Anda di halaman 1dari 1

Keadaan cuaca sungguh redup pada petang itu.

Aku menggorak langkah


meninggalkan perkarangan sekolah. Tiba-tiba , aku terdengar bunyi yang kuat. Aku
memusingkan kepala ke arah bunyi.
Aku melihat suatu kemalangan di simpang jalan. Kemalangan itu berlaku di kira-kira
100 meter dari sekolah dan melibatkan sebuah bas dan sebuah lori.
Banyak orang mengerumuni tempat kemalangan itu. Sesetengah kenderaan
bergerak perlahan untuk melihat kemalangan itu. Keadaan di tempat kemalangan itu telah
menjadi huru-hara.
Aku berasa cemas lalu berlari dengan cepat ke sebuah pondok telefon yang
berhampiran. Aku menelefon talian kecemasan.
5 minit selepas itu, polis pun tiba di tempat kejadian untuk mengawal lalu lintas.
Tidak lama kemudian, 3 buah ambulans dan pasukan bomba dan penyelamat sampai di
tempat kejadian. Pasukan bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa dari kenderaan
tersebut lalu ambulans menghantarkan mangsa-mangsa kemalangan tersebut ke hospital.
Aku melihat mangsa-mangsa berlumuran darah. Ada pula yang tidak sedarkan diri.
Aku terdengar suara budak-budak menangis dan suara mangsa mengerang kesakitan. Aku
berasa simpati dan kasihan terhadap budak-budak kecil yang ketakutan. Kepala pemandu
lori berlumuran darah tetapi pemandu bas pula tidak mengalami kecederaan.
Aku terdengar ada orang mengatakan bahawa pemandu lori itu memandu dalam
keadaan mabuk. Selepas semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital, pasukan polis
serta bomba dan penyelamat pun beredar. Keadaan lalu lintas menjadi pulih semula dan
aku meneruskan perjalanan balik ke rumah.
Melalui pengalaman ini, saya belajar untuk bertindak pantas semasa
kecemasan. Kita juga perlu sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan raya.

Anda mungkin juga menyukai