Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN B

Soalan 2 Aku sukar untuk melelapkan mata pada malam itu. Perasaan.Mulakan karangan kamu dengan Aku sukar untuk melelapkan mata pada malam itu. Perasaan

Aku sukar untuk melelapkan mata pada malam itu. Perasaanku tidak sedap hati kerana tinggal seorang diri di rumah. Ibu bapaku pergi ke rumah saudaraku yang terletak di hujung kampung. Tiba-tiba aku terdengar sesuatu bunyi dari arah dapur rumahku. Aku segera ke arah dapur untuk melihat apa yang berlaku. Namun tiada apaapa yang dapat ku lihat. Selepas itu, aku melihat diluar tingkap dan aku melihat dua lembaga berbaju hitam di luar rumah jiranku. Aku memelihat mereka sedang memecah masuk rumah jiranku. Aku segera menelefon pihak polis dan melaporkan kejadian yang telah berlaku. Kemudian aku berlari ke rumah Tok Penghulu dan memberitahu ketua kampung tentang kejadian pecah rumah jiranku. Ketua kampung segera mengumpulkan beberapa orang penduduk kampung dan kami bergerak ke rumah jiranku tersebut. Aku dan penduduk kampung segera menangkap dua orang pencuri yang memecah masuk ke rumah jiranku tadi. Kami mengikat dua orang pencuri itu sementara menunggu pihak polis . Tidak lama kemudian pihak polis tiba dan membawa pencuri itu ke balai polis. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada saya dan penduduk kampung yang telah membantu mereka. Setengah jam kemudian ibu bapaku sampai di rumah dan aku menceritakan apa yang telah terjadi. Mereka berasa bangga dengan tindakan berani ku tadi. Keesokkan harinya jiranku mengucapkan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai