Anda di halaman 1dari 7

NOTA TATABAHASA

KATA SENDI NAMA


Betulkah penggunaan kata sendi nama anda?

Kata sendi nama merupakan kata depan kata nama. Ia mempuyai pelbagai tugas. Ia juga
bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang
lain. Kata sendi nama memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi nama supaya
dapat bertugas sebagai predikat ayat. Kata sendi nama ini merangkumi ‘ ke’ , ‘sebagai’ , ‘ dalam’
, ‘ di dalam’ , ‘ untuk’ , ‘ antara’ , ‘ bagi’ , ‘hingga’ , ‘ demi’ , ‘ tentang’  dan lain-lain. Walau
bagaimanapun , pengguna sering terkeliru semasa menggunakan beberapa kata sendi nama
dalam ayat antaranya ‘dari’ , ‘daripada’ , ‘ akan’ , ‘ di ’ dan lain-lain.

Dari: kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama yang digunakan untuk
menunjukkan tempat dan masa.

SALAH BETUL

Umar telah Umar telah


berpindah daripada sekola berpindah dari sekolah
h ini bulan lalu. ini bulan lalu.

Daripada hari ini, saya Dari hari ini, saya akan


akan belajar bersungguh- belajar bersungguh-
sungguh. sungguh.

Daripada : kata sendi nama ‘daripada’ digunakan di hadapan kata nama yang menyebut
asal sesuatu sama ada manusia ,benda , perkara-perkara yang abstrak dan mempunyai
unsur perbandingan atau perbezaan.

SALAH BETUL

Tilam itu Tilam itu


dibuat dari getah asli. dibuat daripada getah
asli.
Juliana lebih
tinggi dari Nur Asma. Juliana lebih
tinggi daripada Nur
Asma.

Akan: kata sendi nama ‘akan’ digunakan sebagai pelengkap kata adjektif yang
mengatakan perasaan seperti sedih , kasih, benci, sayang, takut, dan sebagainya. Kata
sendi ‘akan’ tidak boleh disingkatkan menjadi ‘-kan’ dan digabungkan dengan kata
adjektif.

SALAH BETUL

Saya sayangkan keluarga Saya


saya. sayang akan keluarga
saya.
Saya takutkan hantu.
Saya
takut akanhantu.

Di: kata sendi nama ‘di’ digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menunjukan tempat atau arah dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama
yang mengikutinya.

SALAH BETUL

Diangkasa Di angkasa

Disana Di sana

dilaut Di laut

Kata sendi nama ‘di’ tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menerangkan waktu, masa, atau zaman.

SALAH BETUL

Di abad ke-20 Pada abad ke-20

Di zaman ini Pada zaman ini


NOTA KATA HUBUNG
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, hubungan ialah kaitan, pertalian, sangkut paut.

Menurut Wikipedia ,
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:

 perkataan dengan perkataan;


 rangkai kata dengan rangkai kata; dan
 ayat dengan ayat.

Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Kata hubung gabungan


2. Kata hubung pancangan
o Kata hubung pancangan relatif
o Kata hubung pancangan komplemen
o Kata hubung pancangan keterangan
3. Kata hubung pasangan.

*1. Kata hubung gabungan

Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta,
tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.

Kata hubung gabungan Contoh

Atau Saya hendak makan mee atau nasi lemak

Dan Saya dan adik bermain di taman

Lalu Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian

Lantas Saya bangun malas dan lantas ke dapur

Sambil Bapa mendengar radio sambil membaca surat


khabar

Maka Apabila melihat polis telah pergi


semuamaka dia pn keluarlah

Serta Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolah

Tetapi Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajar

Sebab Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagi

Kalau Kamu akan dipenjara kalau melakukan


kesalahan

Supaya Kita harus mandi selalu supaya kelihatan


bersih

Kemudian Sila baca soalan kemudian mula menjawab

Malahan Saya disini baik sahaja malahan kamu

bahkan Bahkan kamu menang saya, saya akan


berusaha lebih kuat lagi

*2. Kata hubung pancangan

i. Kata hubung pancangan relatif

Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil).
Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.

