Anda di halaman 1dari 4

KISAH SI PENCURI LOCENG

Assalamualaikum dan salam muafakat Johor. Yang dihormati Tuan


Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan
guru yang disayangi dan rakan-rakan yang saya kasihi.Pada pagi yang
indah ini, saya ingin menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk Kisah
Pencuri Loceng.
Yang berkhayal sedar-sedarkan,
Yang terlena kejut-kejutkan;
Yang tersesat kembali ke pangkal jalan,
Dengar ya kawan-kawan.

Encik Kamal seorang peniaga yang sangat kaya di Bandar Suria.


Rumahnya dihiasi amat cantik. Hampir semua perabot dan rekaannnya
diperbuat daripada emas yang terbaik. Menurut orang ramai,di halaman
rumah Encik Kamal tergantung sebuah loceng yang amat besar dan
bernilai. Loceng itu baran yang paling berharga di rumahnya kerana
diperbuat daripada emas dan kelihatan sangat cantik serta halus
buatannya.
Pada suatu hari, seorang pencuri bercadang untuk mencuri loceng
emas. Dia hendak membawa pulang loceng itu ke rumahnya. Pada
malam keesokan harinya, Encik Kamal dan keluarganya pergi bercuti ke
luar negara. Pembantu-pembantu rumahnya juga mengambil cuti dan
pulang ke kampung masing-masing.
Si pencuri itu berasa gembira lalu berkata Ha,ha,ha tiba masanya
untuk aku menjadi kaya. Aku akan mencuri loceng itu pada malam ini
juga. Dia pun menyiapkan alatan seperti tukul besar, tali dan kain perca.
Alat-alat tersebut dimasukkan ke dalam sebuah beg. Apabila tengah
malam tiba, si pencuri itu memasuki rumah Encik Kamal secara senyap.
Si pencuri itu menuju ke loceng dan cara yang pertama dia lakukan
ialah mengangkangkan kakinya lalu memeluk loceng itu dengan kedua-
dua belah tangannya. Namun begitu, loceng itu terlalu besar dan berat ,
dia tidak berjaya mengangkat loceng itu walaupun dia menggunakan
seluruh tenaganya.
Tiba-tiba dia mendapat suatu akal. Si pencuri itu mengeluarkan
tukul besar dari dalam begnya. Dia mahu memecahkan loceng itu dengan
tukul besar. Si pencuri itu mengangkat tukul lalu memukul loceng itu
dengan kuat. Dia tidak menyangka bahawa cara itu boleh mengejutkan
seluruh penduduk Bandar Suria walaupun dia cuma memukul loceng itu
sekali sahaja.
Si pencuri terkejut lalu cepat-cepat menyembunyikan dirinya. Dia
takut penduduk Bandar Suria akan terjaga daripada tidur. Selepas agak
lama menunggu,suasana di halaman rumah masih sunyi. Dia berasa lega.
Nasib baik tidak ada orang yang terjaga, fikirnya.
Hari sudah hampir Subuh. Semua orang akan bangun daripada
tidur. Dia berasa semakin takut dan gelisah.
Tanpa berfikir panjang, dia terus memukul loceng itu berkali-kali
tanpa henti. Si pencuri itu tidak dapat menahan bunyi loceng yang kuat
itu. Dia pun menutup telinganya dengan kedua-dua belah tangan. Eh,
bunyi loceng itu tidak kedengaran lagi! Si pencuri itu terfikir bunyi
loceng itu tidak akan kedengaran jika dia menutup telinganya. Dia pun
mengeluarkan dua helai kain perca dari dalam begnya. Kain perca itu
dibentuk menjadi bulat lalu disumbat ke dalam lubang telinganya.
Ha, ha, ha! Sekarang, dapatlah saya memukul loceng itu dengan
senyap. Si pencuri itu terus memukul loceng. Tanpa dia sedari, loceng itu
tidak pecah tetapi bunyinya telah tersebar sehingga mengejutkan
penduduk sekitar Bandar Suria.
Akhirnya, beberapa orang jiran Encik Kamal terjaga daripada tidur
dan bergegas pergi ke rumah Encik Kamal. Mereka melihat seorang
pencuri sedang berusaha untuk mencuri loceng itu. Mereka pun terus
menangkap pencuri itu.
Si pencuri amat terkejut dan berasa sangat takut selepas ditangkap.
Dia menanggalkan kain perca daripada lubang telinganya. Dia pun
berkata tanpa rasa bersalah. Bagaimana kamu semua boleh terjaga,
saya telah pun menyumbat telinga saya. Salah seorang jiran itu berkata,
Wahai si pencuri, tidak ada orang sebodoh kamu yang menggunakan
cara begini untuk mencuri loceng ! Perbuatan kamu ini hanyalah
menipu diri sendiri. Si pencuri itu tunduk dengan rasa kesal.
Rakan-rakan, pengajaran daripada cerita ini ialah janganlah kita
melakukan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu amat keji. Sekian
sahaja, cerita daripada saya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai