Anda di halaman 1dari 14

IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER 1 SEPTEMBER 2020

MPU3323

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA KINABALU


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 SUMBANGAN TAMADUN CHINA 3


2.1 BIDANG PERUBATAN 3
2.2 BIDANG KEBUDAYAAN DAN PERAYAAN 5
2.3 BIDANG SENI BINA 5

3.0 NILAI-NILAI MURNI YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN 6


3.1 NILAI MURNI 1 : NIKMATI MASA KINI 6
3.2 NILAI MURNI 2 : PERCAYA PADA DIRI 7
3.3 NILAI MURNI 3 : BUANG SIKAP EGO 7

4.0 DIALOG YANG MENYENTUH PERASAAN 8


4.1 DIALOG 1 : MINIT 00:44:30 8
4.2 DIALOG 2 : MINIT 00:50:58 8
4.2 DIALOG 3 : MINIT 01:06:34 9

5.0 INFOGRAFIK 10

6.0 KESIMPULAN 11

RUJUKAN 12

1
1.0 PENGENALAN

Tugasan bagi pada kali ini, saya sebagai penulis akan membincangkan topik berkenaan
tentang tamadun China dan sumbangan tamadun China terhadap peradaban dunia. Bagi
memenuhi kriteria objektif penulisan tugasan ini, pelajar diminta untuk menonton
wayang animasi yang diterbitkan syarikat DreamWorks Animation yang berjudul Kung
Fu Panda dan setelah itu, wayang animasi tersebut akan dijadikan sebagai bahan untuk
melaksanakan tugasan ini. Selain daripada sumbangan tamadun China yang dapat dilihat
daripada wayang animasi ini. Terdapat juga nilai-nilai murni yang kita boleh aplikasikan
sebagai pelajar ataupun sebagai pekerja dalam konteks situasi negara kita khususnya di
Malaysia. Rujukan primer bagi tugasan ini adalah daripada modul MPU3323 Tamadun
Islam dan Tamadun Asia 1 (TITAS) yang disediakan oleh pihak Universiti Terbuka
Malaysia (OUM) yang ditulis oleh Dr. Ghazali Darusalam yang diterbitkan pada Ogos
2019.

Sebelum bermula, mari kita lihat serba sedikit berkenaan tentang tamadun China. Era
Tamadun China telah berkembang dan merupakan antara tamadun yang terawal dalam
istilah ketamadunan. Hal ini terbukti, berdasarkan sejarah era ketamadunan China telah
berkembang sejak 4000-5000 tahun yang lalu. Menurut ketamadunan asia, Tamadun
China telah bertapak di sebuah lembah sungai iaitu Sungai Kuning merentasi ke utara
China. Berdasarkan sejarah juga, tamadun ini telah berlaku sekitar tahun ( 3950-
1700SM ) . Menurut sejarah ketamadunan China, ianya berlaku pada zaman Dinasti
Shang ( dari 1500SM hingga 1027SM ) atau dikenali sebagai Dinasti Yin. Proses ini
merupakan pembentukan perkembangan yang pesat dalam kewujudan permulaan
tamadun China. Berlakunya ketamadunan China ini sekitar lembah sungai kerana
disitulah bermulanya aktiviti berdagang, keperluan sumber air, dan berlakunya segala
aktiviti pertukaran barang dalam erti kata lain berlakunya sistem pertukaran sekaligus
wujudnya Tamadun China.

