Anda di halaman 1dari 6

Nurul ‘Arifah Bte Omar (3A)

Bedok South Sec Sch

Soalan 8 :
“Mak Jah…. Oh Mak Jah. Kemana pula orang tua ni. Mak Jah…ni hah

saya bawakan lauk untuk berbuka puasa ini..” Aku menjadi bimbang. Tidak

pernah-pernah Mak Jah tidak menyahut sapaanku. Adakah Mak Jah sakit?

Atau dia sibuk di dapur agaknya. Soalan yang sama sentiasa memenuhi kotak

fikiranku. Sudah hampir satu jam aku berdiri di hadapan pintu rumahnya tetapi

tetap tidak dijemput masuk.

“Mungkin dia keluar untuk berbuka agaknya. Keluar seorang sahaja?

Haish, tidak mengapalah. Jam pun hampir pukul lapan. Lebih baik aku pulang

dan ziarahinya esok sahaja,” bisik hati kecilku.

Sedang aku memantapkan langkahku menuju ke lif, tiba-tiba aku

terdengar suara seorang Pak Cik memanggilku. “Sudah lama Pak Cik diri di

depan jendela rumah. Pak Cik memerhatikan awak tadi. Awak buat apa di

sini? Nak cari si Jah ya? Aduh, awak tidak tahu? Dia sudah pindah rumah,”

katanya.

Aku tersentak. “Pindah rumah?! Tidak mungkin! Mak Jah sering

memberitahu aku segala cerita hariannya. Kenapa pula aku tidak tahu dia

sudah berpindah?” kata-kataku itu bagaikan ledakan bom yang

memecahkan angkasa.

“Kalau tidak percaya, bukalah pintu itu,” jawab Pak Cik itu dengan

tenang.
Dengan segara, aku menolak daun pintu rumah Mak Jah. Alangkah

terperanjatnya aku apabila pintu tersebut terbuka luas dengan mudah sekali.

Aku menjenguk ke arah Pak Cik itu untuk seketika. Senyuman tipis terukir di

bibirnya dan dia kembali masuk ke dalam rumah tanpa berkata apa-apa.

Jantungku bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dada. Aku

memberi salam sambil melangkah masuk ke rumah Mak Jah yang sunyi dan

gelap itu.

“Mak Jah… Di manakah kamu?” aku cuba memanggil Mak Jah

walaupun aku tahu aku tidak akan mendapat sebarang jawapan balas

daripadanya. Aku sudah cuba mencarinya di seluruh rumah tetapi kelibat

Mak Jah masih tidak dapat aku temui. Apabila sampai di dalam biliknya,

sepucuk surat yang sedang terbaring di atas katil Mak Jah menarik

perhatianku.

MUHAMMAD AZHIM.
BAYAR $10,000,
JIKA AWAK TIDAK MAHU MAK JAH DIBUNUH.
TEMPAT : TINGKAT ATAS TEMPAT LETAK KERETA BLOK INI
WAKTU : SEBELUM PUKUL SEBELAS MALAM

Segugus debaran menggoncang dadaku. Ketakutan mula bergayut di

sudut hati. Mukaku pula pucat lesi bagaikan ditoreh tiada berdarah. “Apa

maksud surat ini? Sepuluh ribu dolar? Bila masa Mak Jah berhutang duit

sebanyak ini?” berlegar-legar soalan itu menceroboh fikiranku.


Aku hanya berdiri di hadapan katil Mak Jah, terlalu takut dan

terperanjat untuk melakukan apa-apa. “Aku baru sahaja berumur 15. Aku

masih muda. Aku tidak sedia untuk mati sekarang. Tetapi Mak Jah… Dia

kuanggap seperti seorang nenek kepadaku. Dia telah menjagaku sejak aku

kecil lagi dan telah membuat banyak pengorbanan untukku. Apa yang harus

aku buat?” fikiranku tiba-tiba dikejutkan oleh bunyi dari ruang tamu.

“Azhim! Mana kau Azhim!” kedengaran suara abang sulungku, Aqeem,

memanggil namaku.

“Abang!!” aku segera keluar dari bilik Mak Jah dan lari memeluk

abangku.

“Kenapa ni Azhim? Sudah satu jam kami tunggu untuk Azhim pulang.

Kenapa lambat? Dan… Kenapa rumah Mak Jah gelap sekali? Mana Mak

Jah?” tanya Abang Aqeem, yang wajahnya bergayut setompok

kebimbangan.

“Abang….” beberapa titik air jernih membasahi pipi gebuku.

Setelah memberitahu abangku semua yang telah terjadi dan

memberinya surat yang dijumpa, muka abang pula mula pucat.

“Azhim jangan risau sangat ya? Kan abang seorang pegawai polis.

Abang janji abang akan menyelamatkan Mak Jah. Tetapi, abang juga

perlukan bantuan Azhim,” kata abangku.

Tepat pada pukul sembilan malam, aku, Abang Aqeem dan sembilan

orang pegawai polis sedang berkumpul di tempat letak kereta blok Mak Jah.
Selepas mengulangi rancangan beberapa kali, kami akhirnya sedia untuk

berhadapan dengan lelaki di sebalik pucuk surat tersebut.

Aku naik tangga ke tingkat atas. Malam telah menyerkup selimut

hitamnya. Butir-butir bintang yang menghias dada malam mengerdip cantik.

Aku mula bersuara, “Helo? Ada sesiapa di sini? Mak Jah, mana kamu?”

Tiba-tiba, aku terasa tangan kasar di atas bahuku. Aku toleh ke

belakang.

“Wah, aku tentu tidak sangka kau akan berani datang.. Helo Azhim,”

katanya dengan suara yang sangat dalam dan serak.

“Hahaha. Pucatnya muka engkau, Azhim! Oh, jangan risau, dia ada di

sini. Sekarang, mana duit-” sebelum dia melengkapkan ayatnya, “Ting”

seseorang dari pegawai polis muncul dari belakang dengan sebatang logam.

Segaris senyuman terukir di bibirnya, “Mak Jah ada di bawah, bersama

Aqeem. Abang awak akan menghantarnya pulang ke rumah untuk rehat

dahulu. Awak pula, bolehlah balik juga. Syabas kerana berani untuk

berhadapan dengan perkara sebegini dengan baik. Selamat malam Azhim,”

kata pegawai polis itu.

Pada hari kemudian, aku dan keluarga menziarahi Mak Jah. Mak Jah

memelukku dengan erat. “Terima kasih Azhim. Tanpa Azhim, Mak Jah tidak

akan ada di sini bersama kamu semua. Mak Jah sangat bersyukur. Mak Jah

minta maaf kerana telah menyusahkan Azhim dan Aqeem,” ujar ak Jah.

Bendungan air matanya akhirnya pecah.


“Mak Jah harap selepas ini, kamu semua tidak akan berburuk sangka

terhadap Mak Jah. Duit tersebut bukan dihutang oleh Mak Jah sebenarnya.

Duit itu… dihutang oleh arwah anak saya. Mak Jah juga tidak tahu tentang

perkara ini. Mak jah sangat terperanjat. Hati Mak Jah sangat pedih apabila

dapat tahu tentang perkara ini. Saya menyesal kerana tidak dapat menjaga

dan mengajar anak Mak Jah dengan baik. Mak Jah betul-betul harap

bahawa kamu sekeluarga boleh menganggap Mak Jah sebagai keluarga

sendiri juga. Tiada sesiapa lagi di sisi saya kecuali kamu semua. Mak Jah

sangat bersyukur.”

Aku tidak akan melupakan kata-kata Mak Jah. Peristiwa ini telah

mengajarku bahawa semua manusia tidak sempurna. Semua orang ada latar

belakang hidup mereka sendiri yang memberi pelbagai kesan kepada diri

mereka. Disebabkan itu, kita harus sentiasa berbuat baik kepada orang di

sekeliling kita sama ada rapat atau tidak. Aku bersyukur aku dapat berjumpa

dengan seseorang seperti Mak Jah. Dia sentiasa memanjakanku dengan

kasih sayang walaupun bukan dari darah daging sendiri. Aku akan selalu

mengingati peristiwa ini sehingga ke akhir hayat.

(931 perkataan)
**************************

Anda mungkin juga menyukai