Anda di halaman 1dari 105

Mencari Jalan

Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.


Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
Berbesar Hati
Maksud : Gembira.
Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara
Batu Penghalang
Maksud : Halangan
Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Meninggi diri
Maksud : Sombong
Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.
Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.
Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong
Murah Hati
Maksud : Pemurah.
Tangan Kosong
Maksud : Hampa.
Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

1. Abang Angkat
Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak
mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat
bernama Hamzah.

2. Abang Ipar
Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau
suami.
Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

3. Abang Kandung
Maksud: Abang yang seibu sebapa.
Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah
kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

4. Abu Angin
Maksud: Telah musnah sama sekali.
ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa
itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera
Tatar.

5. Abu Jahal

Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.


Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal
pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes
rompakan.

6. Abu Lahab
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

7. Abu Nawas
Maksud: Orang yang suka berhelah.
Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia
pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

8. Ada Akal
Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah
kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.

9. Ada Angin
Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa
tertentu.
Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada
kalanya pula dia marah-marah.

10. Ada Bakat


Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti
melukis, mengarang dan sebagainya.
Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

11. Ada Can


Maksud: Ada peluang.
Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau
perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair.

12. Ada Gaya


Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana
dia tinggi dan tampan.

13. Ada Hati


Maksud: Keinginan.
Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati
hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

14. Ada Jalan


Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai


perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu
dengan membuat pinjaman di bank.

15. Ada-Ada
Maksud: Ada sesuatu.
Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu
sekembalinya dia dari bandar.

16. Adat Balai


Maksud: Adat dalam istana raja.
Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah
menjaga adat balai.

17. Adik Angkat


Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri
tetapi tidak mempunyai pertalian darah.
Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan
dia kepada keluarga kami untuk dipelihara.

18. Adik Ipar


Maksud: Adik kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor.

19. Adik Kandung


Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.
Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya,
Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu.

20. Adu Buku = Beradu Buku


Maksud: Bertinju.
Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.

21. Adu Domba = Mengadu Domba


Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan
seseorang atau kumpulan yang lain. Contoh Ayat: Pendatang
baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di
kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.

22. Adu Kening = Beradu Kening


Maksud: Berhadap-hadapan muka.
Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu
tetapi kami tidak dapat berbual-bual.

23. Adu Lengan = Beradu Lengan


Maksud: Beradu kekuatan.
Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis
itu.

24. Adu Nasib = Mengadu Nasib


Maksud: Mencari rezeki.
Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu
nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.

25. Adu Untung


Maksud: Mencari rezeki.

26. Air Mandi


Maksud: Sudah menjadi kebiasaan.
Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas
matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah
tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.

27. Air Muka


Maksud: a) Wajah b) Maruah
Contoh Ayat:
a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang
dia bermain-main di padang.
b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di
khalayak ramai," kata Imad kepada Husin.

28. Air Pasang

Maksud: Paras air laut yang meningkat.


Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan
ditenggelami air.

29. Air Sembilan


Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat.
Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat
tiba dari hospital.

30. Air Setaman


Maksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk
dibuat mandi.
Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan
dengan air setaman.

31. Air Surut


Maksud: Paras air laut yang turun.
Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.

32. Ajak-Ajak ayam


Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya
hanya ajak-ajak ayam.

33. Akal Belut


Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.
Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah
di kawasan ini dengan harga yang murah.

34. Akal Kancil


Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.

35. Akal Sejengkal


Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.
Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan
akal sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain.

36. Alas Cakap


Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama
diperkatakan.
Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi
majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang
akan diperkatakan.

37. Alas Kata


Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama
diperkatakan.

38. Alas Perut


Maksud: Makan sedikit.
Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut
sebelum ke sekolah.

39. Alih Akal = Beralih Akal


Maksud: Berubah pendapat atau fikiran.
Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke
Sarawak.

40. Alih Angin = Beralih Angin


Maksud: Berpindah tempat tinggal.
Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya
beransur pulih.

41. Alih Muka = Beralih Muka


Maksud: Menyamar.
Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu
supaya tidak dikenali.

42. Alim Kucing


Maksud: Pura-pura baik.

Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung


sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian
di kampungnya.

43. Aliran Masa


Maksud: Perubahan masa.
Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan
kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan aliran masa kini.

44. Aliran Masyarakat


Maksud: Kehendak masyarakat.
Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan
rumit.

45. Ambil Abu


Maksud: Maksud yang tidak kesampaian.
Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing
pulang ambil abu sahaja.

46. Ambil Ada


Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada.
Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di
perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad
kepada murid-muridnya.

47. Ambil Angin


Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih.
Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada
setiap petang.

48. Ambil Bahagian


Maksud: Menyertai.
Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan
pidato peringkat daerah.

49. Ambil Berat


Maksud: Beri perhatian.
Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap
prestasi pelajaran kami.

50. Ambil Haluan = Mengambil Haluan


Maksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya
rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang lumayan.

51. Ambil Hati


Maksud: Berasa tersinggung.

Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia


menasihati untuk kebaikan.

52. Ambil Ibarat


Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan.
Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang
berlaku pada tahun lepas.

53. Ambil Ingatan


Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.
Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat
guru besar dalam perhimpunan pagi tadi.

54. Ambil Muka = Mengambil Muka


Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai.
Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada
bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah dia disukai.

55. Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah


Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan
kejadian itu.

56. Ambil Tahu = Mengambil Tahu

Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.


Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di
kawasannya.

57. Anak Adam


Maksud: Umat manusia.
Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak
Adam jika langkah-langkah pencegahannya tidak diambil.

58. Anak Air


Maksud: Sungai kecil.
Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air
yang digunakan untuk mengairi tanaman.

59. Anak Angkat


Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.
Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik
Muthu dan Puan Selvi.

60. Anak Baju


Maksud: Baju dalam.
Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa
memakai anak baju.

61. Anak Buah


Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak
buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah.
Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah
saya siang tadi.

62. Anak bukit


Maksud: Bukit kecil.
Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit
itu.

63. Anak Didik


Maksud: Orang di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada
anak didiknya.

64. Anak Emas


Maksud: Orang yang sangat disayangi.
Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu
kerana kejujuran dan kesetiaannya.

65. Anak Gahara


Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.

Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman


dengan Tengku Puteri Halijah.

66. Anak Haram


Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi
hukum agama.
Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan
sulitnya dengan Karim.

67. Anak Jantan


Maksud: Lelaki yang berani.
Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup
berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.

68. Anak Kandung


Maksud: Anak sendiri.
Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan
isteri pertamanya.

69. Anak Kapal


Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.
Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya
berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah.

70. Anak Negeri


Maksud: Penduduk di sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan
diri dalam perusahaan desa.

71. Anak Perahu


Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.

72. Anak Piatu


Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu.
Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa
tinggal di Asrama Bakti.

73. Anak Pungut


Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

74. Anak Tunggal


Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.
Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi
kesayangan ibu bapanya.

75. Anak Tut


Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

76. Angkat Alis = Mengangkat Alis


Maksud: Kehairanan.
Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah
misteri yang dimenanginya.

77. Angkat Bahu


Maksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.
Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya
tentang kucing yang mati itu.

78. Angkat Diri


Maksud: Sombong.
Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak
mahu berkawan dengan kamu, kata Cikgu Karim kepada
Khalid.

79. Angkat Kaki


Maksud: Pergi meninggalkan.
Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya.

80. Angkat Kening


Maksud: Kehairanan.

81. Angkat Mata


Maksud: Menentang sesuatu tindakan.
Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter
ibunya.

82. Angkat Muka


Maksud: Dimanja-manjakan.
Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat
muka.

83. Angkat Nama


Maksud: Terkenal.
Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian.

84.Angkat Senjata
Maksud: Berperang.
Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat
senjata menyerang musuh.

85. Angkat Suara


Maksud: Meninggikan suara.

Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara


apabila bercakap dengan mereka.

86. Angkat Sumpah


Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.

87. Anjing Hitam


Maksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan
keburukannya.
Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang
sering memeras ugut masyarakat pelombong di situ.

88. Anjing Kurap


Maksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.
Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat
ke sana ke mari.

89. Api Peperangan


Maksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh
memulakan peperangan.
Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah
negara itu boleh menyebabkan tercetusnya api peperangan.

90. Api Percintaan

Maksud: Perasaan cinta yang meluap-luap.


Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila
dan Farid.

91. Arang Di Dahi


Maksud: Mendapat malu.
Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah
pihak mahkamah membuktikan dia tidak bersalah.

92. Arang Di Kening


Maksud: Mendapat malu.

93. Maksud: Arang di muka


Mendapat malu.

94. Asam Garam


Maksud: Pengalaman.
Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah
dilalui oleh Pak Dollah.

95. Atas Angin


Maksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.

Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang


untuk melawat negara-negara atas angin.

96. Atas Nama


Maksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.
Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk
Penghulu Kampung Jenerak.

97. Atas Pagar:


Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton
atas pagar kerana meminati kedua-dua pasukan itu.

98. Ayam Jalak:


Maksud: Orang yang berani.
Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana
telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua
orang penduduk kampung tersebut.

