Anda di halaman 1dari 20

TAMADUN CINA: KESUSASTERAAN, KESENIAN, SAINS DAN TEKNOLOGI CINA

TAMADUN CINA: KESUSASTERAAN, KESENIAN, SAINS DAN TEKNOLOGI CINA

1.1 PENGENALAN

Tamadun Cina pada dasarnya merupakan. sebuah tamadun berorientasikan agraria atau
pertanian yang sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan sifat geografi dalam proses
pembangunan dan perkembangan. Bagaimanapun, sebagai mana yang telah dibincangkan
dalam bab terdahulu, proses pembangunan tamadun Cina mengambil masa yang panjang.
Tamadun Cina telah melahirkan perkembangan pelbagai aliran falsafah, organisasi politik
secara kompleks, serta sistem pentadbiran dan institusi sosial yang maju. Bab ini akan
membincangkan mengenai beberapa aspek lain yang tidak kurang pentingnya dalam
tamadun Cina iaitu bahasa dan kesusasteraan, kesenian, sains dan teknologi.

1.2 BAHASA DAN KESUSASTERAAN CINA KLASIK

Sejarah kesusasteraan Cina bermula sekurang-kurangnya seawal kurun ke-14SM dan pci-
kembangannya berterusan sepanjang lebih daripada 3,000 tahun. Perkembangan
kesusasteraan Cina ini tidak pernah menerima gangguan atau sekatan. Sifat ini khasnya
disebabkan bahasa pengantar bagi sastera Cina klasik iaitu bahasa Cina telah mengekalkan
identitinya dari segi lisan dan tulisan "walaupun negara China pernah diperintah oleh puak
asing seperti orang Mongol (dinasti Yuan, 1279-1368) dan orang Manchu (dinasti Qing,
1644-1911). Tulisan Cina pada dasarnya bersifat grafik dan bukan fonetik (non-phonetic);
dan sifat ini menjadikan bahasa Cina kurang sesuai untuk digunakan dalam usaha
mentranskripsikan bahasa lain. Dengan ini ia tetap tidak berubah dan seterusnya
meninggalkan beberapa kesan terhadap kesusasteraan Cina dan penyebarannya.

Sifat bahasa Cina yang bukan berabjad-fonetik (alphabetic-phonetic) bermakna huruf-


hurufnya tidak menunjukkan bunyi sebutan. Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan cara
dari segi fonologi mengikut tempat atau mengikut kesesuaian selaras dengan perubahan
zaman-zaman dalam sejarah Cina. Namun begitu, maksud sesuatu huruf tetap sama tidak
kira dalam diaiek apapun ia disebutkan atau dipertuturkan. Maka itu kesusasteraan Cina
dapat dinikmati dan dihayati oleh semua yang mengenali huruf Cina. Sesebuah karya klasik
Konfusius misalnya, boleh dibaca dalam apa jua diaiek tanpa menjejaskan maksudnya. Sifat
bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan membolehkan
kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya masyarakat Cina yang amat bemilai.

1.3 KEPELBAGAIAN GENRE SASTERA CINA KLASIK

1.3.1 Puisi

Antologi puisi Cina yang terawal bertajuk Shijing (Klasik Puisi). Antologi ini mengandungi
305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang wujud pada tempoh
antara zaman Zhou Barat (kurun ke-11SMP-771SM) hingga zaman Musim Bunga Musim
Luruh (770SM-476SM) dan dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe. la dipercayai disusun
pada lebih kurang masa Konfusius (551SM-479SM). Puisi-puisi dalam antologi ini penuh
dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan member! inspirasi
kepada penyajak serta penulis generasi kemudian. Shijing bersama empat klasik lain iaitu
Yijing (Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual) dan Chun qiu (Klasik
Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik) dan sejak kurun ke-
2SM ianya sangat dihormati oleh sarjana- sarjana Cina. Puisi yang terkandung dalam
Shijing pada asasnya dinyanyikan dengan iringan muzik. Sesetengah puisi, terutamanya
puisi kuil juga diiringi oleh tarian.

Pada keseluiuhannya kebanyakan puisi dalam Shijing mementingkan elemen lirik lebih
daripada elemen naratif. Rima akhir diutamakan untuk mencapai kesan muzik dan tidak
bergantung kepada penggunaan kecantikan retorik. Puisi dalam Shijing mempunyai fungsi
politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. la digunakan dalam pertemuan rasmi; raja
dan pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi sesuatu keadaan
sebenar atau untuk menyatakan maksud sebenar.

Chu ci (Nyanyian Chu) yang juga berasal dari muzik dan tarian dianggap mewakili antologi
puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sungai Yangzi. Puisi-puisi yang berasal
dari kawasan selatan ini menunjukkan pola irama yang agak berbeza daripada Shijing,
misalnya baris-bans lebih panjang dan kurang tetap menyebabkan puisinya lebih sesuai
dideklamasikan.

gmbr

hu ci(Nyanyian Chu)

Mulai dari Shijing hmgga ke Chu ci, puisi Cina klasik kian matang dan sempurna. Dmasti
Tang (618-907) menyaksikan kemuncak perkembangan genre ini. Keadaan politik dan
ekonomi yang stabil khasnya pada tahap permulaan zaman ini menggalakkan
perkembangan puisi Cina klasik mencapai tahap keemasan. Puisi yang telah dihasilkan
tiada tandingan dari segi kuantiti dan kualiti. Quan Tangshi (Koleksi Lengkap Puisi Tang)
mengumpulkan jumlah puisi lebih kurang 50,000 buah, hasil ciptaan dari 2,000 atau lebih
orangpenyajak, termasuk penyajak agung seperti Li Bai, Du Fu dan Bai Juyi. Bentuk puisi
utama yang wujud dalam sejarah puisi Cina klasik seperti jueju (puisi empat baris) dan lu shi
(puisi lapan baris) juga telah mencapai tahap kematangan. Puisi- puisi ini dihasilkan dan
ditulis dengan menggunakan pelbagai terna.

Bagi orang Cina, skop genre shi, yang biasanya diterjemahkan puisi, adalah sangat terhad.
Sebenarnya yang boleh kita klasifikasikan di bawah golongan genre puisi wujud dalam
banyak bentuk selain bentuk shi. Balada misalnya, begitu banyak jumlahnya. Kebanyakan
teks drama juga mengandungi nyanyian dalam bentuk puisi. Yang harus diberi perhatian
ialah sejenis puisi yang timbul dari nyanyian penghibur dan digubah dalam rangkap
berlainan panjang mengikut bunyi atau suit muzik tertentu dikenali sebagai lirik ci. Di bawah
usaha sebilangan penulisan ci yang berbakat seperti Liu Yong, Su Shi, Li Qingzhao, Zhou
Bangyan dan Xin Qiji, bentuk ini mengambil tempat shi pada zaman pemerintahan dinasti
Song (960-1279) untuk menjadi genre yang paling popular dan representatif.

Ringkasnya, bolehlah kita simpulkan di sini secara keseluruhannya, puisi Cina klasik
mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri yang hams diberikan perhatian ialah pertama, puisi
Cina berhubungan rapat dengan muzik; kedua, bersifat kompak (padat) dan singkat,
panjangnya kadang-kadang serupa dengan sepucuk telegram; ketiga, puisi naratif atau
deskriptif yang boleh dikatakan panjang mengikut standard sastera lain di dunia ini sangat
kurang, dan epik tidak wujud; dan keempat, puisi mempunyai fungsi sosial dan politik selain
fungsi sastera.

1.3.2 Prosa

Garis pemisah antara puisi dengan prosa kurang jelas. Ini dapat dilihat khususnya dalam
tiga jenis genre. Bentuk fu, genre representatif bagi dinasti Han (206SM-220) misalnya,
menunjukkan sifat puisi bercampur prosa. Ini menjelaskan mengapa/M diberi label berlainan
seperti prosa bersifat puisi (poetic prose), prosa berima (rhyme prose), rapsodi (rhapsody),
puisi bersifat prosa (prose poetry) dalam bahasa Inggeris. Genre lain dalam kumpulan ini
termasukpianwen (prosa selari) iaitu sejenis prosa berirama iaitu syarat-syarat tertentu
khasnya mengenai kecantikan retorik dikenakan, dan bagu wenzhang (eight-legged essay),
yang merupakan kayu pengukur paling utama dalam menggredkan calon peperiksaan
perkhidmatan awam. Prosa jenis bagu ini mensyaratkan penults perlu mematuhi pelbagai
syarat dari segi kandungan dan bentuk apabila menulis. Prosa jenis bagu begitu dominan
dalam bidang penulisan Cina selama berabad-abad (1487- 1901).
Prosa klasik, atau dikenali guwen, adalah dominan dalam sastera Cina klasik. la
menggunakan bahasa klasik. Terdapat juga prosa vernakular, atau haihuawen, yang ditulis
dalam bahasa pertuturan (percakapan). Prosa klasik berdasarkan standard dan stall karya
pakar zaman purba, khasnya klasik-klasik Konfusius dan karya ahli falsafah zaman awal
sebagai model. Bahasa klasik adalah jauh berbeza dan bahasa pertuturan sehan-hanan
kerana la sukar untuk difahami atau dikuasai. Bagaimanapun, bahasa klasik telah menjadi
medium bagi hampir semua penulisan prosa disebabkan ia adalah bahasa yang dikhaskan
dalam peperiksaan rasmi dan juga kerana penghormatan tradisional yang ada pada
pencapaian budaya zaman dahulu. Prosa vernakular yang ditulis dalam bahasa sehari-hari
itu dipandang rendah. Bahasa percakapan, walaupun lebih mendekati kegunaan biasa, tidak
ditegaskan dalam tradisi Cina, dan dielakkan dalam penulisan sastera sehmgga kurun ke-13
dan ia mulai diguna oleh penulis drama dan fiksyen.

Berlainan dengan prosa di Barat, prosa Cina seperti puisi purba, juga mempunyai rungsi
sosial dan politik. Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian, sesebuah
prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika. Satu daripada tujuan
penulisan prosa adalah untuk 'menyampaikan dao', atau menunjukkan jalan atau cara dari
segi moral dan etika.

Zhuang Zi (Zhuang Zi juga nama penulis) boleh dikatakan prosa pra- Qin yang indah sekali.
Manakala Shiji (Rekod Sejarah) hasil Sima Qian, sebuah buku sejarah mempunyai
penulisan prosa yang terbaik sekali bagi zaman dinasti Han (206SM-220SM).
Kecemerlangan Shiji terletak kepada sifatnya sebagai model percantuman sejarah dan
kesusasteraan. Buku ini diberi nilai sastera yang amat tinggi dan mempunyai pengaruh
besar terhadap bukan sahaja prosa, tetapi juga novel dan drama hari kemudian.

1.3.3 Drama

Drama Cina berkembang agak lewat. Pada dinasti Yuan (1279-1368), prestij tradisi lama
mulai merosot di bawah pemerintahan Mongol, dan kawasan utara China, di mana penakluk
asing mendirikan pusat pentadbiran mereka, menjadi satu persekitaran yang unik dengan
aktiviti sastera yang bukan konvensional seperti drama berkembang. Drama Cina yang
paling menarik ialah jenis za ju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah
mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Pelbagai tema dihasilkan
dan terkandung dalam karya-karya drama. Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan
karya dan menggunakan karya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak
puas hati atau sebagai alat kritikan. Dengan ini zaju bukan sahaja member! hiburan tetapi
juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati
penonton. Sebagai contoh, drama Dou'er yuan (Ketidakadilan Dou'er) karya Guan Hanqing,
mengkritik kelemahan pegawai Mongol yang menerima rasuah sehingga mengakibatkan
seorang suri rumah dihukum mati tanpa melakukan apa-apa kesalahan. Karya lain seperti
drama Xixiangji (Percintaan Kamar Barat) hasil penulisan Wang Shifu, menyanjung cinta
bebas melalui pelukisan watak utama sebagai berani menentang tradisi lama dalam hal
perkahwinan. Zaju banyak menyokong nilai-nilai Cina tradisional khasnya nilai seperti zhong
(kesetiaan), xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), jie (kesucian seseorang wanita) dan yi
(keadilan).

za ju (杂剧)

Drama cina

Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dan berlainan daerah mula berkembang dan
semakin popular sehingga akhirnya dipentaskan di pentas- pentas di Beijing. Dari sini,
kegiatan drama ini akhirnya melahirkan opera Cina yang menjadi salah satu kegemaran
ramai masyarakat Cina sehingga masa kini.

Seperti yang dibincangkan di atas, prinsip moral Konfusius terkandung di dalam drama Cina
tradisional. Tanggungjawab terhadap ibu bapa dan suami atau taat setia kepada tuan atau
ketua adalah nilai yang berulang kali disalurkan dalam karya-karya drama. Secara
keseluruhannya, drama Cina lebih berkecenderungan menekankan nilai-nilai etika
berbanding agama. Drama bertujuan mendukung kelakuan baik dan memberi amaran atau
berwaspada terhadap perbuatan-perbuatan jahat. Konsep tragedi seperti yang terdapat di
Barat yang menegaskan bahawa manusia tidak berupaya memahami atau menguasai
kuasa alam semesta tidak mendapat tempat dalam drama Cina. Sesebuah drama Cina yang
tipikal akan berakhir dengan mesej yang mengatakan sesiapa yang berbuat baik akan
mendapat ganjaran dan sebaliknya, yang jahat akan menerima hukuman.

1.3.4 Fiksyen

Disebabkan cerita-cerita yang ditulis adalah dalam bahasa vernakular maka golongan
terpelajar tradisional yang memandang tinggi stall klasik secara rasmi tidak menganggap
fiksyen bernilai untuk diberi taraf sastera. Istilah Cina bagi merujuk genre ini ialah xiaoshuo
bermaksud percakapan kecil, dan percakapan sia-sia. Ternyata, kedudukan fiksyen tidak
setanding dengan puisi atau prosa yang selama ini bukan sahaja mempunyai fungsi sastera
tetapi juga berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat
politik. Walau bagaimanapun, pada zaman awal dinasti Song (960-1279) perkembangan
cerita dalam bahasa harian telah mulai wujud, selanjutnya mencapai tahap kematangan dan
kegemilangan pada zaman dinasti Yuan (1279-1368), dinasti Ming (1368-1644) dan dinasti
Qing (1644-1911).
Hasil karya berbentuk fiksyen begitu banyak dicipta dan kebanyakannya merupakan naratif
yang panjang. Sebahagiannya adalah dalam bentuk roman sejarah. Contoh terbaik ialah
Sanguoyanyi (Roman Tiga Negara), sebuah roman berdasarkan cerita yang telah lama
tersebar di kalangan rakyat mengenai perebutan kuasa tiga buah negara pada akhir kurun
ke-2. Roman sejarah seperti Sanguo yanyi mengandungi maklumat-maklumat dan bahan-
bahan yang begitu menarik bagi penulis drama Cina. Beberapa fiksyen mempunyai nilai
yang amat tinggi misalnya Honglou meng (Mimpi Loteng Merah), yang melukiskan
kehidupan dan nasib sebuah keluarga besar pada zaman dinasti Qing. la merupakan
sebuah novel dengan pencapaian sangat cemerlang kelihatan dari segi perwatakan dan
pelukisan gambaran yang mendalam serta bermaklumat tentang kehidupan dan adat resam
orang Cina.

Fiksyen Cina kadangkala digunakan sebagai alat untuk menggambarkan dunia Utopia, dan
menyokong perubahan misalnya, karya Shuihu zbuan (Kisah Pinggir Air). Terdapat fiksyen
mengenai keghaiban seperti Xijouji (Perjalanan ke Barat) dan ada juga yang merupakan
mengenai pornografi seperti/w PingMei (Emas Vas Plum), walaupun buku ini juga
mempamerkan sudut gelap masyarakat Cina yang penuh dengan rasuah dan keruntuhan
moral. Nilai terbesar novel China boleh dilihat dari aspek bahawa kebanyakannya member!
wawasan mendalam tentang budaya dan adat resam orang Cina pada zaman sesuatu novel
itu ditulis.

Bertepatan dengan penerimaan Buddhisme natijah dari interaksi dengan tamadun India
maka terdapat pengaruh unsur-unsur agama ini yang jelas. Fiksyen Cina berkembang di
atas dasar tradisi mencerita {story-telling) zaman lebih awal iaitu penglipur lara telah meniru
format dikir agama Buddha untuk menyampaikan cerita mereka. Selain daripada cara
penyampaian, terdapat juga fiksyen yang temanya telah diilhamkan oleh catatan agama
Buddha. Antara contoh terbaik ialah Xi you ji, yang menceritakan dengan penuh imaginasi
perjalanan seorang sami Cina ke India untuk mendapatkan kitab suci Buddha.

Drama Xi you ji

1.4 KESENIAN CINA

1.4.1 Muzik Klasik

Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang
dalam dunia ini. Bukti dokumentasi menunjukkan bentuk muzik Cina yang wujud tidak
terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di
istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Namun begitu, bahan
muzik ini telah hilang dan yang masih dapat dilihat hanya bahan yang wujud sejak dari
zaman dinasti Song, dan Jumlahnya sudah sama dengan jumlah kesemua bahan sistem
muzik utama dalam sejarah Eropah.

Sistem melodi (tune) muzik Cina klasik adalah kompleks. Alat-alat muzik Cina dikategorikan
mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Pada
dasarnya bahan-bahan ini termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu dan
buluh. Berdasarkan cara sesuatu jenis alat muzik ini dimainkan muzik Cina dapat
diklasifikasikan kepada kategori meniup, genderang, memetik dan menggesek.

Mengenai asal-usul muzik Cina, rekod Cina menyatakan bahawa lebih kurang pada tahun
2697SM, Maharaja Huang Di (maharaja legenda yang dikatakan salah satu maharaja
terawal yang wujud di dalam sejarah Cina) telah menghantar orang untuk mencari paip
buluh. Paip buluh yang dicari ini dikatakan boleh mengeluarkan bunyi serupa dengan bunyi
burung phoenix dengan tujuan mendapatkan muzik yang berharmoni dengan alam semesta.
Perbincangan dan rujukan terhadap muzik juga terdapat dalam buku-buku klasik seperti Li ji
(Rekod Ritual) yang bertarikh pada kurun ke-2SM dan Shi jing. Tokoh-tokoh seperti
Konfusius juga mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih
khusus serta prinsip estetik tentang muzik.

