Anda di halaman 1dari 22

BAB 5 TAMADUN CINA (II)

5.5 PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN

5.6 INTERAKSI KETAMADUNAN DALAM TAMADUN CINA

5.7 RELEVANSI TAMADUN CINA DI MALAYSIA

5.8 PENUTUP

1
Hasil Pembelajaran:

Pada akhir bab ini, para pelajar dapat:

1. menghuraikan pencapaian dan sumbangan tamadun


Cina dalam pelbagai bidang,

2. memahami interaksi yang wujud antara tamadun Cina


dengan tamadun-tamadun lain, dan

3. mengetahui relevansi tamadun Cina dengan


masyarakat Malaysia.

2
PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN

 menekankan aspek fungsi dan kepentingannya secara menyeluruh.


a. Teknologi pertanian:
 Kaedah penanaman secara batas digunakan sejak abad ke-6 SM, menggunakan
alat semaian dan cangkul besi.
 Sekitar abad ke-2 SM, alat menampi bijirin yang lebih canggih dicipta, iaitu kipas
penampi berputar yang mengasingkan habuk daripada bijirin dengan lebih cepat.
BIDANG
b. Bidang Matematik:
SAINS DAN
 Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali dalam karya ahli
TEKNOLOGI Matematik Xu Yue menjelang abad ke-2.
 Kebanyakan Matematik Cina terkandung dalam karya Jiuzhang suanshu
(Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Chang ( kurun ke-2 SM).
 Ahli Matematik Cina juga mengenal pasti nilai pai, sistem pecahan dan sistem
perpuluhan pada abad ke-3.
 Angka positif (melambangkan keuntungan) dan negatif (melambangkan hutang)
turut wujud dalam Matematik Cina.
c. Astronomi dan Kalendar:
 Sumbangan besar dalam bidang astronomi melalui penyediaan katalog bintang,
mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet.
 Juga mencipta peralatan astronomi:
a. Gnomon - untuk menentukan latitud matahari dengan mengukur panjang
bayang-bayang ketika waktu tengah hari)
b. Clyepsyra - untuk mengukur masa. 3
PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN

c. Astronomi dan Kalendar:


 Mengkaji astronomi untuk digunakan dalam sistem pentadbiran negara iaitu
dengan penghasilan kalendar.
 Dua jenis kalendar,
a. Lunar – digunakan untuk upacara keagamaan.
b. Suria – digunakan untuk melihat musim.
d. Empat ciptaan agung
i. Teknik membuat kertas :
BIDANG  telah dicipta oleh Cai Lun pada tahun 105 yang diperbuat daripada fiber
SAINS DAN tumbuh-tumbuhan. Teknologi ini diperkenalkan ke Eropah pada kurun ke-13.
TEKNOLOGI ii. Teknik percetakan blok:
 diperkenalkan pada zaman dinasti Tang (618-906).
 Pada tahun1045 Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak/mudah alih.
 Perkembangan kertas dan alat cetak telah membawa kemajuan dalam
bidang kesusasteraan Cina.
iii. Bahan letupan:
 mula dicipta oleh ahli kimia Daoisme yang menemui formula dalam
uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon.
 Bahan ini kemudian digunakan untuk membuat bunga api menjelang kurun ke-7.
 Bahan letupan ini mulai digunakan dalam ketenteraan pada tahun 906.
iv. Kompas:
 mula diperkenalkan setelah sifat-sifat magnet diketahui antara kurun pertama
dengan kurun ke-6. 4
PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN

 Kemajuan dalam bidang ini dicapai semasa pemerintahan dinasti Han, dinasti Tang,
dinasti Song dan dinasti Ming.
 Pemimpin-pemimpin dinasti tersebut menjadi penaung bagi perkembangan kesenian.
a. Muzik Klasik
 Sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam tamadun Cina.
 Konfosius juga menyokong perkembangan muzik kerana menurut beliau muzik suatu
cara untuk manusia menunjukkan kegembiraan.
 Pada zaman dinasti Tang, perkembangan muzik digiatkan lagi dengan penubuhan
pejabat Muzik Kemaharajaan (Yueh Fu) yang menjadi tempat mengumpulkan bahan-
BIDANG bahan dan mengedit lagu-lagu rakyat.
KESENIAN  Dua pembahagian muzik, iaitu muzik rakyat yang merupakan asas perkembangan
muzik Cina dan muzik golongan atasan yang telah mengubahsuai muzik rakyat.
 Muzik dimainkan dalam pelbagai upacara seperti upacara istana, perayaan rakyat
dan upacara keagamaan.
 Selain sebagai hiburan, muzik juga satu cara untuk memberi nasihat dan gambaran
kepada masyarakat ketika itu.
 Alat-alat muzik diperbuat daripada logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu
dan buluh.
 Alatan muzik Cina dalam bentuk meniup, genderang, memetik dan menggesek.
 Ada 6 jenis emosi dalam muzik klasik Cina, iaitu kesedihan, kepuasan, kegembiraan,
kemarahan, ketaatan, kecintaan
 Pengaruh muzik Cina dapat dilihat dalam tamadun seperti Korea dan Vietnam kesan
interaksi antara tamadun. 5
PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN

b. Kaligrafi
 Salah satu seni halus yang unik di dunia dan amat dihormati oleh masyarakat Cina
 Kaligrafi merupakan tulisan yang direka dalam bentuk lukisan yang indah.
 Kaligrafi Cina mempunyai imej kekuatan, kecantikan atau keanggunan.
 Bentuk awal kaligrafi terdapat pada kulit kura-kura dan tulang binatang yang
dikenali sebagai Chiakuwen (Jia Gu Wen).
 Kaligrafi ini berkembang kepada beberapa gaya lakaran, iaitu Zhuan-shu, Li-shu, Kai-
shu, Xing-shu dan Cao-shu.
 Gaya Kai-shu gaya penulisan paling popular kerana mudah difahami oleh semua
BIDANG lapisan masyarakat Cina.
KESENIAN  Selain nilai seninya, kaligrafi memainkan peranan penting dalam tamadun Cina
kerana melambangkan tahap pencapaian dan kehalusan peribadi seseorang sama
ada maharaja mahupun sarjana.
 Alam semula jadi menjadi inspirasi asas dalam seni kaligrafi.
c. Seni Lukis
 Lukisan-lukisan Cina banyak bertemakan dewa-dewi, pemimpin bangsawan, gadis,
orang biasa, alam semula jadi (seperti gunung-ganang, hutan rimba dan sungai),
binatang dan tumbuh-tumbuhan.
 Mempunyai hubungan yang rapat dengan puisi dan kaligrafi.
 Setiap lukisan bersifat simbolik dan mementingkan landskap untuk menggambarkan
hubungan manusia dengan alam semula jadi.
 Ini menjadikan lukisan Cina sebagai satu perantara paling baik untuk
membayangkan personaliti, perasaan dan jiwa seseorang pelukis. 6
PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN

c. Seni Lukis
 Lukisan tradisional Cina terbahagi kepada dua teknik, iaitu Xieyi (freehand brushwork)
dan Gongbi (menggunakan garis halus dan teliti).
 Simbol popular – orkid, konfusius, bunga plum, pokok pain tua, panda.
 Pengaruh agama Buddha yang mencorak seni lukis Cina berlatarbelakangkan dewa
dewi daripada ajaran Buddha.
d. Seni Bina
 Bangunan yang dibina dalam tradisi Cina mengambil kira kedudukan dan susun atur
berpandu kepada teori fengshui (kuasa alam)
BIDANG  Tembok merupakan antara binaan penting bertujuan untuk pertahanan dan
KESENIAN keselamatan. Tembok kota biasanya mempunyai ketinggian 25 – 30 kaki, mempunyai
pintu yang dibuka pada waktu tertentu dan di atasnya terdapat menara. Tembok
kota dikelilingi parit dan dipenuhi air yang dalam. Tembok yang terkenal – Tembok
Besar Cina.
 Binaan kayu tradisional Cina biasanya diperbuat daripada kayu berkualiti dan
mempunyai rangka yang berbentuk tiang dan ambang.
 Bumbung binaan adalah menonjol, bercerun curam dan melengkung. Bumbung biasanya
dipasang tembikar.
 Antara ciri lain seni bina pada bangunan ialah pavilion (bentuk oktagonal untuk tujuan
hiasan) dan pagoda (pengaruh agama Buddha).
 Seni taman berkait rapat dengan seni bina Cina.

7
PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN
 Telah berlaku sejak 3000 tahun lalu.
 Antara tokoh sasterawan Cina yang terkenal ialah Lu Ji, Zuo Si, Li Bo, Du Fu .
 Li Bo dikatakan banyak menghasilkan karya sastera dan 1800 karyanya
masih ada.
 Perkembangan kesusasteraan Cina yang pesat dikaitkan dengan penciptaan
mesin cetak.
 Dalam sejarah kuno, sastera puisi dan prosa amat dipandang tinggi kerana
kepentingannya dalam sistem peperiksaan awam kerajaan.
BIDANG  Setiap calon yang hendak menjadi pegawai kerajaan akan disyaratkan
melalui beberapa peringkat ujian untuk melayakkan mereka memasuki
KESUSASTERAAN
perkhidmatan awam.
 Sastera puisi dan prosa antara perkara yang diuji dalam peperiksaan awam.
a. Puisi:
 Sejarah perkembangan kesusasteraan Cina boleh dibuktikan dengan
penghasilan Buku Puisi atau Shijing, iaitu koleksi 305 nyanyian atau puisi
yang dikumpulkan oleh Konfosius semasa pemerintahan dinasti Chou.
 Puisi ini dikumpul daripada pelbagai tema, merupakan sastera realism di
utara, pada asasnya dinyanyikan dengan iringan muzik, mempunyai fungsi
politik dan sosial selain fungsi sastera dan digunakan dalam pertemuan
rasmi.
 Wu jing (Lima klasik) iaitu terdiri daripada Shi jing, Yi jing (Klasik Perubahan),
Shu jing (Klasik Sejarah), Li Ji (Rekod Ritual) dan Chun qiu (Klasik Musim
Bunga dan Musim Luruh) sangat dihormati oleh sarjana-sarjana Cina sejak
kurun ke-2. 8
PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN
a. Puisi:
 Chu ci (Nyanyian Chu) yang berasal dari muzik dan tarian dianggap
mewakili antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sungai
Yangtzi.
 Lebih dikenali sebagai sastera romantik dari selatan.
 Lazimnya mempunyai baris-baris yang lebih panjang dan kurang tetap
menyebabkan puisinya lebih sesuai dideklamasikan.
 Dinasti Tang (618-907 M) merupakan zaman keemasan puisi kerana puisi
BIDANG yang dihasilkan tiada tandingan dari segi kuantiti dan kualiti.
 Quan Tang shi (Koleksi Lengkap Puisi Tang) mengumpulkan jumlah puisi lebih
KESUSASTERAAN
kurang 50,000 buah hasil ciptaan dari 2,000 atau lebih penyajak.
 Dinasti Song pula zaman keemasan lirik (ci).
 Jenis puisi ini timbul dari nyanyian penghibur dan digubah dalam rangkap
berlainan panjang mengikut bunyi muzik tertentu.
b. Prosa
 Dibahagikan kepada tiga jenis genre:
i. Fu, iaitu genre representatif bagi dinasti Han (206 SM – 220 M),
menunjukkan sifat puisi bercampur prosa.
ii. Pianwen (Prosa selari) iaitu sejenis prosa berirama yang mempunyai syarat-
syarat tertentu khasnya mengenai kecantikan retorik.
iii. Bagu wenzhang (eight-legged essay), merupakan kayu pengukur paling
utama dalam menggredkan calon peperiksaan perkhidmatan awam.
 Prosa jenis bagu begitu dominan dalam bidang penulisan Cina selama
berabad-abad. 9
PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN
b. Prosa
 Prosa klasik (guwen) adalah dominan dalam sastera Cina klasik dan
menggunakan bahasa klasik.
 Bahasa klasik telah menjadi medium bagi hampir semua penulisan prosa
disebabkan bahasa yang dikhaskan dalam peperiksaan rasmi dan
mendapat penghormatan.
 Prosa Cina mempunyai fungsi sosial dan politik yang mana sesebuah prosa
yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika.
 Zhuang Zi dikatakan prosa pra-Ch’in paling indah dan hasil prosa terbaik
BIDANG ialah Shih Chi (Rekod Sejarah) karya Ssu Ma-ch’ien.
KESUSASTERAAN  Karya Ssu Ma-chi’en mengisahkan sejarah China selama lebih kurang 2567
tahun dan bukan hanya berkisar tentang sejarah tetapi juga
memperlihatkan corak hidup masyarakat Cina dalam bidang politik,
ekonomi dan budaya.
 Shi Ji (Rekod Sejarah) karya Sima Qian merupakan sebuah buku sejarah yang
mempunyai penulisan prosa terbaik bagi zaman dinasti Han.
c. Drama
 Drama berkembang agak lewat iaitu pada zaman dinasti Yuan.
 Drama Cina paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk
puisi yang digubah mengikut bunyi muzik tertentu.
 Selain memberi hiburan, zaju juga berperanan sebagi pengkritik sosial.
 Contohnya:
i. drama Dou’er yuan (Ketidakadilan Dou’er) karya Guan Hanqing. Drama ini
mengkritik kelemahan pegawai Mongol yang menerima rasuah sehingga
mengakibatkan seorang suri rumah dihukum mati tanpa melakukan apa-apa
10
kesalahan.
PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN
c. Drama
ii. drama Xixiang ji (Percintaan Kamar Barat) karya Wang Shifu. Drama ini
menyanjung cinta bebas melalui pelukisan watak utama sebagai berani
menentang tradisi lama dalam hal perkahwinan.
 Drama-drama jenis lain ialah:
i. chuangqi, lebih panjang iaitu lebih kurang 30 – 40 babak serta lebih
fleksibel dari segi muzik dan nyanyian.
ii. Kunqu, bentuk drama ini dominan sejak kurun ke-16 hingga ke-18 dan
merupakan kegemaran golongan pujangga kerana gaya nyanyian dan
BIDANG muziknya yang halus.
KESUSASTERAAN iii. Kegiatan drama rakyat dari berlainan daerah. Drama rakyat ini mula
berkembang menjelang lewat kurun ke-18 dan semakin popular sehingga
dipentaskan di Beijing. Dari sini, kegiatan drama ini akhirnya melahirkan opera
Cina yang menjadi sallah satu kegemaran ramai masyarakat Cina sehingga
masa kini.
 Drama Cina lebih cenderung menekankan nilai-nilai etika dengan menonjolkan
perbuatan-perbuatan baik dan memberi amaran tentang perbuatan jahat.
d. Fiksyen
 Kedudukan fiksyen tidak setanding puisi atau prosa kerana penggunaan bahasa
vernakular, iaitu merujuk kepada genre xiaoshuo yang bermaksud percakapan kecil
dan sia-sia.
 Contoh fiksyen:
i. Sanguo Yanyi (Roman Tiga Negara) : berbentuk sejarah dan mengisahkan
perebutan kuasa tiga buah negara pada akhir kurun ke-2.
ii. Xiyou Ji (Perjalanan ke Barat): mengenai keghaiban dan imaginasi. Kisah
11
perjalanan seorang sami Cina ke India untuk mendapatkan kitab suci Buddha.
PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN

 Tamadun Cina mencapai kemajuan besar dalam bidang perubatan.


 Idea peredaran darah boleh dikesan di China dalam sebuah buku perubatan tertua,
The Yellow Emperor’s Manual of Corporeal Medicine pada abad ke-2 SM.
 Akupuntur dan moxibustion (membakar daun moxa) kaedah perubatan tradisional
bagi memperbetulkan peredaran darah.
Penggunaan bahan ubat-ubatan daripada herba, binatang dan sumber galian sangat
meluas.
BIDANG  Pencapaian:
PERUBATAN i. Sekitar tahun 200 M, Chang Chi (dikenali sebagai pakar perubatan China) telah
mengarang buku Systematic Treasury of Medicine yang mengandungi maklumat
pencegahan penyakit dan beberapa diet pemakanan.
ii. Han Yu (762-824) menulis sebuah esei tentang penyakit beri-beri yang
disebabkan oleh kekurangan Vitamin B1.
iii. Masyarakat Cina kuno juga mengenali penyakit kencing manis atau diabetis
yang disebut hsiaok’o yang bermakna kedahagaan. Dalam buku The Yellow
Emperor’s Manual of Corporeal Medicine menyatakan penyakit itu disebabkan
memakan makanan yang manis dan banyak lemak.
iv. Masyarakat Cina kuno merupakan masyarakat pertama menggunakan kaedah
suntikan untuk mencegah penyakit cacar.
v. Bencao gangmu (Farmakopeia Agung) oleh Li Shizhen mengandungi 52 jilid –
farmakologi Cina teragung dan berwibawa hingga kini.

12
INTERAKSI KETAMADUNAN DALAM TAMADUN CINA

 Interaksi tamadun Cina dengan tamadun luar bermula pada zaman


Xia (kurun ke 21 – ke 16 SM).
 Faktor berlakunya interaksi:
i. Sistem politik yang berwibawa
ii. Pencapaian kemajuan yang tinggi
 Lingkaran kebudayaan Cina telah mempengaruhi tamadun
 • Korea
• Jepun
• Vietnam
 Hubungan juga berlaku dengan rantau lain.

13
Interaksi Huraian
China - Korea  Berlaku pada zaman Dinasti Shang kesan daripada kegiatan perdagangan
dan penghijrahan.
 Kemuncak interaksi ini:
i. Korea menjadi negara berfahaman Konfusianisme.
 ii. Buddhisme dibawa masuk dan disebarkan ke Korea.
 Kesan positif interaksi:
i. Penggunaan bahasa Cina oleh orang Korea (kurun ke-5 SM).
ii. Tulisan Korea menyerap beberapa istilah Cina dan ilmu fonetik Cina.
iii. Pengaliran teknologi dalam pertanian, pertukangan perubatan,
pembuatan kertas, pencetakan dan bahan letupan.
China - Jepun  Interaksi antara tamadun China dan Jepun berlaku melalui perantaraan
Semenanjung Korea semasa zaman Raja Packhe yang memerintah Korea.
 Penglibatan ramai tentera Jepun di Korea pada ketika itu telah menyebabkan
unsur-unsur tamadun China yang terdapat dalam budaya Korea telah meresapi
budaya Jepun.
 Sumbangan yang penting :
i. Agama Buddha telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun.
Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan dengan agama asal
orang Jepun, iaitu agama Shinto. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di
Jepun.
ii. Tulisan Cina telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun
iii. Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam
tamadun Jepun. Ajaran Konfusianisme yang memberi penekanan
kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi kekeluargaan
Jepun.
14
Interaksi Huraian
China – Asia Tenggara  Bermula sebelum abad pertama Masihi.
 Dinasti Han (206-220M) - utusan kerajaan China telah dihantar ke Funan
(Kampuchea) dan negara-negara Asia Tenggara yang lain.
 Kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, kemasukan beramai-ramai orang Cina
bagi memenuhi permintaan tenaga buruh- wujud kelompok masyarakat Cina
dengan budaya dan pegangan yang mempengaruhi kehidupan penduduk
tempatan.

China – India  Tamadun ini telah berinteraksi kira-kira pada abad ke-2 sebelum Masihi
 Penyebaran Agama Buddha ke China pada masa pemerintahan Dinasti Han
(zaman Han Timur) merupakan kemuncak kepada interaksi antara tamadun
China dan India.
 Oleh kerana Buddhisme lahir dalam suasana budaya India, maka China juga
telah berkongsi banyak persamaan dengan budaya masyarakat India.
 Kesan positif interaksi :
i. beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasimilasikan dalam tamadun
China. Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana
dan di kalangan bangsawan China.
ii. Semasa Dinasti Tang ( 618-907), teknologi membuat gula dari tebu
diperkembangkan pada zaman Tamadun China.
iii. Terdapat ciptaan-ciptaan sains dan teknologi orang China yang telah
berkembang di dalam masyarakat India.
iv. China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli cendekiawan India dalam
bidang astronomi.

15
Interaksi Huraian
China – Alam Melayu  Mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu.
 Pada zaman Kesultanan Melaka, China berperanan sebagai pelindung
Melaka daripada ancaman Siam.
 Melahirkan kesan positif dalam kemahiran dan teknologi serta
kebendaan.
 Tamadun China membawa teknologi membuat gula daripada tebu ke
Kepulauan Melayu, perusahaan sutera, pembuatan tembikar serta
pertukangan logam.

16
RELEVANSI TAMADUN CINA DI MALAYSIA

Kebudayaan Cina telah meninggalkan banyak kesan terhadap rantau Asia


Tenggara terutamanya melalui pengiriman utusan atau misi diplomatik,
perniagaan dan perdagangan, peperangan dan ketenteraan, dan imigrasi.

Malaysia merupakan satu model yang unik hasil daripada pertembungan


dan interaksi antara tamadun di Asia Tenggara tersebut.

Interaksi tamadun Cina dan realitinya di Malaysia boleh dilihat di dalam


beberapa aspek. Antaranya:
i. Amalan dan budaya masyarakat Cina Malaysia
ii. Aspek Perniagaan
iii. Aspek Budaya
iv. Aspek Ilmu Pengetahuan
v. Jati diri

17
Bidang Huraian
Bidang Sosial  Keutamaan tamadun Malaysia ialah sebuah masyarakat bermoral dan
beretika, berkebudayaan penyayang, bersifat terbuka dan toleransi, bersifat
bebas untuk mengamalkan tradisi budaya dan ajaran agama, bersifat
saintifik dan progresif dan berasaskan institusi keluarga yang kukuh.
 Tamadun Cina bersifat terbuka dan bertolak ansur. (menerima banyak pengaruh
agama dan kebudayaan asing kesan interaksi dengan tamadun lain).
 Sistem etika Cina berasaskan keluarga semata-mata, mengutamakan
kebaikan hati dan keharmonian dalam hubungan antara entiti (individu,
kelompok, alam).
 Ajaran Konfusianisme memberi banyak implikasi bagi pemupukan kebudayaan
penyayang dan pembangunan masyarakat yang beretika, liberal dan bebas
dari segi agama dan budaya.
Bidang Ekonomi  Keadilan dan sikap berpatutan merupakan dua nilai yang penting dalam
bidang ekonomi.
 Kedua-dua nilai ini khasnya merujuk kepada pengagihan kekayaan secara adil
dan pekerjaan yang tidak dikenal pasti dengan ras.
 Banyak nilai dalam tamadun Cina yang patut ditekankan dalam aktiviti ekonomi.
 Contohnya, kerajinan, berjimat-cermat, tanggungjawab, integriti dan ketaatan
akan memberi manfaat kepada pertubuhan perniagaan.
 Nilai etika seperti keharmonian, kesetiaan, kesopanan, kepatuhan pada norma
dan peraturan, disiplin diri, semangat bekerjasama mungkin memberi implikasi
positif bagi teori organisasi, tingkah laku organisasi, pengurusan perniagaan dan
psikologi perindustrian.
18
Bidang Huraian
Bidang Politik  Nilai utama yang diberikan tumpuan ialah integrasi nasional atau perpaduan
kaum.
 Selain itu, ideal demokrasi khasnya kematangan, kemuafakatan, komuniti
sebagai tumpuan, keamanan dan keharmonian, keadilan dan dedikasi
terhadap negara merupakan perkara yang ditekankan oleh negara ini.
 Tamadun Cina yang berasaskan humanisme dan moralisme memang
menekankan keharmonian, kesederhanaan, keadilan, ketaatan dan ideal-
ideal demokrasi.
Bidang  Banyak inovasi dan ciri baru diperkenalkan ke dalam isntitusi pendidikan
Pendidikan Malaysia sejak tahun 1990.
 Kita harus juga mengambil perspektif perbandingan supaya kebijaksanaan dan
fikiran Konfusianisme dan tradisi lain dapat digunakan dalam segala
pertimbangan mengenai perkembangan kurikulum dan strategi mengajar dan
pengajaran.
 Dalam konteks ini, warisan-warisan tamadun Cina yang relevan seperti
i. kepercayaan optimistik pada potensi manusia untuk mencapai
kecemerlangan individu atau berkelompok.
ii. pendidikan sentiasa diutamakan.
iii. kepercayaan bahawa setiap individu harus dan boleh dididik.
iv. pembentukan keperibadian atau ajaran moral dan etika diberian
keutamaan.
v. Guru harus dihormati dan diberi status sosial yang tinggi.
 Warisan-warisan ini berpunca daripada humanisme, personalisme,
intelektualisme dan moralisme dalam tamadun Cina. 19
Bidang Huraian
Bidang  Secara asasnya, manusia perlu merujuk kepada tradisi yang menekankan serta
Pemeliharaan mengamalkan hubungan harmoni antara manusia dengan alam semulajadi.
Alam Sekitar  Tamadun harus berdialog antara satu dengan yang lain supaya mencapai satu
konsepsi yang rasional mengenai alam, kaitannya dengan manusia dan
kewajipan manusia bagi mengatasi kemerosotan mutu alam sekitar.
 Mengikut ajaran sama ada Konfusianisme, Daoisme atau Buddhisme dalam
tamadun Cina, manusia berkedudukan setaraf dengan alam.
 Maka, manusia harus berusaha memahami prinsip-prinsip alam semesta (tian)
supaya tercapai satu keadaan yang dikenali sebagai “kesatuan tian dengan
manusia”
 Keharmonian yang tertinggi darjahnya harus diusahakan dalam hubungan
manusia dengan alam semesta.

20
PENUTUP

 Sumbangan-sumbangan tamadun Cina telah membantu perkembangan


dan kecemerlangan tamadun ini.

 Interaksi ketamadunan turut memperkukuhkan tamadun Cina.

 Kesan tamadun Cina dalam masyarakat di negara ini masih kukuh dan
turut membantu ketamadunan masyarakat Malaysia.

21
Rujukan/Bibliografi
Kementerian Pengajian Tinggi. (2015). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun
Asia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mat Aros. (2013) Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam: Oxford Fajar
Dr. Abd Hakim Mohad, Ros Aiza Mohd Mokhtar, Dg Hafizah Ag Basir, Siti Halimah
Putung. 2015) Modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Petaling Jaya:
Sasbadi

Nasruddin Yunos, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Mohamad Sabri Haron. (2017)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Bangi: Pusat Citra UKM

https://www.slideshare.net/diyraz/Tamadun Cina dalam pemantapan Malaysia dan


dunia:

22

Anda mungkin juga menyukai