Anda di halaman 1dari 7

Eluuu kengkawan.. saya nak share moral-moral story wit u all.. ^_^ 1.

KISAH PENDAYUNG SAMPAN DENGAN PROFESOR "Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang. Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan." "OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. "Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi

bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Nilai moral Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.. so be humble in everything we do.

2. KAKI ATAU TANDUK Pada suatu pagi yang cerah, seekor rusa sedang minum air di tepi sungai. Semasa meneguk air di permukaan yang jernih, ia terlihat bayang-bayangnya di dalam air. Dia merasa begitu bangga dengan tanduknya yang begitu cantik.. Wah, sungguh cantik tanduk aku. Tanduk aku menjadikan aku cantik ! Rusa itu berpaling dan mendapati kakinya kurus dan panjang serta tidak menarik sama sekali. Sayangnya kakiku sebegini rupa, rungut rusa itu. Jika kakiku cantik seperti tandukku, tentulah aku kelihatan cantik dari hujung rambut hingga hujung kuku. Dengan itu aku menjadi haiwan yang paling cantik! Si rusa seperti menyesali kerana memiliki bentuk kaki yang sedemikian. Tiba-tiba, seekor singa datang ke kolam itu dan minum air. Apabila ternampak rusa, singa itu berhenti berjalan lalu merangkak perlahan-lahan menuju ke arah rusa.

Pada ketika singa bersedia menerkam, sang rusa terperanjat lalu melompat untuk menyelamatkan diri. Kemudian ia dengan sekuat hati berlari menuju ke arah hutan. Sebelum sampai ke hutan, rusa merentasi sebuah kawasan terbuka. Kakinya yang panjang membolehkannya berlari dengan pantas. Dalam masa yang singkat rusa berada jauh dari singa. Akhirnya ia sampai ke pinggir hutan lalu masuk ke dalam hutan. Ia berfikir lebih selamat bersembunyi di dalam hutan. Apabila sang rusa masuk ke dalam hutan, tanduknya yang bercabang-cabang itu tersangkut pada dahan-dahan pokok. Akhirnya ia terperangkap. Rusa menarik dan menolak tanduknya sekuat hati. Malangnya ia tidak berjaya melepaskan tanduknya. Semasa rusa cuba menarik dan menolak tanduknya, sang singa pun tiba. Akhirnya singa berjaya menangkap rusa. Oh, aku sungguh bodoh ! Rusa merintih semasa terbaring menunggu nafasnya berakhir. Aku menghina kakiku yang kurusa hodoh tetapi rupa-rupanya kakiku yang menyelamatkan aku. Tetapi tanduk yang cantik yang aku bangga-banggakan itu menyebabkan kematianku.

Nilai Moral Kadangkala ada perkara yang kita tidak suka tetapi memberika manfaat kepada kita dan ada perkara yang kita suka tetapi merosakkan hidup kita. Hargailah apa-apa pun yang ada pada kita selagi kita hidup.

3. ADA 1 CERITA.. KEINDAHAN YANG HAKIKI DATANGNYA DARI HATI YANG IKHLAS BUKAN DARI PANDANGAN SESEORANG.. Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki di sebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah lelaki itu. " Alangkah tak malunya lelaki ini.. sudah la tak minta izin dari aku..makan sama banyak dengan aku pula..dasar pencuri!!" rungut wanita itu di dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir.. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu bertambah marah. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan muka yang masam mencuka. Wanita itu berkata di dalam hati " Memang muka tembok lelaki ini.. Pencuri besar!! " Wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan menaiki pesawat wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah-olah baru lepas dari satu kejadian ngeri, wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila sampai di tempat duduknya, beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Sangat terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berasa di dalam begnya masih elok dan belum terbuka. Berkata wanita di dalam hatinya.. " Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi.." Ya...biskut yang dimakan tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia di atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir. Rupa-rupanya dia lah sebenar pencuri besar..Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh dengan kekesalan kerana sifat kedekutnya memalukan diri sendiri.. Nilai Murni..jangan cepat berburuk sangka terhadap orang lain.. jangan kedekut..

4. KISAH JARI Satu hari, dikisahkan bahawa kelima-lima jari di sebelah tangan Ali boleh bercakap. Ibu jari pun memulakan cerita: Antara kita semua, saya lah yang paling hebat kerana orang lain akan gembira bila saya berdiri, mereka tahu mereka sedang dipuji. Jari telunjuk pula mencelah: Eh, mana ada. Saya lebih hebat kerana apabila saya berdiri, semua orang akan patuh. Mudahnya memberi arahan jika saya berdiri.

Tiba giliran jari hantu: Hei, sebenarnya saya lah yang paling hebat sebab saya paling tinggi antara kita semua. Kemudian jari manis berkata: Kamu semua ni perasan lah. Saya yang paling hebat dan terkenal, sebab cincin yang mahal selalu disarungkan pada saya. Setelah jari manis selesai berkata, ke-empat-empat jari itu melihat jari kelingking dan menunggu apakah yang akan diberitahunya. Namun, jari kelingking tertunduk dan berkata: Antara kita semua, sayalah yang paling tidak penting. Sudahlah rendah, tiada apa-apa kepentingan lagi. Jari-jari yang lain ketawa. Ditakdirkan, jari Ali patah kerana dipijak rakannya semasa bermain bolasepak. Akibatnya, Ali menjadi susah untuk memegang pensil, makan, dan melakukan kerja yang menggunakan tangan. Setelah itu baru jari-jari yang lain sedar, bahawa mereka semua tidaklah sehebat mana jika tidak bersatu. Moral: 1. Jangan menghina orang lain. 2. Dalam sesebuah kelas, tidak ada istilah pelajar yang lembap dan tidak mampu belajar. 3. Bersatu membawa berkat dan kekuatan. 4. Semua murid adalah sama penting dalam sesebuah kelas.

