Anda di halaman 1dari 2

Melengkapkan cerita: Membantu Mak Cik Nadia

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju ke
pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan .....

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju
ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan pulang, aku terdengar suara wanita
menjerit. Rupa-rupanya beg tangan wanita itu diragut oleh dua orang lelaki bermotosikal. Apa yang
mengejutkan aku, wanita itu ialah jiranku Mak Cik Nadia.

Aku terus mencatat nombor plat motosikal yang ditunggang oleh dua orang peragut tersebut. Aku
memujuk Mak Cik Nadia supaya bersabar. Nasib baik Mak Cik Nadia tidak mengalami kecederaan yang
teruk.

Aku terus ke pondok telefon yang berhampiran untuk menelefon pihak polis. Tidak lama
kemudian, beberapa orang polis datang. Mereka membawa aku dan Mak Cik Nadia ke balai polis untuk
membuat laporan. Aku memberitahu nombor plat motosikal dan jenis motosikal peragut itu. Aku juga
memberitahu yang mereka melarikan diri  ke Jalan Sulaiman. Pihak polis mengucapkan terima kasih
kepadaku.

Setelah beberapa jam, pihak polis berjaya memberkas dua orang lelaki tersebut. Pihak polis
menghantar aku dan Mak Cik Nadia pulang ke rumah. Ibu bapaku berasa terkejut sebaik sahaja melihat
aku keluar dari kereta polis. Pihak polis menceritakan kepada ibu bapaku apa yang terjadi.

Melengkapkan cerita: Serina Demam Panas

Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku ....


Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku segera membuka tingkap tersebut.
Rupa-rupanya jiranku, Mak Cik Jamilah. Mak Cik Jamilah memberitahuku bahawa anaknya
diserang demam panas. Manakala, suaminya pula tiada di rumah kerana sedang berkursus.

Aku segera ke ruang tamu. Aku memberitahu ayah dan ibuku bahawa anak mak cik
Jamilah diserang demam panas. Ayah dan ibuku segera ke rumah jiranku itu untuk menbantu
mereka.

Ibu dan Mak Cik Jamilah memapah Serina masuk ke dalam kereta ayahku untuk dibawa
ke klinik yang berhampiran. Ibu menyuruh aku menjaga rumah dan mengunci pintu. Aku patuh
nasihat ibuku.

Aku berasa bimbang akan Serina yang diserang demam panas. Aku hanya mampu berdoa
kepada Allah supaya Serina selamat.

Tidak lama kemudian, aku terdengar enjin kereta ayahku. Aku segera membuka pintu.
Ibu memberitahu aku bahawa Serina ditahan di wad.

Keesokan harinya, Aku dan keluargaku menziarahi Serina di hospital. Aku bersyukur
kerana Serina kini sudah hampir sembuh. Mak cik Jamilah mengucapkan terima kasih kepada
aku dan keluargaku.

Anda mungkin juga menyukai