Anda di halaman 1dari 12

Bahagian A (20 markah)

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Maaf Yi Min, aku tidak dapat mengikut _________________ ke perpustakaan


kerana menolong ibu menjaga adik-adikku,” Kata Mira kepada Yi Min.
A dia
B aku
C kamu
D mereka

2 Sultan Abdul Ghafur bersama-sama dengan permaisuri ______________ berkenan


untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Datuk Hisyam.
A beta
B patik
C tuanku
D baginda

3 Encik Rafiq _________________ peletakan jawatannya semasa mesyuarat itu.


A melaporkan
B merasmikan
C mengucapkan
D mengumumkan

4 Cheng Fang berasa _________________ jika kesalahannya itu diketahui oleh Cikgu
Amar.
A risau
B rimas
C gawat
D goyah

5 Biskut ini sudah ________________ kerana terbiar lama di tempat terbuka.


A lemah
B lemau
C lunak
D lembut

1
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah ini.

Rajah 1

6 Hafiz sedang membersihkan papan hitam di __________________ kelas.


A sisi
B tengah
C hadapan
D belakang

7 Para peserta kursus amat ______________ mendengar ceramah itu.


A leka
B lalai
C sedih
D khusyuk

8 Pameran kereta ______________ itu menarik perhatian para jutawan untuk


mengunjunginya.
A kaya
B mahal
C mewah
D senang

9 Kamu tidak boleh menjawab soalan seterusnya _______________ kamu tidak menjawab
soalan ini.
A selagi
B tetapi
C atau
D dan

10 Dia tidak pernah melihat penyu bertelur _________________ tinggal berhampiran


dengan Rantau Abang.
A tatkala
B apabila
C walaupun
D sementara

2
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah ini.

Rajah 2

11 Puan Ratna membawa bakul __________________ buah-buahan dan sayur-sayuran.


A berisi
B mengisi
C berisikan
D mengisikan

12 Permohonan Encik Mohamad untuk mendapatkan pinjaman ditolak ______________.


A bila-bila
B rasa-rasa
C bulat-bulat
D masak-masak

13 Puan Juhara __________________ juadah yang istimewa untuk menjamu para tetamu
yang berkunjung ke rumahnya.
A tersedia
B sediakan
C disediakan
D menyediakan

Soalan 14 hingga 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 Pembayaran bil-bil melalui internet dapat menjimatkan masa orang ramai.


A Bil-bil dapat dibayar oleh orang ramai.
B Orang ramai dapat menjimatkan masa mereka dengan menjelaskan bil-bil melalui
internet.
C Orang ramai dapat berjimat sekiranya mereka membayar bil melalui internet.
D Semasa membuat bayaran bil-bil internet, orang ramai dapat berjimat.

3
15 “Tolong serahkan surat ini kepada Encik Afzan dengan segera,” kata Leng Nah kepada
Ristina.
A Leng Nah mendesak Ristina supaya menyerahkan surat itu kepada Encik Afzan dengan
segera.
B Leng Nah meminta Ristina supaya menyerahkan surat itu kepada Encik Afzan dengan
segera.
C Leng Nah mengarahkan Ristina supaya menyerahkan surat itu kepada Encik Afzan
dengan segera.
D Leng Nah memaksa Ristina supaya menyerahkan surat itu kepada Encik Afzan dengan
segera.

Soalan 16
16 Pilih ayat yang betul.
A Kuih ini sangat tersedap.
B Tulisan khat itu sangat cantik.
C Pokok kelapa itu tinggi paling.
D Rumah kampung itu terindah sangat.

Soalan 17 hingga 20 berdasarkan petikan di bawah.


Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hadirin sekalian,
Belakangan ini semakin banyak kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita.
Malah, jumlah korban nahas jalan raya terus mencatat peningkatan yang tinggi. Sehubungan
dengan itu, kerajaan telah melancarkan “Kempen Keselamatan Jalan Raya”. Kempen ini kian
dipergiat apabila menjelang musim perayaan.
Tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk mengingatkan para pemandu agar
sentiasa berhati-hati. Mereka perlu sedar bahawa tindakan memandu melebihi had laju,
melanggar peraturan lampu isyarat, dan mengekori kenderaan lain dengan jarak yang terlalu
rapat hanya akan membahayakan diri sendiri dan para pengguna jalan raya yang lain. Malah,
kecuaian para pemandu telah dikenal pasti sebagai faktor utama kemalangan jalan raya.
Menerusi kempen ini, banyak tindakan penguatkuasaan telah diambil oleh pihak
berkuasa. Misalnya, larangan terhadap kenderaan berat menggunakan jalan raya pada hari-
hari tertentu, pemantauan kawasan -kawasan yang kerap berlaku kemalangan, pemeriksaan
terhadap bas ekspres, dan kompaun terhadap pemandu yang melanggar peraturan jalan raya.
Media massa turut memainkan peranan penting bagi menjayakan kempen ini. Banyak
iklan tentang pemanduan berhemah telah disiarkn di radio dan di televisyen. Langkah ini
bertujuan untuk mendidikn masyarakat agar sentiasa mengutamakan keselamatan di jalan
raya.
Akhir kata, Kempen Keselamatan Jalan Raya memang wajar dilakukan. Sebagai
anggota masyarakat yang prihatin, kita perlu memberikan sokongan yang padu terhadap
kempen ini.
Sekian, terima kasih.

4
17 Apakah tujuan utama Kempen Keselamatan Jalan Raya diadakan ?
A Menghalang para pemandu melanggar peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.
B Mengingatkan para pemandu agar sentiasa berhati-hati di jalan raya.
C Mengingatkan para pemandu agar sentiasa membawa kenderaan perlahan.
D Menyedarkan para pemandu bahawa kecuaian membawa padah.

18 Faktor utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah…


A kesesakan jalan raya.
B kurang penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.
C tiada lesen memandu.
D kecuaian para pemandu.

19 Mengapakah pihak media massa banyak menyiarkan iklan tentang pemanduan


berhemah ?
A Untuk melahirkan masyarakat yang prihatin.
B Untuk hiburan jenaka
C Untuk mendidik masyarakat agar sentiasa mengutamakan keselamatan jalan raya.
D Untuk mengingati para pemandu supaya berhati-hati terhadap tindakan pihak berkuasa.

20 Pilih penyataan yang benar tentang petikan.


A Jumlah korban nahas jalan raya terus mencatat peningkatan yang tinggi.
B Kempen Keselamatan Jalan Raya kian dikurangkan apabila menjelang musim
perayaan.
C Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan terhadap bas sekolah.
D Anggota masyarakat tidak perlu memberikan sokongan terhadap Kempen Keselamatan
Jalan Raya.

5
Bahagian B (30 Markah)
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberikan.

lalu daripada dari sambil


setelah ke untuk kerana

Musim kemarau sudah tiba. Sang Gagak berasa sangat dahaga. Dia terbang (i)______________

suatu tempat ke suatu tempat untuk mencari air. (ii)________________ beberapa lama, Sang

Gagak ternampak suatu lopak air. Dia pun terbang rendah (iii)_______________ hinggap di

atas tanah berhampiran dengan lopak air itu. Belum sempat Sang Gagak minum, tiba-tiba

sahaja air itu kering. Tampaknya, bukan rezeki Sang Gagak (iv)____________________

minum air di situ.

(4 markah)

Soalan 22 (a)
Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Ayat tanya:

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Jawapan : Tajuk ceramah yang disampaikan oleh Encik Hafiz ialah aktiviti fizikal dan
kepentingan menjadikannya sebagai amalan dalam kehidupan.
(2 markah)

6
Soalan 22 (b)
Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

(2 markah)
Soalan 22 (c)
Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

22 (c) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas. Tandakan ( ∕ ) pada
jawapan yang betul.

Bagai enggang dengan pipit

Bagai pinang dibelah dua


(1 markah)

7
Soalan 23
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pemilihan Ketua Kelas Tahun Empat Cemerlang


Pada 4 Januari yang lalu, sesi pemilihan ketua kelas Tahun Empat Cemerlang telah
diadakan. Tiga orang murid dari kelas Tahun Empat Cemerlang telah dicalonkan.
Murid yang terpilih ialah Susan Hoo, Alif Zulkarnain, dan Siti Sharina. Pemilihan
adalah berdasarkan kriteria kepimpinan yang ada dalam diri calon. Guru kelas Tahun Empat
Cemerlang, iaitu Cikgu Rahman Saari dan guru-guru yang lain memainkan peranan dalam
proses pemilihan ini. Antara kriteria yang diperlukan ialah tegas, jujur, berani, setia kawan,
dan bertanggungjawab selain cemerlang dalam lapangan akademik dan kokurikulum.
Murid-murid telah mengadakan undian untuk memilih calon yang layak.
Daripada 36 orang murid kelas ini, 10 orang mengundi Susan Hoo. Sebanyak 19
orang memilih Alif Zulkarnain, dan selebihnya memilih Siti Sharina. Oleh itu, kemenangan
berpihak kepada Alif Zulkarnain. Kemenangan Alif Zulkarnain memang sudah diduga
kerana beliau merupakan antara murid pintar di kelas ini. Selain itu, beliau merupakan ayam
tambatan sekolah dalam pasukan bola speak bawah 12 tahun.
Cikgu Rahman menasihati murid-murid yang lain supaya saling menghormati dan
bekerjasama bagi mewujudkan suasana yang harmonis. Diharapakan agar Alif Zulharnain
dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan baik.

