Anda di halaman 1dari 30

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan Latihan Industri

Latihan industri ialah salah satu syarat wajib bagi pelajar Kolej Komuniti Kok
Lanas sebelum layak dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti Kok Lanas. Latihan
industri diwujudkan bagi menguji kemampuan pelajar dari segi kemahiran
dan praktikal.

Latihan industri juga diadakan dua kali setahun iaitu pada sesi Januari dan
Julai. Saya telah menjalani latihan selama 6 bulan pada sesi Januari 2011
dalam semester ketiga. Kursus yang dijalani adalah kursus Sijil Multimedia
Kreatif Pengiklanan. Saya ditempatkan di syarikat Krai Dsign Sdn. Bhd.

Pada setiap semester, Unit Latihan Industri Kolej Komuniti Kok Lanas akan
menempatkan pelajar-pelajar Kolej Komuniti ke lokasi latihan industri yang
sesuai dengan bidang yang diambil oleh pelajar samada di jabatan kerajaan
ataupun swasta. Penempatan latihan industri boleh dipilih oleh pelajar itu
sendiri atau melalui pihak kolej. Peluang menjalani Latihan Industri harus
dimanfaatkan oleh setiap pelajar untuk menimba ilmu dan pengalaman yang
baru dan sentiasa mengaitkan apa yang telah dipelajari di kolej dengan kerja
yang di lakukan.

1.1.1 Objektif Latihan Industri

Latihan Industri diwajibkan kepada semua pelajar yang mengikuti pengajian


di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, pelajar diwajibkan
menjalani latihan industri selama satu semester sebelum dianugerahkan sijil.

Diantara objektif latihan industri adalah seperti berikut :


1.

Mendapat pendedahan kepada alam pekerjaan sebenar.

2.

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

3.
Memahami perkaitan di antara pengetahuan yang dipelajari di bilik
kuliah dengan amalan pratik di tempat latihan.
4.
Menghayati semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik
dengan pekerja di tempat latihan.
5.

Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi.

6.

Menyediakan laporan harian dan laporan Latihan Industri.

1.1.2 Objektif Laporan Latihan Industri

Setiap pelajar diwajibkan untuk menulis laporan mengenai latihan


industri setelah tamat latihan industri di organisasi. Laporan industri ini akan
dihantar pada semester seterusnya.
Bagi memastikan laporan industri ini mudah dinilai beberapa format
perlu di patuhi.

Diantara objektif-objektif laporan adalah seperti berikut :

1.
Memudahkan pelajar menyemak dan membuat rujukan pada masa
hadapan.
2.
Sebagai panduan untuk pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan
di masa hadapan.
3.
Menyenangkan pensyarah untuk membuat penilaian prestasi
pelajar semasa mengikuti kursus berkenaan sewaktu berada di Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Malaysia.
4.
Menyimpan segala maklumat dan pengalaman berharga agar boleh
dijadikan panduan kepada pelajar-pelajat pada masa akan datang.

5.
Memberi pengalaman dan tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana
cara untuk menyediakan laporan atau kertas kerja menggunakan format
yang berguna semasa di alam pekerjaan nanti.
6.
Melengkapkan diri sebagai seorang pelajar yang berkemahiran
tinggi dalam menggunakan teknologi yang sesuai pada masa sekarang.
7.
Memahirkankan diri dalam penggunakan software dan subjek yang
telah dipelajari semasa berada di kolej komuniti.

1.2

Latar Belakang Penubuhan Syarikat

KRAI DSIGN merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang telah


ditubuhkan pada 16 Mei 2005. Ianya adalah sebuah syarikat milik bumiputra
sepenuhnya.

Pada dasarnya syarikat hanya berkecimpung dalam bidang pembuatan papan


tanda. Syarikat juga membekalkan alat tulis, alat-alat pejabat dan
membekalkan pakaian seragam sekolah. Ini kerana syarikat mempunyai
hubungan yang baik dengan pengilang-pengilang bagi membekalkan
barangan tersebut. Secara umumnya pihak syarikat mempunyai pelanggan
dari sektor kerajaan dan swasta.

Sebelum Krai Dsign ditubuhkan secara rasmi, pemilik telah memulakan


perniagaan ini secara sambilan selama 2 tahun. Hal ini berikutan kerana
pemilik ingin menimba pengalaman yang lebih mendalam dan meluas dahulu
dalam menceburkan diri sepenuhnya dalam perniagaan percetakan ini.
Dengan pengalaman dan pengetahuan serta permintaan yang tinggi dalam
bidang ini, pemilik telah membuat keputusan dan mengambil langkah untuk
membuka sendiri perniagaan berkaitan dengan bidang percetakan.

Setelah menjalankan perniagaan ini selama 4 tahun, Krai Dsign telah


menaiktarafkan syarikat kepada Sendirian Berhad. Kini ianya dikenali sebagai
Krai Dsign Sdn. Bhd ( KDSB ). Tujuan syarikat menaiktaraf adalah untuk
meneroka kearah pengsyarikatan korporat. Hal ini pula disokong dengan
kepakaran yang dimiliki oleh pemilik yang selama ini berpengatahuan luas
dalam bidang percetakan. Selain itu, Krai Dsign Sdn. Bhd juga disokong oleh
beberapa buah anak syarikat tempatan lain yang lebih berpengalaman dalam

bidang yang sama mahupun pembinaan, institusi-institusi kewangan dan


badan-badan kerajaan mahupun bukan kerajaan.
Krai Dsign Sdn. Bhd sentiasa memberi kepuasan maksimum kepada para
pelanggan dengan memastikan produk yang dikeluarkan mempunyai tahap
kualiti yang baik. Walaupun baru sahaja ditubuhkan tetapi pihak syarikat
tetap memegang dasar keikhlasan dan ketelusan supaya produk yang
dihasilkan sentiasa mencapai tahap kualiti yang optima.

Dengan restu daripada semua pihak dan komitmen daripada semua pekerja,
InsyaAllah Krai Dsign Sdn. Bhd mampu menyumbang kepakaran bagi
mengukuhkan ekonomi Negara sekaligus turut membantu Negara dalam
merealisasikan Wawasan 2020.

1.2.1

OBJEKTIF DAN WAWASAN

Syarikat Krai Dsign Sdn. Bhd ( KDSB ) ditubuhkan lanjutan komitmen tinggi
bagi menyahut seruan kerajaan kea rah menuju Negara maju yang
mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi di bidang percetakan.
Objektif dan wawasan KDSB adalah:

Memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan

Menjadi sektor ekonomi yang mampu bersaing secara global dengan


dunia luar

Melaksanakan seruan kerajaan untuk membangunkan Negara

1.1.2 Objektif Laporan Latihan Industri

Setiap pelajar diwajibkan untuk menulis laporan mengenai latihan


industri setelah tamat latihan industri di organisasi. Laporan industri ini akan
dihantar pada semester seterusnya.
Bagi memastikan laporan industri ini mudah dinilai beberapa format

perlu di patuhi.

Diantara objektif-objektif laporan adalah seperti berikut :

1.
Memudahkan pelajar menyemak dan membuat rujukan pada masa
hadapan.
2.
Sebagai panduan untuk pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan
di masa hadapan.
3.
Menyenangkan pensyarah untuk membuat penilaian prestasi
pelajar semasa mengikuti kursus berkenaan sewaktu berada di Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Malaysia.
4.
Menyimpan segala maklumat dan pengalaman berharga agar boleh
dijadikan panduan kepada pelajar-pelajat pada masa akan datang.
5.
Memberi pengalaman dan tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana
cara untuk menyediakan laporan atau kertas kerja menggunakan format
yang berguna semasa di alam pekerjaan nanti.
6.
Melengkapkan diri sebagai seorang pelajar yang berkemahiran
tinggi dalam menggunakan teknologi yang sesuai pada masa sekarang.
7.
Memahirkankan diri dalam penggunakan software dan subjek yang
telah dipelajari semasa berada di kolej komuniti.

1.1

Latar Belakang Penubuhan Syarikat

KRAI DSIGN merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang telah


ditubuhkan pada 16 Mei 2005. Ianya adalah sebuah syarikat milik bumiputra
sepenuhnya.

Pada dasarnya syarikat hanya berkecimpung dalam bidang pembuatan papan


tanda. Syarikat juga membekalkan alat tulis, alat-alat pejabat dan
membekalkan pakaian seragam sekolah. Ini kerana syarikat mempunyai
hubungan yang baik dengan pengilang-pengilang bagi membekalkan

barangan tersebut. Secara umumnya pihak syarikat mempunyai pelanggan


dari sektor kerajaan dan swasta.

Sebelum Krai Dsign ditubuhkan secara rasmi, pemilik telah memulakan


perniagaan ini secara sambilan selama 2 tahun. Hal ini berikutan kerana
pemilik ingin menimba pengalaman yang lebih mendalam dan meluas dahulu
dalam menceburkan diri sepenuhnya dalam perniagaan percetakan ini.
Dengan pengalaman dan pengetahuan serta permintaan yang tinggi dalam
bidang ini, pemilik telah membuat keputusan dan mengambil langkah untuk
membuka sendiri perniagaan berkaitan dengan bidang percetakan.

Setelah menjalankan perniagaan ini selama 4 tahun, Krai Dsign telah


menaiktarafkan syarikat kepada Sendirian Berhad. Kini ianya dikenali sebagai
Krai Dsign Sdn. Bhd ( KDSB ). Tujuan syarikat menaiktaraf adalah untuk
meneroka kearah pengsyarikatan korporat. Hal ini pula disokong dengan
kepakaran yang dimiliki oleh pemilik yang selama ini berpengatahuan luas
dalam bidang percetakan. Selain itu, Krai Dsign Sdn. Bhd juga disokong oleh
beberapa buah anak syarikat tempatan lain yang lebih berpengalaman dalam
bidang yang sama mahupun pembinaan, institusi-institusi kewangan dan
badan-badan kerajaan mahupun bukan kerajaan.

Krai Dsign Sdn. Bhd sentiasa memberi kepuasan maksimum kepada para
pelanggan dengan memastikan produk yang dikeluarkan mempunyai tahap
kualiti yang baik. Walaupun baru sahaja ditubuhkan tetapi pihak syarikat
tetap memegang dasar keikhlasan dan ketelusan supaya produk yang
dihasilkan sentiasa mencapai tahap kualiti yang optima.

Dengan restu daripada semua pihak dan komitmen daripada semua pekerja,
InsyaAllah Krai Dsign Sdn. Bhd mampu menyumbang kepakaran bagi
mengukuhkan ekonomi Negara sekaligus turut membantu Negara dalam
merealisasikan Wawasan 2020.

1.2.1

OBJEKTIF DAN WAWASAN

Syarikat Krai Dsign Sdn. Bhd ( KDSB ) ditubuhkan lanjutan komitmen tinggi
bagi menyahut seruan kerajaan kea rah menuju Negara maju yang

mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi di bidang percetakan.


Objektif dan wawasan KDSB adalah:

Memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan

Menjadi sektor ekonomi yang mampu bersaing secara global dengan


dunia luar

Melaksanakan seruan kerajaan untuk membangunkan Negara

1.4

PRODUK KRAI DSIGN SDN. BHD

Semasa di syarikat KRAI DSIGN Sdn. Bhd, saya banyak belajar


mengenai bidang percetakan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
1.

Percetakan

Signboard / Billboard

Banner

Street bunting

Rubber stamp / Bisnes Card

Name tag

Engraving

Hang tag / Signage / Label

Brochure / Poster / Flyer

Softboard / Whiteboard

2.

Medal

Cenderamata

Plak

Sijil

Trof

BAB 2

KEMAJUAN KERJA

Sepanjang mengikuti latihan industri di syarikat ini, berbagai-bagai


pengetahuan dan kemahiran dapat diperolehi. Pengetahuan dan kemahiran
ini adalah sebagai lanjutan daripada pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi sepanjang pembelajaran di Kolej Komuniti. Secara tidak langsung,
kemahiran yang diperolehi dapat memantapkan lagi kemahiran yang sedia
ada sebagai bantuan untuk menghadapi alam pekerjaan. Hari bekerja di Krai
Dsign adalah pada hari Sabtu sehingga Khamis. Waktu kerja pula adalah dari
pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Cuti adalah pada hari Jumaat.

2.1

RINGKASAN KERJA SEPANJANG LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri ini mengambil masa selama 6 bulan. Tempoh masa


yang diberikan untuk mengikuti latihan ini memadai bagi memantapkan
beberapa kemahiran lanjutan daripada kemahiran yang diberikan semasa

pembelajaran

. 2.1.1

MINGGU PERTAMA ( 9.01.2011 HINGGA 13.01.2011 )

Saya melapor diri di syarikat Krai Dsign pada hari Ahad tarikh 9 Januari 2011.
Melapor diri di hadapan pengurus syarikat tersebut yang merupakan penyelia
kepada saya sepanjang praktikal ini iaitu Encik Aniff bin Mohd Ariffin. Encik
Aniff memberi keterangan mengenai latar belakang syarikat ini dan sesi
berkenalan dengan kakitangan syarikat.
Mendapat tunjuk ajar cara membuat rubberstamp dan sticker daripada Cik
Nor Suriza yang merupakan staf di situ. Beliau amat mahir dalam membuat
rubberstamp, name tag, dan membuat stiker. Saya berpeluang membuat
rubberstamp sendiri sambil dipantau oleh beliau.
Mendapat penerangan dari Puan Nur Nadirah mengenai perniagaan di Krai
Dsign.

2.1.2

MINGGU KEDUA ( 15.01.2011 HINGGA 20.01.2011 )

Pada minggu kedua pelatih dikehendaki membuat rubberstamp dan


mengambil tempahan dari pelanggan. Bagi memudahkan pelanggan, pihak
syarikat menerima tempahan melalui faks, panggilan telifon, email dan
sistem pesanan ringkas. Harga rubberstamp dikira mengikut baris. Pada baris
yang pertama rubberstamp dinilai dengan harga RM 5.00 ayat seterusnya
dinilai mengikut bilangan baris yang dikehendaki oleh pelanggan.

Contohnya :

2.1.3

MINGGU KETIGA ( 22.01.2011 HINGGA 27.01.2011 )

Pada minggu ketiga, saya membuat rubberstamp dan


mengambil tempahan dari pelanggan . Saya beajar mengambil pesanan ini
adalah hasil tunjuk ajar dari Puan Nur Nadirah. Beliaulah yang menguruskan
kewangan syarikat. Proses membuat rubberstamp ini dibuat dalam software
Coreldraw. Fungsi yang ada pada Coreldraw hampir sama dengan adobe
photoshop dan adobe illustrator.

Pada minggu ini juga saya belajar cara untuk memotong kad bisnes dengan
mesin memotong. Dengan ada mesin ini kad yang dipotong kelihatan kemas
apabila disusun dan yang pasti pengurus di sini amat mementingkan
kekemasan serta menetas sticker.

2.1.4

MINGGU KEEMPAT ( 29.01.2011 HINGGA 03.02.2011 )

Pada minggu keempat, saya membuat rubberstamp dan mengambil


tempahan dari pelanggan. Rubberstamp yang dijual di Krai Dsign
mempunyai banyak bentuk mengikut kehendak serta kemahuan pelanggan.
Selain itu juga, saya belajar memotong banner, menetas stiker untuk
ditampal pada lori.

Contoh rubberstamp bentuk bulat dalam Coreldraw :

1.

Pick tool

2.

Format text

3.

Charater : 30

4.

Saiz nama 10, bawah 8.5

5.

47 mm, bawah 16

2.1.5

MINGGU KELIMA ( 05.02.2011 HINGGA 10.02.2011 )

Pada minggu kelima, saya membuat rubberstamp dan mengambil tempahan


dari pelanggan. Hampir setiap hari saya membuat rubberstamp menjadikan
saya tidak lagi berasa kekok untuk melakukan tugasan yang akan di berikan
seturusnya oleh Cik Nor Suriza.

Rajah 2.4 Mesin rubberstamp

Ini adalah mesin rubberstamp yang manual. Saya belajar menggunakan


mesin ini. Mesin ini telah dihantar ke cawangan Krai Dsign di Gua Musang
dan digantikan dengan mesin auto.

2.1.6

MINGGU KEENAM ( 12.02.2011 HINGGA 17.02.2011 )

Pada minggu keenam, saya masih lagi membuat rubberstamp dan


mengambil tempahan dari pelanggan. Namun pada 13 Februari saya diberi

kepercayaan oleh Encik Muhd Wafy Firdaus untuk mereka bentuk banner
sempena majlis sambutan Mualidur Rasul anjuran Dewan Muslimat Pas Kuala
Krai. Saya menyempurnakan hasil kerja yang pertama saya ini di dalam
software adobe illustrator. Saiz banner ini 4x 8.
Selepas Encik Wafy Firdaus berpuas hati dengan hasil kerja saya maka saya
diberi kepercayaan untuk mereka bentuk banner-banner yang seterusnya.
Antara banner yang saya lakukan pada minggu ini ialah untuk Sekolah
Kebangsaan Kampung Bedal untuk Mesyuarat Agung PIBG dan sekolahsekolah lain untuk banner sempena majlis sambutan Maulidur Rasul. Pada 15
Februari cuti sempena sambutan Mualidur Rasul. Saya juga melakukan
sendiri proses memotong banner-banner yang telah siap dicetak.

2.1.7

MINGGU KETUJUH ( 19.02.2011 HINGGA 24.02.2011 )

Pada minggu ketujuh, saya mengambil alih mereka bentuk banner dan
signboard kerana terlalu banyak tempahan dari pelanggan. Antara banner
yang saya reka adalah untuk:

1.
Sekolah Menengah Agama Maahad Rahmaniah Kuala Krai sempena
Pesta Kokurikulum ( PESKO ) saiz 7 x 3 dan 8x 4.
2.
Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 saiz 4x 8 sempena
Mesyuarat Agung PIBG.
3.
Sekolah Kebangsaan Bandar Kuala Krai sempena sambutan
Maulidur Rasul saiz 4x 8.
4.
Sekolah Kebangsaan Sungai Sam sempena program
Kecemerlangan, Keceriaan dan Keselamatan.
5.

Kedai Iza Roti Canai saiz 2 x 5.

6.
Sekolah Kebangsaa Menengah Kuala Krai sempena majlis
Muzakarah Keibubapaan PIBG PMR saiz 4x 8.
7.

Menu makanan saiz 2x 5 ( taip teks sahaja ).

8.

Asrama Semakmur SMK Manek Urai sempena program Kem

Harapan Makmur saiz 4 x 8.

Pihak Krai Dsign juga telah mendapat arahan daripada pihak Pegawai
Pendidikan Daerah, untuk setiap banner yang dihasilkan untuk sekolahsekolah kerajaan mestilah di letakkan logo 1 Malaysia dan banner hendaklah
berwarna merah.

Selain itu juga, saya mereka bentuk signboard untuk :


1. Kedai Kak Nah Keropok saiz 3x 10. ( signboard lampu )
2. Kedai Umi Barakah saiz 3x 10.

Mereka bentuk carta Visi dan Misi untuk Sekolah Menengah


Kebangsaan Laloh.Setiap signboard yang dihasilkan mestilah menggunakan
huruf jawi. Bagi memudahkan kerja, saya diajar oleh Encik Nur Hazriq untuk
mendapatkan huruf jawi secara mudah serta penggunaan ejaan jawi yang
betul di www.ejawi.net. Setiap jalan kerja saya lakukan di dalam adobe
illustrator. Bagi mengedit gambar saya lakukan di dalam software photoshop.
Saya juga melakukan kerja seperti pemotongan banner, menetas sticker,
mengambil pesanan dan memotong papan reflex. Menulis bil dan cek.

2.1.8

MINGGU KELAPAN ( 26.02.2011 HINGGA 03.03.2011 )

Pada minggu kelapan, saya dan mengambil tempahan dari pelanggan dan
mereka bentuk banner untuk :
1.
Hospital Kuala Krai sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat
Hospital Kuala Krai saiz 3x 8.
2.

Elini Enterprise ( Ejen Insurans ) saiz 40 cm x 68 cm

Mereka bentuk nombor peserta larian 1 Malaysia untuk lima buah sekolah
iaitu :
1.

SMK Bandar

2.

SMK Keroh

3.

SMK Laloh

4.

SM Sultan Yahya Petra 2

5.

SK Bandar

Setiap jalan kerja saya lakukan di dalam software adobe illustrator. Bagi
mengedit gambar saya lakukan di dalam software adobe photoshop. Saya
juga melakukan kerja seperti memotong banner. Saya juga berkesempatan
belajar tentang fungsi dan kawalan kamera DSLR.

2.1.9

MINGGU KESEMBILAN ( 05.03.2011 HINGGA 10.03.2011 )

Pada minggu kesembilan, saya mengambil tempahan dari pelanggan dan


mereka bentuk banner untuk :

1. SK Temalir untuk murid cemerlang UPSR 5A 2010 saiz 4 x 8.


2. Lembaga Pertubuhan Negeri Kelantan sempena program
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-31 dan Hari
Kawasan
Stong, Dabong saiz 3 x 10.
3. Program Khidmat Negara saiz 3 x 10.
Mereka bentuk bunting untuk :
1. Maahad Rahmaniah saiz 2 x 5 untuk senarai pelajar
cemerlang bagi peperiksaan PMRU, PMR dan SMU tahun
2010.
Mereka bentuk label untuk :
1. Pejabat Tanah ( Jelaskan Hasil Tanah Elakkan Tindakan

Terbuka

Perampasan. )
Mereka bentuk papan tanda :
1. Moto, Visi dan Misi untuk Sekolah Kebangsaan Sungai Pas saiz.

Setiap jalan kerja saya lakukan di dalam software adobe illustrator. Bagi
mengedit gambar saya lakukan di dalam software adobe photoshop. Saya
juga melakukan kerja seperti memotong banner dan banting. Memotong kad
bisnes. Menulis bil dan cek.

2.1.10 MINGGU KE SEPULUH( 12.03.2011 HINGGA 17.03.2011 )

Pada minggu kesepuluh, saya ditugaskan untuk membuat rubber stamp


kerana Cik Nor Suriza tidak hadir kerana bercuti dan mengambil tempahan
pelanggan. Saya juga mereka bentuk lebal kedai :
1. Kedai Runcit ( menjual barangan dapur serta makanan dan
minuman )
Mereka bentuk signboard untuk :
1. LANDZU SANTAN saiz 2x 3.