5. PAKU DI BATANG KAYU Tersebutlah kisah di satu ketika, ada seorang lelaki yang sangat cepat dan selalu marah. Kadang-kadang marah hanya sebab masalah kecil, tapi beliau selalu tidak dapat menahan kemarahan beliau. Kalau dia tersepak batu pun, habislah batu tersebut disumpah seranahnya. Si bapa lelaki ini telah dapat memikirkan cara untuk anaknya mengurangkan sifat marah. Si bapa telah memberikan anaknya yang pemarah itu sekotak paku, tukul dan batang kayu. Kata bapanya,"Anakku, setiap kali kau marah, benamkanlah sebatang paku ke dalam batang kayu ini." Si anak patuh dengan arahan bapanya dan dia membenamkan sebatang paku setiap kali beliau marah. Untuk hari pertama sahaja, beliau telah membenamkan hampir 30 batang paku. Pada hari kedua, si anak telah mengurangkan marahnya di mana bilang paku yang telah dibenamkan berkurang kepada 27 batang, dan terus berkurang pada hari-hari seterusnya sehingga tiada lagi paku yang dibenamkan pada beberapa minggu kemudiannya. Si anak kini telah

berubah, beliau tidak lagi cepat marah. Melihat perubahan anaknya, si bapa pun berkata kepada anaknya, "Syukurlah, kau bukan lagi pemarah seperti dahulu. Sekarang, setiap kali kau menahan perasaan marah, cabutlah sebatang paku daripada batang kayu tersebut." Maka si anak mencabut setiap paku yang ada setiap kali beliau menahan marah sehingga tiada lagi paku yang ada di batang kayu tersebut. Si anak yang gembira pun menunjukkan batang kayu yang telah bersih daripada paku tersebut dengan ayahnya. Seraya ayahnya pun berkata,"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku. Namun, cuba kau lihat kesan paku pada kayu tersebut. Walaupun tiada lagi paku di situ, namun kesannya masih jelas kelihatan di batang kayu tersebut. Apabila kau berkata sesuatu dengan perasaan marah, ia akan meninggalkan kesan sama seperti di kayu ini. Kau boleh menikam sebatang pisau pada badan seorang lelaki dan mencabutnya. Namun, tidak kira berapa banyak kau meminta maaf, luka yang tidak dapat dilihat itu akan terus ada. Memarahi seseorang secara verbal tetap sama dengan menyerang secara fizikal, malah ada ketikanya ia meninggalkan kesan yang lebih mendalam."

Moral of the story: 1. Jangan cepat marah. 2. Jaga percakapan kita. kadangkala kita tak menyangka apa yang kita cakap boleh mengguris perasaan orang lain. Sebab itulah kita dianjurkan supaya berdiam diri seandainya tiada perkara penting yang ingin dicakapkan. 3. Sayangilah dan hargailah rakan anda. 4. Jagalah perasaan orang lain seandainya kita mahukan orang lain menjaga perasaan kita kalau kita marah, kita tak sedar apa yang kita cakap akan melukai hati orang lain..adalah lebih baik berdiam diri dan tarik nafas dalam-dalam utk meredakan kemarahan. .

6. SEBERKAS LIDI Di hujung kampung ada seorang petani tua. Dia tinggal bersama-sama dengan isterinya yang sudah uzur. Mereka ada lima orang anak lelaki. Anak-anak lelaki mereka sudah besar tetapi mereka malas bekerja. Mereka mahu makan sahaja. Petani bersedih mengenangkan tabiat buruk anak-anaknya dan mencari

jalan untuk menyedarkan mereka. Pada suatu petang, petani itu memberi sebatang lidi kepada setiap orang anaknya. Dia menyuruh anak-anaknya mematahkan lidi itu. Semua anak-anaknya dapat mematahkan lidi itu. Kemudian, petani itu mengambil pula seberkas lidi. Dia berikan kepada tiap-tiap orang anaknya. Dia menyuruh anaknya mematahkan lidi itu. Mereka tidak dapat mematahkan seberkas lidi itu. "Kamu ibarat sebatang lidi. Senang sahaja dipatahkan," kata petani itu. "Kalau kamu bermuafakat seperti lidi seberkas, kamu tidak akan dikalahkan oleh orang lain," nasihat petani itu lagi. Anak-anaknya berbaik-baik semula. Mereka bermuafakat menolong ibu bapa mereka. Mereka membuat kerja bersama-sama. Ternakan mereka semakin banyak. Ladang mereka subur. Petani itu sangat gembira kerana anak-anaknya sudah saling bekerjasama. Nilai Murni Hidup bermuafakat akan sentiasa membawa berkat.

Anda mungkin juga menyukai