Pemikiran bahawa muzik harus berharmoni dengan alam semesta bukan sahaja wujud
dalam legenda. Dalam bab "Yue ji" (Rekod Muzik) yang terkandung dalam buku Liji telah
direkodkan komen bahawa muzik adalah hasil harmoni langit dengan bumi. Tanggapan
bersifat kosmologi ini memang bukan kepercayaan karut tetapi merupakan pemahaman
mendalam mengenai fungsi budaya muzik dalam dunia manusia. Konfusius memberi
pendapat yang sama, mengatakan bahawa muzik teragung adalah muzik yang berharmoni
dengan alam sekitar, dan melalui harmoni ini dapat memulihkan keadaan dunia fizikal.
Konfusius meletakkan muzik berkedudukan (status) penting, mengiktiraf peranannya dalam
memberikan perkhidmatan dan membuat sumbangan

terhadap pembentukan dunia yang bersifat teratur dan bermoral. Pada pendapat beliau,
muzik dan pihak pemerintah adalah saling membayangkan atau lengkap melengkapi. Hanya
manusia yang bersifat unggul (superior) dan yang berupaya memahami muzik mempunyai
kelengkapan memerintah. Muzik, melalui pemaparan enam jenis emosi, iaitu kesedihan,
kepuasan, kegembiraan, kemarahan, ketaatan dan kecintaan dapat mempamerkan sifat
benar seseorang. Sifat yang suka berpura-pura dan menipu tidak mungkin dapat berterusan.
Beliau juga menghuraikan tentang pemilihan muzik yang bersesuaian demi
menyempurnakan seseorang berbudi pekerti dari segi moral.
Kedatangan muzik India melalui penerimaan agama Buddha telah memberikan kenikmatan
muzik yang berlainan. Muzik bercorak Asia Tengah dan Asia Barat, misalnya muzik dari Iran
juga banyak mempengaruhi muzik Cina melalui aktiviti perdagangan dan penyebaran
agama Islam ke China pada abad ke-8. Selain itu, muzik Cina juga menggabungkan
pelbagai corak muzik kaum minoriti dari seluruh negara China.

Pengaruh muzik Cina pula dapat dilihat terhadap tamadun-tamadun lain terutama sekali
muzik Korea dan Vietnam natijah daripada interaksi antara tamadun. Muzik Cina tersebar ke
Korea sejak zaman pemerintahan dinasti Song (960-1279) dan masih digunakan serta
dikekalkan sebagai muzik sembahyang sehingga masa kini. Manakala di Vietnam, corak
muzik Cina klasik banyak dipelajan dan sebahagian dan peralatan muzik berasal dari
negara China. Cerita yang terkandung dalam muzik Vietnam banyak diambil daripada
sejarah dan legenda Cina.

1.4.2 Kaligrafi

Berbanding dengan bentuk kesenian yang lain, kaligrafi diberi penghormatan yang paling
tinggi di negara China. Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan
kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti.
Sebagaimana usaha menghasilkan kaligrafi, untuk memkmati seni im Juga memerlukan
kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa. Berbanding
dengan sent lukisan, contoh kaligrafi lebih tersebar meluas. Dalam sistem pendidikan lama,
salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk
ditiru oleh para pelajar. Inskripsi dijumpal di mana-mana sama ada dalam bentuk batu
bersurat yang terletak di pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda, gerbang kehormat, tiang
bangunan dan di rumah-rumah. Skrol yang tergantung berpasangan dan mengandungi
tulisan sepadan hampir dapat dilihat di seluruh tempat. Terdapat pakar kaligrafi yang
cemerlang dan unggul di antaranya ialah Wang Xizhi (321-379).

Kaligrafi menggunakan bahan-bahan antaranya dakwat, berus, kertas, dan kadang-kadang


sutera. Dakwat dibekukan dalam bentuk batang pendek dan akan digosok pada batu dakwat
bersama sedikit air sehingga mendapat kekonsistenan yang betui sebelum menulis. Berus
diperbuat daripada bulu kambing, rusa atau serigala dan adalah tajam di hujung. Kertas
yang diguna ialah sejenis kertas xuan yang mudah menyerap dakwat.

Kaligrafi Cina telah menghasilkan banyak stall tulisan yang telah dikembangkan. Terdapat
enam jenis stail tulisan yang masih digunakan masa sekarang walaupun ada di antaranya
yang hanya digunakan untuk tujuan spesifik. Empat stall tulisan lebih biasa digunakan masa
kini, termasuklah pertama, stall biasa atau kaishu iaitu setiap pergerakan berus dan garis
(stroke) ditulis dengan jelas; kedua, lishu iaitu sejenis stall yang dikembangkan pada
asalnya untuk kegunaan kerani, tulisannya lebih berbentuk segi empat, dengan pergerakan
berus dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada pergerakan berus dan garis tegak;
ketiga, xingshu atau stall berlari iaitu bentuknya seakan-akan kaishu tetapi tangan seperti
berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila menulis, dengan ini menghasilkan tulisan
yang bersifat kurang teratur; dan keempat, caoshu atau stall rumput yang telah mendapat
namanya berdasarkan rupa bentuk iaitu rumput ditiup angin yang nampaknya berselerak
tetapi pada hal adalah teratur. Jenis kaishu ialah stall yang biasa digunakan dalam buku
cetakan. Caoshu pula hanya dapat difahami oleh pakar kaligrafi yang telah mahir dalam seni
ini dan bukan satu stall yang sesuai untuk kegunaan biasa.

Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi
seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk garis yang menarik lalu menggubah
struktur yang cantik berdasarkan garis-garis ini. Usaha ini hams dijalankan tanpa sebarang
percubaan dengan sengaja untuk memperelok atau menggelapkan stroke-stroke tertentu.
Pada masa yang sama seseorang pakar kaligrafi juga perlu menjaga ruang di antara stroke
berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang hanya dapat dicapai hanya selepas
berlatih dalam tempoh masa yang lama.

Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina sama dengan semua jenis seni Cina, iaitu alam semula
jadi. Sebagai mana ranting pokok yang hidup adalah bernyawa, setiap garis dalam sebuah
kaligrafi yang halus juga mempunyai tenaga benda hidup. Ini adalah sangat berbeza
daripada garis hurufyang terdapat dalam bahan cetakan, dengan variasi bentuk dan struktur
tidak dibenarkan.

Pakar kaligrafi Cina terutama pakar caoshu, tidak mentoleransikan sifat ketetapan. Sebuah
kaligrafi yang baik bukanlah satu susunan bersimetri bagi bentuk konvensional, bahkan ia
boleh disamakan dengan gerak-geri dalam sebuah tarian yang dikoordinasikan dengan
penuh kemahiran, dengan impuls, momentum, poise sejenak, dan interaksi yang penuh
kekuatan bergabung untuk menghasilkan satu kesempurnaan seimbang. Kecantikan
sesebuah kaligrafi tidak dinilai secara perkataan demi perkataan tapi dibuat terhadap
keharmonian yang ditunjukkan oleh keseluruhan hasil.

1.4.3 Seni Lukis

Dalam tradisi Cina, lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga
puisi. Kebanyakan pelukis bukan sahaja mahir melukis tetapi juga merupakan sarjana dan
pakar kaligrafi antaranya Su Dongpo (1037-1101) pada zaman dinasti Song. Biasanya
sebuah puisi yang berkaitan dengan sesuatu lukisan ditulis di sudut ruangan kosong supaya
mencapai tahap 'kesatuan di antara puisi, kaligrafi dan lukisan'. Sebuah lukisan Cina
merupakan kombinasi sent puisi, kaligrafi, lukisan dan juga seni ukir cap (seal engraving).
Berdasarkan cara penyampaian, lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua
kategori iaitu pertama, xieyi (bebas tangan/freehand brushwork) dan kedua, gonghi
(menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir). Xieyi
merupakan pendekatan asas lukisan Cina. Teori estetik xieyi menitikberatkan sentimen dan
mengabaikan realisme. Aspek seperti perspektif dan cahaya tidak penting. Qi Baishi, pelukis
Cina terkenal pada masa moden misalnya, tidak melukis udang, serangga, burung atau
bunga mengikut rupa bentuk sebenar tetapi hanya menunjukkan sifat paling penting
(essence) objek-objek ini mengikut pengalaman dan fahaman sendiri. Apabila melukis
landskap, jarang pelukis xieyi melukis tempat yang benar-benar wujud, tetapi mereka hanya
meminjam bentuk-bentuk gunung, sungai, batu, pokok untuk dijadikan alat menyatakan
perasaan dan idea mereka. Walaupun mereka mengelakkan dari memberi gambaran tepat,
mereka perlu membuat lukisan landskap yang digemari mereka sebagai landskap, dan
membawa peminat ke dalam dunia alam semula jadi serta bersatu dengannya.

Dalam lukisan Cina, bahan yang sama digunakan sebagai mana yang digunakan oleh ahli
kaligrafi Cina. Kebanyakan lukisan Cina dilukis dengan menggunakan dakwat monokrom.

Seseorang pelukis perlu memastikan terlebih dahulu mengenai apa yang ingin dilukiskan
supaya tidak berlaku kesilapan atau kesalahan apabila melukis dan beliau perlu menyiapkan
hasil lukisan dengan penuh keyakinan, kelajuan serta kemahiran menguasai teknik lukis.
Keyakinan dan kemahiran ini hanya dapat diperolehi melalui latihan yang panjang dan
berdasarkan pengalaman. Format lukisan biasanya dalam bentuk skrol panjang yang
digantung secara tegak atau skrol tangan melintang yang berbeza panjangnya, kadang-
kadang sepanjang lima belas meter. Bentuk lain ialah kipas dan lembaran album.

Kriteria menilai lukisan berdasarkan kriteria sama yang digunakan untuk menilai kaligrafi.
Sesuatu lukisan yang bernilai harus menunjukkan pergerakan berus yang penuh dengan
tenaga (vitality) dan perasaan (expressiveness) serta komposisi yang bersifat harmoni
secara keseluruhan. Bagi seseorang peminat lukisan Cina, tandatangan pelukis, tulisan,
biasanya puisi dan cap merupakan bahagian komposisi yang juga diperlukan.

Lukisan Cina di peringkat awal dihasilkan oleh tukang-tukang lukis yang tidak diketahui
namanya untuk kegunaan istana dan keluarga feudal.

Bagaimanapun, selepas dinasti Han (206SM-220SM) konsep seni halus (fine art) mulai
wujud sebagai hasil kegemaran waktu lapang bagi golongan atasan yang berpendidikan.
Lama-kelamaan satu tradisi wujud iaitu pelukis pujangga amatur ini kian terpisah dengan
tukang lukis istana dan tukang lukis profesional yang menjual lukisan mereka untuk tujuan
mendapat keuntungan. Sedangkan tukang lukis istana dan profesional lebih cenderung
kepada sifat realisme pelukis pujangga mengabaikan pencapaian ketepatan dari segi visual
(visual accuracy). Dalam lukisan mereka maksud sebenar disampaikan secara tersembunyi
kerana bukan semua maksud hams dikatakan. Bagi seorang pelukis pujangga, sedikit
bayangan adalah mencukupi. Percubaan untuk menyampaikan lebih daripada apa yang
diperlukan akan menyebabkan sesuatu lukisan itu dikritik sebagai kasar, dan dianggap tidak
ada konsep seni.

Berbanding tema dalam lukisan Barat, tema lukisan Cina adalah terhad dan tidak dianggap
menyeluruh. Subjek seperti peperangan, kekerasan, kematian, kawasan bandar, sudut
gelap dalam kehidupan dan kebogelan jarang menarik minat pelukis Cina. Bagi orang Cina,
seni lukisan bukan dihasilkan dengan maksud untuk menggambarkan kesemuanya ini dan
objek yang tidak bernyawa jarang dilukiskan. Batu dan sungai dianggap seperti bernyawa
dan merupakan manifestasi kuasa yang tidak dapat dilihat dalam alam semesta. Lukisan
yang hanya mementingkan bentuk juga tidak ada tempat kerana orang Cina tidak menerima
lukisan yang bentuknya cantik tetapi temanya tidak memberikan manfaat dari segi keimanan
dan akhlak.

Lukisan landskap merupakan jenis lukisan utama. Lukisan mengenai tumbuh-tumbuhan dan
binatang-binatang juga digeman. Selam itu juga terdapat lukisan potret dan figura. Dalam
konteks ini, perhubungan antara manusia sangat penting dalam negara China. Jadi satu
tema biasa bagi lukisan figura ialah berkenaan dengan para lelaki yang berbudi bahasa
menikmati aktiviti ilmiah bersama atau berkenaan perpisahan dan pertemuan semula para
pegawal kerajaan.

Lukisan Landskap

Lukisan Potret

Seni kaligrafi Cina


1.4.4 Seni Pembinaan

Dalam aspek seni bina, tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih wujud
sehingga kini sangat berkurangan. Ini disebabkan sebahagian besar bahan-bahan yang
digunakan iaitu kayu tidak dapat bertahan lama kerana pengaruh ikhm dan cuaca. Ciri
utama binaan Cina dapat dilihat dari pelbagai segi antaranya yang paling jelas lalah
kemginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Sejak dari awal lagi,
orang Cina mempercayai sekiranya manusia ingin maju ia tidak harus menimbulkan
kemarahan atau cuba menguasai alam semesta tetapi sebaliknya, harus berusaha untuk
mencapai keharmonian dengannya. Pemikiran ini dapat dinyatakan dengan jelas dalam
kepercayaan fengshui (geomancy), iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau
kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teon fengshui. Lokasi dan susunan yang

mempunyai fengshui yang buruk, iaitu yang tidak berharmoni dengan alam semesta akan
menjejaskan masa depan sesebuah keluarga.

Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua
kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Di
peringkat kampung dan desa, kadang-kadang benteng tanah dibina mengelilingi kawasan
tersebut dengan tujuan yang sama. Tembok kota kebiasaannya mengagumkan dengan
ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua puluh kaki
atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan suatu yang biasa dan
di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan meliputi kawasan lebih
luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan
ditutup pada waktu malam. Di atas pintu terdapat menara yang tinggmya beberapa tingkat.
Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang dalam dan lebar. Tembok
yang terkenal di negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China {The Great Wall
of China). Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk
memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.

Tembok Besar China {The Great Wall of China)

Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu biasanya kayu berkualiti baik dan
mempunyai rangka yang berbentuk "tiang dan ambang" (post-and-lintel frame), atau tiang
tegak dengan balak melintang di atas. Tiang kayu yang digunakan untuk menyokong
bumbung kadang-kadang dicat dan kayu lintang yang mengikut keseluruhan binaan
biasanya dihiaskan dengan ukiran atau lukisan corak berwarna.
Bumbung binaan Cina adalah menonjol, bercerun curam dengan cucur bumbung yang
melengkung ke atas di sudutnya. Bumbung biasanya dipasang tembikar walaupun keluarga
miskin menggunakan bumbung atas. Bumbung kuil dan istana biasanya mempunyai
tembikar berwarna kilat misalnya, bumbung Tian Tan (Kuil Syurga) di Beijing yang berwarna
kilat biru.

Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan Juga merupakan satu cin seni bina
Cina. Ciri lain termasuklah pagoda, yang dipengaruhl oleh agama Buddha. Pagoda hilang
hubungannya dengan agama Buddha kemudian, dan kebanyakan pagoda yang dibina
terkemudian adalah untuk tu]\iznfengshui. Pailou Sitnupaifang iaitu gerbang pada asalnya
dibina untuk tujuan memperingati seseorang berdasarkan merit, misalnya seorang balu
muda yang hidup mulia hingga ke usia tua; atau sebuah keluarga yang hidup bersama untuk
beberapa generasi. Jambatan kebanyakannya dibina dari batu dan ada yang mempunyai
lebih dari satu gerbang, adalah ciri lain binaan Cina.

Bagi orang Cina seni taman berkait rapat dengan seni bina. Taman- taman Cina bahkan
taman-taman diraja atau persendirian, melanjutkan lagi pnnsip binaan dengan reka bentuk
telah diubahsuaikan untuk bersesuaian dengan alam sekitar dan bukan untuk berdominan.
Istana Musim Panas (The Summer Place) di kawasan desa Beijing mempamerkan kejayaan
cemerlang orang Cina

dalam merancangkan susunan binaan yang bersesuaian dengan landskap. Dilihat dari segi
pembinaan, Beijing yang dibina bertepatan dengan statusnya sebagai ibu kota sebuah
empayar boleh dikatakan bandar yang paling mengagumkan.

1.4.5 Seni Cina yang Lain

Hasil area di negara China biasanya tidak diperbuat sebagai objek seni tetapi untuk tujuan
keperluan istiadat, agama atau pengkebumian. Hasil area yang teragung merupakan patung
dewa-dewi agama Buddha yang diukir daripada batu atau kayu.

Seni hias yang paling penting termasuk seni tembikar, seni ukir, sent logam, seni lakuer,
perabot dan tekstil. Hasil tembikar berkilat telah wujud seawal kurun ke-2SM dan porselin
diperkembangkan pada kurun ke-6, lebih awal daripada penemuannya di Eropah. Pengaruh
seni porselin Cina terhadap seni tembikar Eropah adalah sangat besar.
Seni ukir

Seni Tembikar China

Secara umumnya, dapat disimpulkan mengenai beberapa aspek-aspek penting dalam


bidang bahasa dan kesusasteraan, dan kesenian dalam tamadun Cina. Pertama,
pencapaian kesusasteraan dan kesenian Cina telah memperkayakan tamadun Cina. Kedua,
kegunaan bahasa Cina telah menyebabkan perkembangan kesusasteraan Cina berterusan
tanpa gangguan. Bagaimanapun, unsur luar seperti kedatangan Buddhisme menggalakkan
interaksi tamadun dan seterusnya membawa pengaruh asing kepada sastera Cina. Ketiga,
kesusasteraan Cina mempunyai fungsi sosial dan politik selain rungsi sastera. Sastera
khasnya sastera yang wujud sebelum pemerintahan orang Mongol, harus mempunyai tujuan
mempertingkat dan menyempurnakan seseorang individu dan segi moral dan etika.
Keempat, sifat harmoni diutamakan. Sastera Cina menegaskan ciri zhonghe, iaitu harmoni
antara emosi dengan rasional, selaras dengan semangat zhongyong (kesederhanaan)
dalam tamadun Cina. Kesenian Cina juga menunjukkan sifat harmoni dengan alam
semesta. Dan kehma, falsafah Konfusius tidak memberi pengaruh yang kuat terhadap aspek
seni Cina. Sebaliknya, seni Cina banyak memperlihatkan ciri-ciri Daoisme dan Buddhisme.
Selain itu, unsur-unsur budaya pendatang dari kawasan sekitar negara China juga diserap
dalam bidang seni.

1.5 SAINS DAN TEKNOLOGI CINA

Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15
sehingga kurun ke-11SM. Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat menghargai
kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina
bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning.
Teknologi yang lain misalnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (eating
of iron), pengeluaran porselin, pembuatan kertas dan loyang, dipercayai telah wujud pada
masa yang lebih awal lagi. Bagaimanapun, berikutan perkembangan sejarah, budaya Cina
menjadi satu dengan golongan elit birokratik begitu dominan. Golongan ini telah membawa
kesan konservatif terhadap inovasi, dan selanjutnya telah menghalang segala pengenalan
teknik baru kecuali teknik itu boleh mendatangkan manfaat secara langsung kepada seluruh
birokrasi.
Interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang terserlah sehinggalah
kemunculan zaman moden. Namun begitu, wujud pertemuan sekali- sekala yang
berlangsung antaranya pengembaraan Marco Polo pada tahun 1275- 1292. Ini telah
menarik perhatian dunia Barat tentang keunggulan teknologi Cina dan seterusnya berlaku
pemindahan pengetahuan teknologi dan China ke Barat. Ilmu mengenai sutera, kompas,
pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari negara China.
Bagaimanapun, para pemerintah China tidak berminat untuk menggalakkan penciptaan atau
perniagaan dan perindustrian serta tidak menggalakkan perhubungan perniagaan dengan
dunia luar. Kesannya, negara China telah ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi
sehingga abad ke-20 yang kemudiannya, evolusi politik dan pergolakan sosial telah
membangkitkan kesedaran orang Cina tentang kepentingan sains dan teknologi moden.

1.5.1 Bidang Astronomi

Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina telah
mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet.
Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan
penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih
daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal,
maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.

1.5.2 Bidang Matematik

Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan
sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu
Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat.
Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan
Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya
catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga mengenai pasti nilai pi, sistem
pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal
digunakan sehingga masa kini.

1.5.3 Bidang Perubatan

Sistem perubatan Cina tradisional bersifat kepurbaan dan adalah bebas daripada pengaruh
asing. Mengikut legenda, ia bermula sejak masa Fu Xi (2953SM?) dan diperkembangkan
seterusnya oleh Shen Nong (?-2698SM?) dan Huang Di (?-2598SM?).
Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang
dan juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbangan secara
harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia.
Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku.
Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh dikawal dan ini merupakan tumpuan paling
utama dalam perubatan Cina tradisional. Teori lima elemen menganggap badan manusia
sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung,
limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam semesta.
Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu
seseorang yang menghadapi gangguan paru-paru mudah menjadi marah. Berdasarkan dua
teori ini doktor Cina tradisional mengambil berat tentang kepentingan melaraskan semula
keseimbangan harmoni badan seseorang pesakit.

Satu lagi bentuk teori penting ialah teonjing (saluran) dan luo (kolateral) yang merupakan
asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa).
Mengikut teori ini, organ dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan
dihubungkan oleh saluran di mana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabilaywg atau
luo tersekat, darah dan qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan menyebabkan kesakitan.
Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir lancar merupakan asas dan langkah pertama
untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan
teori jing dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum
logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu
di bawah kulit. Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada
saluran jing dan luo supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat dibetulkan.
Pengamalan akupuntur telah bermula sejak kira-kira 2,500SM atau lebih awal dan adalah
benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan. Dalam rawatan moxibustion, daun moxa
(Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada permukaan kulit lalu dibakar.

Bahan yang digunakan sebagai ubat-ubatan sangat luas termasuklah tumbuh-tumbuhan


(herba), binatang dan sumber galian. Terdapat herba zaman purba yang berjumlah lebih
kurang 1,000 jenis. Kegunaan ubat-ubatan dalam rawatan pada dasarnya ialah untuk
memulihkan keseimbangan yin dan yang dan merupakan satu perkara yang agak rumit. Ini
menyebabkan cara mempreskripsi

(menentukan penggunaan ubat-ubatan) bersifat kompleks. Terdapat ubat yang telah diguna
oleh sistem perubatan Barat misalnya rubarb, besi (untuk anemia), dan kapur barus
(champor). Herba mahuang telah digunakan sekurang-kurangnya sepanjang 4,000 tahun di
negara China dan sekarang sangat berguna dalam bidang perubatan Barat untuk merawat
penyakit lelah (asthma) dan penyakit lain yang berkaitan.

Buku mengenai perubatan dan farmokologi Cina tradisional sangat berguna dalam
memperkembangkan sains perubatan Cina. Huangdi neijing (Klasik Perubatan Maharaja
Kuning), yang dipercayai dihasilkan oleh sarjana perubatan tidak bernama pada Zaman
Negeri Berperang (475-221SM), merupakan kesimpulan sempurna yang pertama bagi
perubatan Cina tradisional. Bencao gangmu (Farmakopeia Agung) yang ditulis oleh Li
Shizhen (1518-1593) ialah farmakopeia Cina teragung dan mengandungi 52 jilid yang masih
dianggap berwibawa sehingga masa kini.

1.5.4 Bidang Optik

Dalam bidang optik, saintis Cina awal telah memberi perhatian kepada penyongsangan
(inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubangjarum (pin- hole camera), dan begitu
juga pelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave- lens). Mereka juga
memahami prinsip fokus.

1.5.5 Bidang Alkimia

Ahli alkimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat manusia
hidup selama-lamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan" (elixir of life). "Eliksir
kehidupan" ini mengandungi bahan-bahan seperti merkuri, plumbum dan arsenik. Bahan-
bahan tersebut kebanyakan adalah bersifat toksik dan ahli alkimia sedar akan sifat ini.
Dalam bidang perubatan moden, penggunaan bahan beracun adalah biasa. Walaupun
tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan usia manusia, uji kaji
ahli alkimia Cina dalam mencampur pelbagai bahan, termasuk bahan beracun, telah
menyebabkan ciptaan lain yang berguna.

1.5.6 Teknologi Cina

Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina sudah tahu akan teknik pengairan,
pertanian, astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan. Seawal lebih kurang tahun
200SM, mereka telah menghasilkan abah-abah yang diikat pada dada (breast-strap
harness). Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat dengan lebih
mudah. la dibawa dari China ke Barat antara kurun ke-7 hingga ke-11 dan adalah asas bagi
abah kerongkong yang
digunakan masa sekarang. Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak meringankan tenaga
manusia pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM.

Masyarakat Cina juga menyedari mengenai kebaikan tumbuh-tumbuhan dan binatang-


binatang dari segi perekonomian. Dari China, dibawa kain sutera ke dunia Barat semasa
pemerintahan era Roma, dan ulat sutera serta pokok mulberi diperkenalkan di Eropah pada
kurun ke-6. Manakala fosil dikenali buat pertama kali di negara China kira-kira pada tahun
1050 oleh Zhu Xi, sedangkan di Eropah hanya selepas Leonardo da Vinci iaitu kira-kira
pada kurun ke-15.

1.6 EMPAT PENCIPTAAN AGUNG

Antara pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh dan segi
sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat penciptaan
agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.

Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya
menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini
kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama
(The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.

Teknologi teknik pencetakan (printing) telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan


dinasti Tang (618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan masih wujud sehingga
kini ialah fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini
disimpan dan dipelihara di Muzium British di England. Buku ini dianggap mewakili hasil
daripada pengalaman lama orang Cina dalam teknik percetakan blok (block-printing). Pada
tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak (mobile-type printing) dan mula
menggunakannya secara umum. Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal
daripada penciptaan yang sama di dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.

Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui
formulanya dalam uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon. Menjelang kurun
ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Bahan
letupan mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-
906). Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-
13 dan seterusnya dan situ diperkenalkan ke negara Eropah.
Kompas juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun Cina
yang memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini.
Semasa dinasti Han (206SM - 220SM) sifat-sifat magnet

sudah diketahui di negara China. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6, orang Cina
sudah pun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan (induced magnetism),
dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan (declination) dan juga kekutuban
magnet (polarity) dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, orang Cina telah
menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan di kapal.

1.7 KEMEROSOTAN DAN CIRI-CIRI SAINS CINA

Seperti yang dibincangkan di atas, negara China telah banyak menyumbang kepada tamadun dunia
di bidang sains dan teknologi terutamanya sebelum kurun ke-14. Akan tetapi, selepas ini sains dan
teknologi di China boleh dikatakan mengalami tahap kemerosotan.

Beberapa ciri yang berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi Cina boleh dirumuskan
seperti berikut iaitu pertama, sifat orang Cina yang pragmatik dan praktikal. Orang Cina lebih
mengutamakan teknologi atau alat- alat penciptaan untuk tujuan pragmatik atau kegunaan
berbanding dengan menjalankan penyelidikan dalam bidang sains untuk maksud pengetahuan yang
bersifat asas dan teoretikal.

Kedua, cara berfikir Cina yang mengutamakan pengalaman. Berdasarkan pengalaman orang Cina
telah mencapai tahap kemajuan yang tinggi mengenai teknologi dan alat-alat penggunaan seperti
kalendar, cara pengairan, abacus, perubatan Cina tradisional dan sebagainya. Akan tetapi, mereka
kurang menjalankan penyelidikan tentang teori sains secara kritis, analisis dan logik. Mereka jarang
mengaplikasikan pendekatan kuantitatif dan logik terhadap pengetahuan empirik. Mereka berminat
akan aspek 'apa' dan bukan aspek 'mengapa' tentang sesuatu keadaan atau benda.

Ketiga, falsafah Cina yang mementingkan aspek humanisme. Pemikiran Konfusius yang berasaskan
sifat humanisme mengutamakan aspek pembinaan akhlak perseorangan supaya menjadi individu
yang berguna terhadap keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Sehubungan ini, kewajipan sosial
seseorang dalam konteks 'lima hubungan sosial' ditegaskan dalam sistern pendidikan Cina.
Akibatnya, para sarjana kurang berminat terhadap pengetahuan sains, khususnya sains semulajadi
(natural science).
Keempat, kesan sistem peperiksaan perkhidmatan awam. Sistem peperiksaan ini mementingkan
aspek falsafah dan etika Konfusianisme dan dengan ini tidak menggalakkan kemunculan bakat yang
mahir dalam bidang sains.

Dan kelima, pendekatan holistik terhadap kehidupan. Pendekatan holistik ini jelas kelihatan di
bidang perubatan Cina yang memandang seluruh bahagian badan manusia itu sebagai satu, iaitu
sebarang bahagian badan tidak terpisah daripada bahagian yang lain, dan seseorang pesakit diteliti
dari konteks yang luas termasuk sosial dan biologi.

Sumbangan tamadun Cina terhadap tamadun dunia di bidang sains dan teknologi adalah banyak dan
besar. Interaksi antara tamadun di bidang sains dan teknologi berlaku sejak tahap permulaan dengan
pelbagai tradisi sains saling pengaruh mempengaruhl antara satu sama lain.

1.8 PENUTUP

Kesusasteraan klasik dan kesenian Cina merupakan hasil budaya Cina yang amat bernilai. Seperti
komponen budaya Cina yang lain, kandungan kesusasteraan klasik dan kesenian Cina adalah sangat
kaya dan menarik.

Di bidang sains dan teknologi, walaupun perkembangannya tidak sebegitu pesat berbanding dengan
sains dan teknologi moden, orang Cina telah mempelopori penciptaan kertas, percetakan, bahan
letupan dan kompas yang banyak memberi manfaat kepada permodenan negara-negara Barat.

Dengan pencapaian-pencapaian penting dalam bidang bahasa dan kesusasteraan, kesenian, sains
dan teknologi dalam tamadun Cina, ini membuktikan bahawa tamadun Cina merupakan antara
penyumbang utama dan penting kepada perkembangan tamadun dunia. Melalui hubungan atau
interaksi antara tamadun, pencapaian-pencapaian tamadun Cina kemudiannya telah dibawa dan
diperkenalkan kepada tamadun-tamadun lain sehingga sesetengahnya kekal sehingga masa kini
walaupun berlaku proses pembaharuan, perubahan dan penyesuaian menurut zaman.

Anda mungkin juga menyukai