Anda di halaman 1dari 3

Kemalangan Ngeri Yang Pernah Saya Alami

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu
beku . Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan
air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu
saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak
tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke
pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah


saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer
kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer
nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan
laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia
menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori
tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut
emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami
mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan
cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama
dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang
tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan
lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu
feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire
pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori
itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.
Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di
Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar
pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri
semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu
lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak
saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih
marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan
pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit
"Apaan Lu!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu
ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus
memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi
pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

"You better watcha up. Ten times more plus ten times, twentytimes i
beat you always."

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang
putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun
sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan
ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui
apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang
ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara, "Semua butuh
minggir". Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih
ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian
itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga
berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.
Magic sungguh. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah.
Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum
saya mati.

Anda mungkin juga menyukai