Anda di halaman 1dari 11

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A'

1. Abang Angkat
Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai
pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

2. Abang Ipar
Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

3. Abang Kandung
Maksud: Abang yang seibu sebapa.
Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu
bapa mereka meninggal dunia.

4. Abu Angin
Maksud: Telah musnah sama sekali.
ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi
abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.

5. Abu Jahal
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana
disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

6. Abu Lahab
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

7. Abu Nawas
Maksud: Orang yang suka berhelah.
Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah
apabila ditanya tentang sesuatu.

8. Ada Akal
Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang
dihadapi oleh ayahnya.

9. Ada Angin
Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.
Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia
marah-marah.

10. Ada Bakat


Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang
dan sebagainya.
Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

11. Ada Can


Maksud: Ada peluang.
Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini
berjaya, kata Amin kepada Umair.

12. Ada Gaya


Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan
tampan.

13. Ada Hati


Maksud: Keinginan.
Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka
perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

14. Ada Jalan


Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di
institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

15. Ada-Ada
Maksud: Ada sesuatu.
Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari
bandar.

16. Adat Balai


Maksud: Adat dalam istana raja.
Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.

17. Adik Angkat


Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak
mempunyai pertalian darah.
Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada
keluarga kami untuk dipelihara.

18. Adik Ipar


Maksud: Adik kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor.

19. Adik Kandung


Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.
Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah
terpisah sejak sepuluh tahun lalu.
20. Adu Buku = Beradu Buku
Maksud: Bertinju.
Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.

21. Adu Domba = Mengadu Domba


Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau
kumpulan yang lain. Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka
mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung
seberang.

22. Adu Kening = Beradu Kening


Maksud: Berhadap-hadapan muka.
Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak
dapat berbual-bual.

23. Adu Lengan = Beradu Lengan


Maksud: Beradu kekuatan.
Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu.

24. Adu Nasib = Mengadu Nasib


Maksud: Mencari rezeki.
Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini
kerana di sini banyak peluang pekerjaan.

25. Adu Untung


Maksud: Mencari rezeki.

26. Air Mandi


Maksud: Sudah menjadi kebiasaan.
Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi
air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.

27. Air Muka


Maksud: a) Wajah b) Maruah
Contoh Ayat:
a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main
di padang.
b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai,"
kata Imad kepada Husin.

28. Air Pasang


Maksud: Paras air laut yang meningkat.
Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air.

29. Air Sembilan


Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat.
Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital.

30. Air Setaman


Maksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.
Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air
setaman.

31. Air Surut


Maksud: Paras air laut yang turun.
Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.

32. Ajak-Ajak ayam


Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak
ayam.

33. Akal Belut


Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.
Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini
dengan harga yang murah.

34. Akal Kancil


Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.

35. Akal Sejengkal


Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.
Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal
sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain.

36. Alas Cakap


Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.
Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu
menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan.

37. Alas Kata


Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.

38. Alas Perut


Maksud: Makan sedikit.
Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.

39. Alih Akal = Beralih Akal


Maksud: Berubah pendapat atau fikiran.
Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak.
40. Alih Angin = Beralih Angin
Maksud: Berpindah tempat tinggal.
Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih.

41. Alih Muka = Beralih Muka


Maksud: Menyamar.
Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.

42. Alim Kucing


Maksud: Pura-pura baik.
Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan
dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.

43. Aliran Masa


Maksud: Perubahan masa.
Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi
maklumat sesuai dengan aliran masa kini.

44. Aliran Masyarakat


Maksud: Kehendak masyarakat.
Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit.

45. Ambil Abu


Maksud: Maksud yang tidak kesampaian.
Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu
sahaja.

46. Ambil Ada


Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada.
Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan,
jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.

47. Ambil Angin


Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih.
Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang.

48. Ambil Bahagian


Maksud: Menyertai.
Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat
daerah.

49. Ambil Berat


Maksud: Beri perhatian.
Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami.
50. Ambil Haluan = Mengambil Haluan
Maksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan
memberikan hasil yang lumayan.

