Anda di halaman 1dari 17

Mari menenun songket huihh penatnye!!!

Akhirnya aku berjaya come out with my very first entry on *tutorial grafik untuk semua! Yeaayy! Sama-sama aku ucapkan hahahaha Mula ingat nak wat corak pucuk rebung + bunga tabur Last-last jadik kepala kain pulak ahahaha Tapi penatlah menenun pakai komputer (adobe photoshop) pening ngadap skrin berjam-jam nak muntah rasa!

1. Bukak layer baru dengan pixel dan resolution yang tinggi (250 ke), sebab nanti corak ni akan dikecikkan ikut keperluan, so kalu dari awal dah kecik resolution layer, nanti bile kecikkan die tak sharp, buruk dan mengabiskan beras je! Guna aplikasi show grid, pastu select la ikut petak2 grid tu dan delete la dengan rajinnya.. (make sure layer / background bawah layer kerja anda berlainan warna, senang la nak bezakan)

2. Pastu wat la corak ikut ape yang di drafkan/ bayangkan/ impikan apa-apalah sahaja haha

3. Buat dengan sabar, bayangkan anda memang menenun pakai mesin tenun manual yang mencabar kesabaran dan ketelitian itu suspek la kat derang!

4. Selalu zoom-outkan layer anda untuk melihat perkembangan corak yang telah ditenun dari semasa ke semasa, tak apa kalau kurang detail sangat sebab inikan corak songket, bukannya corak batik k! Jangan malas buat amendment kalau ada kesilapan atau ketidak seimbangan, pendek kata; sabar dalam menumpahkan idea anda ke dalam karya!

5. Dah siap, padamkan background yang tidak berkenaan, copy pastekan corak tadi keatas layer baru yang sekali ganda lebih sikit panjangnya. Kita sambung kerja kat layer ni plak k. Layer yang tadi jagn tak save, save dulu sebagai stok raw material kerja grafik kita ye adik2!

6. Copy paste lagi sekali corak yang sama, jeng3..!! sekarang kita ada dua corak yang sama kiri dan kanan ! Yeay!! (Photosop kalu nak copy paste layer xde aplikasi klik, kena tekan ctrl A (select all), ctrl c (copy) dan ctrl v (paste!!) hahaha

7. Horizontal-flipkan corak belah kanan.. Tu dia!! Kan dah dapat corak semetri! Magic tak adik-adik dirumah sekalian? Hahaha Mase ni lah aku terpikir, halamak tak jadi la pucuk rebung ku.. pelik plak.. kembang sangat, x memucuk pun!

8. Jangan bersedih Captain Planet ada jawapannya! Select aplikasi transform untuk corak belah kanan, bawak corak itu ke kiri sampai die overlap corak belah kiri sedikit demi sedikit.. anda dapat saksikan keajaiban corak-corak baru yang lahir tak semena-mena!

9. Bawa lagi ke kiri sedikit demi sedikit.. Tengok! Tengok! Tengok! (Ikut iklan raya hehe)

10. Anda bleh savekan corak-corak pelbagai yang lahir tak semena-mena tadi dengan nama bersingan sebab setiap satu daripadanya unik dan tersendiri. Aku decide untuk finalize sampai sini dua-dua corak overlap hampir centre (adjust lah supaya hujung-hujung corak bersambung di tengah, gunakan kreativiti anda k!) Dah puas hati, right click dekat layer kerja macam kat atas, pilih aplikasi merge down supaya corak kiri dan kanan akan melekat jadi satu corak, tapi better save nama lain la ye adik-adik!

11. Sekarang die dah jadi satu corak sekeping, kemaskan bahagian tepi yang ada terlebih-terlebih tuh, delete kan aje!

12. Ha, lepas step ni kerja menenun dah jadi bertambah senang Apa lagi, copy paste kan saje corak tadi, dan temukan kedua2 nya untuk memberi kesinambungan corak yang bersambung dan berulang-ulang, itulah karakter corak pada songket, kan?

13. Ha, kan cantik tuh? Ulang semula step tadi, selepas kita adjust dua-dua corak dan berpuas hati kedudukan letaknya, barulah merge!

14. Buat lagi layer baru yang lebih panjang pastu ulang-ulang aje step tadi, copy paste, merge!

15. Copy-paste-merge, copy-paste-merge, lapan lagi!

16. Buatlah proses tadi berulang-ulang .. konsep istiqamah+sabar la kiranya kekekeke Dah siap, save jgn tak save! Format pdf terutamanya senang nak recycle bila ada keperluan nak pakai corak-corak ini.. So, corak ini ialah kepala kain songket, so letaknya di atas la nanti kite flipkan la vertically bile nak guna, guna corak-corak tradisional biarla ada ilmu dan adil, jangan pakai taram je k! Tapi tak strict la, xde sapa nak saman pun kalu kita salah guna.. nak letak sebagai corak tatu ke ikut suke ati mak bapak korang la kan.. (eh, biadap nye bahasa, terase adik-adik di rumah, sorry dik, teremo sekejap) Len kali kita wat corak pucuk rebung, bunga tabur dan **pantat sampin sekali k *Banyak tutorial-tutorial yang aku dah lama nak buat mcm tutorial pakai sampin dengan betul, lipat dan pakai tengkolok, tutorial mari berzapin 5 minit sehari, juga tutorial memasak cara malas tetapi sedap meletup terangkat! **Pantat sampin tu corak vertical yang memanjang dari kepala kain sampai ke corak pucuk rebung, corak ni mesti ada betul-betul centre belakang punggung kita masa pakai sampin, baru la ada art pakai sampin k! Aku sanggup abiskan entry ini sampai pukul 3 pagi, Irfan Khairi selalu pesan kalau nak tau benda tu kita suka atau tak ialah apabila kita membuatnya kita akan bersungguh-sungguh dan penuh perasaan, dan benda itulah yang terbaik dijadikan mata pencarian @ kerjaya anda. Aku?

Aku tau passion aku tapi aku tak tau celah mana nak mulakannya sebagai telaga duit ibu duit ape-apelah sahaja isltilah para internet marketer sekalian tolong!

Anda mungkin juga menyukai