Anda di halaman 1dari 2

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan

guru yang disayangi dan rakan-rakan yang saya kasihi.Pada pagi yang indah ini, saya ingin

menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk Kisah Pencuri Loceng.

Yang berkhayal sedar-sedarkan,

Yang terlena kejut-kejutkan;

Yang tersesat kembali ke pangkal jalan,

Dengar ya kawan-kawan.

Encik Kamal seorang peniaga yang sangat kaya di Bandar Suria. Rumahnya dihiasi amat

cantik. Hampir semua perabot dan rekaannnya diperbuat daripada emas yang terbaik.

Menurut orang ramai,di halaman rumah Encik Kamal tergantung sebuah loceng yang amat

besar dan bernilai. Loceng itu baran yang paling berharga di rumahnya kerana diperbuat

daripada emas dan kelihatan sangat cantik serta halus buatannya.

Pada suatu hari, seorang pencuri bercadang untuk mencuri loceng emas. Dia hendak

membawa pulang loceng itu ke rumahnya. Pada malam keesokan harinya, Encik Kamal dan

keluarganya pergi bercuti ke luar negara. Pembantu-pembantu rumahnya juga mengambil cuti

dan pulang ke kampung masing-masing.

Si pencuri itu berasa gembira lalu berkata “Ha,ha,ha tiba masanya untuk aku menjadi

kaya. Aku akan mencuri loceng itu pada malam ini juga. Dia pun menyiapkan alatan seperti

tukul besar, tali dan kain perca. Alat-alat tersebut dimasukkan ke dalam sebuah beg. Apabila

tengah malam tiba, si pencuri itu memasuki rumah Encik Kamal secara senyap.

Si pencuri itu menuju ke loceng dan cara yang pertama dia lakukan ialah

mengangkangkan kakinya lalu memeluk loceng itu dengan kedua- dua belah tangannya. Namun

begitu, loceng itu terlalu besar dan berat , dia tidak berjaya mengangkat loceng itu walaupun

dia menggunakan seluruh tenaganya.

Tiba-tiba dia mendapat suatu akal. Si pencuri itu mengeluarkan tukul besar dari dalam

begnya. Dia mahu memecahkan loceng itu dengan tukul besar. Si pencuri itu mengangkat tukul

lalu memukul loceng itu dengan kuat. Dia tidak menyangka bahawa cara itu boleh mengejutkan

seluruh penduduk Bandar Suria walaupun dia cuma memukul loceng itu sekali sahaja.

Si pencuri terkejut lalu cepat-cepat menyembunyikan dirinya. Dia takut penduduk

Bandar Suria akan terjaga daripada tidur. Selepas agak lama menunggu,suasana di halaman

rumah masih sunyi. Dia berasa lega. “ Nasib baik tidak ada orang yang terjaga”, fikirnya.
Hari sudah hampir Subuh. Semua orang akan bangun daripada tidur. Dia berasa semakin

takut dan gelisah.

Tanpa berfikir panjang, dia terus memukul loceng itu berkali-kali tanpa henti. Si

pencuri itu tidak dapat menahan bunyi loceng yang kuat itu. Dia pun menutup telinganya

dengan kedua-dua belah tangan. “Eh, bunyi loceng itu tidak kedengaran lagi’! Si pencuri itu

terfikir bunyi loceng itu tidak akan kedengaran jika dia menutup telinganya. Dia pun

mengeluarkan dua helai kain perca dari dalam begnya. Kain perca itu dibentuk menjadi bulat

lalu disumbat ke dalam lubang telinganya.

“ Ha, ha, ha! Sekarang, dapatlah saya memukul loceng itu dengan senyap. Si pencuri itu

terus memukul loceng. Tanpa dia sedari, loceng itu tidak pecah tetapi bunyinya telah tersebar

sehingga mengejutkan penduduk sekitar Bandar Suria.

Akhirnya, beberapa orang jiran Encik Kamal terjaga daripada tidur dan bergegas pergi

ke rumah Encik Kamal. Mereka melihat seorang pencuri sedang berusaha untuk mencuri loceng

itu. Mereka pun terus menangkap pencuri itu.

Si pencuri amat terkejut dan berasa sangat takut selepas ditangkap. Dia menanggalkan

kain perca daripada lubang telinganya. Dia pun berkata tanpa rasa bersalah. “ Bagaimana kamu

semua boleh terjaga, saya telah pun menyumbat telinga saya”. Salah seorang jiran itu berkata,

“Wahai si pencuri, tidak ada orang sebodoh kamu yang menggunakan cara begini untuk mencuri

loceng “! Perbuatan kamu ini hanyalah menipu diri sendiri. Si pencuri itu tunduk dengan rasa

kesal.

Rakan-rakan, pengajaran daripada cerita ini ialah janganlah kita melakukan perbuatan

mencuri kerana perbuatan itu amat keji. Sekian sahaja, cerita daripada saya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai