Anda di halaman 1dari 20

KAKI ATAU TANDUK

Pada suatu pagi yang cerah, seekor rusa sedang minum air di tepi sungai. Semasa

meneguk air di permukaan yang jernih, ia terlihat bayang-bayangnya di dalam air. Dia

berasa begitu bangga dengan tanduknya yang begitu cantik.. ³Wah, sungguh cantik

tanduk aku. Tanduk aku menjadikan aku cantik !´Rusa itu berpaling dan mendapati

kakinya kurus dan panjang serta tidak menarik sama

sekali. ´Sayangnya kakiku sebegini rupa,´ rungut rusa itu. ³Jika

kakiku cantik seperti tandukku, tentulah aku kelihatan cantik dari hujung rambut hingga

hujung kuku. Dengan itu aku menjadi haiwan yang paling cantik!´ Si rusa seperti

menyesali kerana memiliki bentuk kaki yang sedemikian.Tiba-tiba, seekor singa datang

ke kolam itu dan minum air. Apabila ternampak rusa, singa itu berhenti berjalan lalu

merangkak perlahan-lahan menuju ke arah rusa.

Pada ketika singa bersedia menerkam, sang rusa terperanjat lalu melompat untuk

menyelamatkan diri. Kemudian ia dengan sekuat hati berlari menuju ke arah hutan.

Sebelum sampai ke hutan, rusa merentasi sebuah kawasan terbuka. Kakinya yang

panjang membolehkannya berlari dengan pantas. Dalam masa yang singkat rusa berada

jauh dari singa. Akhirnya ia sampai ke pinggir hutan lalu masuk ke dalam hutan. Ia

berfikir lebih selamat bersembunyi di dalam hutan. Apabila sang rusa masuk ke dalam

hutan, tanduknya yang bercabang-cabang itu tersangkut pada dahan-dahan

pokok. Akhirnya ia terperangkap. Rusa menarik dan menolak tanduknya

sekuat hati. Malangnya ia tidak berjaya melepaskan tanduknya. Semasa rusa cuba

menarik dan menolak tanduknya, sang singa pun tiba. Akhirnya singa berjaya

menangkap rusa.´Oh, aku sungguh bodoh !´ Rusa merintih semasa terbaring menunggu

nafasnya berakhir. ´Aku menghina kakiku yang kurus dan hodoh tetapi rupa-rupanya
kakiku yangmenyelamatkan aku. Tetapi tanduk yang cantik yang aku bangga-banggakan

itu menyebabkan kematianku.

Nilai Moral

Kadangkala ada perkara yang kita tidak suka tetapi memberikan manfaat kepada kita dan

ada perkara yang kita suka tetapi merosakkan hidup kita. Hargailah apa-apa pun yang

ada pada kita selagi kita hidup

PAKU DI BATANG KAYU

Tersebutlah kisah di satu ketika, ada seorang lelaki yang sangat cepat dan selalu marah.

Kadang-kadang marah hanya sebab masalah kecil, tapi beliau selalu tidak dapat

menahan kemarahan beliau. Kalau dia tersepak batu pun, habislah batu tersebut

disumpah seranahnya. Si bapa lelaki ini telah dapat memikirkan cara untuk anaknya

mengurangkan sifat marah. Si bapa telah memberikan anaknya yang pemarah itu sekotak

paku, tukul dan batang kayu. Kata bapanya,"Anakku, setiap kali kau marah, benamkanlah

sebatang paku ke dalam batang kayu ini." Si anak patuh dengan arahan bapanya dan dia

membenamkan sebatang paku setiap kali beliau marah. Untuk hari pertama sahaja,beliau

telah membenamkan hampir 30 batang paku. Pada hari kedua, si anak telah

mengurangkan marahnya di mana bilang paku yang telah dibenamkan berkurang kepada

27 batang, dan terus berkurang pada hari-hari seterusnya sehingga tiada lag ipaku yang

dibenamkan pada beberapa minggu kemudiannya. Si anak kini telahberubah, beliau tidak

lagi cepat marah.Melihat perubahan anaknya, si bapa pun berkata kepada anaknya,

"Syukurlah, kaubukan lagi pemarah seperti dahulu. Sekarang, setiap kali kau menahan