99. Ayam Tambatan:


Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan
(biasanya dalam pasukan permainan).
Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola
sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.

Sumber diperolehi dari seribahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'B'


1. Babi Buta = Membabi Buta
Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir.
Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah
menyebabkan ramai orang awam terkorban.

2. Bahasa Ibunda
Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.
Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin.

3. Bahasa Kasar = Berbahasa Kasar


Maksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.
Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa
bergaduh dengan kakaknya.

4. Bahasa Pasar
Maksud: Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya.
Contoh Ayat: Jangan menggunakan bahasa pasar apabila
membuat karangan.

5. Baik Budi

Maksud: Baik hati.


Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan
menghormati orang tua.

6. Baik Hati
Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering
menghulurkan derma kepada rumah anak-anak yatim.

7. Baik Sangka
Maksud: Berpendapat yang orang lain baik.
Contoh Ayat: Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka
terhadap semua orang.

8. Balas Budi = Membalas Budi


Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.
Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya
sebagai membalas budi keluarga angkatnya itu.

9. Balas Guna
Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.

10. Balik Gagang = Berbalik Gagang

Maksud: Berpihak kepada musuh.


Contoh Ayat: Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya,
Ahmad telah berbalik gagang dengan membocorkan rahsia
syarikatnya.

11. Balik Hati = Berbalik Hati


Maksud: Berubah pendirian.
Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi
meninggalkan kampungnya.

12. Bangkai Bernyawa


Maksud: Orang yang tidak berguna.
Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai
bernyawa.

13. Bantal Lengan = Berbantal Lengan


Maksud: Kehidupan yang terlalu miskin.
Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan
menyebabkan dia jarang bergaul dengan jiran tetangganya.

14. Banting Tulang = Membanting Tulang


Maksud: Bekerja bermati-matian.
Contoh Ayat: Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk
menyara kami sekeluarga.

15. Banyak Akal


Maksud: Banyak helah.
Contoh Ayat: Leman banyak akal apabila diminta membayar
hutangnya.

16. Banyak Cakap


Maksud: Orang yang suka berleter.
Contoh Ayat: Halijah banyak cakap sehingga pening kepala
saya mendengarnya.

17. Banyak Mulut


Maksud: Orang yang suka berleter.

18. Bapa Angkat


Maksud: Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara
kita, walaupun tiada pertalian darah.
Contoh Ayat: Bapa angkat saya memelihara saya seperti
anaknya sendiri kata Salmah kepada Karim.

19. Bapa Kandung


Maksud: Bapa sebenar.
Contoh Ayat: Bapa kandung saya tinggal di Perak.

20. Basuh Mulut = Pembasuh Mulut


Maksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan
hidangan selepas makan.
Contoh Ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah
tembikai sebagai pembasuh mulut.

21. Batu Api


Maksud: Orang yang suka menghasut.
Contoh Ayat: Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya.

22. Batu Loncatan


Maksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai
hajat yang lebih besar.
Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu
loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan
makanan.

23. Bau-Bau Bacang


Maksud: Persaudaraan yang jauh.
Contoh Ayat: Saya mesti melawat Zainon apabila ke
Terengganu kerana kami memang ada bau-bau bacang.

24. Bawa Alamat

Maksud: Memberi tanda.


Contoh Ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan.

25. Bawa Diri = Membawa Diri

26. Bawa Hati


Maksud: Merajuk.
Contoh Ayat: Setelah pinangannya ditolak, Amar bawa hati
dan belayar ke negeri orang.

27. Bawa Hidup


Maksud: Merantau mencari penghidupan.
Contoh Ayat: Rahul bawa hidup ke Malaysia untuk mencari
pendapatan yang halal.

28. Bawa Mati


Maksud: Menyebabkan mati.
Contoh Ayat: Penyakit kanser boleh bawa mati jika tidak
diubati di peringkat awal.

29. Bawa Mulut


Maksud: Bercerita tentang keburukan orang lain.

Contoh Ayat: Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas


kekasihnya.

30. Bawa Nasib


Maksud: Merantau mencari penghidupan.

31. Bawa Nyawa


Maksud: Menyelamatkan diri.
Contoh Ayat: Masing-masing bawa nyawa dengan lari
bertempiaran ketika gempa bumi berlaku.

32. Bawa Sial = Membawa Sial


Maksud: Mendatangkan malang.
Contoh Ayat: Tiada siapa yang membawa sial. Semuanya telah
ditakdirkan Allah.

33. Bawa Tempurung


Maksud: Minta sedekah.
Contoh Ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa
tempurung.

34. Bawa Tuah = Membawa Tuah


Maksud: Mendatangkan keuntungan.

Contoh Ayat: Tindakan Ahmad membeli anak syarikat itu


membawa tuah kepada perniagaannya.

35. Bawah Angin


Maksud: Negeri-negeri di sebelah Timur.
Contoh Ayat: Kapal itu belayar ke negeri bawah angin.

36. Bawah Bendera


Maksud: Berada dalam perlindungan sesuatu kuasa.
Contoh Ayat: Pada suatu masa dahulu negeri-negeri di Tanah
Melayu berada bawah bendera Inggeris.

37. Bawah Tanah


Maksud: Pergerakan rahsia atau pergerakan gelap.
Contoh Ayat: Ketika zaman darurat, tentera komunis
menjalankan pergerakan bawah tanah.

38. Bayang Kata = Dibayang Kata


Maksud: Dikias.
Contoh Ayat: Semasa makan malam, Mak Long telah dibayang
kata oleh ayah tentang sikap cemburunya itu.

39. Bayar Nyawa

Maksud: Mengorbankan diri.


Contoh Ayat: Mak Melur sanggup bayar nyawa untuk
mendapatkan hak penjagaan anak lelakinya daripada bekas
suaminya.

40. Bekas Tangan


Maksud: Sesuatu yang diusahakan.
Contoh Ayat: "Terendak yang cantik ini adalah bekas tangan
Syamsiah," kata Pak Mail memuji menantunya.

41. Belah Bumi = Membelah Bumi


Maksud: Bunyi yang sangat kuat.
Contoh Ayat: Petir yang membelah bumi petang tadi amat
menakutkan saya.

42. Belah Hati = Berbelah Hati


Maksud: Tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu
keputusan.
Contoh Ayat: Usahlah berbelah hati untuk meninggalkan
keluarga demi mencari masa depan yang lebih baik.

43. Belahan Hati


Maksud: Orang yang sangat dikasihi.
Contoh Ayat: Anak bongsunya itulah belahan hatinya.

44. Belahan Jiwa


Maksud: Orang yang sangat dikasihi.

45. Belahan Nyawa


Maksud: Orang yang sangat dikasihi.

46. Belakang Hari


Maksud: Kemudian hari.
Contoh Ayat: "Berusahalah dengan bersungguh-sungguh,
supaya hidup kamu senang belakang hari," nasihat ayah
kepada abang.

47. Bendera Putih


Maksud: Mengaku kalah.
Contoh Ayat: Tentera Siam terpaksa mengibarkan bendera
putih kerana tidak sanggup menentang serangan kerajaan
Melaka yang hebat itu.

48. Bengkak Perut


Maksud: Berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu.
Contoh Ayat: Rajan bengkak perut apabila ibunya
menghadiahkan abangnya sebuah rumah.

49. Berat Lalat


Maksud: Pura-pura berani.
Contoh Ayat: Dia berani lalat sahaja apabila mengaku akan
menjaga dusun durian pada waktu malam.

50. Berani Mati


Maksud: Tidak takut mati.
Contoh Ayat: Angkatan Tentera Malaysia berani mati dalam
mempertahankan tanah air tercinta.

51. Berat Bibir


Maksud: Orang yang pendiam.
Contoh Ayat: Menantu saya berat bibir tetapi rajin ke dapur.

52. Berat Hati


Maksud: Kurang senang.
Contoh Ayat: Berat hati saya melepaskan dia pergi seorang
diri.

53. Berat Kaki


Maksud: Malas.
Contoh Ayat: Dia berat kaki untuk ke pesta hari jadi
temannya.

54. Berat Lidah


Maksud: Tidak dapat berkata-kata.
Contoh Ayat: Berat lidah Jimah hendak menceritakan hal
sebenar kepada ibunya.

55. Berat Mata


Maksud: Mengantuk.
Contoh Ayat: Baru pukul sembilan malam adik sudah berat
mata.

56. Berat Mulut


Maksud: Orang yang pendiam.

57. Berat Sebelah


Maksud: Tidak adil.
Contoh Ayat: Sikapnya yang berat sebelah mengecewakan
saya.

58. Berat Tangan


Maksud: Pemalas.
Contoh Ayat: Saedah memang berat tangan. Dia hanya tidur
dan tidak mahu menolong kakaknya di dapur.

59. Berat Tulang


Maksud: Pemalas.

60. Beri Jalan


Maksud: Beri pendapat atau fikiran dalam menyelesaikan
sesuatu perkara.
Contoh Ayat: "Beri jalan untuk menyelesaikan masalah adik
kamu ini," kata ibu kepada abang.

