Anda di halaman 1dari 5

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D.

Antaranya,
ada satu sahaja jawapan yang paling sesuai. Pilih jawapan itu. Kemudian,
tandakan jawapan kamu dengan membulat jawapan A,B,C dan D.

Soalan 1 hingga Soalan 25.


Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Ahmad berjalan pulang setelah selesai solat di ____________.


A) kuil B) gereja
C) masjid D) tokong

2. Pak Mah membeli se____________ sawi di pasar.


A) buku B) ikat
C) biji D) lembar

3. Ibu menggunakan cili _______ untuk membuat sambal.


A) biru B) kuning
C) merah D) hitam

4. Air longkang itu berbau sangat __________.


A) busuk B) harum
C) wangi D) hancing

5. Mak Kiah ___________ makanan dengan tudung saji agar tidak dihinggapi
lalat.
A) menutup B) menyelak
C) membuka D) menyembunyikan

Puvana_Oct09_BM1 1/5
6. Aina ___________ Aini ialah pasangan kembar seiras.
A) tetapi B) jika
C) atau D) dan

7. Encik Jali memandu ____________ dengan berhati-hati.


A) motosikal B) basikal
C) motorbot D) motokar

8. Kakak Anusha belajar _________ luar negara.


A) di B) daripada
C) dari D) ke

9. ____________ adik berdarah kerana terjatuh di dalam longkang.


A) Siku B) Tumit
C) Lutut D) Betis

10. “ ____________ tangan kamu berdarah?” tanya ibu kepada adik.


A) Bilakah B) Mengapakah
C) Apakah

11. Don ___________apabila kakinya terpijak jarum.


A) menjerit B) berjerit
C) jeritan D) dijerit

12. Datuk menggunakan se __________________ galah untuk mengait buah


rambutan.
A) bilah B) batang
C) helai D) bidang

Puvana_Oct09_BM1 2/5
13. Ayah dan Encil Razman sedang sedang _________ di tepi pagar.
A) bercakar-cakaran B) berbisik-bisik
C) berbual-bual D) bertubi-tubi

14. _________________ ini harus dibasuh dengan bersih sebelum dimasak.


A) Kuih-muih B) Sayur-sayuran
C) Lauk-pauk D) Barang-barang

15. “_________ lah minum, Puan Jeya,” kata Lina.


A) Usah B) Jemput
C) Harap D) Tolong

16. Burung merpati itu _________ di atas dahan pokok.


A) hinggap B) melekat
C) duduk D) diam

17. Beberapa ________daun berguguran.


A) keping B) helai
C) pucuk D) buah

18. “Buang sampah itu ke dalam _________,” kata ibu.


A) peti surat B) peti sejuk
C) tong sampah D) bilik darjah

19. Budak yang ____________itu ditangkap oleh pengawal.


A) panjang tangan B) campur tangan
C) dalam tangan D) tangan terbuka

Puvana_Oct09_BM1 3/5
20. Anggota __________berusaha memadamkan kebakaran itu.
A) bomba B) polis
C) pengakap D) tentera

21. Tolong berikan buku latihan ini _______ Misha.


A) dengan B) daripada
C) kepada D) pada

22. Farid bangun dari tidurnya __________ membuka tingkap biliknya.


A) lalu B) sambil
C) atau D) maka

23. Amiran dan Sarah berkawan baik. __________ belajar di Tahun Dua Tekun.
A) Kami B) Kita
C) Kamu D) Mereka

24. Abang memakai ____________ kerana hujan.


A) baju melayu B) baju sejuk
C) baju hujan D) baju kemeja

25. Geetha meakan dua keeping roti sebagai ____________.


A) alas perut B) makan suap
C) makan angin D) alas kaki

Puvana_Oct09_BM1 4/5
Soalan 26
Pilih erti kata yang bergaris dalam ayat di bawah ini.
26. Suasana di dalam kelas itu sangat bising.
A) senyap B) riuh
C) sunyi D) sepi

Soalan 27
Pilih lawan kata yang bergaris dalam ayat di bawah ini.
27. Baju di ampaian itu sudah kering.
A) sejuk B) basah
C) panas

Puvana_Oct09_BM1 5/5

Anda mungkin juga menyukai