perasaanmarah, cabutlah sebatang paku daripada batang kayu tersebut." Maka si

anakmencabut setiap paku yang ada setiap kali beliau menahan marah sehingga tiada

lagipaku yang ada di batang kayu tersebut.Si anak yang gembira pun menunjukkan
batang kayu yang telah bersih daripada pakutersebut dengan ayahnya. Seraya ayahnya

pun berkata,"Kau telah melakukannyadengan baik, anakku. Namun, cuba kau lihat kesan

paku pada kayu tersebut. Walaupuntiada lagi paku di situ, namun kesannya masih jelas

kelihatan di batang kayu tersebut. Apabila kau berkata sesuatu dengan perasaan marah,

ia akan meninggalkan kesansama seperti di kayu ini. Kau boleh menikam sebatang pisau

pada badan seorang lelakidan mencabutnya. Namun, tidak kira berapa banyak kau

meminta maaf, luka yang tidakdapat dilihat itu akan terus ada. Memarahi seseorang

secara verbal tetap sama denganmenyerang secara fizikal, malah ada ketikanya ia

meninggalkan kesan yang lebih mendalam.

Moral of the story:

1. Jangan cepat marah.2. Jaga percakapan kita. kadangkala kita tak menyangka apa

yang kita cakap bolehmengguris perasaan orang lain. Sebab itulah kita dianjurkan supaya

berdiam diriseandainya tiada perkara penting yang ingin dicakapkan.3. Sayangilah dan

hargailah rakan anda.4. Jagalah perasaan orang lain seandainya kita mahukan orang lain

menjaga perasaankitakalau kita marah, kita tak sedar apa yang kita cakap akan melukai

hati oranglain..adalah lebih baik berdiam diri dan tarik nafas dalam-dalam utk meredakan

Kemarahan.
Si Tanggang Anak Derhaka

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,yang

di hormati guru dan rakan-rakan yang di kasihi sekalian,Assalamuaimualaikum dan

salam satu Malaysia, saya Intan Izzlyanie BtAbd. Hamid akan menyampaikan sebuah

cerita yang bertajuk “Si Tangganganak derhaka”Di hujung sebuah kampong tinggal

seorang wanita tua yang sangatmiskin. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang

bernama Si Tanggang. SiTanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal.

Pada suatu hariseorang kawannya datang, ketika itu Si Tanggang sedang sibuk

membelahkayu api di hadapan rumahnya. “ada kapal datang, marilah kita pergitengok”,

mendengar sahaja kapal, Tanggang begitu teruja. Dia segera

berlari bersama kawannya menuju ke muara sungai yang tidak berapa jauh darirumahnya

.Apabila tiba di tepi sungai , Si Tanggang terlihat sebuah

kapalyang besar sedang berlabuh di muara sungai yang berhampiran.Wah ! besarnya

kapal itu.Kalaulah aku dapat berkerja di atas kapal itu, tentu

bagus.Si Tanggang terus pergi berjumpa dengan nakhoda kapal yang meminta pekerjaan
sebagai anak kapalnya. Nakhoda kapal bersetuju kerana melihatkesungguhan Si

Tanggang. “ saya berjanji akan bekerja bersungguh-sungguhtanpa mengira waktu siang

dan malam”. Janji Si Tanggang kepada nakhodakapal. Nakhoda kapal hanya tersenyum

kerana melihat gelagat Si Tanggangyang begitu seronok mendapat kerja

tersebut.Walaupun ibu Si Tanggang amat keberatan untuk melepaskannya pergi belayar,

namun dia terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji kepada ibunya akan kembali ke

kampung setelah ia menjadi kaya.

“Tanggang berjanji akan sentiasa ingat pada ibu. Bila sudah kayananti,Tanggang akan

kembali dengan harta dan ibu tidak akan susah. Kitatidak akan di hina lagi.” Janji

Tanggang. Dengan linangan air mata ibu SiTanggang melepaskanya pergi. Si Tanggang

segera berlari menuju ke

kapaldengan perasaan gembira. Akhirnya Si Tanggang berjaya keluar darikampong

dan berkerja di sebuah kapal serta belayar ke segenap benua.

Dia berazam untuk memiliki sebuah kapal yang besar suatu hari nanti.SiTanggang

melakukan apa sahaja yang disuruh oleh nakhoda. Si Tanggang bekerja dengan rajin dan

lebih tekun lagi. Nakhoda menjadikan Si Tanggangsebagai anak angkatnya.