2
2.0 SUMBANGAN TAMADUN CHINA

Tamadun China merupakan antara tamadun yang tertua di dunia selari dengan tamadun-
tamadun yang lain seperti tamadun Mesir, tamadun India, tamadun Greek dan tamadun
Mesapotamia. Tamadun China mengambil masa lebih kurang 5000 tahun untuk
berkembang. Tamadun China pada mulanya adalah tamadun yang berasaskan kepada
sistem pertanian berpandukan kepada struktur geografi tamadun tersebut serta banyak
dipengaruhi oleh iklim sejuk dan lembab. Perkembangan tamadun China membawa
kepada kegemilangan dalam beberapa bidang seperti kepercayaan agama, politik, sains
dan teknologi, pentadbiran, falsafah, seni dan kebudayaan, sastera dan institusi sosial
yang maju. Kegemilangan tamadun China turut memberi sumbangan kemajuan dan
kemakmuran terhadap peradaban dunia sehingga kini. Berdasarkan wayang Animasi
Kung Fu Panda terdapat 3 sumbangan utama yang akan dibincangkan.

2.1 BIDANG PERUBATAN

Antara sumbangan terbesar tamadun China adalah sumbangan terhadap bidang


perubatan. Perkembangan bidang perubatan China telah bermula sejak 10 000
tahun dahulu. Amalan perubatan China berkembang hasil daripada kaedah
empirikal iaitu melalui pemerhatian terhadap badan manusia dan beberapa jenis
penyakit. Manakala kaedah akupuntur pernah diamalkan oleh masyarakat China
dengan menggunakan serpihan tulang yang ditajamkan sebelum peralatan dicipta.

Amalan-amalan perubatan China juga diperoleh dari karya-karya tulisan oleh


pengamal perubatan China. Antara karya-karya perubatan yang dihasilkan ialah
Inner Cannon ( Nei Ching ) yang merupakan rekod menyeluruh mengenai rekod
teori perubatan China. Namun Demikian karya teks klasik yang awal dan

3
terpenting ialah Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine. Ia disiapkan pada
tahun sekitar 200 S.M. Buku ini membincangkan mengenai teori dan falsafah
perubatan China klasik. Selain itu juga, ia menumpukan soal kelebihan terapeutik
dari akupuntur, herba, diet dan senaman.

Dalam Dinasti Han munculnya Treatis on Diseases Cause by Cold Factors yang
ditulis oleh Chang Chung-ching. Salah satu lagi karya terbaik dalam perubatan
ialah Metarial Medica (Pen TsÕao Kang Mu) yang ditulis oleh Li shih-chen
semasa Dinasti Ming. Karya ini merupakan sebuah ensiklopedia yang
menjelaskan mengenai 1,892 jenis perubatan. Hasil karya ini juga telah
diterjemahkan dalam bahasa asing dan cukup berpengaruh di negara-negara Asia
Timur dan Eropah.

Bidang perubatan China mempunyai perkaitan dengan konsep Yin dan Yang. Ini
kerana ketidakseimbangan kedua-dua unsur itu membawa kepada penyakit. Darah
dikaitkan dengan Yin dan nafas dikaitkan dengan Yang. Selain itu anggota badan
manusia dikaitkan kepada lima unsur iaitu hati dengan kayu, jantung dengan api,
perut dengan tanah, paru-paru dengan logam dan buah pinggang dengan air. Oleh
itu dalam menyediakan ubat, bahan-bahan yang diberi mesti sesuai dengan
keunsuran anggota tadi.

Secara ringkasnya, penyakit boleh dirawat melalui tiga cara iaitu materia medica,
moksibusi dan akupuntur. Kaedah pertama adalah menerusi rawatan secara
pemberian bahan-bahan seperti herba dan bahan galian. Sehubungan dengan
kaedah ini orang China telah membuat beberapa kajian mengenai beberapa aspek
tumbuhan. Oleh itu mereka berjaya menemui alkaloid dalam efedia ( sejenis
sayuran ) bagi mengubati penyakit asma atau lelah. Iodin dalam rumput laut bagi
mengubati penyakit beguk dan sebagainya. Manakala cara kedua iaitu moksibusi

4
merupakan cara perubatan yang menggunakan sumbu atau moksa yang dibuat
dari herba tertentu untuk dilekatkan.
Dalam wayang animasi tersebut, kita dapat melihat penggunaan kaedah akupuntur
yang digunakan untuk merawat Po setelah teruk dibelasah oleh Shifu. Akupuntur
merupakan kaedah rawatan dengan memasukkan jarum pada tempat-tempat
tertentu didalam badan.