61. Beri Muka


Maksud: Memanjakan.
Contoh Ayat: Kalau kerap diberi muka, mereka akan menjadi
malas.

62. Berita Hangat


Maksud: Berita baharu yang menjadi perbualan.
Contoh Ayat: Kisah seorang kanak-kanak berumur lapan tahun
yang bijak Matematik menjadi berita hangat dalam semua
akhbar tempatan.

63. Besar Cakap


Maksud: Orang yang suka bercakap sombong.

Contoh Ayat: Akmal besar cakap sahaja tetapi dia sebenarnya


bukanlah orang yang berharta.

64. Besar Hati = Berbesar Hati


Maksud: Gembira.
Contoh Ayat: Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan
sambutan meriah oleh orang bawahannya.

65. Besar Kepala


Maksud: Tidak mahu mendengar nasihat, degil.
Contoh Ayat: Lijah menjadi besar kepala semenjak kematian
ayahnya.

66. Besar Mulut


Maksud: Suka bercakap besar.
Contoh Ayat: "Jangan suka besar mulut menceritakan
kekayaan keluarga kita yang tak seberapa," kata kakak.

67. Besar Perut


Maksud: Hamil.
Contoh Ayat: Kami bakal mendapat anak saudara kerana kakak
sudah besar perut.

68. Betul Bendul

Maksud: Orang yang lurus dan ada kalanya bodoh.


Contoh Ayat: Jamil memang betul bendul, sebab itulah orang
suka mempermain-mainkannya.

69. Biang Keladi


Maksud: Orang atau hal yang menjadi punca kejahatan.
Contoh Ayat: Rajoolah yang menjadi biang keladinya dalam
kes kecurian lembu baru-baru ini.

70. Bidan Tarik


Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba.
Contoh Ayat: Majlis keraian itu diadakan secara bidan tarik
menyebabkan ramai yang tidak hadir.

71. Bidan Terjun


Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba.

72. Bintang Gelap


Maksud: Bernasib malang.
Contoh Ayat: Kehidupannya umpama bintang gelap setelah
kakinya dipotong akibat kecederaan serius yang dialaminya
dalam kemalangan tempoh hari.

73. Bintang Hati

Maksud: Orang kesayangan kekasih.


Contoh Ayat: Zahid berasa gelisah kerana bintang hatinya akan
ke luar negara.

74. Bintang Terang


Maksud: Nasib baik.
Contoh Ayat: Sejak tamat pelajaran, dia berbintang terang
kerana mendapat pekerjaan yang baik.

75. Bongkar Sauh

76. Bongkok Sabut


Maksud: Bongkok sedikit.
Contoh Ayat: Pemuda yang bongkok sabut itulah suami saya.

77. Bongkok Udang


Maksud: Terlalu bongkok kerana tua.
Contoh Ayat: Nenek yang bongkok udang itu masih kuat
membuat kerja-kerja di kebunnya.

78. Buah Bibir


Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.

Contoh Ayat: Kisah pendakian Gunung Everest itu masih


menjadi buah bibir rakyat Malaysia.

79. Buah Cakap


Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.

80. Buah Fikiran


Maksud: Pendapat.
Contoh Ayat: Dalam mesyuarat, buah fikiran ahli yang hadir
perlu diambil kira.

81. Buah Hati


Maksud: Orang kesayangan kekasih.

82.Buah Helah
Maksud: Mencari helah.

83. Buah Kalam


Maksud: Hasil tulisan atau karya.
Contoh Ayat: Novel itu adalah buah kalam Hamid yang
pertama.

84. Buah Mulut

Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.

85. Buah Pena


Maksud: Hasil tulisan atau karya.

86. Buah Tangan


Maksud: Hadiah.
Contoh Ayat: Kami membawa buah tangan semasa melawat
Zaini di hospital.

87. Bual Kosong


Maksud: Bercakap tentang perkara yang tidak penting.
Contoh Ayat: Zalina dan Badariah suka berbual kosong di
serambi rumah.

88. Buang Adat


Maksud: Tidak menggunakan sesuatu adat lagi.
Contoh Ayat: Kita perlu buang adat yang menyalahi hukum
agama.

89. Buang Air Besar


Maksud: Berak.
Contoh Ayat: Hari ini sudah tiga kali dia buang air besar.

90. Buang Air Kecil


Maksud: Kencing.
Contoh Ayat: Penyakit batu karang menyebabkan
penghidapnya berasa sakit ketika membuang air kecil.

91. Buang Anak = Membuang Anak


Maksud: Menggugurkan anak.
Contoh Ayat: Membuang anak merupakan perbuatan yang
dikeji oleh Tuhan.

92. Buang Arang Di Muka


Maksud: Menghilangkan malu.
Contoh Ayat: Pak Lah menjelaskan perkara yang sebenarnya
kepada jemaah masjid di kampung itu bagi membuang arang
di mukanya.

93. Buang Diri = Membuang Diri


Maksud: Merantau.
Contoh Ayat: Dia membuang diri setelah difitnah mengganggu
anak dara orang.

94. Buang Lelah


Maksud: Berehat untuk meredakan kepenatan.

Contoh Ayat: Beberapa buah wakaf telah dibina dalam taman


rekreasi itu sebagai tempat buang lelah.

95. Buang Malu


Maksud: Menghilangkan malu.

96. Buang Muka = Membuang Muka


Maksud: Tidak suka.
Contoh Ayat: Dia membuang muka apabila bertemu dengan
pemuda yang mengganggunya.

97. Buang Negeri = Dibuang Negeri


Maksud: Diperintah keluar dari sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Ken Long dijatuhi hukuman buang negeri,
setelah didapati bersalah kerana menyertai kongsi gelap.

98. Buang Sauh


Maksud: Berlabuh.
Contoh Ayat: Kapal itu buang sauh di pelabuhan yang
berhampiran setelah sebulan belayar tanpa henti.

99. Buang Sial


Maksud: Berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang.

Contoh Ayat: Kebiasaan penduduk di situ akan mengadakan


adat mandi bunga sebagai usaha buang sial.

100. Buang Tabiat


Berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu
sebelum meninggal dunia.

101. Buang ubat


Maksud: Tembakan yang tidak kena pada sasarannya.
Contoh Ayat: Buang ubat sahaja, kerana gagak yang ditembak
tidak pun kena.

102. Buat Akal


Maksud: Mencari helah.
Contoh Ayat: Dia buat akal apabila disuruh membuat kerja
sekolah.

103. Buat Bodoh


Maksud: Pura-pura tidak tahu akan sesuatu.
Contoh Ayat: Uyob buat bodoh apabila orang lain heboh
tentang kehilangan motosikal yang diletakkan di depan
rumahnya.

104. Buat Jahat = Berbuat Jahat

Maksud: Melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan


lelaki dan perempuan.
Contoh Ayat: Dia dituduh berbuat jahat dengan anak gadis Tuk
Penghulu.

105. Buat Perkara


Maksud: Berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik.
Contoh Ayat: Salina terpaksa berhenti kerja kerana suaminya
buat perkara.

106. Buaya Darat


Maksud: Orang yang suka memperdaya perempuan.
Contoh Ayat: Perangai Pak Ya yang buaya darat itu telah
dimaklumi jiran tetangganya.

107. Bujur Sirih


Maksud: Bentuk muka seolah-olah bentuk sirih.
Contoh Ayat: Mukanya yang bujur sirih itu bertambah ayu
apabila dia memakai selendang sutera putih.

108. Buka Langkah Seribu


Maksud: Lari kerana takut disebabkan sesuatu.
Contoh Ayat: Fuad buka langkah seribu apabila dikejar oleh
Pak Mat.

109. Buka Mata


Maksud: a) Melihat dan meluaskan pandangan. b)
Menyedarkan atau menginsafkan orang lain.
Contoh Ayat:
a) Kunjungan ke Kashmir telah membuka mata saya tentang
keindahan alam semula jadinya.
b) Setelah Adi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana barulah
saudara-maranya buka mata.

110. Buka Mulut


Maksud: a) Berkata-kata. b) Mengadu untuk mendapatkan
pertolongan.
Contoh Ayat:
a) Semua yang ada tidak berani buka mulut apabila melihat
Pak Busu Berang.
b) Saya terpaksa buka mulut untuk meminjam wang
daripadanya.

111. Buka Pintu


Maksud: Memberi peluang.
Contoh Ayat: Bantuan modal itu telah membuka pintu kepada
peniaga kecil untuk memulakan perniagaan mereka.

112. Buka Tanah = Membuka Tanah


Maksud: Mengusahakan tanaman atau membina kawasan
kediaman di atas hutan atau tanah yang terbiar.
Contoh Ayat: Peneroka Felda telah buka tanah untuk
mengusahakan tanaman kelapa sawit.

113. Buka Telinga


Maksud: Mendengar baik-baik.
Contoh Ayat: Bala sentiasa buka telinga dan menerima nasihat
orang yang telah lama bertugas di syarikat itu.

114. Buka Tembelang


Maksud: Membocorkan rahsia.
Contoh Ayat: Si Hamid telah membuka tembelang dengan
mengatakan Si Guna yang mencuri kambing Kurupaya.

115.Buku Lima
Maksud: Penumbuk.
Contoh Ayat: Yunus naik marah lalu menunjukkan buku
limanya ke arah Amran.

116. Bulan Kesiangan


Maksud: Berwajah pucat.

Contoh Ayat: Mukanya seperti bulan kesiangan apabila dia


tidak bersolek.

117. Bulan Madu


Maksud: Pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah
berkahwin.
Contoh Ayat: Pengantin baru itu bercadang untuk berbulan
madu di Langkawi.

118. Bulan penuh


Maksud: Cantik.
Contoh Ayat: Mukamu bagai bulan penuh. Saya suka
menatapnya.

119. Bulat Fikiran


Maksud: Mengambil keputusan yang tetap.
Contoh Ayat: Dia telah bulat fikiran untuk meneruskan
pelajarannya ke luar negeri.

120. Bulat Kata


Maksud: Keazaman yang bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Keluarga Khadijah telah bulat kata hendak
mewakafkan tanah pusaka mereka untuk dijadikan tapak
sekolah agama.

121. Bunga Bangsa


Maksud: Orang yang berjasa kepada negara.
Contoh Ayat: Jasa perajurit yang gugur di perbatasan akan
sentiasa dikenang sebagai bunga bangsa.

122. Bunga Bibir


Maksud: Kata-kata yang manis.
Contoh Ayat: Jangan mudah terpengaruh dengan bunga
bibirnya.

123. Bunga Dedap


Maksud: Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa.
Contoh Ayat: Tina laksana bunga dedap, harapkan rupanya
sahaja cantik tetapi tidak tahu menghormati jiran tetangga.

124. Buru Hutang = Diburu Hutang


Maksud: Terdesak kerana berhutang.
Contoh Ayat: Hidup Chee An sentiasa diburu hutang kerana dia
suka berjudi.

125. Buru Nafsu = Terburu Nafsu


Maksud: Melakukan sesuatu secara terburu-buru.

Contoh Ayat: Jangan terburu nafsu dalam mengambil


keputusan, fikirlah baik buruknya.

126. Buru Pangkat = Memburu Pangkat


Maksud: Berusaha mencari pangkat.
Contoh Ayat: Walaupun mahu memburu pangkat, tetapi
janganlah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

127. Buru Pelajaran = Memburu Pelajaran


Maksud: Berusaha mencari ilmu pengetahuan.
Contoh Ayat: Encik Azlan masih terus memburu pelajaran pada
usia enam puluhan.

128. Buruk Hati


Maksud: Orang yang jahat.
Contoh Ayat: Perempuan yang buruk hati itu tidak
membenarkan anak saudaranya menumpang di rumahnya.

129. Buruk Laku


Maksud: Kelakuan tidak senonoh.
Contoh Ayat: Perangai Ahmad yang buruk laku menyebabkan
dia tersisih daripada masyarakat.

130. Buruk Makan

Maksud: Pelahap.
Contoh Ayat: Budak yang buruk makan itu, membedal semua
kuih-muih yang dihidang di atas meja.

131. Buruk Mulut


Maksud: Percakapan yang kasar.
Contoh Ayat: Sejak pulang daripada menunaikan haji,
perangai buruk mulutnya telah tiada, sebaliknya dia bercakap
dengan lemah lembut.

132. Buruk Perut


Maksud: Kuat makan.
Contoh Ayat: Orang yang buruk perut mudah mendapat
penyakit.

133. Buruk sSngka


Maksud: Menaruh curiga.
Contoh Ayat: "Jangan buruk sangka kepada kata-kata Zalina,
entahkan dia berniat baik," kata Fairuz kepada Azri.

134. Buruk Selera


Maksud: Makan apa sahaja.
Contoh Ayat: Jauhkan amalan buruk selera dan makanlah
makanan yang seimbang.

135. Buruk Siku


Maksud: Meminta barang yang telah diberikan.
Contoh Ayat: Agus buruk siku kerana meminta semula
motosikal buruk yang telah diberikan kepada adiknya.

136. Busuk Budi


Maksud: Perangai yang jahat.
Contoh Ayat: Sikapnya yang busuk budi itu tidak disukai oleh
saudara-maranya.

137. Busuk Hati


Maksud: Orang yang berhati jahat.
Contoh Ayat: Dia busuk hati walaupun dengan kakaknya
sendiri.

138. Busung Dada


Maksud: Sombong.
Contoh Ayat: Azri bersikap busung dada sejak ayahnya dilantik
menjadi wakil rakyat di daerah itu.

139. Buta Ayam = Rabun Ayam


Maksud: Mata yang rabun menjelang senja.

Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu


senja kerana dia buta ayam.

140. Buta Hati


Maksud: Bersikap kejam.
Contoh Ayat: Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh
orang tua yang tidak berdaya itu.

141. Buta Huruf


Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis.
Contoh Ayat: Walaupun Ah Seng buta huruf, dia sentiasa
memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.

142. Buta Kayu


Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis.

143. Buta Malam


Maksud: Rabun pada waktu malam.
Contoh Ayat: Dia tidak dapat hadir dalam aktiviti rukun
tetangga pada waktu malam kerana dia buta malam.

144. Buta Perut


Maksud: Tidak bertimbang rasa.

Contoh Ayat: Kita janganlah jadi orang yang buta perut,


perlulah fikirkan nasib mereka yang malang.

145. Buta Warna


Maksud: Tidak dapat membezakan warna.
Contoh Ayat: Satu daripada syarat untuk mengikuti program
"Memandu Kapal Terbang" ialah peserta tidak buta warna.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'C'
1. Cabut Nyawa
Maksud: Membunuh.
Contoh Ayat: "Janganlah kau cabut nyawaku," pinta Rashidah.

2. Cacing Gila
Maksud: Meronta-ronta.
Contoh Ayat: Kesakitan yang dialaminya menyebabkan dia
seperti cacing gila.

3. Cacing Kepanasan
Maksud: Gelisah.
Contoh Ayat: Dia seperti cacing kepanasan apabila disoal
polis.

4. Cacing Naik Ke Mata


Maksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau.
Contoh Ayat: "Nampaknya perbuatan pegawai Inggeris itu
seperti cacing naik ke mata," kata Tuk Penghulu.

5. Cahaya Mata
Maksud: Anak.
Contoh Ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata
yang kedua.

6. Cakap Angin
Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah.
Contoh Ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai
baiklah kita ke perpustakaan.

7. Cakap Besar
Maksud: Meninggi diri.
Contoh Ayat: Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya.

8. Cakap Mulut
Maksud: Bahasa yang digunakan dalam percakapan harian.
Contoh Ayat: Terdapat perbezaan antara bahasa tulisan
dengan cakap mulut.

9. Cakap Tinggi
Maksud: Meninggi diri.

10. Cakar Awan = Pencakar Awan


Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.
Contoh Ayat: Di kota besar banyak bangunan pencakar awan.

11. Cakar Ayam


Maksud: Tulisan yang buruk.
Contoh Ayat: Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca.

12. Cakar Langit = Pencakar Langit


Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.

13. Campur Cakap


Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.
Contoh Ayat: "Kamu jangan campur cakap kalau kamu tidak
tahu perkara yang sebenarnya," kata ayah.

14. Campur Mulut


Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

15. Campur Tangan


Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

16. Cangkul Angin


Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia.
Contoh Ayat: Ah Lau cangkul angin sahaja kerana
perniagaannya tidak membawa keuntungan.

17. Cari Akal = Mencari Akal


Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan
masalah perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.

18. Cari Bala


Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri
sendiri.
Contoh Ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan
kepada pendatang asing.

19. Cari Fasal


Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.
Contoh Ayat: Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan
menendang kasut Kasim.

20. Cari Fikiran


Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

21. Cari Ikhtiar


Maksud: Berusaha bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Limah sedang mencari ikhtiar untuk
menyembuhkan penyakit anaknya.

22. Cari jalan


Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

23. Cari Makan


Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.
Contoh Ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran
untuk mencari makan kerana masalah pencemaran pantai
yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

24. Cari Muka


Maksud: Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian
atau ganjaran.
Contoh Ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada.

25. Cari Nama = Mencari Nama


Maksud: Berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai.
Contoh Ayat: Siti Nurhaliza mencari nama dengan melibatkan
diri dalam bidang nyanyian.

26. Cari Rezeki


Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.

27. Cari Salah


Maksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.
Contoh Ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan
membuka semula laporan peribadi kawannya itu.

28. Cari Seteru


Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.

29. Cari Susah


Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri
sendiri.

30. Cecah Bahu = Mencecah Bahu


Maksud: Sampai ke paras bahu.

Contoh Ayat: Rambut anak gadisnya dibiarkan panjang hingga


mencecah bahu.