Apabila nakhoda uzur, maka Si Tanggang telah di lantik sebagainakhoda kapal yang baru.

Dia di panggil sebagai nakhoda Tanggang. SiTanggang cekap dan pandai berniaga .

namanya mulai terkenal. Sultan dinegeri itu tertarik dengannya lalu menjemput dia ke

istana.Tidak lama kemudian Si Tanggang telah berkahwin dengan puterisultan. Si

Tanggang telah membawa isterinya belayar ke banyak tempat dimerata negeri. Pada

suatu hari, kapal yang di naiki Si Tanggang berlabuh dimuara sungai tempat

asalnya.Orang kampung mengetahui nakhoda itu ialah Si Tanggang. Merekasegera

memberi tahu orang tuanya . “ anak aku sudah pulang, Tanggangsudah pulang.” Kata

ibunya dengan gembira.“Ya aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya

sekarang.” Katanya lagi.


Dengan pertolongan seorang pemuda, ibu Si Tanggang mengayuhsampannya untuk berju

mpa dengan nakhoda Tanggang. Si ibu membawamakanan kegemarannya iaitu pisang

salai. Apabila tiba di kapal,

seorang pekerja kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian Si Tanggangmuncul ber

sama isterinya,” dia mengaku tuan anaknya”. Jawab pekerjakapal. “betulkah dia ini ibu

kanda?” Tanya si isteri.Si Tanggang berasa malu mengaku untuk mengaku orang tua

ibunya.Kesusahan dan kemiskinan membuat ibunya kelihatan uzur dan daif sekali.”Ibu

kanda,oh tidak kanda tidak mempunyai ibubapa lagi.jangan benarkanorang tua ini

naik”.herdik Tanggang dengan perasaan marah.Oh Tanggang aku ibu mu. Ibu ada

bawakan makanan kegemaranmu pisang salai.”rayu si

ibu.“Pergi orang tua yang tidak sedar diri”. Mereka pun pergi ketepisungai dengan

perasaan sedih. Apabila tiba di tepi sungai, ibu Si Tanggangmemandang ke langit, sambil

mengangkat tangan dia berseru”oh tuhan kautunjukankanlah kepada Si Tanggang aku

ibu kandungnya”. Tiba-tiba petir berdentum, angin bertiup kencang, Si Tanggang

berasatakut dan kesal. Kapal yang di naiki Si Tanggang terumbang ambing. Diatahu tuhan

telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasankerana telah menderhaka

kepada ibunya.“Oh , ibu ampunkan Tanggang!, Tanggang berdosa ibu, Tanggangmengaku

Tanggang anak ibu, ampukan Tanggang”. Akan tetapi segalanyasudah terlambat. Apabila

angin bertiup kencang itu sudah redha,kapal yangdi naiki Si Tanggang menjadi batu.

Pekerja-pekerja kapal itu juga menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu

Kawan-kawan pengajaran daripada cerita ini ialah:

1.

Kita tidak boleh derhaka kepada ibu kita..kita dan melawan kata-kata ibu kita kerana

syurga terletak di bawah tapak kaki ibu.2.Janganlah kita bersikap sombongdan bongkok
kepada orang yangtelah berjsa kepada

kita.3.Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan setiap pemberianTuhan.. Usahlah kita

menjadi seperti kacang lupakan kulit.

ebelum saya mengakhiri cerita ini, saya ingin menyampaikanserangkap pantun.Kalau ada

sumur di ladang,Boleh saya menumpang mandi,Klau ada umur yang panjang,Boleh kita

berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

BATU BELAH BATU BER TANGKUP

Zaman dahulu di dusun Indragiri Hilir, tinggal seorang janda bernama Mak Minah

digubuknya yang reyot bersama satu orang anak perempuannya bernama Diang dan dua

oranganak laki-lakinya bernama Utuh dan Ucin. Mak Minah rajin bekerja dan setiap

harimenyiapkan kebutuhan ketiga anaknya. Mak Minah juga mencari kayu bakar untuk

dijual ke pasar sebagai pemenuhan kebutuhan sehari-hari mereka.