Contoh ayat:

 Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.


 Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
 Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.

ii. Kata hubung pancangan komplemen

Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa
utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen
itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu
ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat:

 Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.


 Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
 Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
iii. Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada


klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya,
semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau,
semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala,
walaupun, dan sesungguhnya.

Contoh ayat:

 Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat


 Saya berkawan dengannya semenjak kecil
Contoh-contoh lain ayat kata hubung pancangan :
Kata hubung pancangan Contoh

Agar Saya berharap agarkamu dapat dating

Apabila Saya terkejut apabila mendengar berita itu

Bahawa Saya yakin bahawa cerita kamu adalah benar

Biarpun Biarpun dia mengatakan saya, saya tetap


betul dalam hal ini

Hingga Saya belajar hingga ke peringkat universiti

Jika Jika kamu larang saya, kamu akan terima


padahnya

Kecuali Jawab semua soalan kecuali soalan dua

Kerana Dia sakit hati kerana kenakalan anaknya

Ketika Ketika menunggu kamu, saya hampir tertidur

Lantaran Lantaran kes ini, saya rasa Ali bersalah

Manakala Saya membaca buku manakala adik sedang


bermain

Meskipun Dia berasa mengantuk meskipun malam itu


baru pukul lapan

Sebelum Sebelum melintas jalan raya, pelajar itu


melihat ke kiri dan ke kanan dahulu

Sejak Sejak dia berpindah rumah, perangainya


sudah berubah

Sehingga Kamu hendaklah menyiapkan kerja


sekolahsehingga habis

Sekiranya Sekiranya dia dating, berikan nota ini


kepadanya

Selagi / seraya Selagi/Seraya ayah tidur, jangan buat bising

Semenjak Semenjak kematian ibubapanya, kehidupan dia


tidak teratur

Sementara Dia bekerja sambilan sementaramenunggu


keputusan SPM

Setelah Setelah kerja sekolah siap, kamu pergi mandi


dahulu

Selama Selama ini saya mencari kamu

Tatkala Tatkala itu anak miskin itu pun masuklah

Walaupun Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu

Sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari

Yang Saya adalah seorang pelajar yangcemerlang

Jikalau Jikalau kamu pergi, saya pun akan pergi juga

Andai Andai kata, kamu yang merosakkan pintu itu

Untuk Saya berbuat begitu untuk kebaikkan kamu

*3. Kata hubung berpasangan

Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan
kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu
ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah,
entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun,
sedangkan...inikan pula, semakin...semakin,
sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..

Kata hubung berpasangan Contoh

Baik…ataupun Baik kamu mengaku ataupun kamu dipukul


Baik…baik Baik Ali baik adiknya samasama pintar.

Baik…mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama


bergotong royong membersihkan balai raya
itu.

Bukan saja…bahkan juga Ali bukan saja nakal bahkan juga selalu


ponteng sekolah

Bahkan saha…tetapi juga Ali bukan saja nakal tetapi juga pandai


belajar

Jangankan…pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pundia


tak ada.

Sedangkan…apatah lagi Sedangkan dia seorang yang malasapatah


lagi adiknya

Semakin…semakin Encik Ali semakin kaya semakinpemurah

Sungguhpun…namun Sungguhpun dia rajin


belajar namunpeperiksaannya tetap gagal

Sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat


berlari

walaupun...namun Walaupun dia buta namun dia tetap gigih


berusaha

sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki


olehnya inikan pula Bukit Larut

Sama ada…ataupun Guru Besar meminta sama


ada bapaataupun ibu murid hadir ke Sekolah

Kian…kian Kian lama kian banyak orang ke sana

Entah…entah Khabar anghin itu entah betul entah tidak

Bukan…sahaja malah Ali bukan sahaja nakal malah suka ponteng


sekolah.

Anda mungkin juga menyukai