Anda di halaman 1dari 4

NOTA KATA HUBUNG

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, hubungan ialah kaitan, pertalian, sangkut paut.

Menurut Wikipedia ,
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
 perkataan dengan perkataan;
 rangkai kata dengan rangkai kata; dan
 ayat dengan ayat.

Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Kata hubung gabungan


2. Kata hubung pancangan
o Kata hubung pancangan relatif
o Kata hubung pancangan komplemen
o Kata hubung pancangan keterangan
3. Kata hubung pasangan.

*1. Kata hubung gabungan


Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta,
tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.

Kata hubung gabungan Contoh


Atau Saya hendak makan mee atau nasi lemak
Dan Saya dan adik bermain di taman
Lalu Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian
Lantas Saya bangun malas dan lantas ke dapur
Sambil Bapa mendengar radio sambil membaca surat khabar
Maka Apabila melihat polis telah pergi semuamaka dia pn
keluarlah
Serta Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolah
Tetapi Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajar
Sebab Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagi
Kalau Kamu akan dipenjara kalau melakukan kesalahan
Supaya Kita harus mandi selalu supaya kelihatan bersih
Kemudian Sila baca soalan kemudian mula menjawab
Malahan Saya disini baik sahaja malahan kamu
bahkan Bahkan kamu menang saya, saya akan berusaha
lebih kuat lagi
*2. Kata hubung pancangan
i. Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan
(kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.

Contoh ayat:
 Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
 Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
 Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.

ii. Kata hubung pancangan komplemen


Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu
klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa
pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang
berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat:

 Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat


enam A.
 Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
 Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

iii. Kata hubung pancangan keterangan


Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan
kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun,
sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga,
jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika,
tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.

Contoh ayat:

 Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat


 Saya berkawan dengannya semenjak kecil
Contoh-contoh lain ayat kata hubung pancangan :
Kata hubung Contoh
pancangan
Agar Saya berharap agarkamu dapat dating
Apabila Saya terkejut apabila mendengar berita itu
Bahawa Saya yakin bahawa cerita kamu adalah
benar
Biarpun Biarpun dia mengatakan saya, saya tetap
betul dalam hal ini
Hingga Saya belajar hingga ke peringkat universiti
Jika Jika kamu larang saya, kamu akan terima
padahnya
Kecuali Jawab semua soalan kecuali soalan dua
Kerana Dia sakit hati kerana kenakalan anaknya
Ketika Ketika menunggu kamu, saya hampir
tertidur
Lantaran Lantaran kes ini, saya rasa Ali bersalah
Manakala Saya membaca buku manakala adik sedang
bermain
Meskipun Dia berasa mengantuk meskipun malam itu
baru pukul lapan
Sebelum Sebelum melintas jalan raya, pelajar itu
melihat ke kiri dan ke kanan dahulu
Sejak Sejak dia berpindah rumah, perangainya
sudah berubah
Sehingga Kamu hendaklah menyiapkan kerja
sekolahsehingga habis
Sekiranya Sekiranya dia dating, berikan nota ini
kepadanya
Selagi / seraya Selagi/Seraya ayah tidur, jangan buat bising
Semenjak Semenjak kematian ibubapanya, kehidupan
dia tidak teratur
Sementara Dia bekerja sambilan sementaramenunggu
keputusan SPM
Setelah Setelah kerja sekolah siap, kamu pergi
mandi dahulu
Selama Selama ini saya mencari kamu
Tatkala Tatkala itu anak miskin itu pun masuklah
Walaupun Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja
itu
Sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu
berdikari
Yang Saya adalah seorang pelajar yangcemerlang
Jikalau Jikalau kamu pergi, saya pun akan pergi
juga
Andai Andai kata, kamu yang merosakkan pintu itu
Untuk Saya berbuat begitu untuk kebaikkan kamu
*3. Kata hubung berpasangan
Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan
gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata
hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja...
malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada...
ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin,
sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..
Kata hubung Contoh
berpasangan
Baik…ataupun Baik kamu mengaku ataupun kamu
dipukul
Baik…baik Baik Ali baik adiknya samasama pintar.
Baik…mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-
sama bergotong royong membersihkan
balai raya itu.
Bukan saja…bahkan juga Ali bukan saja nakal bahkan juga selalu
ponteng sekolah
Bahkan saha…tetapi juga Ali bukan saja nakal tetapi juga pandai
belajar
Jangankan…pun Jangankan sepuluh ringgit,
seringgit pundia tak ada.
Sedangkan…apatah lagi Sedangkan dia seorang yang malasapatah
lagi adiknya
Semakin…semakin Encik Ali semakin kaya semakinpemurah
Sungguhpun…namun Sungguhpun dia rajin
belajar namunpeperiksaannya tetap gagal
Sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia
kuat berlari
walaupun...namun Walaupun dia buta namun dia tetap gigih
berusaha
sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki
olehnya inikan pula Bukit Larut
Sama ada…ataupun Guru Besar meminta sama
ada bapaataupun ibu murid hadir ke
Sekolah
Kian…kian Kian lama kian banyak orang ke sana
Entah…entah Khabar anghin itu entah betul entah tidak
Bukan…sahaja malah Ali bukan sahaja nakal malah suka
ponteng sekolah.

Anda mungkin juga menyukai