31. Cecah Bumi = Mencecah Bumi


Maksud: Jejak ke bumi.
Contoh Ayat: Pohon teratai tumbuh di air dan akarnya tidak
mencecah bumi.

32. Cepat Lidah


Maksud: Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih
dahulu.
Contoh Ayat: Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah
menyebabkan kami berasa tersinggung.

33. Cepat Mulut


Maksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya.
Contoh Ayat: Sikap Murni yang cepat mulut menyebabkan
rakan-rakan menjauhinya.

34. Cepat Tangan


Maksud: Orang yang suka mencuri.
Contoh Ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia
ditangkap polis.

35. Cerai Hidup


Maksud: Suami isteri yang bercerai ketika hidup.
Contoh Ayat: Kamisah bercerai hidup dengan suaminya sejak
sepuluh tahun lalu.

36. Cerai Kasih = Bercerai Kasih

Contoh Ayat: Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat,


perniagaannya merosot dan dia akhirnya terpaksa gulung tikar.

45. Gunting Hati = Menggunting Hati


Maksud: Melukai perasaan.
Contoh Ayat: Perbuatan anak gadisnya yang lari dari rumah itu
telah menggunting hatinya.

46. Gunung Hati = Menggunung Hati


Maksud: Tersangat ingin.
Contoh Ayat: Menggunung hati kami hendak bertemu ibu yang
telah terpisah sejak kami kecil lagi.

47. Gunung Payung


Maksud: Orang kesayangan.
Contoh Ayat: Dialah cucu tunggal yang menjadi gunung payung
kepada nenek.

48. Gunung Runtuh


Maksud: Bunyi bergemuruh.
Contoh Ayat: Bunyi letupan dari kuari batu kapur yang
berhampiran dengan kampung itu seperti gunung runtuh.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'H'
1. Habis Akal
Maksud: Bingung setelah berusaha sedaya upaya.
Contoh Ayat: Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan
biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun
depan.

2. Habis Bulan
Maksud: Hujung bulan.
Contoh Ayat: Habis bulan Mac ini, dia akan berpindah ke
Sarawak.

3. Habis Jadi Abu


Maksud: Musnah.
Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir
dan impian untuk bergelar juara habis jadi abu.

4. Habis Jodoh

Maksud: Bercerai.
Contoh Ayat: Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah
sepuluh tahun berkahwin.

5. Habis Modal
Maksud:
A) Tidak ada lagi modal yang tinggal.
B) Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan.
Contoh Ayat:
A) Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini.
B) Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk
bercakap.

6. Habis Nyawa = Menghabiskan Nyawa


Maksud:
A) Mati.
B) Menebus dengan nyawa.
Contoh Ayat:
A) Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa
ketika saya menghampirinya.
B) Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap
harimau yang telah membaham ayahnya.

7. Habis Perkara
Maksud: Selesai.
Contoh Ayat: Pertelingkahan semalam dianggap sudah habis
perkara dan jangan dibangkitkan lagi.

8. Habis Tahun
Maksud: Penghujung tahun.
Contoh Ayat: Habis tahun ini saya akan berpindah ke luar
negeri kerana ayah telah dilantik sebagai duta negara.

9. Halwa Mata
Maksud: Persembahan yang mengasyikkan.
Contoh Ayat: Persembahan tarian tradisional pada malam
meraikan ahli sukan negara itu telah menjadi halwa mata para
penonton.

10. Halwa Telinga


Maksud: Sesuatu yang baik untuk didengar.
Contoh Ayat: Rancangan "Senandung Malam" yang sering ke
udara di radio itu akan menjadi halwa telinga apabila saya
bersendirian di rumah.

11. Hampa Tangan


Maksud: Tidak mendapat apa-apa.

Contoh Ayat: Dia pulang dengan hampa tangan apabila kalah


dalam pertandingan bahas itu.

12. Hancur Hati


Maksud: Sangat sedih.
Contoh Ayat: Hancur hati ibunya apabila menerima berita
anaknya terlibat dalam kemalangan itu.

13. Hangat Hati


Maksud: Sangat marah.
Contoh Ayat: Hangat hati saya melihat dia memijak-mijak
batas sayur itu.

14. Hangat-Hangat Kuku


Maksud: Suam-suam.
Contoh Ayat: Setiap pagi saya terpaksa menyediakan air yang
hangat-hangat kuku untuk mandian adik.

15. Hangat-Hangat Tahi Ayam


Maksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan.
Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua
biarlah bersungguh-sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam.

16. Hangus Hati

Contoh Ayat: Maksud: Sangat marah.

17. Harga Diri


Maksud: Maruah.
Contoh Ayat: Harga diri mesti dijaga walau di mana pun kamu
berada.

18. Harga Mati


Maksud: Harga tetap.
Contoh Ayat: Semua barang di pasar raya itu dijual dengan
harga mati.

19. Harga Pokok


Maksud: Harga yang belum dicampur dengan belanja lain.
Contoh Ayat: Harga pokok sebutir berlian ini RM5000, tetapi
apabila dicampur dengan emas dan upah tukang menjadikan
harganya bertambah mahal.

20. Hati Batu


Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.
Contoh Ayat: Zarina memang hati batu kerana dia tetap
menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh
ibunya.

21. Hati Berlian = Berhati Berlian


Maksud: Sangat baik hati.
Contoh Ayat: Ibu tiriku berhati berlian. Dia menjaga kami
adik-beradik bagai anaknya sendiri.

22. Hati Kecil


Maksud: Perasaan dalam batin.
Contoh Ayat: Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu hari
nanti saya pasti akan bertemu dengannya.

23. Hati Muda


Maksud: Rasa muda dalam hati.
Contoh Ayat: Saya tidak suka berkawan dengannya. Walaupun
sudah tua tetapi tetap berhati muda.

24. Hati Nurani


Maksud:
A) Hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan.
B) Perasaan hati yang murni.
Contoh Ayat:
A) Pendidikan agama dapat membentuk hati nurani manusia
untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur.
B) Jangan mengecewakan hati nurani anak kecil yang tidak
berdosa.

25. Hati Tawajuh


Maksud: Hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan.
Contoh Ayat: Dia berhati tawajuh, kemewahan dunia tidak lagi
dihiraukan.

26. Hati Terbuka


Maksud: Ikhlas.
Contoh Ayat: Kami menerima kedatangannya dengan hati
terbuka.

27. Hati Tungau = Berhati Tungau


Maksud: Penakut.
Contoh Ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya
berhati tungau.

28. Hati Waja


Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.
Contoh Ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya
Salma menjadi seorang pengusaha yang berjaya.

29. Hentam Kromo


Maksud: Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.

Contoh Ayat: Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir


dahulu jangan hentam kromo sahaja.

30. Hidung Belang


Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.
Contoh Ayat: Perangai Ghabi yang hidung belang menyebabkan
dia dimarahi oleh bapanya.

31. Hidung Tinggi


Maksud: Orang yang sombong.
Contoh Ayat: Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak
disenangi oleh kawan-kawan.

32. Hidup Terbuang


Maksud: Tersia-sia diri.
Contoh Ayat: Sudahlah nasib dirinya hidup terbuang, selalu
pula diserang penyakit.

33. Hilang Akal


Maksud: Gila.
Contoh Ayat: Sejak berlakunya kemalangan yang
mengorbankan anak dan isterinya, dia telah hilang akal.

34. Hilang Di Mata Jangan Hilang Di Hati

Maksud: Walaupun tinggal berjauhan tetapi selalu dalam


ingatan.
Contoh Ayat: Meskipun kakak menetap di London, tetapi kami
sering berutus surat, agar yang hilang di mata jangan hilang di
hati pula.

35. Hilang Harapan


Maksud: Tiada mempunyai harapan lagi.
Contoh Ayat: Hilang harapan Sameon untuk memulakan
perniagaannya kerana semua harta bendanya musnah dalam
kebakaran itu.

36. Hilang Ingatan


Maksud: Gila.

37. Hilang Lenyap


Maksud: Hilang tanpa berita.
Contoh Ayat: Badrun hilang lenyap setelah berlakunya
kejadian amuk di kampung itu.

38. Hilang Nyawa


Maksud: Mati.
Contoh Ayat: Beberapa pekerja telah hilang nyawa dalam
kemalangan itu.

39.Hilang Semangat
Maksud: Terkejut.
Contoh Ayat: Hilang semangat saya apabila disergah begitu.

40. Hilang-Hilang Timbul


Maksud: Sekejap ada sekejap tiada.
Contoh Ayat: Perangainya yang hilang-hilang timbul semasa
latihan drama diadakan menaikkan darah pelakon-pelakon
lain.

41. Hilir Mudik


Maksud: Berjalan ke sana ke mari.
Contoh Ayat: Janganlah hilir mudik sahaja, lebih baik tolong
ayah kamu berniaga, kata ibu.

42. Hina Budi


Maksud: Berkelakuan buruk.
Contoh Ayat: Biar rupa kita buruk tetapi jangan hina budi,
nasihat emak kepada kakak.

43. Hisap Darah


Maksud: Memeras atau menindas orang.

