima oleh pihak lain yang terlibat dalam perundingan. Contoh Ayat: Aman diberi kata dua iaitu berhenti daripada membuat kekacauan atau

dipindahkan ke daerah lain. 22. Kata Hati Maksud: Perasaan. 23. Kata Pujangga Maksud: Perkataan orang bijak pandai. Contoh Ayat: Orang tua-tua sering menggunakan kata pujangga ketika memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang muda. 24. Kata Putus Maksud: Ketentuan yang terakhir. Contoh Ayat: Mesyuarat yang diadakan gagal mencapai kata putus kerana ahli-ahlinya bertelagah. 25. Kaya Anak Maksud: Banyak anak. Contoh Ayat: Walaupun keluarga Ahmad hidup dalam kemiskinan tetapi dia kaya anak dan hidup bahagia. 26. Kaya Hati Maksud: Pemurah. Contoh Ayat: Dia seorang yang kaya hati kerana sering menghulurkan derma. 27. Kaya Hutang Maksud: Orang yang banyak hutang. Contoh Ayat: Jali kaya hutang kerana mengikutkan kehendak isterinya yang gemar membeli baju berjenama. 28. Kecil Hati Maksud: Berasa tersinggung. 29. Kecut Hati Maksud: Takut. Contoh Ayat: Semasa perahu kami dilanda ombak besar, terasa kecut hati saya. 30. Kelas Kambing Maksud: Tempat duduk (wayang atau kenderaan) yang paling murah harganya. Contoh Ayat: Kami membeli tiket kelas kambing semasa menonton wayang. 31. Keliling Pinggang Maksud: Sangat banyak. Contoh Ayat: Hutangnya keliling pinggang kerana dia boros berbelanja. 32. Ke Luar Negeri Maksud: Pergi ke negeri lain.

Contoh Ayat: Zaki ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran. 33. Kembang Hati Maksud: Gembira. Contoh Ayat: Kembang hati Noraini kerana anaknya dapat masuk ke sekolah berasrama penuh. 34. Kembang Sayap = Mengembangkan Sayap Maksud: Meluaskan usaha. Contoh Ayat: Syarikat itu mengembangkan sayap dengan menceburi industri berat pula. 35. Kena Tangan Maksud: Dipukul. Contoh Ayat: Pencuri itu kena tangan penduduk kampung ketika cuba mencuri di salah sebuah rumah di kampung itu. 36. Kepala Angin Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu. 37. Kepala Batu Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat. 38. Kepala Berat Maksud: Bodoh. Contoh Ayat: Ikram perlu diajar perlahan-lahan dan sedikit-sedikit kerana dia kepala berat. 39. Kepala Berita Maksud: Tajuk sesuatu berita. Contoh Ayat: Kemalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya itu telah menjadi kepala berita di hampir semua akhbar tempatan terbitan hari ini. 40. Kepala Dingin Maksud: Penyabar. Contoh Ayat: Dia kepala dingin, walaupun dimarah tetapi tetap tenang. 41. Kepala Dua Maksud: Orang yang tidak setia. Contoh Ayat: Bedul bersikap kepala dua kerana dia telah memberitahu maklumat sulit syarikat ini kepada syarikat lawan. 42. Kepala Kain Maksud: Bahagian kain (biasa kain batik) yang coraknya berlainan. Contoh Ayat: Kepala kain itu bercorak pucuk rebung. 43. Kepala Udang Maksud: Bodoh.

44. Kera Sumbang Maksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain. Contoh Ayat: Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis makan malam itu kerana dia seorang yang pemalu. 45. Kerang Busuk Maksud: Tersengih-sengih tanpa sebab. Contoh Ayat: Dia diam dan hanya tersengih bak kerang busuk. 46. Keras Hati Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa. 47. Keras kepala Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat. 48. Keras Lidah Maksud: Tidak pandai bercakap. Contoh Ayat: Ah Lin keras lidah apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana dia kurang mahir. 49. Keras Mulut Maksud: Tidak mahu kalah dalam perdebatan. Contoh Ayat: Jamil tetap keras mulut dalam perbincangan itu walaupun pendapatnya tidak diterima oleh orang lain. 50. Kerat Rotan = Berkerat Rotan Maksud: Memutuskan perhubungan. Contoh Ayat: Keluarga Dewi telah berkerat rotan dengan keluarga Saroja kerana tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka. 51. Kering Darah Maksud: Terkejut. 52. Kering Hati Maksud: Tiada rasa belas kasihan. Contoh Ayat: Dia menerima berita kemalangan itu tanpa rasa sedih kerana dia seorang yang kering hati. 53. Keringat Dingin Maksud: Takut. 54. Kerja Tangan Maksud: Pertukangan tangan. Contoh Ayat: Kerja tangan pelajar-pelajar sekolah vokasional dipamerkan dalam pameran kraf tangan itu.

55. Ketam Batu Maksud: Sangat kedekut. Contoh Ayat: Raju tidak pernah menghulurkan derma kepada yang memerlukan kerana sikapnya seperti ketam batu. 56. Ketawa Raja Maksud: Ketawa tetapi dalam kesedihan. Contoh Ayat: Rosna ketawa raja di hadapan tetamu untuk menyembunyikan kesedihan yang sedang dialaminya. 57. Khabar Angin Maksud: Berita yang belum sah. Contoh Ayat: Khabar angin mengatakan dia mati dibunuh. 58. Khabar Burung Maksud: Berita yang belum sah. 59. Kucing Bertanduk Maksud: Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Contoh Ayat: Walaupun ditunggu sampai kucing bertanduk, dia pasti tidak akan mengerjakannya. 60. Kucing Kurap Maksud: Orang yang tidak berguna. 61. Kuku Besi Maksud: Memerintah dengan kejam. Contoh Ayat: Pemerintah yang mengamalkan kuku besi akan dibenci dan digulingkan oleh rakyat. 62. Kuku Kambing Maksud: Alat yang digunakan untuk menanam padi. Contoh Ayat: Suatu masa dahulu kuku kambing digunakan untuk menanam padi. 63. Kunci Diri = Mengunci Diri Maksud: Mengurung diri. Contoh Ayat: Dia mengunci diri di dalam bilik sejak pagi tadi. 64. Kunci Hati Maksud: Rahsia. Contoh Ayat: Peristiwa itu tetap menjadi kunci hatinya dan tidak akan diceritakan kepada sesiapa pun. 65. Kunci Mulut Maksud: Tidak dapat berkata-kata kerana terkejut. Contoh Ayat: Terkunci mulut Pak Ngah apabila diberitahu anaknya yang bersalah.

66. Kurang Adab Maksud: Tidak sopan. Contoh Ayat: Bercakap dengan meninggikan suara kepada orang tua, kurang adab namanya. 67. Kurang Adat Maksud: Tidak sopan. 68. Kurang Ajar Maksud: Tidak sopan. 69. Kurang Akal Maksud: Tidak pandai. Contoh Ayat: Kalau bercakap dengan Senah perlu menggunakan bahasa yang mudah kerana dia kurang akal. 70. Kurang Asam Maksud: Tidak sopan. 71. Kurang Bahasa Maksud: Tidak halus budi bahasanya. Contoh Ayat: Roslina dikatakan kurang bahasa kerana dia suka bercakap dengan suara yang kuat dan menggunakan bahasa yang kasar. 72. Kurang Fikir Maksud: Tidak berhati-hati. Contoh Ayat: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan kurang fikir akan membawa kerugian. 73. Kurang Hati Maksud: Tidak berminat. Contoh Ayat: Saya kurang hati dalam seni tekat-menekat kerana agak rumit untuk melakukannya. 74. Kurang Iman Maksud: Mudah terpedaya. Contoh Ayat: Mujurlah Riduwan tidak kurang iman dan menolak apabila ditawarkan wang yang lumayan untuk mengedar dadah. 75. Kurang Ingat Maksud: Pelupa. Contoh Ayat: Jabu yang kurang ingat itu jangan dipesan apa-apa. 76. Kurang Jadi = Kurang Menjadi Maksud: Tidak mendatangkan hasil atau tuaian yang banyak. Contoh Ayat: Saya mengalami kerugian kerana kebun langsat saya kurang menjadi tahun ini.

77. Kusut Fikiran Maksud: Susah hati. Contoh Ayat: Kusut fikiran Haji Lamin memikirkan anaknya yang belum mendapat kerja di Kuala Lumpur. 78. Kutu Embun Maksud: Orang yang suka merayau pada malam hari. Contoh Ayat: Rusli kutu embun dan hanya pulang ke rumah pada pukul 3 pagi. 79. Kutu Jalan Maksud: Orang yang suka merayau. Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'L' 1. Langit Hijau Maksud: Sangat jauh. Contoh Ayat: Saya akan mencari adik kandung saya itu, walaupun sampai ke langit hijau. 2. Langkah Baik Maksud: Waktu yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu pekerjaan; permulaan yang baik. Contoh Ayat: Pada pendapat saya, hari Jumaat merupakan langkah baik bagi kita melangsungkan perkahwinan antara Zarina dan Amran. 3. Langkah Bendul Maksud: Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya. Contoh Ayat: Oleh sebab Suraya langkah bendul, pengantin lelaki memberikan hadiah kepada kakak Suraya. 4. Langkah Kanan Maksud: Bernasib baik; bertuah. Contoh Ayat: Hari ini, Suzana langkah kanan kerana ketika dia tiba di rumah abangnya, mereka sedang menikmati buah durian. 5. Langkah Kiri Maksud: Malang. Contoh Ayat: Kami langkah kiri hari ini kerana kereta kami rosak dalam perjalanan. 6. Langkah seribu Maksud: Cabut lari. Contoh Ayat: Kami membuka langkah seribu apabila dikejar oleh orang gila itu. 7. Langkah Sumbang Maksud: Cara atau perbuatan yang tidak betul. Contoh Ayat: Pelajar baru itu perlu berlatih lagi kerana banyak langkah sumbang yang telah dilakukannya semasa bersilat tadi.

8. Lapang Dada Maksud: Perasaan lega. Contoh Ayat: Puan Rashidah berasa lapang dada setelah selesai menguruskan kemasukan anak sulungnya ke universiti. 9. Lapang Hati Maksud: Perasaan lega. 10. Lapik Perut Maksud: Makan Sedikit. 11. Lari Semangat Maksud: Terkejut. 12. Laut Lepas Maksud: Tengah laut. Contoh Ayat: Ikan paus itu berada di laut lepas. 13. Lebai Malang Maksud: Orang yang selalu mengalami nasib malang. Contoh Ayat: Nasibnya umpama lebai malang, sudahlah keretanya rosak, duitnya pula dicuri orang. 14. Lembut Gigi Daripada Lidah Maksud: Pandai berkata-kata; memujuk rayu. Contoh Ayat: Salmah terpedaya dengan kata-kata suaminya yang lembut gigi daripada lidah. 15. Lembut Hati Maksud: Penyayang. Contoh Ayat: Anak muridnya sayang dan hormat kepadanya kerana dia seorang yang lembut hati. 16. Lena Ayam Maksud: Belum tidur betul. Contoh Ayat: Semasa anaknya menjerit ketakutan, dia baru lena ayam. 17. Lepas Angan-Angan Maksud: Membuat sesuatu yang diingini. Contoh Ayat: Apabila ayahnya bertolak ke luar negeri, Hamdan lepas angan-angan untuk membeli kereta baru. 18. Lepas Diri Maksud: Tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal. Contoh Ayat: Darwis lepas diri daripada kes rasuah itu kerana dia tidak tahu tentang hal itu. 19. Lepas Tangan

Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan. 20. Lidah Bercabang Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah. Contoh Ayat: Lamin lidah bercabang dan cakapnya tidak boleh dipercayai. 21. Lidah Biawak Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah. 22. Lidah Keras Maksud: Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul. Contoh Ayat: Oleh sebab Rafiq lidah keras, dia gagal dalam ujian lisan yang diadakan. 23. Lidah Panjang Maksud: Suka menghasut. Contoh Ayat: Sikap Joyah yang lidah panjang itu menyebabkan rumah tangga Milah porakperanda. 24. Lidah Tak Bertulang Maksud: Mudah berjanji tetapi tidak ditepati; tidak jujur. Contoh Ayat: Hassan berhati-hati memilih kawan kerana dia takut terkena orang yang lidah tak bertulang. 25. Lintah Darat Maksud: Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi. Contoh Ayat: Gara-gara aktiviti lintah darat, kehidupan penduduk di kampung itu masih lagi dalam kemiskinan. 26. Lipas Kudung Maksud: Membuat sesuatu kerja dengan pantas. Contoh Ayat: Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam masa setengah jam kerana dia membuatnya seperti lipas kudung. 27. Lubuk Akal Lautan Budi Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak. Contoh Ayat: Penduduk kampung akan merujuk kepada Tuk Sidang jika menghadapi sebarang kemusykilan kerana beliau seorang yang lubuk akal lautan budi. 28. Lubuk Akal lautan ilmu Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak. 29. Lubuk Hati Maksud: Dalam hati. Contoh Ayat: Jauh di lubuk hatiku terpendam rasa ingin maju bersama mereka. 30. Luka Hati

Maksud: Pilu. Contoh Ayat: Luka hati Isma apabila mengetahui sahabat yang dipercayai telah membohonginya. 31. Lupa Daratan Maksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batas; hilang pertimbangan. Contoh Ayat: Amir menjadi lupa daratan apabila sudah kaya. 32. Lurus Akal Maksud: Jujur. Contoh Ayat: Jalal seorang yang lurus akal kerana dia telah menjaga harta anak-anak yatim dengan sebaik-baiknya.

Anda mungkin juga menyukai