Anda di halaman 1dari 14

Soalan 1 hingga 14

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “_________________ tidak pernah melihat kamu sebelum ini. Kamu murid


baharu?” tanya Rajesh kepada Sulaiman.
A. Aku C. Kami
B. Saya D. Kita

2. Zuraidah berasa ______________ kerana keputusan peperiksaan Ujian


Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan.
A. gusar C. celaru
B. keliru D. kecewa

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Izwan menunjukkan se ____________ rantai yang ditemuinya di tepi padang


permainan.
A. lingkar C. lembar
B. urat D. untai

4. Suasana ___________ di dalam stadium tiba-tiba senyap apabila penyair itu


mendeklamasikan sajaknya.
A. huru-hara C. kucar-kacir
B. kacau-bilau D. hiruk-pikuk

5. _________________, kasihan betul nasib pak cik yang berpakaian compang-


camping itu!
A. Wah C. Aduhai
B. Aduh D. Wahai

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Pak Jamal _____________ kambingnya pada sebatang pokok agar tidak


terlepas lagi.
A. melilit C. mengikat
B. menambat D. membelit

7. Hukuman yang lebih berat akan dikenakan atas _____________ memberikan


rasuah kepada penjawat awam.
A. kesalahan C. kesilapan
B. kecuaian D. kelalaian

8. Sesiapa yang berminat untuk menjayakan teater muzikal terbaharu arahan


pengarah muda itu perlu menjalani _____________ terlebih dahulu.
A. uji kaji C. temu janji
B. uji bakat D. temu ramah

9. Dia mendapat jawatan itu kerana kelulusannya baik. _______________, dia


mahir menggunakan komputer.
A. Malahan C. Tambahan pula
B. Sebaliknya D. Sehubungan dengan itu

10. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

Mengapakah mesyuarat antara penduduk di kawasan itu perlu disegerakan?

A. Mesyuarat itu akan diadakan pada malam ini.


B. Mesyuarat itu melibatkan kaum lelaki sahaja.
C. Mereka telah mencapai kata sepakat setelah bermesyuarat semalam.
D. Mereka ingin membincangkan masalah pecah rumah yang berleluasa
sekarang.

11. Bakul itu hasil daripada _____________ orang buta yang tinggal di rumah
kebajikan itu.
A. bekas tangan C. wang saku
B. buah tangan D. sagu hati

12. Cikgu Khusairy mendesak Fauzan supaya menceritakan perkara sebenar kes
buli yang berlaku kepadanya.

Pilih perkataan sinonim bagi mendesak.


A. merayu C. memaksa
B. merungut D. menyuruh

13. “Tolong kutip sampah yang bertaburan itu,” kata Cikgu Razman kepada murid-
muridnya.

Pilih perkataan antonim bagi kutip.

A. angkat C. pungut
B. buang D. campak

14. ______________ orang murid sekolah itu mengalami muntah selepas makan
makanan yang dijual di gerai berhampiran sekolah.
A. Setiap C. Beberapa
B. Setengah D. Sebilangan
15. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“Saya mendapat tawaran ke MRSM kerana kecemerlangan saya dalam


bidang kurikulum dan kokurikulum,” kata Jessica.

A. Jessica menerangkan bahawa dia memohon ke MRSM kerana


kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
B. Jessica memberitahu bahawa dia mendapat tawaran ke MRSM kerana
kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
C. Jessica menyatakan bahawa dia setuju ke MRSM kerana
kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
D. Jessica mendapat tahu bahawa dia mendapat tawaran ke MRSM
kerana kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

16. Pilih ayat yang mengunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Humairah mengacau air kopi yang dibancuh sebelum meminumnya.
II. Bunyi bising jentera berat itu mengacau ketenteraman hidup penduduk.
III. Ayah tidak dapat tidur kerana fikirannya mengacau teringatkan kerja
yang belum selesai.
IV. Johari telah mengacau masa yang ada dengan melakukan perkara
yang tidak berfaedah.
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan surat di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Amirul bin Rashid,


No. 7, Jalan DBI 4,
Desa Bukit Indah,
47000 Selayang,
Selangor.

18 April 2019.
Menemui Saudara Syafik yang kini berada di Tuaran, Sabah. Semoga saudara
dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudara,
Surat saudara bertarikh 20 Mac 2019 telah saya terima. Terima kasih saya
ucapkan. Namun begitu, saya memohon maaf kerana kelewatan membalas surat
saudara. Sebenarnya sudah lama saya menerima surat saudara, iaitu lima hari
selepas surat itu ditulis. Pada minggu itu, saya terlalu sibuk dengan ujian bulanan.
Kemudian, saya terlibat dengan program motivasi yang dijalankan di pusat rekreasi
Pantai Morib, Sepang, Selangor.
Motivasi UPSR yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling
sekolah saya merupakan satu daripada pelbagai usaha pihak sekolah untuk menarik
minat dan memberi galakan kepada murid-murid supaya belajar bersungguh-
sungguh agar mencapai kecemerlangan dalam akademik. Seramai 130 orang calon
UPSR dan 18 orang guru terlibat dengan program tersebut.
Saya sungguh tertarik dengan Kempen Menabung Syiling Lima Sen yang
dilancarkan oleh sekolah saudara. Bukan itu sahaja, langkah pihak sekolah saudara
yang menggalakkan murid-murid membawa bekalan makanan ke sekolah juga telah
menyebabkan saya terdorong untuk berbuat demikian. Langkah itu patut kitateladani
kerana dapat melatih kita mengamalkan cara hidup berjimat cermat.
Untuk pengetahuan saudara, kampung saya telah dikunjungi oleh 25 orang
mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka menjalankan Projek Khidmat
Masyarakat selama dua minggu. Saya rasa bertuah kerana mendapat ilmu
pengetahuan dan pengalaman semasa terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang mereka
jalankan. Ini menambahkan semangat saya untuk mengikut jejak langkah mereka ke
menara gading. Program tersebut berakhir pada 25 Mac 2019.
Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk tatapan saudara. Sehingga
kita berjumpa lagi. Salam mesra kepada saudara sekeluarga.

Sahabatmu,
Amirul

17. Apakah aktiviti yang dijalankan di sekolah Syafik?


A. Program Motivasi UPSR
B. Program Khidmat Masyarakat
C. Kempen Menabung Syiling Lima Sen
D. Kempen Menabung

18. Mengapakah Amirul memohon maaf daripada sahabatnya itu?


A. Tidak membalas surat Syafik.
B. Terlalu lama menyimpan surat Syafik.
C. Tidak bertanya khabar tentang rakannya itu.
D. Agak lambat membalas surat Syafik.

19. Semua pernyataan berikut adalah benar tentang isi surat tersebut kecuali
A. Amirul bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
B. Amirul menyokong langkah berjimat cermat membawa bekalan ke
sekolah.
C. Semua peserta menaiki bas semasa mengikuti program motivasi.
D. Amirul menyokong Program Khidmat Masyarakat.

20. Dalam petikan, menara gading bermaksud _________________.


A. maktab
B. universiti
C. madrasah
D. kolej

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011


Bahagian B

NAMA
CALON :

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Kod Pemeriksa :
Bahagian No. Soalan Markah
(a)
21 (b)
(c)
(a)
22
(b)
(a)
23
(b)
24 (a)
(b)
(c)
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI (a)
SEHINGGA DIBERITAHU
25 (b)
(c)
1.Tulis nama kamu pada petak yang disediakan.

2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang JUMLAH


30
jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini.

3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama


borang jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan.

BAHAGIAN B
(30 markah)

Soalan 21(a)
Garis jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

i. Pak Cik Rahim begitu ( bermati-mati, bersungguh-sungguh, beria-ria )


mengerjakan tanaman sayur organik di tanah lapang di belakang
rumahnya itu.

ii. Encik Kamarul ( bolak-balik, kacau-bilau, mundar-mandir )


di luar bilik temu duga itu ketika menunggu gilirannya untuk dipanggil oleh
panel penemu duga.

(2 markah)
Soalan 21(b)
Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu
daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.
(i) ______________ jumlah itik yang
kamu ternak di dalam reban itu? Bagaimanakah
(ii) ______________ keadaan datuk
kamu yang sedang dirawat di
hospital? Siapakah
(iii) ______________ yang kamu
berdua bincangkan sejak dari tadi?
(iv) ______________ johan Apakah
pertandingan Pidato Piala Ketua
Menteri itu?
Berapakah

(3 markah)
Soalan 21 (c)
Tandakan betul (√ ) bagi kata ganti diri yang sesuai.

i. Dalam cerita dongeng itu, Si Tanggang telah bertukar menjadi batu


kerana ____________ biadap dan menderhaka kepada ibunya.

beliau ( ) dia ( ) kamu ( )

ii. Sultan Alaudin telah mangkat akibat gering. ____________ akan


dimakamkan dengan penuh adat istiadat.

Beta ( ) Baginda ( ) Beliau ( )

iii. Lim Seng dan Radhi bersahabat baik dengan Azhar semenjak
______________ kecil lagi.

kami ( ) kalian ( ) mereka ( )


(3 markah)
Soalan 22 (a)
Nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat dibawah.
Contoh:
Majlis perkahwinan anak Datuk Shukri berlangsung dalam betul
suasana yang gilang-gemilang.

i. Nenek tidak dapat mendengar dengan jelas kerana


lelangit telinganya telah rosak.

ii. Kakak membuang angkut-angkut pada dinding


rumahnya.

iii. Danial tersipu-sipu kerana tidak dapat menjawab


soalan yang diberikan oleh gurunya dengan betul.
Soalan 22 (b)
Tuliskan kata adjektif yang sesuai berdasarkan gambar. (3 markah)

Budak itu berlari dengan __________________ untuk mengelakkan diri daripada


ditanduk oleh kerbau.
(1 markah)
Soalan 23 (a)
Cerakinkan ayat majmuk kepada ayat tunggal.

Murid Tahun Enam Cempaka menaiki bas mini manakala murid Tahun Enam Melur
menaiki bas sekolah.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
________________

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
________________
(2 markah)

Soalan 23 (b)
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di
bawah ini.

ialah atau kepada dengan


dan pada untuk apabila

Masa lapang tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja. Kita boleh mengisi masa

lapang __________________ aktiviti membaca. Melalui pembacaan, kita akan

memperoleh pelbagai ilmu, maklumat, ________________ pengalaman baharu.

Selain itu, bersukan merupakan satu aktiviti yang dapat mengisi masa lapang secara

bermanfaat. Badan kita juga akan menjadi semakin sihat ____________________

kita bersukan. Bermain bola sepak, hoki, bola baling, dan sebagainya adalah

beberapa contoh permainan yang boleh kita amalkan ________________ waktu

lapang.

(4 markah)
Soalan 24
Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PERTANDINGAN MENGARANG
BERSEMPENA DENGAN BULAN PATRIOTIK

Anjuran
Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Bahasa Melayu Cepat! Cepat!
Serlahkan bakat
Sekolah Kebangsaan Bandar Permai anda.

Syarat-syarat penyertaan :
 Terbuka kepada semua murid tahap dua.
 Panjang karangan adalah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
 Tajuk karangan hendaklah bertemakan semangat patriotik.
 Karya hendaklah asli.

Borang penyertaan boleh didapati di Pusat Sumber Sekolah


pada 30 Julai 2019 dan dihantar bersama-sama karangan yang telah siap
pada atau sebelum 25 Ogos 2019.

Hadiah-hadiah menarik disediakan untuk setiap peserta.


Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan.

(a) Tarikh tutup pertandingan mengarang adalah pada __________________


(1 markah)

(b) Siapakah yang layak menyertai pertandingan mengarang tersebut?


___________________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
_______________________
(2 markah)
(c) Pada pendapat kamu, mengapakah pertandingan mengarang tersebut
diadakan?
___________________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
_______________________
(3 markah)

Soalan 25
Baca surat kiriman di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat yang lengkap.

Zakiah binti Anas,


21, Kampung Asam Jawa,
Pendang,
06700 Kedah.

16 Jun 2019.

Menemui Kakanda Norlia yang berada di Seremban. Semoga kakanda sentiasa sihat
dan gembira di samping keluarga tercinta. Kami di kampung amat merindui kakanda.
Bagaimana dengan pekerjaan kakanda yang baharu? Adinda berharap agar
kakanda dapat menyesuaikan diri di tempat tersebut.

Kakanda,
Di kampung kita, musim durian baru sahaja bermula. Oleh itu, adinda dan
Faridah akan pergi ke rumah kakanda pada cuti sekolah minggu depan untuk
menghantar buah durian. Adinda berharap agar kakanda tidak pergi ke mana-mana
pada musim cuti sekolah nanti. Adinda juga berharap agar kakanda tidak keberatan
untuk menunggu kami di perhentian teksi.

Akhir kata, sambutlah salam kasih mesra daripada adinda dan seisi keluarga
di kampung. Sekian, terima kasih.

Adindamu
Zakiah
(a) Zakiah dan Faridah akan pergi ke Seremban dengan menaiki
______________
(1 markah)

(b) Nyatakan BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH bagi pernyataan
yang salah.

Zakiah dan Fatimah akan bercuti ke Kedah.


Norlia menunggu adiknya di perhentian teksi.
Tujuan Zakiah menulis surat adalah untuk bertanya
khabar.

(2 markah)

(c) Pada pendapat kamu, bagaimanakah kita dapat menjalinkan hubungan


yang erat dan mesra dengan saudara-mara?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________
(3 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai