Anda di halaman 1dari 10

STORY BOARD DRAMA PENDEK RAYA 2024

Storyline Storyline: Kak Hindon bersama Anip dan Kak Norul sedang melayan tetamu.
Kak Hindon terdengar suara orang memberi salam. Kak Hindon keluar
menjenguk dan terkejut melihat Along telah tiba.

 View Along (En.Karafi) daripada belakang sedang memegang


luggage disisinya.
 Masukkan semula scene kak Hindon terkejut.

Kak Hindon memberitahu Anip dan Kak Norul bahawa Along telah tiba. Anip
dan Kak Norul keluar dan melihat Along tiada di hadapan rumah tetapi yang
ada adalah 2 orang anggota polis yang baru sahaja tiba dengan menaiki
kereta polis.

Kak Norul masih bertanya kepada ibunya tentang di mana along. Anip pula
pergi ke arah 2 orang anggota polis tersebut, bersalaman dengan mereka
serta bertanya mengenai perihal mereka tiba di hadapan rumah ibu
mertuanya itu.

Polis 1 menunjukkan kad pengenalan seseorang kepada Anip dan


bertanyakan kepada Anip jika dia mengenali pemilik kad pengenalan
tersebut. Anip melihat kad pengenalan tersebut sambil memandang polis 1
dan kemudian memandang ke belakang sambil melihat ibu mertuanya
semula. Anip memberitahu bahawa pemilik kad pengenalan tersebut
adalah abang iparnya. Polis 2 memberitahu bahawa pemilik kad pengenalan
tersebut telah terlibat dalam kemalangan.

Ketika Kak Hindon berjalan menghampiri kedua-dua orang polis tersebut,


Kak Hindon terdengar penjelasan daripada polis 2 mengenai along terlibat
dalam kemalangan. Kak Hindon terus menjerit dan menangis. Kak Sah
meluru keluar daripada rumah dan cuba menenangkan kak Hindon.

Flashback
Scene di Rumah Perkep

Along baru pulang daripada kerja. Isteri along menyambutnya. Isteri along
sedang menyiapkan juadah untuk berbuka. Along berbual bersama
isterinya. Along menyatakan dia tersangat rindu akan ibunya. Dia teringin
sangat untuk pulang ke kampung dan berjumpa dengan ibunya walaupun
seketika. Along telah berbincang dengan isterinya dan menyatakan
hasratnya untuk pulang sebentar bagi melihat ibunya. Along menyatakan
bahawa dia akan meminta izin dengan Pengarah untuk masuk bekerja lewat
sedikit pada hari esok. Isterinya bersetuju dengan cadangan suaminya itu.
Along terus menghubungi Pengarah dan meminta izin. Pengarah memberi
keizinan untuk along masuk lewat. Along berasa gembira lantas menyuruh
isterinya untuk segera bersiap. Isterinya terus masuk ke bilik untuk
menyiapkan kelengkapan. Mereka bertolak pulang ke kampung lebih
kurang jam 5.30 petang.
(Tunjuk view jam pukul berapa)

Scene dalam kenderaan

Along bertolak bersama isterinya pulang ke kampung. Dalam perjalanan,


Along dan isterinya telah terlibat dalam kemalangan. Disebabkan Along
terlalu letih, kenderaan yang telah dipandu oleh Along telah terbabas.
Scene : pintu kereta terbuka, tangan terkeluar dan berdarah
Scene di Rumah Kak Hindon

Kak Hindon, kak Sah dan kak Norul duduk di atas sofa yang terletak
dibahagian hadapan rumah. Kak Hindon ditenangkan oleh kak sah dan
anaknya kak Norul. Tiba-tiba telefon berdering. Kak Norul mengambil
telefon, melihat nombor yang tidak bernama dan terus memberikan telefon
itu kepada kak Hindon. Kak Hindon menjawab panggilan telefon dalam
perasan tertanya-tanya. Setelah berbual beberapa minit, barulah kak
Hindon tahu bahawa yang sedang bercakap dengannya adalah anak
saudaranya yang telah lama tidak bersua. Anak saudaranya merupakan
seorang anak yatim piatu. Arwah ayahnya merupakan abang kepada kak
Hindon. Anak saudaranya ini ingin pulang ke kampung dan berjumpa
dengan kak Hindon kerana telah lama tidak berjumpa dengannya. Kak
Hindon terharu dan bersyukur kerana anak saudaranya itu telah pun
menjadi seorang insan yang berjaya.

Flashback
Scene di IKM TSYA

Hari pertama anak saudara kak Hindon melaporkan diri di IKM TSYA. Dia
tidak begitu suka untuk menyambung pelajaran. Pada pandangannya,
bidang teknikal adalah satu bidang yang amat berat. Namun, setelah
dipujuk oleh arwah ibu, bapanya dan tuan Pengarah IKM TSYA ketika Hari
Pendaftaran, dia bersetuju untuk terus belajar di IKM TSYA. Setelah
beberapa tahun berhempas pulas menimba ilmu dalam bidang kemahiran.
Kejayaan menjadi miliknya.
Storyline: Kak Hindon bersama Anip dan Kak Norul sedang melayan tetamu.
Kak Hindon terdengar suara orang memberi salam. Kak Hindon keluar
menjenguk dan terkejut melihat Along telah tiba.

Scene 1  View Along (En.Karafi) daripada belakang sedang memegang


luggage disisinya.
 Masukkan semula scene kak Hindon terkejut.

(Ambil rakaman video yang lepas)


Scene 2 Storyline: Kak Hindon memberitahu Anip dan Kak Norul bahawa Along telah
tiba.

Dialogue:
Kak Hindon masuk sedikit ke dalam rumah, lantas memanggil kak Norul.
Kak Ndun : Dik, Anip….Along balik! Along dah balik!
Kak Norul : Along balik mak? Ya Allah, syukur…Along dapat balik.

Storyline: Anip dan Kak Norul keluar dan melihat Along tiada di hadapan
rumah tetapi yang ada adalah 2 orang anggota polis yang baru sahaja tiba
dengan menaiki kereta polis.

Kak Norul dan Anip berjalan keluar ke arah Kak Hindon

Storyline: Kak Norul masih bertanya kepada ibunya tentang di mana along.

Dialogue:
Kak Norul : Mak, Along mana? Kak long mana mak?
Kak Hindon: Eh, tadi Along ada kat depan tu. Baru je dia sampai. Eh, mana
pulak Along nie? Long…long…Along…
Anip : Kereta polis? Kenapa pulak pagi-pagi raya polis datang rumah
nie? Eh, Alongnya mana mak? Emmm…tak pelah, saya pergi
dekat kereta polis tu sekejap ya mak. Macam tengah mencari-
cari rumah.

Storyline: Anip pergi ke arah 2 orang anggota polis tersebut, bersalaman


dengan mereka serta bertanya mengenai perihal mereka tiba di hadapan
rumah ibu mertuanya itu.

Dialogue:
Anip : Assalamualaikum encik. (sambil bersalaman). Encik nak cari
siapa?

Storyline: Polis 1 menunjukkan kad pengenalan seseorang kepada Anip dan


bertanyakan kepada Anip jika dia mengenali pemilik kad pengenalan
tersebut.

Dialogue:
Polis 1 : Ini alamat rumah encik ke? (sambil menunjukkan kad
pengenalan along).

Storyline: Anip melihat kad pengenalan tersebut sambil memandang polis 1


dan kemudian memandang ke belakang sambil melihat ibu mertuanya
semula. Anip memberitahu bahawa pemilik kad pengenalan tersebut
adalah abang iparnya.

Dialogue:
Anip : Eh, ini IC abang ipar saya. Mana encik dapat IC nie?
Storyline: Polis 2 memberitahu bahawa pemilik kad pengenalan tersebut
telah terlibat dalam kemalangan.

Dialogue:
Polis 2 : Maaf ya encik. IC ini kami jumpa di tempat kemalangan.
Mangsa telahpun dibawa ke hospital Pekan.

Storyline: Ketika Kak Hindon berjalan menghampiri kedua-dua orang polis


tersebut, Kak Hindon terdengar penjelasan daripada polis 2 mengenai along
terlibat dalam kemalangan. Kak Hindon terus menjerit dan menangis.

Dialogue:
Kak Ndun : Allah…anak aku! Along! (Memanggil along sambil menjerit dan
menangis)
Kak Norul : Mak…mak…sabar mak. Istigfar mak.
Anip : Mak…

Storyline: Kak Sah meluru keluar daripada rumah dan cuba menenangkan
kak Hindon.

Musik latar lagu Sudirman- Salam Terakhir: 0.43

Scene 3 Storyline: Flashback


Scene di Rumah Perkep

Storyline: Along baru pulang daripada kerja. Isteri along menyambutnya.


Isteri along sedang menyiapkan juadah untuk berbuka.
Dialogue:
En. Karafi : Assalamualaikum. Sayang, abang dah balik.
Perkep : Waalaikummusalam.
En. Karafi : Sayang buat apa tadi?
Perkep : Tengah masak abang. Sayang masak Nasi Minyak lauk Opor
Daging.
En. Karafi : Emmm sedap tu. (nada kurang bermaya)
Perkep : Abang nampak letih sangat nie. Abang rehat lah dulu. Mandi,
solat dulu ya.

Storyline: Along berbual bersama isterinya. Along menyatakan dia


tersangat rindu akan ibunya. Dia teringin sangat untuk pulang ke kampung
dan berjumpa dengan ibunya walaupun seketika. Along telah berbincang
dengan isterinya dan menyatakan hasratnya untuk pulang sebentar bagi
melihat ibunya. Along menyatakan bahawa dia akan meminta izin dengan
Pengarah untuk masuk bekerja lewat sedikit pada hari esok. Isterinya
bersetuju dengan cadangan suaminya itu.

Dialogue:
En. Karafi : Emmm sayang. Abang ada sesuatu nak cakap nie.
Perkep : Apa dia bang?
En. Karafi : Abang nak sangat balik kampung, jumpa mak. Lama sangat dah
abang tak dapat balik.
Perkep : Abang dapat cuti ke?
En. Karafi : Tak dapat. Tapi, abang ingat nak call boss abang semula dan
mintak izin untuk balik sekejap je jumpa mak. Dalam pukul 10
tu
kita gerak lah semula balik ke sini.
Perkep : Saya tak kisah abang. Abang buat lah apa yang abang rasa
terbaik
buat kita. Selagi masih ada hayat mak nie, abang carilah
peluang untuk balik jumpa mak. Kalau macam saya nie, dah
takde
siapa-siapa di dunia nie bang.
En. Karafi : Ok, abang cuba ya.

Storyline: Along terus menghubungi Pengarah dan meminta izin.

Beberapa minit kemudian…

Storyline: Pengarah memberi keizinan untuk along masuk lewat. Along


berasa gembira lantas menyuruh isterinya untuk segera bersiap. Isterinya
terus masuk ke bilik untuk menyiapkan kelengkapan. Mereka bertolak
pulang ke kampung lebih kurang jam 5.30 petang.
(Tunjuk view jam pukul berapa)

Dialogue:
En. Karafi : Sayang!
Perkep : Ya bang.
En. Karafi : Alhamdulillah, boss bagi kebenaran untuk pulang sekejap. Kita
balik sekarang ya.
Perkep : Baik abang. Nanti saya bungkuskan Nasi Minyak dan Opor
untuk
bawak balik ya.
Scene dalam kenderaan

Along bertolak bersama isterinya pulang ke kampung. Dalam perjalanan,


Along dan isterinya telah terlibat dalam kemalangan. Disebabkan Along
Scene 4
terlalu letih, kenderaan yang telah dipandu oleh Along telah terbabas.

Scene : pintu kereta terbuka, tangan terkeluar dan berdarah

Scene 5 Scene di Rumah Kak Hindon

Storyline: Kak Hindon, kak Sah dan kak Norul duduk di atas sofa yang
terletak dibahagian hadapan rumah. Kak Hindon ditenangkan oleh kak sah
dan anaknya kak Norul. Tiba-tiba telefon berdering. Kak Norul mengambil
telefon, melihat nombor yang tidak bernama dan terus memberikan telefon
itu kepada kak Hindon. Kak Hindon menjawab panggilan telefon dalam
perasan tertanya-tanya.

Dialogue:
Telefon berdering…
Kak Norul : Ada orang call, mak. (menghulurkan telefon kepada kak
Hindon)
Kak Ndun : Eh, siapa nie? Nama tak keluar.

Storyline: Setelah berbual beberapa minit, barulah kak Hindon tahu


bahawa yang sedang bercakap dengannya adalah anak saudaranya yang
telah lama tidak bersua. Anak saudaranya merupakan seorang anak yatim
piatu. Arwah ayahnya merupakan abang kepada kak Hindon. Anak
saudaranya ini ingin pulang ke kampung dan berjumpa dengan kak Hindon
kerana telah lama tidak berjumpa dengannya. Kak Hindon terharu dan
bersyukur kerana anak saudaranya itu telah pun menjadi seorang insan
yang berjaya.
Flashback
Scene di IKM TSYA

Storyline: Hari pertama anak saudara kak Hindon melaporkan diri di IKM
TSYA. Dia tidak begitu suka untuk menyambung pelajaran. Pada
pandangannya, bidang teknikal adalah satu bidang yang amat berat.
Scene 6
Namun, setelah dipujuk oleh arwah ibu, bapanya dan tuan Pengarah IKM
TSYA ketika Hari Pendaftaran, dia bersetuju untuk terus belajar di IKM TSYA.
Setelah beberapa tahun berhempas pulas menimba ilmu dalam bidang
kemahiran. Kejayaan menjadi miliknya.

Dialogue:
Storyline: Narrator menceritakan mengenai moral values daripada kisah
kali ini.
Scene 7

Dialogue:

Anda mungkin juga menyukai