Anda di halaman 1dari 4

Si Comel Bertudung Merah

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Yang


1
dimuliakan tuan Pengerusi Majlis, yang di hormati barisan hakim,
penjaga masa dan rakan-rakan sekalian. Nama saya Iman Nur
Aisyah Binti Muhamad Adam. Saya berumur enam tahun dari Pra
Sekolah Kebangsaan Junjong. Pada hari ini saya akan
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Si Comel Bertudung
Merah”.

Si Comel Bertudung Merah tinggal di sebuah kampung


bersama ibunya. Dia gemar memakai tudung berwarna merah
2
apabila keluar dari rumah. Oleh yang demikian orang kampung
memanggilnya ‘Si Comel Bertudung Merah’. Si Comel Bertudung
Merah mempunyai seorang nenek yang tinggal di hujung hutan
kecil. Dia sangat sayang kepada neneknya.

Pada suatu hari nenek Si Comel sakit. Si Comel meminta izin


daripada ibunya untuk menziarahi neneknya. Ibunya
3 membenarkannya pergi. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya
terus ke rumah neneknya. Ibunya juga berpesan supaya tidak
berhenti di sepanjang jalan dan bercakap dengan orang yang tidak
kenali. Dia berjanji akan mendengar dan tidak melupakan nasihat
ibunya

 
4             Si Comel pun berjalan dengan pantas sambil membawa
sebuah bakul buah-buahan. Dia tidak sabar ingin bertemu dengan
neneknya. Sambil berjalan dia menyapa burung-burung yang
ditemuinya . Si comel bertudung merah ternampak banyak bunga
cantik di tepi jalan. Dia pun berhenti, lalu memetik bunga-bungaan
untuk neneknya.

5 Tanpa diduga, seekor serigala sedang asyik memerhatikan Si


Comel Bertudung Merah. Tiba-tiba, serigala itu melompat keluar
di hadapannya.

“ Apa khabar, Si comel! Kemanakah kamu pergi? Kata serigala itu.


5
Si comel ketakutan lalu memberitahu hajatnya ingin melawat
neneknya yang sakit di hujung hutan kecil sana. Serigala
mendapat satu akal, lalu berlari ke rumah nenek Si Comel
Bertudung Merah

Apabila serigala itu pergi, si comel pun berjalan pantas ke


rumah neneknya. Dia mulai sesal kerana tidak mengikut nasihat
6 ibunya. Pada masa itu, serigala telah tiba di rumah neneknya.  Dia
mengetuk pintu dan meniru suara Si Comel.

“Nenek, saya datang ni, Si comel bertudung merah datang nek! ” .

Nenek tersangat gembira mendengar suara cucu kesayangannya.


Dia menjemput cucunya masuk.
7
7 Serigala itu menolak pintu, lalu meluru masuk ke dalam rumah.
Nenek Si Comel sangat terkejut. Dia mendapati bukan cucu
kesayangannya yang datang, tetapi seekor serigala yang garang.
Nenek si comel melompat dari katil lalu bersembunyi di dalam
almari. Dengan pantasnya, Serigala memakai baju tidur dan cermin
mata nenek. Dia terus melompat ke atas katil dan menarik selimut
menutupi badannya.

8
8
Sejurus kemudian, terdengar ketukan pintu “Nenek, saya Si
Comel Bertudung merah. Bukalah Pintu”. Serigala pun mejemput
Si Comel masuk. Apabila masuk ke dalam bilik, si comel
memandang kearah katil nenek. Rupa neneknya sangat ganjil.

“Nek.....telinga nenek sangat besar!” Katanya.


“Supaya dapat mendengar suara kau dengan jelas, sayang.” jawab
9
serigala.

“ Nek besarnya mata nenek ? “ Tanya Si Comel bertudung merah


“Supaya dapat melihat wajah kau dengan jelas sayang.” jawab
serigala.

“ Besarnya gigi nenek! “


“supaya dapat makan dagingmu dengan mudah.”

1
10 Serigala terus menerkam ke arah Si Comel Bertudung
Merah. Si Comel menjerit ketakutan. Dia berlari keluar dari
rumah sambil meminta pertolongan. Mujurlah, suara Si Comel
didengari oleh pemotong Kayu. Pemotong kayu mencapai kapaknya
lalu berlari ke rumah itu. Serigala ketakutan melihat kapak. Ia
terus melarikan diri jauh ke dalam hutan.

Selepas itu, Si Comel dan pemotong kayu pun mencari nenek


di dalam rumah. Nenek keluar dari almari lalu memeluk cucu
11
kesayangannya. Mereka amat berterima kasih kepada pemotong
kayu itu. Si comel sangat sedih dan menyesal kerana tidak
mendengar nasihat ibunya. Nenek memeluk Si Comel. Dia
menasihati si comel supaya berhati-hati selepas ini.

1   
\
Pengajaran daripada cerita Si comel Bertudung Merah ini ialah
1 kita mestilah sentiasa ingat pada pesanan dan nasihat ibu.
12 Janganlah sesekali bertegur sapa dengan orang yang tidak di

kenali. Ingatlah, Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak


berguna.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai