Anda di halaman 1dari 5

kepentingan takaful..??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Tujuan mengambil pelan takaful ialah untuk mengalihkan
risiko diri kepada pihak ketiga,itu ialah satu langkah bijak dalam menangani risiko diri.Tetapi
ramai yang salah faham tentang konsep takaful itu sendiri kerana apa yang mereka faham,
takaful ialah simpanan. Oh, bukan itu jawapannya. Takaful ialah pelan perlindungan diri. Dan
dalam masa yang sama, ada sedikit bahagian dalam wang yang kita carum itu di alihkan ke
dalam tabung simpanan. Bukan semua produk mempunyai simpanan ye. 

Hari ini saya ingin kupas sedikit tentang  jenis jenis Polisi Asas yang di tawarkan oleh syarikat
Takaful yang ada di Malaysia. Praktisnya, secara kebiasaan antara produk yang ada di pasaran
mempunyai 8 jenis. 

1. Wholelife Policy(Polisi Seumur Hidup)

Polisi ini menawarkan perlindungan sepanjang hayat dan caruman dibayar seumur hidup anda.
Wang manfaatnya, termasuk apa-apa bonus, akan dibayar setelah kematian atau sekiranya anda
mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.Kebiasaannya produk ini ditawarkan oleh pelan
konvensional atau insuran.

Perlindungan ini untuk 4 perkara:

a)Kematian biasa-antaranya kerana penyakit atau secara biasa

b)Kematian kemalangan

c)Hilang upaya biasa-contohnya strok, angin ahmar atau kerana penyakit

d)Hilang upaya kemalangan-contohnya akibat kemalangan, kehilangan anggota badan yang


menyebabkan kita tak mampu untuk bekerja lagi.

2.Endowment Policy (Polisi Endowmen)

Polisi ini menggabungkan perlindungan dan tabungan. Wang manfaatnya akan dibayar pada
akhir tempoh yang ditetapkan berikutan kematian atau jika anda mengalami hilang upaya
menyeluruh dan kekal. Sekiranya anda masih hidup apabila polisi matang, anda akan mendapat
wang berkenaan; jika sebaliknya, wang itu akan diberi kepada penama anda. Dan polisi ini
membenarkan kita mengeluarkan sebahagian wang simpanan yang ada di dalam tempoh polisi
berjalan. Antara polisi yang ada atau dibawah naungan polisi endowmen ini ialah Perlindungan
Tabung Pendidikan (Education Fund Policy) Perlindungan Tabung Persaraan ( Retirement Fund
Policy), Perlindungan Takaful Keluarga (Family Protection Family) dan sebagainya

Perlindungan ini untuk 4 perkara:

a)Kematian biasa-antaranya kerana penyakit atau secara biasa


b)Kematian kemalangan

c)Hilang upaya biasa-contohnya strok, angin ahmar atau kerana penyakit

d)Hilang upaya kemalangan-contohnya akibat kemalangan, kehilangan anggota badan yang


menyebabkan kita tak mampu untuk bekerja lagi.

3.Investment Linked Product  (Produk berkaitan Pelaburan)

Caruman simpanan anda digunakan untuk perlindungan Takaful dan unit saham di dalam dana
yang diurus oleh syarikat Takaful. Harga unit tersebut adalah berasaskan prestasi pelaburan dana
yang diuruskan. Manfaat yang dibayar kepada anda atau penama anda bergantung kepada harga
unit saham pada masa anda menyerahkan polisi atau apabila anda meninggal dunia. Ada juga
yang menawarkan produk Takaful dan dalam masa yang sama memberi pulangan pelaburan
setiap tempoh yang ditetapkan tanpa gagal dan mengikut perjanjian yang ditetapkan.

Perlindungan ini untuk 4 perkara:

a)Kematian biasa-antaranya kerana penyakit atau secara biasa

b)Kematian kemalangan

c)Hilang upaya biasa-contohnya strok, angin ahmar atau kerana penyakit

d)Hilang upaya kemalangan-contohnya akibat kemalangan, kehilangan anggota badan yang


menyebabkan kita tak mampu untuk bekerja lagi.

Untuk ketiga tiga pelan di atas, persamaannya ialah mempunyai nilai simpanan, maka duit yang
kita simpan itu dibahagikan kepada dua tabung. 1 tabung untuk perlindungan, dan satu tabung
lagi untuk simpanan jangka masa panjang.Dan seterusnya yang dibawah ini tiada nilai simpanan
dan wang yang kita carum itu tiada pulangan, pendek kata duit kita 'burn'.