Ketiga anaknya sangat nakal dan pemalas yang senang bermain-main saja, tak

maumembantu emaknya. Sering mereka membantah nasihat emaknya sehingga Mak

Minahsering bersedih. Mak Minah telah tua dan sakit-sakitan. Merka bermain kadang

sampai larutmalam. Mak Minah sering menangis dan meratapi dirinya.

“Yaaa Tuhan, tolonglah hamba. Sadarkanlah anak

-anak hamba yang tidak pernah mau

menghormati emaknya,” Mak Minah berdoa diantara tangisnya.

Esok harinya, Mak Minah menyiapkan makanan yang banyak untuk anak-

anaknya.Setelah itu, Mak Minah pergi ke tepi sungai dan mendekati sebuah batu yang

bisa berbicara.Batu itu juga dapat membuka dan menutup seperti kerang. Orang-orang

menyebutnya Batu bertangkup.

Wahai Batu Batangkup, telanlah saya. Saya tak sanggup lagi hidup dengan ketiga anak

saya

yang tidak

pernah menghormati orang tuanya,” kata Mak Minah. Batu Batangkup kemudian

menelan tubuh Mak Minah dan yang tersisa adalah seujung dari rambut Mak Minah

yang panjang

Menjelang sore, ketiga anaknya Cuma heran sebentar karena tidak menjumpaiemaknya

sejak pagi. Tetap karena makanan cukup banyak, mereka pun makan lalu bermain-main

kembali. Mereka tidak peduli lagi. Setelah hari kedua dan makanan pun habis,

merekamulai kebingungan dan lapar. Sampai malam hari pun mereka tak bisa

menemukan emaknya
Pemburu Yang Tamak

Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan

perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu.

Burung itu bertanya, " Apa yang ingin engkau lakukan pada diriku?"

Lelaki itu menjawab " Akan aku sembelih engkau dan makan engkau sebagai lauk"

"Percayalah, engkau tidak akan begitu berselera memakanku dan aku tidak akan

mengenyangkan engkau. Jangan engkau makan aku, tetapi akan aku beritahu engkau

tiga nasihat yang lebih baik dari engkau memakanku "

Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman

orang itu. Yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di cabang pohon dan

yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.

Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun bersetuju. Lalu dia meminta

nasihat pertama. Kata burung itu, "Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau

menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal."


Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Di

sampaikannya nasihat yang kedua, "Jangan percaya kepada segala yang bertentangan

dengan akal, apabila tak ada bukti."

Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, "Wahai manusia

malang! Jika tadi engkau sembelih aku, nescaya engkau akan dapati dalam tubuhku ada

dua biji mutiara. Berat setiap mutiara itu adalah dua puluh gram."

Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata-kata si burung murai.. Si pemburu

berasa dirinya telah tertipu. "Bodohnya aku! Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang

begitu baik!"

Pemburu itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya. Namun katanya, "Setidaknya,

katakan padaku nasihat yang ketiga itu!"

Si burung murai menjawab,"Alangkah tololnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan

yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padamu agar

jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan

akal. Kini kau malah melakukan keduanya. Kau percaya pada hal yang tak masuk akal

dan menyesali kehilanganmu. Cuba engkau fikirkan, hai orang yang dungu. Aku,

dagingku, darahku dan buluku tidak logik seberat dua puluh gram. Oleh itu, bagaimana

mungkin akan ada dalam perutku dua biji mutiara yang masing-masing seberat dua puluh

gram? Aku tidak cukup besar untuk menyimpan dua butir mutiara besar! Kau tolol! Oleh

kerananya kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi manusia."

Murai menyambung lagi, "Nasihatku yang ketiga adalah, memberi nasihat kepada
sedozen bahlul seperti engkau ini adalah seperti menabur benih di tanah usang, tidak

akan memberi faedah!"

Kemudian terbanglah si burung murai yang bijak itu meninggalkan si lelaki yang

termenung akan ketamakannya itu.

Moral:

Itulah contoh betapa halobanya anak Adam yang jadi kelabu mata dari mengetahui

kebenaran.

Jika seseorang menginginkan yang serba banyak atau terlalu panjang angan-angannya

atas sesuatu yang lebih, nescaya hilanglah sifat qana' (merasa cukup dengan yang ada).

Dan tidak mustahil ia menjadi kotor akibat haloba dan hina akibat rakus sebab kedua sifat

itu mengheret kepada pekerti yang jahat untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan

mungkar, yang merosakkan maruah (harga diri).

Paku Di Tiang

Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki

bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama.

Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat,suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat

bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap

meninggalkannya.Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya.


Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya. Suatu

hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan

berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu paku tiang di tengah

halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan,maka aku akan benamkan

satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan

kucabut keluar dari tiang ini."

Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul

beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam

satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang.

Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut tengkujuh berganti

kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar.Tiang yang berdiri megah di halaman kini

telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir

setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek

kerana hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-

paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu. Maka dia pun berazamlah

untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir

paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknyas sembahyang lagi ditambah dengan sunat-

sunatnya.Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa

maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari,

semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal,

hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.

Maka ayahnyapun memanggil anaknya dan berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir,
dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung

pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan

oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak. "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku

menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada."Dalam

nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu

telah tiada,tapi aku bersedih parut - parut lubang dari paku itu tetap kekal ditiang,

bersama dengan karatnya."

Moral :

Rakan yang dimuliakan, Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi

hinggakan menjadi suatu kebiasaan ,kita mungkin boleh mengatasinya, atau secara

beransur-ansur menghapuskannya,tapi ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari

itu, bilamana kita menyedaridiri ini melakukan suatu kemungkaran,ataupun sedang

diambang pintu habit yang buruk, maka berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita

bergelimang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebilah paku lagi yang

akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya.

Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih

lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut.

Kisah Tiga Budak Hitam.


Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba

seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol

tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan

tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun

membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang

telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam

masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang

membebaskan aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku

tunaikan permintaanmu"

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut

menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang

pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih

supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun

menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".

Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik,

lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya.

Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun

berkata

kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku

menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama

dan kedua".
Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang

lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.

Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau

hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya.

Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka

tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.

Moral:

Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak

suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang

lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada

akhirnya merugikan manusia sendiri.


Singa yang sombong

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih

Pengerusi MajlisYang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan

sekalian. Saya akan menyampaikan

sebuah cerita yang bertajuk “ Singa yang Sombong”. Yang terlena,

sedar-sedarkan. Yang tersedar,dengar-dengarkan Yang terdengar fikir-

fikirkan. Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singayang sombong. Badannya yang besar

dan kuat menyebabkan semua haiwan takut

kepadanya.Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya. Suatu hari, semua haiwan di r

imba telahmengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana

untuk menewaskan singa yangganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun

dan bersuara.

“ Wahai kawan

-kawan,kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan

kita yang menjadimangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir,

bagaimana hendakmenewaskan singa itu.


“ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain. “ Siap

ada cadangan, silakan” kata

Sang Kancil Semua terdiam. Tiba-

tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawan

-kawan, biarlah saya

cuba menewaskan singa itu.”

Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.

“Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.” Tebuan mencabar kawan

-kawannya. Masing-masing tunduk diam.

“Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani

menentang Singa, marilah kita sama-

sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.” Kata Sang

Kancil

dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu. Pada keesokanhari

nya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan pertarungan antara Singa dan

Tebuan.Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu

Tebuan pun terbangmenghampiri Singa.

“ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawandenganku.” Kata

Tebuan dengan berani. “ Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itusambil

ketawa. “ Belum cuba, belum tahu.Walau

pun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku akan

dapat menewaskan kemalasanmu yang besar.” Jawab Tebuan penuh semangat. “ Baiklah

,kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa.

Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singaitu. Singa itu berpusing-pusing untuk

menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singaitu menjadi letih.
Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubanghidung

singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya.Singa itu meraung

kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan

Tebuan.Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu. Tidak lama kemudian, Singa itup

un matikesakitan yang amat sangat. Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka

menyanjungkeberanian tebuan itu. Ingat kawan-kawan, 1. Orang yang besar tidak semest

inya kuat danorang yang kecil tidak semestinya lemah. 2. Kita tidak boleh bersikap malas

berusahalah 3. Kitamesti berusaha jika ingin Berjaya Sebelum mengundur diri mari kita

fikirkan.... kecik jangan disangkaanak, besar jangan disangka bapa... akal yang cerdik dan

semangat kental dapat mengalahkankekuatan fizikal.. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai