Anda di halaman 1dari 1

“Jiran sepakat membawa berkat”, inilah peribahasa yang sentiasa bergema di mindaku semenjak

berlakunya insiden minggu lepas. Tiba-tiba saya terdengar, “Zaleha, turun makan sekarang!” Ku
melihat jam dinding menunjukkan 8.30 malam. Genap seminggu yang lepas pada masa yang sama
dan suara ibu yang memanggil kami sekeluarga untuk makan malam berulang.

“Sedapnya lauk malam ini ibu,” puji adik memecah kesunyian malam itu. Selepas habis makan dan
berkemas, kami sekeluarga pun naik ke tingkat atas untuk menonton televisyen. Kring… kring…,
telefon bimbit ayah berdering. Ayah menjawab panggilan itu dengan tidak berkata apa-apa dan
mukanya kerisauan.

“Siapa yang menelefon tu, ada masalah ke?” ujar ibu kepada ayah.

“Encik Sulaiman, jiran kita, memberitahu bahawa dia ternampak sebuah kereta yang tidak dikenali
asyik berulang-alik di hadapan rumah kita.”

Aku memberanikan diri untuk mengintai dari celah pintu dan dapat melihat kelibat dua orang
pemuda sedang mundar-mandir di hadapan rumah kami. Selepas seketika, kereta itu meluru
meninggalkan kawasan perumahan kami. Kami berasa lega dan ayah terus menelefon Encik
Sulaiman dan memberitahunya bahawa berkemungkinan kereta itu salah rumah. Kami sekeluarga
pun tidur dengan lega.

Tiba-tiba, kami terkejut kerana kedengaran siren kereta polis yang sangat kuat. Jam menunjukkan
pukul 11.30 malam. Kami sekeluarga meluru turun ke tingkat bawah dan terus keluar dengan
paniknya untuk mengetahui apa yang sedang berlau. Kelihatan dua buah kereta polis, Encik
Sulaiman dan keluarganya serta dua orang lelaki bertopeng yang digari berada di halaman beranda
rumah kami.

Encik Sulaiman terus menerpa ayah dan berkata, “Usah risau, semuanya selamat.”

“Apa yang sebenarnya terjadi,’’ tanya ayah. Encik Sulaiman menerangkan bahawa sejurus
selepas ayah menelofonnya dan berkata tiada apa-apa yang mencurigakan, dia tetap berasa kurang
senang hati dan terus memantau keadaan rumah kami.

“Tiba-tiba kereta yang sama muncul lagi dan kali ini mereka melompat pintu pagar dan
mencuba untuk membuka besi tingkap. Tanpa berlengah saya terus menelefon balai polis yang
berdekatan. Saya tidak berani menelefon kamu kerana mereka telah berjaya membuka besi tingkap
dan sedang mencuba masuk ke rumah. Saya tidak mahu kamu sekeluarga panik. Bernasib baik
kerana selepas beberapa minit, polis pun sampai dan berjaya untuk menagkap dua pemuda itu’’.
“Terima kasih, Encik Sulaiman. Apakah yang saya boleh lakukan untuk membalas jasa kamu?” tanya
ayah. “Kamu tidak perlu membalas jasa saya. Ini adalah tanggungjawab saya sebagai jiran.” kata
Encik Sulaiman sambil senyum.

Anda mungkin juga menyukai