Contoh Ayat: Sejak ditubuhkan syarikat koperasi, orang tengah


tidak dapat hisap darah petani lagi.

44. Hisap Jari


Maksud: Kecewa.
Contoh Ayat: Razlan terlambat menghantar borang
permohonan untuk memasuki universiti tahun ini,
menyebabkan dia terpaksa hisap jari.

45. Hujung Pangkal


Maksud: Asal mula.
Contoh Ayat: Cuba ceritakan kepada saya masalah itu supaya
saya tahu hujung pangkalnya, kata Ah Seng kepada Ah Siew.

46. Hukum Alam


Maksud: Sesuatu yang berkenaan kejadian alam.
Contoh Ayat: Kemarau panjang tahun ini tidak dapat dielakkan
kerana sudah menjadi hukum alam.

47. Hukum Allah


Maksud: Takdir Tuhan.
Contoh Ayat: Hukum Allah telah menentukan kapal terbang itu
meletup di angkasa.

48. Hutang Darah


Maksud: Menuntut bela atas sesuatu kejadian.
Contoh Ayat: Ismail berhutang darah denganku, kerana dia
telah menyebabkan kematian adikku, kata Ehsan.

49. Hutang Lapuk


Maksud: Hutang yang sudah lama tidak dibayar.
Contoh Ayat: Hutang lapuk syarikat itu berjumlah RM0.8 juta.

50. Hutang Nyawa


Maksud: Nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain.
Contoh Ayat: Rina berhutang nyawa dengan Rini kerana Rini
telah menyelamatkan Rina daripada lemas tempoh hari.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'I'
1. Ibu Angkat
Maksud: Perempuan yang memelihara seseorang seperti
anaknya sendiri.
Contoh Ayat: Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya
berumur tiga tahun.

2. Ibu Ayam
Maksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur.

Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk


oleh Allah.

3. Ibu Kandung
Maksud: Perempuan yang melahirkan seseorang; ibu sendiri.
Contoh Ayat: Ibu kandung saya meninggal dunia ketika
melahirkan saya.

4. Ibu Keladi
Maksud: Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda.
Contoh Ayat: Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan
seluar berwarna oren.

5. Ibu Pertiwi
Maksud: Tanah tempat kelahiran.
Contoh Ayat: Malaysia merupakan ibu pertiwiku yang dicintai.

6. Ikat Diri = Mengikat Diri


Maksud: Terlalu berat.
Contoh Ayat: Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para
peserta sehingga saya tidak ada masa untuk bersantai.

7. Ikat Hati = Mengikat Hati

Maksud: Menawan.
Contoh Ayat: Senyumannya telah mengikat hati saya.

8. Ikat Janji = Mengikat Janji


Maksud: Membuat perjanjian.
Contoh Ayat: Teruna telah mengikat janji dengan Dara untuk
hidup bersama.

9. Ikat Kata = Mengikat Kata


Maksud: Menggubah kata.
Contoh Ayat: Penulis lirik lagu itu sangat pandai mengikat kata
dalam lirik lagu yang ditulisnya.

10. Ikat Perut


Maksud: Mengurangkan makan kerana kemiskinan.
Contoh Ayat: Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah
uzur dan tidak dapat bekerja menangkap ikan di laut.

11. Intan Baiduri


Maksud: Orang yang dikasihi.

12. Iri Hati


Maksud: Dengki.

Contoh Ayat: Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum.

13. Isi Dada


Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.
Contoh Ayat: Setelah lama mendiamkan diri, dia
mengeluarkan isi dada yang terpendam selama ini.

14. Isi Hati


Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

15. Isi Perut


Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

16. Isi Rumah


Maksud: Keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.
Contoh Ayat: Seluruh isi rumah itu masih berkabung atas
kematian salah seorang ahlinya.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'J'
1. Jadi Abu Arang
Maksud: Barang yang telah rosak.
Contoh Ayat: Basikal saya yang dipinjamnya telah menjadi abu
arang.

2. Jadi Bapa Kuda


Maksud: Orang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak
bertanggungjawab.
Contoh Ayat: Menjadi bapa kuda memang mudah tetapi
fikirkanlah masa depan anak-anak yang dilahirkan itu.

3. Jadi Bumi Langit


Maksud: Orang yang sangat diharapkan.
Contoh Ayat: Dia anak piatu, sayalah yang menjadi bumi langit
kepadanya.

4. Jadi Fikiran = Menjadi Fikiran


Maksud: Masalah yang harus difikirkan.
Contoh Ayat: Kenaikan harga barang-barang makanan menjadi
fikiran kepada suri-suri rumah.

5. Jadi Umang-Umang
Maksud: Suka menggunakan hak orang lain.
Contoh Ayat: Kemeja yang saya pakai ini milik Murad, jadi
umang-umanglah saya hari ini.

6. Jaga Hati = Menjaga Hati


Maksud: Bertolak ansur dan saling menghormati.

Contoh Ayat: Apabila bersahabat hendaklah saling menjaga


hati masing-masing.

7. Jaga Mulut
Maksud: Berhati-hati bila bercakap.
Contoh Ayat: Jaga mulut apabila bercakap supaya tidak
menyinggung hati kawan-kawan.

8. Jalan Belakang
Maksud: Menggunakan cara yang tidak sah.
Contoh Ayat: Ahmad memperoleh lesen perniagaannya melalui
jalan belakang.

9. Jalan Buntu
Maksud: Sesuatu yang tiada penyelesaian.
Contoh Ayat: Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu
menemui jalan buntu kerana sehingga ke hari ini masih belum
diketahui punca penyakit tersebut.

10. Jalan Damai


Maksud: Menyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan.
Contoh Ayat: Perselisihan antara Arief dan Haqeemie akhirnya
menemui jalan damai apabila masing-masing telah memohon
maaf dan mengaku kesilapan.

11. Jalan Fikiran


Maksud: Cara berfikir.
Contoh Ayat: Jalan fikiran kamu biarlah dapat membantu kita
menyelesaikan masalah ini.

12. Jalan Kaki


Maksud: Berjalan tanpa kenderaan.
Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana
jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh.

13. Jalan Tengah


Maksud: Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah.
Contoh Ayat: Saya mengambil jalan tengah supaya kedua-dua
pihak yang bertelingkah dapat didamaikan.

14. Jarum Halus


Maksud: Tipu muslihat.
Contoh Ayat: Amin menggunakan jarum halus sehingga
Hamidah terpedaya dan menyerahkan semua wang
simpanannya kepada Amin.

15. Jatuh Air Muka


Maksud: Menjadi malu.

Contoh Ayat: Jatuh air muka Tuk Penghulu kerana kelakuan


anaknya yang biadab itu.

16. Jatuh Bangun


Maksud: Maju mundur.
Contoh Ayat: Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak di atas
kebijaksanaan pengurusnya.

17. Jatuh Cinta


Maksud: Menaruh cinta (kasih).
Contoh Ayat: Harith jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah.

18. Jatuh Dari Langit


Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangkasangka.

19. Jatuh Harga Diri


Maksud: Jatuh maruah.
Contoh Ayat: Walaupun Shamsul berjawatan tinggi dan anak
orang ternama tetapi perlakuan sumbangnya telah
menyebabkan jatuh harga dirinya.

20. Jatuh Hati


Maksud: Menaruh cinta (kasih).

21. Jatuh Melarat


Maksud: Menjadi miskin.
Contoh Ayat: Dia jatuh melarat dan ditinggalkan oleh
kekasihnya setelah semua perniagaannya mengalami kerugian.

22. Jatuh Nama


Maksud: Menanggung malu.

23. Jatuh Sakit


Maksud: Mendapat sakit.
Contoh Ayat: Dia jatuh sakit selepas memakan makanan yang
dijual di gerai tepi jalan itu.

24. Jatuh Semangat


Maksud: Hilang keberanian.
Contoh Ayat: Dalam peperangan itu tentera Jawa telah jatuh
semangat apabila ketua mereka dibunuh oleh musuh.

25. Jejak Bahu


Maksud: Sampai ke paras bahu.

26. Jejak Bara

Maksud: Sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah.


Contoh Ayat: Semasa saya duduk di kerusi empuk itu kaki saya
jejak bara kerana kerusi itu tinggi dan besar.

27. Jejak Keruh


Maksud: Perbuatan yang kurang baik.
Contoh Ayat: Hindari diri kamu daripada berkawan dengannya,
kerana dia suka berbuat jejak keruh.

28. Jejak Langkah


Maksud: Mencontohi.
Contoh Ayat: Dia mengikut jejak langkah ayahnya menjadi
seorang perajurit.

29. Jejak Orang Tua


Maksud: Mengikut kelakuan orang tuanya.
Contoh Ayat: Perangai Jamiah mengikut jejak orang tuanya
yang berbudi pekerti dan suka menolong orang.

30. Jinak-Jinak Lalat


Maksud: Persahabatan yang tidak mesra.
Contoh Ayat: Saya hanya jinak-jinak lalat dengannya walaupun
kami sekelas, kata Suzy.

31. Jinak-Jinak Merpati


Maksud: Orang yang pada zahirnya lembut tetapi hakikatnya
tidak.
Contoh Ayat: Zaidah jinak-jinak merpati dan tidak mudah
dipengaruhi.

32. Juling Air


Maksud: Juling sedikit.
Contoh Ayat: Walaupun dia juling air, wajahnya sentiasa
berseri-seri.

33. Juling Itik


Maksud: Apabila memandang sesuatu, kepala disengetkan.
Contoh Ayat: Murni juling itik semasa memandang kerana
lehernya pernah mengalami kecederaan semasa kecil.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'K'
1. Kacang Hantu
Maksud: Orang jahat.
Contoh Ayat: Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu
suka berkumpul di tepi jambatan dan mengganggu setiap
gadis yang lalu di situ.

2. Kaki Arak

Maksud: Orang yang suka minum arak.


Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua
wangnya digunakan untuk membeli arak.

3. Kaki Ayam = Berkaki Ayam


Maksud: Tidak memakai kasut.
Contoh Ayat: Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang
dari masjid kerana kasutnya telah hilang.

4. Kaki Bangku
Maksud: Tidak pandai bermain bola.
Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah
bermain bola sepak.

5. Kaki Botol
Maksud: Orang yang suka minum arak.

6. Kaki Buli
Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang
yang lemah.
Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di
sekolahnya yang diketuai oleh Hamzah.

7. Kaki Gaduh

Maksud: Orang yang suka bergaduh.


Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering
menimbulkan masalah di kampungnya.

8. Kaki Gunung
Maksud: Di bahagian permulaan gunung.
Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung
sebelum memulakan pendakian ke puncak.

9. Kaki Hutan
Maksud: Tepi hutan.

10. Kaki Judi


Maksud: Orang yang suka bermain judi.
Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak
menghabiskan harta ayahnya di meja judi.

11. Kaki Langit


Maksud: Langit di bahagian bawah.
Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat
dilihat pada waktu senja.

12. Kaki Lima

Maksud: Bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah.


Contoh Ayat: Aishah berteduh di kaki lima kedai makan
sementara menunggu hujan berhenti.

13. Kaki Perempuan


Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.

14. Kaki Rambu


Maksud: Orang yang suka merayau.
Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana
disangkakan pencuri ketika sedang merayau, Faisal tidak lagi
menjadi kaki rambu.

15. Kaki Seribu


Maksud: Cabut lari.

16. Kaki Umpat


Maksud: Orang yang suka mengumpat orang.
Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya
menceritakan keburukan orang sahaja.

17. Kaki Wayang


Maksud: Orang yang suka menonton wayang.

Contoh Ayat: Fadzil kaki wayang. Dia akan menonton setiap


filem baru yang ditayangkan di panggung itu.

18. Kaku Lidah


Maksud: Tidak dapat bercakap dengan lancar.
Contoh Ayat: Ahmad menjadi kaku lidah apabila disoal tentang
penglibatannya dalam kes rasuah.

19. Kambing Hitam


Maksud: Orang yang dipersalahkan.
Contoh Ayat: Dia menjadi kambing hitam apabila berlaku
kecurian di kawasan perumahan itu.

20. Kampung Halaman


Maksud: Kampung tempat dilahirkan.
Contoh Ayat: Setelah lama belajar di luar negeri dia rindu
hendak kembali ke kampung halamannya.

21. Kata Dua


Maksud: Pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang
mengemukakan tuntutan yang mesti diterima oleh pihak lain
yang terlibat dalam perundingan.
Contoh Ayat: Aman diberi kata dua iaitu berhenti daripada
membuat kekacauan atau dipindahkan ke daerah lain.

22. Kata Hati


Maksud: Perasaan.

23. Kata Pujangga


Maksud: Perkataan orang bijak pandai.
Contoh Ayat: Orang tua-tua sering menggunakan kata
pujangga ketika memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada
orang muda.

24. Kata Putus


Maksud: Ketentuan yang terakhir.
Contoh Ayat: Mesyuarat yang diadakan gagal mencapai kata
putus kerana ahli-ahlinya bertelagah.

25. Kaya Anak


Maksud: Banyak anak.
Contoh Ayat: Walaupun keluarga Ahmad hidup dalam
kemiskinan tetapi dia kaya anak dan hidup bahagia.

26. Kaya Hati


Maksud: Pemurah.
Contoh Ayat: Dia seorang yang kaya hati kerana sering
menghulurkan derma.

27. Kaya Hutang


Maksud: Orang yang banyak hutang.
Contoh Ayat: Jali kaya hutang kerana mengikutkan kehendak
isterinya yang gemar membeli baju berjenama.

28. Kecil Hati


Maksud: Berasa tersinggung.

29. Kecut Hati


Maksud: Takut.
Contoh Ayat: Semasa perahu kami dilanda ombak besar, terasa
kecut hati saya.

30. Kelas Kambing


Maksud: Tempat duduk (wayang atau kenderaan) yang paling
murah harganya.
Contoh Ayat: Kami membeli tiket kelas kambing semasa
menonton wayang.

31. Keliling Pinggang


Maksud: Sangat banyak.
Contoh Ayat: Hutangnya keliling pinggang kerana dia boros
berbelanja.

32. Ke Luar Negeri


Maksud: Pergi ke negeri lain.
Contoh Ayat: Zaki ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran.

33. Kembang Hati


Maksud: Gembira.
Contoh Ayat: Kembang hati Noraini kerana anaknya dapat
masuk ke sekolah berasrama penuh.

34. Kembang Sayap = Mengembangkan Sayap


Maksud: Meluaskan usaha.
Contoh Ayat: Syarikat itu mengembangkan sayap dengan
menceburi industri berat pula.

35. Kena Tangan


Maksud: Dipukul.
Contoh Ayat: Pencuri itu kena tangan penduduk kampung
ketika cuba mencuri di salah sebuah rumah di kampung itu.

36. Kepala Angin


Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa
tertentu.

37. Kepala Batu


Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

38. Kepala Berat


Maksud: Bodoh.
Contoh Ayat: Ikram perlu diajar perlahan-lahan dan sedikitsedikit kerana dia kepala berat.

39. Kepala Berita


Maksud: Tajuk sesuatu berita.
Contoh Ayat: Kemalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya itu
telah menjadi kepala berita di hampir semua akhbar
tempatan terbitan hari ini.

40. Kepala Dingin


Maksud: Penyabar.
Contoh Ayat: Dia kepala dingin, walaupun dimarah tetapi
tetap tenang.

41. Kepala Dua


Maksud: Orang yang tidak setia.

Contoh Ayat: Bedul bersikap kepala dua kerana dia telah


memberitahu maklumat sulit syarikat ini kepada syarikat
lawan.

42. Kepala Kain


Maksud: Bahagian kain (biasa kain batik) yang coraknya
berlainan.
Contoh Ayat: Kepala kain itu bercorak pucuk rebung.

43. Kepala Udang


Maksud: Bodoh.

44. Kera Sumbang


Maksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain.
Contoh Ayat: Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis
makan malam itu kerana dia seorang yang pemalu.

45. Kerang Busuk


Maksud: Tersengih-sengih tanpa sebab.
Contoh Ayat: Dia diam dan hanya tersengih bak kerang busuk.

46. Keras Hati


Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.

47. Keras kepala


Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

48. Keras Lidah


Maksud: Tidak pandai bercakap.
Contoh Ayat: Ah Lin keras lidah apabila bertutur dalam Bahasa
Inggeris kerana dia kurang mahir.

49. Keras Mulut


Maksud: Tidak mahu kalah dalam perdebatan.
Contoh Ayat: Jamil tetap keras mulut dalam perbincangan itu
walaupun pendapatnya tidak diterima oleh orang lain.

50. Kerat Rotan = Berkerat Rotan


Maksud: Memutuskan perhubungan.
Contoh Ayat: Keluarga Dewi telah berkerat rotan dengan
keluarga Saroja kerana tidak puas hati dengan pembahagian
harta pusaka.

51. Kering Darah


Maksud: Terkejut.

52. Kering Hati


Maksud: Tiada rasa belas kasihan.
Contoh Ayat: Dia menerima berita kemalangan itu tanpa rasa
sedih kerana dia seorang yang kering hati.

53. Keringat Dingin


Maksud: Takut.

54. Kerja Tangan


Maksud: Pertukangan tangan.
Contoh Ayat: Kerja tangan pelajar-pelajar sekolah vokasional
dipamerkan dalam pameran kraf tangan itu.

55. Ketam Batu


Maksud: Sangat kedekut.
Contoh Ayat: Raju tidak pernah menghulurkan derma kepada
yang memerlukan kerana sikapnya seperti ketam batu.

56. Ketawa Raja


Maksud: Ketawa tetapi dalam kesedihan.
Contoh Ayat: Rosna ketawa raja di hadapan tetamu untuk
menyembunyikan kesedihan yang sedang dialaminya.

57. Khabar Angin


Maksud: Berita yang belum sah.
Contoh Ayat: Khabar angin mengatakan dia mati dibunuh.

58. Khabar Burung


Maksud: Berita yang belum sah.

59. Kucing Bertanduk


Maksud: Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku.
Contoh Ayat: Walaupun ditunggu sampai kucing bertanduk, dia
pasti tidak akan mengerjakannya.

60. Kucing Kurap


Maksud: Orang yang tidak berguna.

61. Kuku Besi


Maksud: Memerintah dengan kejam.
Contoh Ayat: Pemerintah yang mengamalkan kuku besi akan
dibenci dan digulingkan oleh rakyat.

62. Kuku Kambing


Maksud: Alat yang digunakan untuk menanam padi.

Contoh Ayat: Suatu masa dahulu kuku kambing digunakan


untuk menanam padi.

63. Kunci Diri = Mengunci Diri


Maksud: Mengurung diri.
Contoh Ayat: Dia mengunci diri di dalam bilik sejak pagi tadi.

64. Kunci Hati


Maksud: Rahsia.
Contoh Ayat: Peristiwa itu tetap menjadi kunci hatinya dan
tidak akan diceritakan kepada sesiapa pun.

65. Kunci Mulut


Maksud: Tidak dapat berkata-kata kerana terkejut.
Contoh Ayat: Terkunci mulut Pak Ngah apabila diberitahu
anaknya yang bersalah.

66. Kurang Adab


Maksud: Tidak sopan.
Contoh Ayat: Bercakap dengan meninggikan suara kepada
orang tua, kurang adab namanya.

67. Kurang Adat

Maksud: Tidak sopan.

68. Kurang Ajar


Maksud: Tidak sopan.

69. Kurang Akal


Maksud: Tidak pandai.
Contoh Ayat: Kalau bercakap dengan Senah perlu
menggunakan bahasa yang mudah kerana dia kurang akal.

70. Kurang Asam


Maksud: Tidak sopan.

71. Kurang Bahasa


Maksud: Tidak halus budi bahasanya.
Contoh Ayat: Roslina dikatakan kurang bahasa kerana dia suka
bercakap dengan suara yang kuat dan menggunakan bahasa
yang kasar.

72. Kurang Fikir


Maksud: Tidak berhati-hati.
Contoh Ayat: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan kurang fikir
akan membawa kerugian.

73. Kurang Hati


Maksud: Tidak berminat.
Contoh Ayat: Saya kurang hati dalam seni tekat-menekat
kerana agak rumit untuk melakukannya.

74. Kurang Iman


Maksud: Mudah terpedaya.
Contoh Ayat: Mujurlah Riduwan tidak kurang iman dan
menolak apabila ditawarkan wang yang lumayan untuk
mengedar dadah.

75. Kurang Ingat


Maksud: Pelupa.
Contoh Ayat: Jabu yang kurang ingat itu jangan dipesan apaapa.

76. Kurang Jadi = Kurang Menjadi


Maksud: Tidak mendatangkan hasil atau tuaian yang banyak.
Contoh Ayat: Saya mengalami kerugian kerana kebun langsat
saya kurang menjadi tahun ini.

77. Kusut Fikiran


Maksud: Susah hati.

Contoh Ayat: Kusut fikiran Haji Lamin memikirkan anaknya


yang belum mendapat kerja di Kuala Lumpur.

78. Kutu Embun


Maksud: Orang yang suka merayau pada malam hari.
Contoh Ayat: Rusli kutu embun dan hanya pulang ke rumah
pada pukul 3 pagi.

79. Kutu Jalan


Maksud: Orang yang suka merayau.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'L'
1. Langit Hijau
Maksud: Sangat jauh.
Contoh Ayat: Saya akan mencari adik kandung saya itu,
walaupun sampai ke langit hijau.

2. Langkah Baik
Maksud: Waktu yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu
pekerjaan; permulaan yang baik.
Contoh Ayat: Pada pendapat saya, hari Jumaat merupakan
langkah baik bagi kita melangsungkan perkahwinan antara
Zarina dan Amran.

3. Langkah Bendul
Maksud: Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya.
Contoh Ayat: Oleh sebab Suraya langkah bendul, pengantin
lelaki memberikan hadiah kepada kakak Suraya.

4. Langkah Kanan
Maksud: Bernasib baik; bertuah.
Contoh Ayat: Hari ini, Suzana langkah kanan kerana ketika dia
tiba di rumah abangnya, mereka sedang menikmati buah
durian.

5. Langkah Kiri
Maksud: Malang.
Contoh Ayat: Kami langkah kiri hari ini kerana kereta kami
rosak dalam perjalanan.

6. Langkah seribu
Maksud: Cabut lari.
Contoh Ayat: Kami membuka langkah seribu apabila dikejar
oleh orang gila itu.

7. Langkah Sumbang
Maksud: Cara atau perbuatan yang tidak betul.

Contoh Ayat: Pelajar baru itu perlu berlatih lagi kerana


banyak langkah sumbang yang telah dilakukannya semasa
bersilat tadi.

8. Lapang Dada
Maksud: Perasaan lega.
Contoh Ayat: Puan Rashidah berasa lapang dada setelah
selesai menguruskan kemasukan anak sulungnya ke universiti.

9. Lapang Hati
Maksud: Perasaan lega.

10. Lapik Perut


Maksud: Makan Sedikit.

11. Lari Semangat


Maksud: Terkejut.

12. Laut Lepas


Maksud: Tengah laut.
Contoh Ayat: Ikan paus itu berada di laut lepas.

13. Lebai Malang

Maksud: Orang yang selalu mengalami nasib malang.


Contoh Ayat: Nasibnya umpama lebai malang, sudahlah
keretanya rosak, duitnya pula dicuri orang.

14. Lembut Gigi Daripada Lidah


Maksud: Pandai berkata-kata; memujuk rayu.
Contoh Ayat: Salmah terpedaya dengan kata-kata suaminya
yang lembut gigi daripada lidah.

15. Lembut Hati


Maksud: Penyayang.
Contoh Ayat: Anak muridnya sayang dan hormat kepadanya
kerana dia seorang yang lembut hati.

16. Lena Ayam


Maksud: Belum tidur betul.
Contoh Ayat: Semasa anaknya menjerit ketakutan, dia baru
lena ayam.

17. Lepas Angan-Angan


Maksud: Membuat sesuatu yang diingini.
Contoh Ayat: Apabila ayahnya bertolak ke luar negeri, Hamdan
lepas angan-angan untuk membeli kereta baru.

18. Lepas Diri


Maksud: Tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal.
Contoh Ayat: Darwis lepas diri daripada kes rasuah itu kerana
dia tidak tahu tentang hal itu.

19. Lepas Tangan


Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah
dilakukan.

20. Lidah Bercabang


Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu
berubah-ubah.
Contoh Ayat: Lamin lidah bercabang dan cakapnya tidak boleh
dipercayai.

21. Lidah Biawak


Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu
berubah-ubah.

22. Lidah Keras


Maksud: Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul.
Contoh Ayat: Oleh sebab Rafiq lidah keras, dia gagal dalam
ujian lisan yang diadakan.

23. Lidah Panjang


Maksud: Suka menghasut.
Contoh Ayat: Sikap Joyah yang lidah panjang itu menyebabkan
rumah tangga Milah porak-peranda.

24. Lidah Tak Bertulang


Maksud: Mudah berjanji tetapi tidak ditepati; tidak jujur.
Contoh Ayat: Hassan berhati-hati memilih kawan kerana dia
takut terkena orang yang lidah tak bertulang.

25. Lintah Darat


Maksud: Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu
tinggi.
Contoh Ayat: Gara-gara aktiviti lintah darat, kehidupan
penduduk di kampung itu masih lagi dalam kemiskinan.

26. Lipas Kudung


Maksud: Membuat sesuatu kerja dengan pantas.
Contoh Ayat: Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam
masa setengah jam kerana dia membuatnya seperti lipas
kudung.

27. Lubuk Akal Lautan Budi

Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan


banyak.
Contoh Ayat: Penduduk kampung akan merujuk kepada Tuk
Sidang jika menghadapi sebarang kemusykilan kerana beliau
seorang yang lubuk akal lautan budi.

28. Lubuk Akal lautan ilmu


Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan
banyak.

29. Lubuk Hati


Maksud: Dalam hati.
Contoh Ayat: Jauh di lubuk hatiku terpendam rasa ingin maju
bersama mereka.

30. Luka Hati


Maksud: Pilu.
Contoh Ayat: Luka hati Isma apabila mengetahui sahabat yang
dipercayai telah membohonginya.

31. Lupa Daratan


Maksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batas; hilang
pertimbangan.
Contoh Ayat: Amir menjadi lupa daratan apabila sudah kaya.

32. Lurus Akal


Maksud: Jujur.
Contoh Ayat: Jalal seorang yang lurus akal kerana dia telah
menjaga harta anak-anak yatim dengan sebaik-baiknya

Anda mungkin juga menyukai