Selain itu juga saya mereka bentuk banner untuk :


1. Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkebang saiz 3x 8 sempena
menyambut
kedatangan Pengetua baru.
2. Sekolah Kebangsaan Manek Urai saiz 3 x 8 yang juga sempena
menyambut

kedatangan Pengetua baru.

Setiap jalan kerja saya lakukan di dalam software adobe illustrator. Bagi
mengedit gambar saya lakukan di dalam software adobe photoshop. Saya
juga memotong banner. Saya juga memotong sticker saiz 1 x 1 untuk setiap
sticker berwarna hitam dan putih. Menulis bil dan cek. Belajar cara
mengambil yang menarik dengan kamera DSLR.

2.1.11 MINGGU KE SEBELAS ( 19.03.2011 HINGGA 24.03.2011 )

Pada minggu kesebelas, saya ditugaskan untuk membuat rubber stamp


kerana Cik Nor Suriza tidak hadir kerana bercuti dan mengambil tempahan
pelanggan. Saya juga mereka bentuk banner untuk :

1. Tini Guest House saiz 3 x 6.


2. Maahad Rahmaniah saiz 8x 4 dan 7 x3 untuk Kejohanan Bola Sepak
Peringkat MASSAK.
3. Sekolah Kebangsaan Lata Rek saiz 3x 10 untuk pelajar target UPSR
2011.
4. Sekolah Kebangsaan Kemubu saiz 3x 10 untuk Mensyuarat Agung
PIBG.
5. Ikan Yie Tok Bali saiz 3x 6.
6. Karnival Sukan Memperingati Sambutan Hari Polis ke-204 Tahun 2011
Peringkat Balai Polis Manek Urai saiz 3x 8.

Setiap jalan kerja saya lakukan di dalam software adobe illustrator. Bagi
mengedit gambar saya lakukan di dalam software adobe photoshop.

2.1.12 MINGGU KE-DUA BELAS( 26.03.2011 HINGGA 31.03.2011 )

Pada minggu ke dua belas, saya didedahkan dengan kerja baru iaitu
membuat papan tanda jalan raya. Walaupun saya tidak terlibat untuk
kesemua kerja-kerja pembuatan papan tanda ini tetapi sekurang-kurang saya
dapat menambah pengetahuan saya. Untuk kerja kali saya diberi tugas
untuk memotong huruf menggunakan sticker reflex untuk ditampal pada
papan tanda tersebut.
Saya dibantu oleh Puan Nur Nadirah untuk menyiapkan kerja ini.Hasil
kerja bagi membentukkan huruf-huruf ini sebelum dipotong dilakukan di
dalam software Casemate.
Saya juga menyiapkan peta lakaran untuk kawasan pentadbiran
operasi KESEDAR Mengkebang. Mengambil masa beberapa hari untuk
menyiapkan peta tersebut. Saya juga mereka bentuk banner untuk SK.
Sungai Pas untuk program Mensyuarat Agung PIBG.
Hasil kerja ini kesemuanya saya lakukan di dalam adobe illustrator. Saya juga
memotong banner. Saya juga mengambil tempahan dari pelanggan. Menulis
bil.

2.1.13 MINGGU KE TIGA BELAS( 02.04.2011 HINGGA 07.04.2011 )

Pada minggu ke tiga belas, saya diberi tugas sekali lagi untuk untuk
memotong huruf dan nombor menggunakan sticker reflex untuk ditampal
pada papan tanda tersebut. Saya juga tetas sticker untuk senarai nama
kakitangan JKR Kuala Krai pada whiteboard dan tracing gambar logo kereta
Viva yang telah di scan untuk di buat sticker. Selain itu juga saya mereka

bentuk banner :

1. Saiz 3x 6 untuk Warung Roti Canai & Air Tuak.


2. Amanah Ikhtiar Malaysia untuk agenda mesyuarat saiz 2x 5.
Saya juga membuat rubber stamp dalam Coreldraw dan saya juga
mengambil tempahan daripada pelanggan.

2.1.14 MINGGU KE EMPAT BELAS ( 09.04.2011 HINGGA 14.04.2011 )

Pada minggu ke empat belas, saya memotong banner dalam kuantiti 10 unit
untuk Pejabat Tanah. Selain itu juga saya memotong huruf dengan sticker
reflex untuk papan tanda jalan raya dan mengambil tempahan daripada
pelanggan. Saya juga mereka bentuk banner
untuk :

1. Petronas Kuala Krai untuk mengucapkan selamat datang kepada


pelanggan mereka saiz 3x 10.
2. KOPENAS untuk Mensyuarat Agung saiz 36 in x 96 in.
3. Pasukan Inspektorat saiz 36 in x 120 in.
4. Banner untuk stokis. Banner ini mengambil masa beberapa juga untuk
Disiapkan.
5. Menaip teks untuk Pelan Takaful Health ( Prudential BSN )
6. Warung Cikgu Safra saiz 3x 12 dan banting saiz 6x 2.

Setiap jalan kerja saya lakukan di dalam software adobe illustrator. Bagi
mengedit gambar saya lakukan di dalam software adobe photoshop.

2.1.15 MINGGU KE LIMA BELAS ( 16.04.2011 HINGGA 21.04.2011 )

Pada minggu ke lima belas. Mereka bentuk signboard untuk Hospital Kuala
Krai saiz 4x 6 dan Saya telah mereka bentuk banner untuk :

1. Sepak Takraw untuk UMNO Bahagian Kuala Krai saiz 4x 8 ( 4 unit ).


2. Kedai Makan Nawi saiz 2x 8.
3. SMK Pahi untuk program English Camp 2011 dan untuk Perkhemahan
Agung Tahunan Unit-unit Beruniform serta untuk Kadet Bomba.
4. Sup Keting Meletup saiz 2x5.
5. Dnam The Best Cendol saiz 3x 4.
6. SMK Sultan Yahya Petra 2 untuk Perkhemahan Perdana saiz 4x 10.

Selain itu juga saya mereka bentuk bunting untuk :


1. SK Bandar bagi program Wakaf Buku dan program Jom ke Pusat
Sumber.
Hasil kerja ini saya lakukan di dalam adobe illustrator adobe photoshop. Saya
juga memotong banner. Saya juga mengambil tempahan dari pelanggan.

2.1.16 MINGGU KE ENAM BELAS (23.04.2011 HINGGA 28.04.2011)

Pada minggu ke enam belas, saya mengambil tempahan dari pelanggan dan
mereka bentuk singboard untuk :

1. Kedai Cahaya Kamus Trading saiz 2x 10.


- Kedai ini menjalankan perniagaan seperti fotostat, binding dan liminite.
- Menjual prepaid Hotlink, Celcom dan Happy. Logo Hotlink, Celcom dan
Happay saya download pada Vectorise Logo di internet atas tunjuk
ajar Encik Nur Hazriq.
2.Doa makan untuk Sekolah Kebangsaan Pahi

Mereka bentuk banner untuk :


1. Sekolah Kebangsaan Sungai Mengkuang untuk program Mesyuarat
Agung kali ke-28 saiz 4x 8.
2. Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah dan Bola Jaring Terbuka Bukit Sireh
Anjuran Murni F.C saiz 3x 8 ( 2 unit ).
3. Sukan Tahunan Sekolah Menengah Manek Urai saiz 3x 8.

Selain itu juga saya mereka bentuk sticker dan lebel kedai untuk :
1. Kedai air jus jambu saiz 12 in x12 in. ( stiker )
2. Menu air untuk kedai jus jambu saiz 18 x 24. ( lebel )

Pada minggu ini saya juga diberi kepercayaan untuk menyiapkan reka
bentuk carta organisasi Hospital Kuala Krai untuk unit :
1. Unit Perkhidmatan Patalogi
2. Psikiatri dan Kesihatan Mental.

Segala hasil kerja saya ini saya lakukan dalam software adobe
illustrator. Untuk mengedit gambar saya lakukan dalam software adobe
photoshop. Saya juga perlu memaklumkan kepada pekerjabengkel tentang
saiz signboard dan saiz carta organisasi tersebut untuk memudahkan kerja

mereka.

2.1.17 MINGGU KE-TUJUH BELAS( 30.04.10 HINGGA 05.05.2011 )

Pada minggu ke tujuh belas ini, saya hanya dapat mereka bentuk satu sahaja
banner untuk Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 untuk mengabadikan
gambar murid target UPSR saiz 3x8.
Pada 1 Mei 2011 adalah cuti sempena hari pekerja. Pada sepanjang minggu
ini juga kami warga Krai Dsign bersama-sama bergotong- royong mengemas
barang-barang ini disebabkan oleh syarikat ini di dalam membaik pulih dan
membesarkan lagi bangunan.
Saya juga mengambil tempahan dari pelanggan. Namun tempahan
yang diambil tidak kesemuanya dapat dilakukan pada minggu kerana
keadaan tempat kerja yang tidak tersusun dengan baik lagi. menulis bil dan
cek.
Selain itu, pada minggu ini juga pensyarah penyelia datang
memantau pada 4 Mei 2011

2.1.18 MINGGU KE LAPAN BELAS (07.05.2011 HINGGA 12.05.2011 )

Pada minggu ke lapan belas ini, saya mereka bentuk banner untuk :

1. Daging Rusa Ada Jual Disini saiz 2x 4.


- Banner ini dipasang di pasar tani Kuala Krai di Guchil.
2. Repair Jeans saiz 28 in x 36 in.
3. Su Nasi Berlauk Pagi ( menjual laksa lemak & laksa penang
) saiz 3x 6.
4. Kamal Bridal N Collection saiz 3x 6. ( 2 unit )
5. Wire Fried WFC saiz 4x 6 ini adalah menu makanan yang dijual di pasar
malam oleh penjual tersebut.

Selain itu juga saya mereka bentuk bunting untuk :


1. Menu jus buah-buahan saiz 12x 24.
2. Sekolah Kebangsaan Bahagia. Bunting yang dibuat ini
mengandungi kata-kata semangat untuk semua pelajar sekolah berkenaan.
saiz 5x 2 sebanyak 6 unit.

Saya juga mereka bentuk sticker untuk Gimnasium Segamat saiz 18x 20
dan label waktu beroperasi untuk gym. Saya juga melakukan kerja-kerja
seperti memotong banner dan memotong papan prospek yang telah siap di
print untuk di jadikan label dan mengambil tempahan dari pelanggan.
Menulis bil.

2.1.19 MINGGU KE SEMBILAN BELAS (14.05.10 HINGGA 19.05.2011 )

Pada minggu kesembilan belas, saya mengambil tempahan dari pelanggan


dan mereka bentuk banner untuk :

1. Sambutan Hari Pekerja 2011 saiz 3x 8.


2. Hari Guru Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 saiz 3x 8.
3. Hari Wesak daripada YB Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria saiz 4x 8.
4. Hari Guru dari warga Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai saiz
4x8.
5. Temasya Sukan Dwi Tahunan Sekolah Kebangsaan Bahagia saiz 3x 8.
6. Sifr 2- 12 untuk Sekolah Kebangsaan Temalir saiz 2x 5.
7. Hari Guru untuk Sekolah Kebangsaan Mengkebang saiz 3x 8.

Selain itu juga saya mereka bentuk bunting untuk :


1. Asrama Sekolah Kebangsaan Bahagia saiz 2x 5 yang
mengandungi kata-kata semangat untuk pelajar asrama sekolah tersebut.
2. GC SIM ELECTRIC saiz 2x 5 untuk 4 unit.

Saya melakukan kerja mereka bentuk ini di dalam software adobe


illustrator dan untuk mengedit gambar pula saya lakukan di dalam adobe
photoshop

2.1.20 MINGGU KEDUA PULUH ( 21.05.2011 HINGGA 26.05.2011 )

Pada minggu ke dua puluh ini, saya mereka bentuk banner untuk :

1. Majlis Perasmian Hari Keluarga Dan Pengambaran Rancangan Anjung

Bestari Komuniti 1Malaysia Manek Urai, Kuala Krai saiz 4x 8 anjuran Jabatan
Penerangan Kelantan Komuniti 1Malaysia Manek Urai.
2. Majlis Penyampaian Cek Motivasi Kecemerlangan Pelajar Sekolahsekolah dalam Wilayah Kuala Krai.
3. Lan Berkat Enterprise saiz 3x 8.
4. Pertandingan Menembak Muhibah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai
2011 sempena memperingati hari polis yang ke-204.
5. Az Internet saiz 3x 8 yang menawarkan perkhidmatan jualan to-up,
photostat, printing dan internet serta servis komputer.
6. Exra Refregeration and Air Conditioning saiz 3x 10.

Segala kerja yang saya lakukan ini adalah di dalam software adobe illustrator
dan kerja mengedit di dalam adobe photoshop. Saya juga mengambil
tempahan serta memotong sendiri banner.

2.1.21 MINGGU KEDUA PULUH SATU ( 28.5.2011 HINGGA 02.06.2011 )

Pada minggu ke dua puluh satu, saya telah mereka bentuk banner untuk :

1. Pertandingan Dam Aji Terbuka Kuala Krai 2011 anjuran Pertubuhan Majlis
Setia Rakyat Kelantan. Saiz 3x 8.
2. KESEDAR Gua Musang untuk tanaman herba saiz 5x 10.
3. Kejohanan sepak takraw peringkat Dun untuk Pemuda Umno.

Segala hasil kerja ini saya lakukan di dalam adobe illustrator dan mengedit
gambar di dalam adobe photoshop. Saya menetas sticker untuk di tampal
pada sisi lori.

2.1.22 MINGGU KEDUA PULUH DUA ( 04.06.2011 HINGGA 9.06.2011 )

Pada minggu ke dua puluh dua adalah minggu terakhir saya praktikal di sini.
Saya sempat juga belajar cara menguasai fungsi dan kawalan kamera DSLR
dengan Encik Nur Hazriq. Walaupun beliau masih baru di dalam bidang ini
namun pengetahuan tentang kamera amat mengagumkan saya. Saya juga
masih lagi mengambil tempahan dari pelanggan dan melakukan kerja-kerja
seperti memotong banner dan kad bisnes dan memandangkan minggu ini
akan diadaakan perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Terengganu
syarikat Krai Dsign menerima banyak tempahan sticker sempena
perlawanan bola sepak tersebut dan saya membantu memotong sticker logo
negeri Kelantan. Majlis Perpisahan yang di anjurkan oleh pihak Krai Dsign.

BAB3::KERJA TERPILIH ANDA

BAB 4

ANALISA KERJA

Dalam menyiapkan kerja terpilih ini saya dapati ada beberapa


kelemahan dan kekuatan tersendiri. Jadi, saya telah mengasingkan antara
kekuatan dan kelmahan bagi rujukan diri saya pada masa akan datang. Saya
telah menganalisis setiap kerja terpilih supaya memberi saya pelajaran bagi
masa akan datang.Untuk menyiapkan laporan ini saya telah menganalisis
dari pelbagai sudut seperti aspek masa yang diberikan, bahan rujukan serta
maklumat yang diperolehi. Dalam melakukan sesuatu tugasan, saya
melakukannya dengan teliti dan bersungguh-sungguh supaya hasil kerja saya
menepati apa yang dikehendaki oleh majikan dan juga pelanggan.

4.1

KEKUATAN

Untuk mendapatkan hasil kerja yang terbaik, saya banyak membuat


rujukan daripada buku-buku dan internet. Saya juga sentiasa bertanyakan
pendapat dan tunjuk ajar daripada rakan sekerja di tempat kerja dan pelatih
yang menjalani latihan industri di tempat yang sama.

Selain itu, untuk menyiapkan kerja dengan baik saya sentiasa


berusaha melakukan kerja tanpa disuruh dan bantuan daripada rakan sekerja
manakala bagi mendapatkan penilaian yang baik daripda penyelia saya
sentiasa berusaha tidak melanggar peraturan tempat kerja antaranya selalu
menghadiri tempat kerja dengan tepat pada masa yang
ditetapkan,melakukan kerja yang disuruh tanpa banyak soal dan banyak
bertanyakan berkaitan komputer.

Pemerhatian juga dibuat dengan melihat rakan sekerja menyelesaikan


kerja dan sebagainya supaya pengetahuan saya sentiasa bertambah.

4.2

KELEMAHAN

Kelemahan yang saya dapati selama saya menjalani latihan industri


ini ialah proses penyesuaian dengan tempat kerja serta komunikasi yang
lambat. Jikalau saya dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat
permasalahan dan tekanan untuk menjalani latihan di syarikat KRAI DSIGN
tidak akan timbul. Apabila membuat tugasan di bawah tekanan membuatkan
kerja yang dilakukan kurang memuaskan. Untuk menghasilkan hasil kerja
yang baik saya perlu bertenang dahulu.

Selain itu, saya juga kurang dari segi memahami arahan yang
diberikan dengan cepat. Oleh sebab itu, kadang kala kerja yang di lakukan
akan berulang dua tiga kali dan ini yang menyebabkan timbulnya tekanan
dalam kerja. Kelemahan ini telah di baiki dari masa ke masa dengan bantuan
rakan sekerja yang tidak jemu memberi nasihat dan tunjuk ajar.

4.3

PENGALAMAN ALAM PEKERJAAN

4.3.1

MASALAH YANG DIHADAPI SEPANJANG TEMPOH

LATIHAN.

Pada peringkat awal masalah yang saya hadapi semasa latihan industri ialah
untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling seperti persekitaran kerja
dan komunikasi dengan rakan sekerja. Pada waktu ini saya masih tidak
mempunyai kawan. Kemudian, pada peringkat pertengahan baru saya dapat
menyesuaikan diri dengan rakan sekerja dan berkomunikasi dengan
baik.Selepas itu,pada peringkat akhir latihan industri tamat saya berasa
terharu untuk berpisah dengan kakitangan KARI DSIGN dan pelatih lain.

4.4

PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN

Selama saya praktikal, pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang


saya perolehi. Antaranya saya dapat melihat sendiri inkjet printer machine
dan bagaimana cara ia berfungsi. Inilah kali pertama saya melihat inkjet
printer machine yang digunakan untuk print banner, bunting, signboard dan
sebagainya lagi. Bagi saya ini adalah pengalaman yang amat berharga
kepada saya kerana sebelum ini saya tidak pernah langsung terfkir untuk
melihat semua itu.

Saya juga dapat menimba ilmu pengetahuan tentang membuat


rubber stamp. Jika semasa dalam pengajian, saya cuma didedahkan dengan
asas mereka bentuk grafk sahaja tetapi semasa menjalani latihan industri
saya dapat ilmu dan pengalaman lebih lagi. Sebagai contoh, saya telah diberi
peluang untuk menggunakan mesin rubber stamp tersebut. Ternyata peluang
tersebut saya gunakan dengan sebaiknya dan hasilnya saya dapat
mengetahui proses sebenar membuatnya. Selain itu saya juga dapat
mengetahui semua alat yang di gunaka
dalam proses membuat rubber stamp seperti getah raising, kertas basic flm
dan sebagainya lagi.

Antara ilmu lain yang saya dapat hasil daripada latihan industri ini
adalah membaikpulih printer, PC, belajar cara menguasai fungsi dan kawalan
kamera DSLR, menulis bi dan cek, melakukan kerja-kerja di bengkel seperti
memotong banner, bunting, menetas sticker, membuat papan tanda jalan
raya dan sebagainya. Selain itu bidang teknikal, saya juga dapat
memantapkan komunikasi saya dengan orang lain tidak kira golongan dan
pangkat. Sekiranya pelanggan bertanyakan soalan kepada saya tidak kira
berkenaan banner contohnya atau atau saja melainkan peribadi, saya akan
menjawab soaan itu sebaiknya.

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

KESIMPULAN

Syarikat Krai Dsign Sdn. Bhd ( KDSB ) adalah sebuah syarikat yang
mempunyai daya saing yang tinggi dan mempunyai kelebihan yang
tersendiri. Perkhidmatan yang diberikan menitik beratkan kepada
kecemerlangan kakitangan kerajaan dan menjadikan KDSB sebagai sebuah
syarikat percetakan yang di segani oleh semua golongan dan masyarakat
setempat.

Komunikasi dan personaliti yang baik membuatkan seseorang pelajar


itu lebih yakin dan berani untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Kekuatan mental yang baik juga membantu dalam mengatasi masalah
seperti kegugupan dan hilang bicara jika bercakap dengan pelanggan. Oleh
itu, latihan industri telah melatih pelajar untuk menjadi seorang pekerja yang
baik di masa akan datang.

Selain itu, latihan industri adalah salah satu kaedah yang dijalankan
untuk melahirkan para pelajar yang mempunyai daya saing dan inovatif
dalam kerjaya serta dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi sepanjang
berada di pusat pengajian.

Memandangkan pengalaman amat penting dalam diri seseorang,


maka program seperti ini wajib untuk pelajar yang ingin menamatkan kursus
mereka samada di peringkat sijil mahupun diploma.

5.2

CADANGAN

Pengalaman amat penting bagi seseorang pelajar mempraktikkan


ilmu yang telah diajar. Cadangan saya ialah pihak syarikat perlu menitik
beratkan soal pembelajaran semasa latihan industri ini. Pihak frma juga
perlulah megambil berat tentang keselamatan dan juga persekitaran
pengkomputeran seperti pembangunan sistem, penyelenggaraan sistem,
penyelidikan, pembangunan dan sebagainya. Pelajar tidak sepatutnya
melakukan kerja-kerja perkeranian, seperti menaip dan membuat salinan
nota, mengemas pejabat dan yang melibatkan kerja tiada kaitan dengan
pembelajaran. Pihak frma juga perlu melihat kepada kos sara hidup pelajar
semasa menjalani latihan tersebut kerana kos hidup pada masa kini amat
tinggi bukan sahaja bagi pekerja. Disamping itu pihak frma juga perlulah
menitik beratkan soal keselamatan pelajar yang sedang menjalani latihan
industri.Ini kerana kita tidak tahu bahaya yang akan datang semasa
menjalani latihan industri.

Anda mungkin juga menyukai