Anda di halaman 1dari 10

NAME :

CLASS :
50 Soalan Tatabahasa Tahun 5
DATE :
50 Questions

1. “Mak Cik Siti, bolehkah _______ lalu di sini?” tanya Ali dan
adiknya.

a) kita b) kami

c) kalian d) mereka

2. Putera raja itu mengarahkan pengawal istana untuk menunggu


________ di hadapan istana.

a) dia b) beliau

c) mereka d) baginda

3. Pertandingan syarahan itu mendapat ________ yang hangat


daripada murid.

a) sambutan b) disambut

c) penyambut d) menyambut

4. Salmah sedang ______________ cili untuk dibuat sambal.

a) mengisari b) mengisar

c) mengisarkan d) pengisar

5. Semua murid sedang menjalani ____________ awal tahun.

a) periksa b) peperiksa

c) peperiksaan d) periksaan
6. Dua ekor kerbau kepunyaan En. Ravi itu sedang _________ di
dalam lumpur.

a) berkubang b) kubang

c) berkubangi d) berkubangkan

7. _________ dan Mei Mei belajar sekelas. _________ pergi ke sekolah


bersama-sama dengan berjalan kaki.

a) Aku .... Kita b) Dia ..... Kami

c) Saya .... Kami d) Kalian ..... Mereka

8. “____________, hebatnya kamu bermain bola sepak!” kata Azli


kepada Kai Chuan.

a) Wahai b) Wah

c) Hai d) Nah

9. Lauk-pauk yang dimasak oleh Mei Qin _____________.

a) masin seperti garam b) cerdik seperti kancil

c) licin seperti belut d) besar seperti gajah

10. “___________ yang mengajar Farhana menganyam tikar yang


cantik itu?” tanya Santi kepada ibunya.

a) Bagaimanakah b) Di manakah

c) Siapakah d) Apakah

11. Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di bawah.
Mesyuarat itu tamat pada pukul 6.00 petang.

a) Bilakah mesyuarat itu b) Adakah mesyuarat itu


tamat? telah tamat?
c) Bilakah mesyuarat itu d) Mengapakah mesyuarat
dijangka tamat? itu ditamatkan?
12. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Di manakah Jia Rong bermain gasing?

a) Jia Rong bermain gasing b) Jia Rong bermain gasing di


pada masa lapang. kawasan lapang.
c) Jia Rong bermain gasing d) Jia Rong bermain gasing
dengan kawan-kawannya. untuk mengisi masa
lapang.

13. “_________ usik buku-buku yang ada di dalam kotak itu,” kata
Cikgu Redzuan

a) Tolong b) Sila

c) Jangan d) Minta

14. _________ para peserta bersedia, pertandingan akan dimulakan


sebentar lagi.

a) Tolong b) Minta

c) Jangan d) Usah

15. ______ Mei Ling seorang pekerja yang rajin. Dia juga merupakan
seorang ibu yang penyayang.

a) Cik b) Encik

c) Puan d) Tuan

16. Kita mesti _____________ nasihat ibu bapa kita.

a) patuhkan b) patuhi

c) patuhan d) terpatuh

17. Ali memetik ____________ di tepi pagar rumahnya.

a) lalang b) rumput         

c)  bunga d) sampah
18. Kim Seng ____________ memancing ikan di sungai walaupun hari
hujan.

a) belum b) dapat

c) sudah d) masih

19. Murid-murid berada di dewan. _________ sedang bermain bola


keranjang.

a)  Dia b) Kalian           

c) Mereka d) Saya

20. “Bolehkah ________ pergi ke tandas,” tanya Cheng kepada Cikgu


Lai.

a) saya b) awak

c) kami d) mereka

21. Peragawati itu sedang ____________ pakaian batik sempena


Festival Batik Antarabangsa.

a) memperagakan b) memperagai

c) diperagakan d) diperaga

22. Kim Ho dan rakan-rakan akan bertolak dari sekolah _______


pukul 8.00 pagi.

a) di b) pada

c) ke d) dengan
23. Ayam ____________ pada setiap pagi.

a) berkicau b) berkokok

c) mengiau d) mengembek

24. Susu kambing juga baik ___________ kesihatan.

a) kerana          b) atau   

c) dan d) untuk

25. Angin itu bertiup dengan sungguh _____________.

a) laju b) deras

c) pantas d)  kencang

26. Jangan pergi ke situ. Kawasan _____ sungguh berbahaya.

a) itu b) ini

c) sini d) sana

27. __________ kamu sekeluarga akan pergi ke Pulau Pangkor?

a) Bilakah b) Berapakah

c) Siapakah d) Di manakah

28. Kakak menyapu daun-daun yang berguguran di _______ pokok.

a) dalam b) bawah

c) atas d)  lereng
29. _______, besarnya rumah awak!

a) Aduhai b) Oh

c) Wah d) Nah

30. Muka adik _________ selepas makan aiskrim.

a) licin-licau b) cerai-berai

c) comot-momot d) cirit-birit         

31. Luqman mendapat tempat _________ dalam pertandingan


bercerita. 

a) kedua-dua b) kedua

c) berdua d) dua

32. Lelaki itu memiliki lima ____________ kereta.

a) batang b) biji       

c) kerat d) buah

33. Cikgu Aida tidak jemu-jemu melatih Ai Ling dalam sukan


memanah untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah.
Pilih perkataan sinonim bagi melatih.

a) mengajar b) memujuk

c) menunjuk d) memaksa

34. Muka Johari berkerut semasa makan pisang muda yang


____________ itu.

a) kelat b) pahit

c) manis d) masam
35. Nenek menghalau ayam-ayam yang makan padi yang
dijemurnya dengan menggunakan _________rotan yang panjang.

a) sebatang b) sepucuk

c) selaras d) sekaki

36. Mei Ling menjerit ketakutan apabila melihat seekor tikus di


____________ kerusinya.

a) bawah b) atas

c) dalam d) tengah

37. Ibu membeli tiga ________ petai di pasar tani untuk membuat
sambal bilis petai.

a) ulas b) buku

c) pucuk d) papan

38. Buah pisang yang kurang masak berasa ____________ dan perlu
diperam terlebih dahulu sebelum dimakan.

a) enak b) kelat

c) manis d) masam

39. Burung itu __________ di dahan pokok.

a) hinggap b) berhenti

c) baring d) duduk
40. Buah durian mempunyai duri yang tajam dan boleh
mencederakan tangan sekiranya tidak berhati-hati semasa
memegangnya. Pilih perkataan antonim bagi tajam.

a) kesat b) kasar

c) tumpul d) pendek

41. Kakak seperti ____________ kerana tidak henti-henti berbual


semasa menaiki bas untuk pulang ke kampung.

a) mulut murai b) mulut manis

c) banyak mulut d) mulut tempayan

42. Mata Mei Yong ________ kerana terkena air sabun ketika mandi.

a) sejuk b) panas

c) lembap d) pedih

43. Puan Fatimah sedang ____________ baju sejuk untuk anak


buahnya.

a) menenun b) mengait

c) menyulam d) menganyam

44. Ai Ming dan Siti bermain bersama-sama sejak kecil lagi.


Hubungan __________ amat erat.

a) kamu b) mereka

c) kami d) -nya
45. Ah Leong __________ buah rambutan itu dengan menggunakan
sebatang galah yang panjang.

a) menjolok b) merodok

c) menikam d) mencolok

46. Seekor ____________ telah membaham seekor kambing


kepunyaan Abu.

a) lembu b) kerbau

c) gajah d) harimau

47. Alif bukan sahaja rajin membantu ibunya di rumah _____________


dia rajin membantu guru di sekolah juga.

a) dan b) malah

c) hingga d) manakala

48. Udara yang _______________ penting untuk kesihatan.

a) kotor  b) cantik

c) bersih d)  putih

49. Pemandu kereta akan didenda jika tidak memakai ______ketika


memandu.

a) sarung tangan b) tali pinggang

c) tali pinggang keledar d) topi keledar

50. Lee ________ motosikal yang ditunggang ayahnya ke sekolah.

a) menunggang b) mengayuh

c) membonceng d)  memandu
Answer Key
1. b 14. b 27. a 40. c
2. d 15. c 28. b 41. a
3. a 16. b 29. c 42. d
4. b 17. c 30. c 43. b
5. c 18. d 31. b 44. b
6. a 19. c 32. d 45. a
7. c 20. a 33. a 46. d
8. b 21. a 34. a 47. b
9. a 22. b 35. a 48. c
10. c 23. b 36. a 49. c
11. a 24. d 37. d 50. c
12. b 25. d 38. b
13. c 26. a 39. a

Anda mungkin juga menyukai