Tetapi, bukanlah bermakna polisi ini tidak bagus. Polisi ini amat bagus, kerana apa? Kerana nilai
caruman yang dikenakan oleh polisi ini amat murah tetapi perlindungan yang diberikan amat
tinggi. Mengapa begitu? kerana caruman itu 100% masuk ke dalam tabung perlindungan.
Berbeza dengan 3 produk di atas yang mengasingkan sedikit bahagian ke dalam tabung
simpanan dan sebahagian yang lain untuk tabung perlindungan.

4.Personal Accident (Pelan Perlindungan Kemalangan)

Polisi ini menawarkan perlindungan insurans untuk tempoh terhad sahaja. Wang manfaat dibayar
hanya setelah kematian kemalangan  atau sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh
dan kekal semasa  kemalangan dalam tempoh polisi.Polisi ini boleh diambil sebagai stand alone
policy atau di attachkan dengan polisi 1-3 di atas. Bezanya hanya polisi ini hanya melindungi apa
apa yang berkaitan dengan kemalangan sahaja, kerana itulah namanya Personal Accident(PA)
Perlindungan ini untuk 2 perkara:

a)Kematian kemalangan

b)Hilang upaya kemalangan-contohnya akibat kemalangan, kehilangan anggota badan yang


menyebabkan kita tak mampu untuk bekerja lagi.

5.Medical Card (Kad Perubatan)

Polisi ini menawarkan perlindungan takaful untuk tempoh terhad sahaja.Seperti perlindungan
kemalangan diri,polisi ini melindungi hanya untuk perlindungan yang berkaitan sahaja. Wang
manfaat dibayar hanya untuk membiayai perubatan dan rawatan di hospital swasta, dengan
syarat peserta mestilah di masukkan kedalam hospital terlebih dahulu sekurang kurangnya
sehari. Polisi ini boleh diambil sebagai stand alone policy atau di attachkan dengan polisi 1-3 di
atas. Bezanya hanya polisi ini hanya melindungi apa apa yang berkaitan dengan rawatan di
hospital swasta.

6.Added Rider (Rider Tambahan)

'Rider' ialah perlindungan tambahan yang dilampirkan bersama pelan takaful asas seperti
endowmen atau seumur hidup. Ia memberikan anda fleksibiliti untuk memenuhi keperluan
individu anda, seperti perlindungan terhadap kemalangan, hilang upaya atau masuk hospital.
Anda diperlukan membayar premium tambahan. Antara rider yang di tawarkan bersama pelan
Asas 1-3 di atas.

a)Elaun bermalam di Hospital

b)Perlindungan Penyakit Kritikal

c)Perlindungan tambahan bagi pelan asas

d)Perlindungan tambahan kemalangan dan sebagainya

7. Mortgage Reducing Term Assurance-MRTA  atau dikenali sebagai Hire Purchase


Reducing Term Takaful-HPRTT (Insurans bertempoh gadai janji berkurangan)

Perlindungan insurans/takaful yang meliputi pembayaran balik pinjaman pembelian hartanah


tertunggak kepada institusi kewangan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau sakit
kritikal peminjam. Dahulunya produk ini terpakai untuk hartanah sahaja (pembelian rumah)
tetapi sekarang ini, juga terpakai untuk pinjaman/gadaian bank contohnya kenderaan, pinjaman
peribadi atau sebagainya.

8. Annuaty (Pelan Anuati)

Anuiti ialah satu siri bayaran yang dibuat kepada anda sehingga anda meninggal dunia. Terdapat
dua jenis anuiti iaitu anuiti serta-merta dan anuiti tertunda. 10 tahun lepas, produk ini amat
popular kerana ia membenarkan kita mengalihkan wang dalam KWSP untuk menyertai pelan ini.
Ia di tawarkan dalam bentuk lot atau nilai sesaham. Setelah produk ini dimansuhkan kerajaan,
maka ada juga syarikat yang mengambil inisiatif untuk menawarkan produk seakan produk
anuati ini dalam produk asas.

Jadi, setiap produk yang kita sertai, kita perlu tahu apakah produk yang kita sertai itu bukan?
Ramai diluar sana sentiasa memberi alasan untuk tidak mengambil produk perlindungan diri atas
alasan alasan yang tak masuk akal. Antaranya

Ermph... biar saya fikir dulu... tunggulah dulu ye..?

Takpe, insyaAllah lama lama dia akan ambil juga tetapi  nak tunggu sampai bila?Tunggu bila
dah tua?Tunggu bila dah sakit?Kita kena ingat, semasa kita sihat, perlindungan untuk takaful ini
boleh di ambil. Tetapi apabila kita dah sakit, sorry 

to say mana ada syarikat takaful yang nak ambik risiko orang yang dah berpenyakit. Dan kena
ingat ye, beza bayaran bagi orang yang muda dan orang yang kurang muda(tua) amatlah tinggi.
Jika kita mengambil pada umur muda, bayarannya murah kerana risikonya kurang berbanding
dengan orang tua, risikonya tinggi. Dan kita kena ingat, semakin umur kita meningkat, tahap
kesihatan kita menurun. Janganlah berlengah kerana kita semua merentasi garisan hayat sebelum
menjadi mayat. Kita datang dengan tarikh lahir,tetapi kita tak tahu bila tarikh mati kita.Bunyinya
memang kasar, tetapi itulah kenyataan.

Apa untungnya saya ambik insurans/takaful ni? Lebih baik saya buat simpanan sendiri..

Nak cerita untung,banyak untungnya.Hidup kita terdedah dengan risiko. Yang pasti setiap yang
hidup PASTI mati. Kalau tidak, kita terdedah risiko hidup iaitu mungkin kita diuji dengan
musibah sakit. Atau, kita terdedah dengan risiko kemalangan. Kalau kita tak langgar orang,
mungkin orang langgar kita. Andainya risiko itu berlaku? Sumber dari mana yang boleh
membiayai perubatan dan wang dari mana yang nak kita cekau untuk meneruskan kehidupan.
Simpanan kita cukupkah? Wang segunung pun kalau di tarah lama lama jadi rata. Jadi, disitulah
kepentingan takaful bermula.

Saya dah ada simpanan untuk anak2.. Saya buat simpanan di bank perdagangan di Malaysia

Alhamdulillah,anak anda bertuah mempunyai ibu bapa yang beringat.Tapi cuba anda renungkan,
seandainya kita di serang stroke dan tidak berkemampuan untuk bekerja lagi, siapa yang boleh
meneruskan simpanan untuk anak anak?itulah pentingnya perlindungan takaful. Sekiranya
berlaku sesuatu kepada pembayar, maka takaful akan mengambil alih simpanan tersebut.
Matangnya polisi itu, maka anak anak tetap menikmati faedah simpanan. Dan setiap tahun, anak
kita akan mendapat elaun sara hidup bergantung kepada polisi yang kita syorkan.

Saya tak berminat la...

Takaful bukan sesuatu untuk diminati tetapi ianya merupakan satu keperluan sekarang.2 soalan
perumpaan yang mungkin membuka minda anda.
1. Anda ada tayar spare? Setiap kereta pasti ada tayar spare bukan? kenapa kena ada tayar spare?
Tayar yang akan digunakan BILA ia diperlukan sahaja. Kadang2 bertahun tahun barulah sekali
kita gunakan tayar spare bila tayar kita pecah atau bocorkan?Macam tu la juga takaful. Ianya
hanya diperlukan bila kita memerlukan. 

2. Anda ada kereta? Kalau nak hidup roadtax, wajib ambik perlindungan kereta bukan? kenapa?
untuk memastikan kita mengalihkan risiko kepada pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan
atau kehilangan kereta tersebut. Kereta pun perlukan insuran/takaful. Tetapi pemilik kereta?
Redha je kalau berlaku risiko?

Syarikat saya dah cover medical..

Sampai bila tu encik?sampai bila bila? sekiranya encik berhenti kerja? siapa yang akan tanggung
kos tersebut?Dan kebiasaannya ada limit kan?itu untuk perubatan sahaja. Tetapi kalau berlaku
hilang upaya? Adakah syarikat akan terus membela encik? Pastinya tidak. Perlindungan takaful
bukan sahaja skop untuk medical sahaja. Tetapi juga melindungi diri dari risiko hidup.

Saya kakitangan kerajaan..Ada GL...

Maaf ye, adakah anda tahu ada juga masalah..antaranya kita kena menunggu untuk
menggunakan GL. Ia di panggil 'waiting list'. Sekiranya keadaan kita parah, dan terpaksa beratur
dalam 'waiting list'.Bukankah itu menambahkan risiko kita terdedah dengan bermacam macam
kemungkinan?Kerana itulah kita perlukan tambahan bagi perlindungan sedia ada.

kesimpulannya,apapun bantahan yang anda kemukan untuk tidak mengambil pelan takaful, ia
adalah isu anda. Saya datang dengan penyelesai masalah. Sekiranya anda tidak berminat, itu
bukan masalah saya. Saya pasti akan bawa penyelesai masalah kepada mereka yang ingin dan
memerlukan khidmat saya.

Anda mungkin juga menyukai