2.2 BIDANG KEBUDAYAAN DAN PERAYAAN

Dalam bidang kebudayaan dan perayaan pula, masyarakat dalam tamadun China
sangat mementingkan kepercayaan dan adat istiadat. Terdapat pelbagai
kepercayaan dan kebudayaan dalam kehidupan masyarakat China. Kepercayaan
dan adat dapat dilihat melalui upacara kelahiran, kematian, perkahwinan dan
pengebumian. Selain daripada itu, masyarakat China amat menitik beratkan
perayaan dalam kehidupan mereka. Terdapat banyak perayaan yang disambut
oleh masyarakat China Seperti perayaan Tahun Baru Cina yang disambut secara
besar-besaran. Di dalam wayang animasi Kung Fu Panda, Sambutan besar-
besaran dibuat dalam pemilihan serta pengumuman siapakah yang akan
dinobatkan sebagai Pahlawan Naga. Pengumuman tersebut dihadiri oleh ramai
orang serta disambut secara besar-besaran dan meriah.

2.3 BIDANG SENI BINA

Dalam bidang seni bina pula, apa yang dapat kita lihat daripada wayang animasi
tersebut adalah reka bentuk seni binaan seperti rumah, tembok, bandar dan istana
mempunyai kelainan daripada tamadun-tamdun yang lain. Tamadun China sangat
popular dengan Tembok Besar China. Tembok ini dibina sejak zaman Dinasti

5
Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini di dibina
sepanjang 1,500 batu dan Kansu ke Peking. Sementara itu bandar China purba
seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juga dibina dengan rekaan yang
mempunyai tembok batu. Tembok di kawasan bandar lain pula dibuat daripada
tanah liat dan batu-bata. Malahan di kampung juga terdapat tembok biarpun
dibina daripada tanah lumpur. Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang
dikelilingi oleh parit yang besar dan menara (Akashah Ismail, 2009). Kawasan di
dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana
maharaja yang masih kekal sehingga kini ialah Kota Larangan. Istana ini
mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebahai balai
penghadapan serta tempat pagoda. Kuil ini terdiri daripada beberapa buah
bangunan yang merangkumi tempat tinggi, ruang tetamu dan pusat pemujaan.
Namun demikian bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula
berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk
oktagon dan segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi
semua binaan dan tempat (Motron, 1995).

3.0 NILAI-NILAI MURNI YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN

Dalam wayang animasi Kung Fu Panda mempunyai banyak nilai-nilai murni yang boleh
kita aplikasikan sebagai pelajar mahupun sebagai pekerja dalam konteks situasi negara
Malaysia. Sesuai juga ditonton oleh kanak-kanak dan orang dewasa yang ingin mencari
inspirasi dalam kehidupan. Ia mengajar erti takdir (destiny) dan percaya pada kebolehan
sendiri (the power of self-belief). Ia merupakan kisah seekor Panda yang bernama Po
yang pada mulanya hanya membantu ayahnya di restoren akhirnya menjadi lagenda
Pahlawan Naga.

3.1 NILAI MURNI 1 : NIKMATI MASA KINI

6
Pada mulanya, Po agak gentar dengan idea dan tanggungjawabnya menjadi
Pahlawan Naga. Namun, pada ketika dia hampir menyerah kalah. Master Oogway
mengatakan kepada Po ”kemarin adalah sejarah, esok adalah misteri. Tetapi hari
ini adalah hadiah. Itulah sebabnya kepada kita memanggil nya hadiah”. Apa yang
paling penting adalah yang berlaku pada masa kini. kita seharusnya tidak terlalu
memikirkan benda yang perkara yang sudah berlaku kerana tidak ada cara untuk
mengembalikan masa lalu utk memperbaiki kesilapan. Satu-satunya perkara yang
dapat dilakukan oleh masa lalu adalah kita belajar darinya. Bagaiman pula dengan
masa depan? Kita juga tidak perlu risau akan hal yang belum berlaku kerana kita
yang akan menentukan nya kelak.

3.2 NILAI MURNI 2 : PERCAYA PADA DIRI

Setelah Oogway mencalonkan Po sebagai Pahlawan Naga, ramai yang ragu-ragu


dengan keputusannya. Malahan Shifu juga berulang kali mengatakan kepada Po
yang di bukan orang yang terpilih. Namun Po tidak berputus asa hanya kerana
seseorang mengatakan bahawa dia tidak cukup baik. Itu tidak bermakna kita ini
orang yang tidak baik walaupun kata-kata itu datang daripada tokoh yang
berwibawa seperti Shifu. Kita tidak akan menjadi seperti apa yang kita mahukan
tetapi kita akan menjadi orang yang kita percaya seperti yang dikatakan oleh Mr.
Ping: perkara-perkara itu istimewa, apabila kita percaya bahawa perkara itu
berlaku. Po hanyalah panda biasa, dia tidak mempunyai kekuatan luar biasa.
Walaupun begitu, dia berlatih dengan bersungguh-sungguh dan menyedari
potensinya sendiri. Kejayaan bukan bermaksud menjadi sempurna, tetapi
melakukan perkara-perkara kecil yang membantu kita mencapai tahap yang kita
mahukan. Oleh itu, untuk menjadi orang luar biasa pada sesuatu, kita harus
percaya pada diri sendiri terlebih dahulu.

3.3 NILAI MURNI 3 : BUANG SIKAP EGO

Kenapa Tai Lung tidak terpilih sebagai Pahlawan Naga? Kerana Tai Lung terlalu
ego dan terlalu bongkak. Untuk mendapat gelaran Pahlawan Naga seseorang itu
perlu memiliki kemahiran dan pemikiran yang betul. Tai Lung mempunyai bakat
bertempur yang baik dan berusaha keras untuk mendapat gelaran tersebut. Tetapi
itu sahaja tidak mampu untuk menjadi ia sebagai Pahlawan Naga. Oleh itu, dia
dengan egonya marah kepada Oogway kerana tidak memberikan Skrol Naga

7
tersebut. Dalam masa yang sama, kita dapat melihat Shifu juga mempunyai sikap
ego dan terlalu bangga untuk mengakui bahawa Tai Lung sudah tersasar dari jalan
yang benar sehinggakan dia memilih untuk mengabaikan keburukan Tai Lung
bahkan hampir meragut nyawa Shifu sendiri.

8
4.0 DIALOG YANG MENYENTUH PERASAAN

Dalam tugasan ini saya memilih tiga dialog yang menyentuh perasaan daripada wayang
animasi Kung Fu Panda yang menyentuh perasaan saya.

4.1 DIALOG 1 : MINIT 00:44:30

Pada dialog ini Oogway mengata kepada Shifu ”Mungkin ia boleh, jika anda
sanggup untuk memimpinnya, untuk memupuknya, untuk mempercayakannya,
percaya kepada saya , anda akan mempercayainya”. Daripada dialog ini Oogway
ingin supaya Shifu percaya kepada kebolehannya untuk mendidikan Po agar
menjadi Pahlawan Naga. Shifu tidak percaya Po mampu untuk menewaskan Tai
Lung disebabkan bentuk fizikal Po yang besar serta tidak ada kemahiran kungfu
yang hebat. Tetapi disebabkan kata-kata Oogway itu tadi memberi kesedaran
Shifu untuk cuba percaya dan dan berjanji untuk memberi tunjuk ajar kepada Po
untuk menewaskan Tai Lung walaupun belum menemui cara terbaik untuk
mendidik Po.

4.2 DIALOG 2 : MINIT 00:50:58

Semasa Tigress dalam perjalanan untuk menentang Tai Lung secara bersendiri.
Tiba-tiba ahli Furious Five yang lain datang untuk membantu namun Tigress
mengatakan ” jangan cuba untuk menghalang saya ” dan dengan segera Mantis
membidas kenyataan Tigress serta mengata ” kami bukan nak menghalang awak,
kita akan bersama-sama menumpaskan Tai Lung ”, dan mereka pun berlalu pergi
untuk menghalang Tai Lung daripada datang ke Valley of Peace. Dalam dialog ini
kita dapat melihat semangat setia kawan yang ditonjolkan rakan-rakan Tigress.
Mereka tahu mereka tidak mampu untuk menentang Tai Lung dan mungkin akan
mati semasa menentang Tai Lung. Tetapi mereka tetap bersama dan mencuba
sedaya upaya yang mungkin. Mereka percaya bahawa sekiranya mereka bersatu
kemungkinan untuk mengalahkan Tai Lung lebih tinggi dan dapat
mengembalikan keamanan lembah tersebut.

9
4.2 DIALOG 3 : MINIT 01:06:34

”Sudah tiba masa untuk kalian teruskan perjalanan kalian tanpa saya, saya amat
berbangga menjadi guru kalian.” itulah kata-kata terakhir Shifu sebelum
mengarahkan anak muridnya untuk mengarahkan pendudukan lembah itu untuk
beredar agar tidak diserang oleh amarah Tai Lung. Disini kita dapat melihat Shifu
sanggup mengorbankan nyawa serta bertanggungjawab dalam menjaga keamanan
lembah tersebut. Shifu mengambil keputusan untuk menentang Tai Lung secara
seorang diri walaupun dia tahu, dia tidak mampu untuk menentang kekuatan yang
dimiliki oleh Tai Lung.

10
5.0 INFOGRAFIK

RUJUK FAIL PDF ASSIGNMENT MPU3323 – INFOGRAFIK.pdf

11
6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, tamadun China merupakan antara tamadun yang tertua di dunia.
Justeru, tamadun China banyak memberikan sumbangan kepada peradaban dunia bahkan
sehingga hari ini masih kekal relevan. Antara sumbangan tamadun China yang kita dapat
lihat melalui wayang animasi Kung Fu Panda adalah seperti sumbangan dalam bidang
perubatan yang banyak dijadikan panduan dan kajian oleh pakar-pakar perubatan masa
kini. Selain daripada itu, sumbangan dalam bidang kesenian seperti Tembok Besar China,
pembuatan rumah dan bandar yang masih kekal sehingga ke hari ini. Dari segi
sumbangan dalam bidang perayaan dan kebudayaan kita dalam lihat masyarakat cina
moden masih mengamal adat dan perayaan seperti Tahun Baru Cina, Pesta Tang Lung,
Pesta Kuih Bulan dan sebagainya.

Selain daripada itu, terdapat juga nilai-nilai murni yang dapat kita pelajari daripada
wayang animasi ini seperti pentingnya menikmati masa yang kita ada sekarang,
kepercayaan kepada diri sendiri dan kita seharusnya membuang sikap ego. Nilai-nilai
murni ini boleh diaplikasikan tidak kira kita sebagai seorang pelajar atau pekerja di
negara kita. Yang terakhir sekali adalah perkaitan dialog-dialog yang menyentuh
perasaan yang sebenar ada maksud-maksud yang tersirat contohnya percaya kepada diri
sendiri, Semangat setia kawan dan pengorbanan seorang guru yang sanggup
mempertaruhnya nyawa sendiri demi menyelamatkan penduduk-penduduk lembah
berkenaan.

12
RUJUKAN

Akashah Ismail. (2009) . Fokus ACE SPM: Sejarah. Kuala lumpur : Pelangi.

Morton, W.S. (1995). China:It’s History and culture. New York, Ny : McGraw Hill

13

Anda mungkin juga menyukai