Disediakan oleh, 7 APRIL 2019


Amirah Zaini
( AMIRAH BINTI ZAINI)
Setiausaha Kelas Tahun Empat Cemerlang.

a. Jumlah murid yang terpilih sebagai calon ketua kelas Tahun Empat Cemerlang ialah

_____________________.

(1 markah)

b. Apakah nasihat Cikgu Rahman kepada murid-murid yang lain ?

Nasihat Cikgu Rahman kepada murid-murid yang lain ialah ____________________

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________.

(2 markah)

8
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Murid-murid mengadakan undian


untuk memilih calon yang layak
menjadi ketua kelas Tahun Empat
Cemerlang.

i) Sebanyak tujuh orang murid telah betul


memilih Siti Sharina.

ii)Susan Hoo merupakan murid yang salah


pintar di kelas Tahun Empat
Cemerlang.

iii) Kemenangan Alif Zulkarnain


tidak diduga.
(2 Markah)

9
Soalan 24
Baca petikan surat di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

NO. 56 Jalan Dahlia,


Taman Seri Dahlia,
18300 Gua Musang,
Kelantan.

Menemui sahabatku, Damia yang berada di Kota Kinabalu, Sabah. Apa khabar ?
Semoga saudari sekeluarga sihat sejahtera.
Saudari,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk berkongsi pengalaman saya semasa
berada di kampung. Kebetulan pada waktu itu musim buah-buahan. Saya pun mengambil
peluang tersebut untuk mengikut datuk saya ke dusun duriannya.
Terdapat sebuah pondok di dusun durian itu. Saya berpeluang untuk menunggu
durian gugur di dusun tersebut. Saya berasa sangat teruja kerana dapat mengutip buah-buah
durian yang gugur. Walaupun terpaksa digigit nyamuk, saya gembira melakukan kerja
tersebut.
Selain itu, saya berpeluang untuk mengetahui buah durian yang gugur itu masak
atau tidak. Caranya agak mudah, iaitu dengan menggoncang buah durian tersebut. Datuk
memberitahu saya, jika terdengar bunyi pergerakan pada isinya, maka buah durian itu sudah
masak.
Tampaknya, sampai di sini sahaja warkah saya buat kali ini. Sampaikan salam saya
kepada keluarga saudara.
Sahabatmu,
Linda

a. Perkataan teruja dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

_____________________. (1 markah)

b. Mengapakah Linda berasa gembira di dusun datuknya ? (2 markah)

Linda berasa gembira di dusun datuknya kerana_________________________________

________________________________________________________________________.

c. Bagaimanakh cara untuk mengetahui sama ada durian itu sudah masak ?

Cara mengetahui sama ada durian itu sudah masak adalah _________________________

_______________________________________________________________________.

(2 markah)

10
d. Adakah kamu gemar makan buah-buahan tempatan ? Mengapa ?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(3 markah)

Soalan 25
Baca petikan surat di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sungguh cantik kain pelekat, Di puncak gunung berkibar panji,


Tenunnya halus hati tertawan; Tanda gunung sudah ditawan;
Sama sahabat harus sepakat, Hormat-menghormati sikap terpuji,
Semoga hidup sentiasa aman. Jadikan amalan berkawan.

Sorong papan tarik papan, Bunga kemboja bunga lili,


Buah keranji atas perahu; Ditabur-tabur di atas pusara;
Sesama kawan harus bersopan, Kawan sakit mesti diziarahi ,
Hati gembira bahagia selalu. Penawar duka pengubat lara.

Berjalan-jalan di Batu Kawan,


Mengail ikan di tepi kali;
Kawan susah hulurkan bantuan,
Jangan lari tidak peduli.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas ?

Maksud rangkap pertama pantun di atas ialah __________________________________

________________________________________________________________________

(2 markah)

b. Apakah yang perlu dilakukan jika kawan dalam kesusahan ?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

(2 markah)

11
c. Tandakan ( ∕ ) bagi pernyataan yang betul dan ( x) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Bersikap sopan dengan kawan.

Melupakan kawan ketika kawan sakit.

( 1 markah)

Hormat-menghormati sikap terpuji,


Jadikan amalan apabila berkawan.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(3 markah)

12

Anda mungkin juga menyukai