0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
28 tayangan4 halaman
Pembuangan sampah secara tidak teratur dapat menyebabkan berbagai masalah lingkungan seperti pencemaran udara dan air, penyakit, dan bencana alam. Sampah yang dibuang sembarangan dapat menimbulkan bau busuk dan menjadi sarang nyamuk. Pembakaran sampah juga mengeluarkan asap berbahaya. Limbah industri yang dibuang ke sungai dapat meracuni sumber air dan membunuh satwa akuatik. Secara keseluruhan, pem
Pembuangan sampah secara tidak teratur dapat menyebabkan berbagai masalah lingkungan seperti pencemaran udara dan air, penyakit, dan bencana alam. Sampah yang dibuang sembarangan dapat menimbulkan bau busuk dan menjadi sarang nyamuk. Pembakaran sampah juga mengeluarkan asap berbahaya. Limbah industri yang dibuang ke sungai dapat meracuni sumber air dan membunuh satwa akuatik. Secara keseluruhan, pem
Pembuangan sampah secara tidak teratur dapat menyebabkan berbagai masalah lingkungan seperti pencemaran udara dan air, penyakit, dan bencana alam. Sampah yang dibuang sembarangan dapat menimbulkan bau busuk dan menjadi sarang nyamuk. Pembakaran sampah juga mengeluarkan asap berbahaya. Limbah industri yang dibuang ke sungai dapat meracuni sumber air dan membunuh satwa akuatik. Secara keseluruhan, pem
KESAN-KESAN AKIBAT PEMBUANGAN SAMPAH SECARA TIDAK TERATUR
Pembuangan sampah secara tidak wajar boleh mendatangkan
kemudaratan kepada alam sekitar seperti : 1. Pencemaran alam sekitar . 2. Pembakaran sampah secara terbuka boleh menyebabkan jerebu. 3. Pelepasan asap dari kilang dan asap kenderaan boleh menyebabkan pencemaran udara . 4. Bahan kimia dan bahan toksik yang dilepaskan dari kilang dan kawasan pertanian boleh mencemarkan sungai. 5. Pembuangan sampah merata-rata menjadikan alam sekitar kotor dan bersepah . 6. Longgokan sampah akan menyebabkan bau yang busuk. Ia juga akan menjadi tempat pembiakan kuman dan serangga perosak. 7. Bekas-bekas kosong seperti polisterin, tin kosong dan botol-botol yang berisi air akan menyebabkan pembiakan nyamuk. 8. Gas-gas berbahaya dari kilang, kenderaan bermotor dan pembakaran terbuka boleh menyebabkan pencemaran udara dan hujan asid. 9. Jerebu menyebabkan masalah pernafasan seperti asma,sesak nafas, batuk dan kegatalan pada mata. 10. Pembakaran bahan api seperti petrol dan diesel pada kenderaan bermotor menghasilkan asap dan gas-gas berbahaya. 11. Asap dan gas-gas berbahaya mencemarkan udara. Manusia akan mendapat penyakit apabila menyedut asap ini. 12. Udara yang tercemar akan menyebabkan kerosakan kepada paru-paru dan tekak. 13. Orang yang menderita penyakit asma sangat sensitif kepada pencemaran udara.
PENCEMARAN AIR
1. Sungai dan laut biasanya menjadi tempat
longgokan semua jenis bahan-bahan. 2. Kilang-kilang melepaskan bahan buangan ke dalam sungai. Bahan buangan tersebut bertoksik dan beracun. 3. Sungai dan laut akan tercemar. Bahan buangan beracun boleh membunuh ikan dan semua hidupan akuatik. 4. Oleh kerana manusia bergantung kepada sungai dan laut untuk mendapatkan sumber makanan,kesihatan kita akan terjejas sekiranya kita makan ikan yang diambil dari sungai yang tercemar. 5. Kadangkala berlaku tumpahan minyak dari kapal ke dalam sungai dan laut. Minyak tersebut bukan sahaja mencemarkan laut tetapi juga mencemarkan pantai. Keadan ini boleh memusnahkan habitat laut. 6. Sampah yang dibuang merata-rata akan mencemarkan tanah, menyebabkan alam sekitar menjadi kotor dan berbau busuk.
PENCEMARAN UDARA
1. Pencemaran udara disebabkan :
(a)Pembakaran terbuka (b)Kebakaran hutan (c)Pembebasan udara dari asap kilang-kilang dan kenderaan bermotor 2. Pembakaran sampah secara terbuka menghasilkan asap yang banyak. 3. Asap dari pembakaran terbuka, sampah -sarap dan hutan menyebabkan jerebu 4. Jerebu menyebabkan kegatalan pada mata dan kesukaran bernafas 5. Pembakaran bahan api seperti petrol dan diesel dari kenderaan bermotor menghasilkan asap dan gas-gas berbahaya. 6. Udara yang tercemar boleh menyebabkan kemudaratan kepada jantung kita, tekak dan kegatalan kepada mata.
PENYAKIT DAN WABAK
1. Sampah yang dibuang akanmneyebabkab kemudaratan kepada alam sekitar. 2. Dengan membuang sampah sampah merata-rata kita juga menyumbang kepada pencemaran tanah. 3. Pelupusan bahan buangan secara tidak teratur menyebabkan alam sekitar menjadi kotor dan bau yang busuk. 4. Sesetengah jenis plastik tidak akan mereput dan membebaskan gas-gas beracun jika dibakar. 5. Gas-gas beracun ini memudaratkan kita. 6. Sampah yang mengandungi makanan yang mereput mempunyai kuman-kuman yang berbahaya dan serangga perosak seperti tikus, lipas dan lalat. 7. Haiwan-haiwan ini membawa kuman dari sampah-sarap dan menyebabkan wabak dan penyakit. 8. Contohnya bakteria yang dibawa oleh lalat menyebabkan typhoid. 9. Lalat membawa bakteria dari najis ke makanan. 10. Sampah seperti botol plastik, tin minuman, bekas bunga dan tayar buruk boleh menakung air. 11. Nyamuk aedes membiak di dalam air yang bertakung. 12. Nyamuk aedes membawa virus demam denggi.
HUJAN ASID
1. Kilang-kilang dan kenderaan bermotor
membebaskan asap dan gas-gas yang mengandungi bahan-bahan berbahaya. 2. Semasa hari hujan bahan-bahan berbahaya ini akan larut ke dalam air hujan membentuk asid lemah. 3. Kejadian ini dipanggil hujan asid. 4. Hujan asid memusnahkan tumbuh-tumbuhan di hutan. 5. Ia juga boleh menvemarkan sungai dan membunuh ikan-ikan di dalam sungai. 6. Hujan asid menyebabkan besi mudah berkarat. 7. Hujan asid juga menghakis bangunan dan jambatan besi. BANJIR KILAT
1. Membuang bahan-bahan buangan ke dalam
longkang dan sungai menyebabkan ia tersumbat. 2. Ia menghalang aliran longkang dan sungai. 3. Ini menyebabkan air sungai dan longkang melimpah dan menyebabkan banjir kilat.
4. Banjir kilat berlaku jika hujan turun
dengan lebatnya beberapa jam. 5. Banjir kilat memusnahkan rumah dan harta-benda.