51. Ambil Hati


Maksud: Berasa tersinggung.
Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati untuk
kebaikan.

52. Ambil Ibarat


Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan.
Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada tahun
lepas.

53. Ambil Ingatan


Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.
Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam
perhimpunan pagi tadi.

54. Ambil Muka = Mengambil Muka


Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai.
Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum
keluarganya, sebab itulah dia disukai.

55. Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah


Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu.

56. Ambil Tahu = Mengambil Tahu


Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya.

57. Anak Adam


Maksud: Umat manusia.
Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika
langkah-langkah pencegahannya tidak diambil.

58. Anak Air


Maksud: Sungai kecil.
Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan
untuk mengairi tanaman.

59. Anak Angkat


Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.
Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi.
60. Anak Baju
Maksud: Baju dalam.
Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.

61. Anak Buah


Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa
kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah.
Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.

62. Anak bukit


Maksud: Bukit kecil.
Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu.

63. Anak Didik


Maksud: Orang di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya.

64. Anak Emas


Maksud: Orang yang sangat disayangi.
Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran
dan kesetiaannya.

65. Anak Gahara


Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku
Puteri Halijah.

66. Anak Haram


Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.
Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan
Karim.

67. Anak Jantan


Maksud: Lelaki yang berani.
Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang
menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.

68. Anak Kandung


Maksud: Anak sendiri.
Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri
pertamanya.

69. Anak Kapal


Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.
Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan
kaki di benua Eropah.

70. Anak Negeri


Maksud: Penduduk di sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam
perusahaan desa.

71. Anak Perahu


Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.

72. Anak Piatu


Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu.
Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti.

73. Anak Pungut


Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

74. Anak Tunggal


Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.
Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu
bapanya.

75. Anak Tut


Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

76. Angkat Alis = Mengangkat Alis


Maksud: Kehairanan.
Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah misteri yang
dimenanginya.

77. Angkat Bahu


Maksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.
Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya tentang kucing yang
mati itu.

78. Angkat Diri


Maksud: Sombong.
Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan
dengan kamu, kata Cikgu Karim kepada Khalid.

79. Angkat Kaki


Maksud: Pergi meninggalkan.
Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya.

80. Angkat Kening


Maksud: Kehairanan.

81. Angkat Mata


Maksud: Menentang sesuatu tindakan.
Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya.

82. Angkat Muka


Maksud: Dimanja-manjakan.
Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka.

83. Angkat Nama


Maksud: Terkenal.
Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian.

84.Angkat Senjata
Maksud: Berperang.
Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata
menyerang musuh.

85. Angkat Suara


Maksud: Meninggikan suara.
Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila bercakap
dengan mereka.

86. Angkat Sumpah


Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.

87. Anjing Hitam


Maksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya.
Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering memeras
ugut masyarakat pelombong di situ.

88. Anjing Kurap


Maksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.
Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke sana ke mari.

89. Api Peperangan


Maksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan
peperangan.
Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh
menyebabkan tercetusnya api peperangan.

90. Api Percintaan


Maksud: Perasaan cinta yang meluap-luap.
Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid.
91. Arang Di Dahi
Maksud: Mendapat malu.
Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak mahkamah
membuktikan dia tidak bersalah.

92. Arang Di Kening


Maksud: Mendapat malu.

93. Maksud: Arang di muka


Mendapat malu.

94. Asam Garam


Maksud: Pengalaman.
Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh Pak
Dollah.

95. Atas Angin


Maksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.
Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat
negara-negara atas angin.

96. Atas Nama


Maksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.
Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu Kampung
Jenerak.

97. Atas Pagar:


Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana
meminati kedua-dua pasukan itu.

98. Ayam Jalak:


Maksud: Orang yang berani.
Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya
menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung
tersebut.

99. Ayam Tambatan:


Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam
pasukan permainan).
Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri
Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.
 
Sumber diperolehi dari seribahasa
 

Prev - Next >>

Last Updated on Monday, 12 July 2010 12:12


 

Anda mungkin juga menyukai