Anda di halaman 1dari 3

KUAH SATAY ATAU KUAH KACANG

Untuk juadah Hujung Minggu


》600 gm kacang tanah ~ digoreng, dibuang kulit dan separuh blender halus dan separuh
lagi tumbuk kasar dengan batu lesung.
Bahan Kisar
》4 biji buah keras
》1 sudu kecil serbuk jintan putih ~ di sangai dan kisar halus
》1 sudu besar biji ketumbar ~ di sangai dan kisar halus
》20 gm udang kering ~ rendam sebentar dan cuci bersih
》5 biji bawang merah ros ~ belah 4 dan di goreng dengan sedikit minyak
》3 ulas bawang putih ~ di belah 2 dan di goreng dengan sedikit minyak
》20 tangkai cili kering ~ di goreng dengan sedikit minyak
》3 batang serai ~ ambil bahagian putih sahaja
》3 cm lengkuas
》1/2 inc belacan bakar
Sangai jintan dan biji ketumbar dahulu, angkat dan ketepikan
Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan goreng bawang merah dan bawang putih
Setelah layur angkat dan ketepikan
Kemudian goreng pula lada kering, jangan sampai hangus ya nanti kuahnya pahit.
Satukan semua bahan dan kisar halus.
Bahan Lain
》1 cawan gula Melaka atau gula kabung
》1/2 cawan minyak untuk menumis
》1/2 cawan santan
》1 batang serai ~ di titik
》40 gm asam jawa ~ di campur air dan ambil jusnya
》Garam dan gula secukup rasa
》Air secukupnya ~ air anggaran 5 cawan bila di campur dengan air lebihan perapan daging
》Air lebihan perapan daging
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai yang telah di titik
Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga harum dan terbit minyak
Masukkan air perapan daging, renihkan hingga terbit minyak
Kemudian masukkan kacang tanah yang di tumbuk halus sedikit-sedikit sambil di kacau
hingga kacang sebati dan betul-betul masak.
Jika kuah agak pekat, tambahkan air. Kuah satay ni kalau dia sejuk nanti dia akan pekat, jadi
pandai-pandai agak sukatan air.
Renihkan hingga mendidih
Kemudian masukkan gula Melaka, air asam , garam dan gula secukup rasa.
Kuah satay ni dia kena manis-manis pedas baru sedap!
Akhir sekali masukkan santan
Masak hingga kuah sedikit pekat
Dah siap boleh lah di hidangkan bersama satay

KUETIAU KUNGFU
Bahan A :
1 cawan kuetiau
1 biji telur
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
Bahan B :
3 ulas bawang putih - diketuk
100gm isi ayam
2 ekor sotong - hiris
3-4 ekor udang
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Secubit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk rempah sup
1 gelas air
Sedikit hirisan bunga kobis
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit hirisan sayur kailan
2 sudu makan putih telur
1 sudu makan tepung jagung - bancuh dengan 5 sudu makan air
Gqram dan gula secukup rasa
1. Bilas kuetiau dgn air panas. Toskan dan masukkan ke dlm pinggan.
2. Pecahkan 1 biji telur dan perasakan dengan secubit garam serta lada sulah, gaul sebati.
3. Panaskan minyak masak dan goreng kuetiau tadi hingga garing, angkat.
4. Utk kuah, tumis bawang putih guna lebihan minyak menggoreng kuetiau tadi hingga
wangi.
5. Masukkan isi ayam goreng seketika kemudian masukkan sotong.
6. Tambah serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Tambahkan juga serbuk rempah sup
kacau sebati.
7. Masukkan air dan hirisan bunga kobis. Masak hingg lembut. Boleh masukkan udang jika
suka.
8. Tuang air bancuhan tepung jagung dengan secukupnya. Perasakan dgn garam dan gula
secukup rasa.
9. Bila rasa sudah cukup tuang putih telur dan kacau laju.
10. Masukkan kailan dan lobak merah biar seketika.
11. Padam api dan tuang dlm pinggan berisi kuetiau. Sedia utk dinikmati.

Anda mungkin juga menyukai