Anda di halaman 1dari 20

Diploma Kej.

Awam

C4008/4/1

UNIT 4

RESIPAN - TANAH JERLUS


OBJEKTIF

Objektif Am :

Memahami tentang tanah jerlus dan pengawalan resipan tanah

Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:1. menerangkan proses pembentukan tanah jerlus 2. menerangkan cara-cara untuk mengawal resipan melalui empangan tanah dan struktur Unit 3 sebelum ini menerangkan mengenai resipan yang berlaku dalam empangan tanah. Manakala dalam Unit 4, penekanan diberikan ke atas fenomena pasir jerlus, cara-cara mengatasinya serta pengawalan resipan dalam empangan tanah dan struktur penahan tanah.

INPUT
NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/4/2

4.0 PENGENALAN Pernahkah anda melalui satu kawasan dimana tanah permukaan tidak boleh menerima beban dari tapak kaki anda yang menyebabkan kaki anda terjerlus ke dalam tanah? Kenapakah agaknya berlaku fenomena ini ? Kawasan tanah jerlus ini selalunya kelihatan basah serta kadangkala membuak-buak dan biasa kelihatan di tanah berpasir. 4.1 PASIR JERLUS, PIPING DAN GELEMBUNG Perhatikan Rajah 4.1a yang menunjukkan taburan tegasan pugak berkesan (v) pada keadaan pengaliran ke atas. Nilai (v) pada mana-mana ukur dalam (h2) ke bawah dari permukaan tanah ialah v = h2 - h w

Z sat Z (v ) w Z () Z (v )

Keadaan Statik

hc h Keadaan Pasir Jerlus sat Z (v ) w ( Z + hc ) () (v = 0 )

Apabila turus yang menyebabkan pengaliran ke atas h Rajah 4.1a : Taburan tegasan pugak berkesan ( turus hidrostatik lebihan) bertambah, nilai v akan berkurangan sehingga bila h cukup besar , v = 0.

NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/4/3

Jika tegasan berkesan sifar, butiran-butiran tanah tidak lagi bersentuhan antara satu sama lain dan menjadi terapungapung di dalam air iaitu menjadi cair. Cecair tiada kekuatan ricih, jadi ia tidak dapat menahan berat benda-benda pejal. Keadaan ini dinamakan keadaan pasir jerlus. Dalam sistem di atas, pencairan berlaku bila sat Z = (Z + hc ) w Disusun semula persamaan di atas, kita dapati; ( sat - w ) = atau hc Z hc Z ic dimana = Berat unit berkesan tanah = sat - w = = hc w Z w)

( sat

' w

ini dinamakan Kecerunan Hidraul Genting :hc Z =


' w

ic boleh juga dihubungkan dengan sifat-sifat tanah Gs dan e iaitu ic =


Gs 1 1+e

Untuk tanah berbijian halus ic = 1.0 Keadaan Pasir Jerlus dengan ini berlaku bila kecerunan hidraul yang sebenar naik sehingga mencapai ic . Banyak empangan tanah gagal disebabkan oleh terjadinya piping pada dasar empangan itu.
NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/4/4

Halaju genting yang menyebabkan pencairan biasanya berlaku dekat tumit empangan - titik A di dalam Rajah 4.1b. Tanah berbijian halus dihakiskan dan keluar mendidih (boils) di permukaan sebelah hilir dan pencairan ini bergerak ke belakang di sepanjang lorong aliran hingga paip sampai ke permukaan di hulu. Kehilangan kekuatan ricih sepanjang menyebabkan empangan tidak stabil. paip ini

Tindakan ini dikenali dengan kegagalan akibat piping. Hulu

hilir mendidih

A
piping Rajah 4.1b: Kegagalan akibat piping

Gelembung dan apungan adalah hasil dari piping yang berterusan dan menyebabkan tanah bersebelahan dengan permukaan hilir empangan konkrit atau cerucuk tebing naik dan cair seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4.1c.

Jika turus yang menyebabkan aliran h iaitu turus hidrostatik lebihan cukup besar, pencairan dan pendidihan berlaku pada permukaan dalam dinding. Bila kesan ini merebak jauh dari dinding, daya penahan pada dinding hilang dan Terzaghi berjaya menunjukkan dengan ujian model yang mana kawasan yang terlibat sebelum kegagalan dinding berlaku ialah selebar d/2 di mana d adalah panjang cerucuk yang tertanam.
NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/4/5

hulu H

d/2 gelembung hilir d Taburan turus hidrostatik lebihan lapisan tak telap lapisan tak telap

Rajah 4.1c: Kejadian gelembung dan apungan

AKTIVITI 4A
Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya ..... Sila semak jawapan anda pada maklumbalas berikutnya.

SELAMAT MENCUBA ! !
Aktiviti 4A-1(i)

Rajah X hc
NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/4/6

Rajah Y

Antara rajah X atau Y, yang mana satukah keadaan berlakunya pembentukan keadaan pasir jerlus. Berikan alasan anda

Aktiviti 4A-1(ii). Rujuk rajah aktiviti 4A-1(ii), dan tandakan di manakah berlakunya piping dan pendidihan pada satu empangan tanah. Hulu Rajah aktiviti 4A-1(ii) hilir

MAKLUM BALAS
Maklum balas Aktiviti 4A-1(i)

hc

NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/4/7

Rajah X Rajah X menunjukkan keadaan berlakunya pembentukan pasir jerlus. Alasan : Terdapat turus hidrostatik berlebihan sehingga mengakibatkan pengaliran ke atas berlaku. Pada masa yang sama tegasan berkesan adalah sifar.

Maklum balas Aktiviti 4A-1(ii)

Hulu

hilir pendidihan piping

INPUT
4.2 CARA-CARA UNTUK MENGAWAL RESIPAN MELALUI EMPANGAN TANAH DAN STRUKTUR PENAHAN TANAH. Umumnya diketahui bahawa kuantiti resipan bergantung kepada pekali keterlapan. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan bagi mengurangkan kuantiti resipan : a. Menambahkan panjang laluan aliran dan panjang cerucuk. (menggunakan dinding perintang)

NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/4/8

b. c. d.

Meletakkan surcaj atau apron penuras di bahagian hilir struktur Menggunakan teras tanah liat Menggunakan selimut tanah liat

4.2.1 Menambahkan panjang laluan aliran (menggunakan dinding perintang atau cerucuk keping) Satu kaedah untuk menambahkan panjang laluan adalah dengan meletakkan dinding perintang dan kedudukannya perlulah dikenalpasti. Cara yang dijalankan adalah dengan meletakkan dinding perintang di beberapa tempat, kemudian lukis rangkaian aliran dan dapatkan kuantiti resipan bagi tiap-tiap tempat di mana dinding diletakkan. Tempat yang memberikan nilai yang paling minima adalah tempat yang paling sesuai untuk meletakkan dinding perintang. Berikut adalah beberapa contoh pada Rajah 4.2.1 di mana dinding perintang digunakan:

a. Dinding perintang sebelah hilir (penanaman cerucuk)

Dinding perintang sebelah hilir kawasan ini boleh di terap untuk mengurangkan nilai k dan seterusnya meninggikan faktor keselamatan terhadap perpaipan Rajah 4.2.1a: Penggunaan dinding perintang pada empangan konkrit

b. Dinding perintang sebelah hulu


NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

dinding perintang(cerucuk keping)

Diploma Kej. Awam

C4008/4/9

Rajah 4.2.1b : Penggunaan dinding perintang pada empangan konkrit

Cerucuk keping

Penambahan penusukan cerucuk keping dapat menambahkan panjang laluan aliran dan seterusnya dapat mengurangkan perpaipan Rajah 4.2.1c : Menambahkan panjang laluan dengan menambahkan kedalaman penusukan cerucuk 4.2.2 Meletakkan surcaj atau apron penuras di bahagian hilir struktur Kaedah ini adalah dengan meletakkan surcaj atau apron penuras di atas bahagian hilir yang mana beratnya dapat menambahkan daya ke bawah dan seterusnya mengurangkan daya resipan. Rajah 4.2.2a menunjukkan kedudukan surcaj yang diletakkan pada empangan kekotak dan empangan konkrit. hulu cerucuk keping surcaj atau apron penuras hilir
NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/4/10

Rajah 4.2.2a Penggunaan surcaj di bahagian hilir a. Empangan kekotak Penambahan apron penuras di bahagian hilir dapat mengurangkan risiko berlakunya gelembung. b. Empangan konkrit surcaj atau apron penuras di bahagian hilir

hulu

hilir Rajah 4.2.2b Penggunaan surcaj di bahagian hilir bagi empangan konkrit c. Empangan tanah dengan apron penuras di bahagian hilir

apron penuras di bahagian hilir

Rajah 4.2.2c(i): Penggunaan surcaj di bahagian hilir bagi empangan tanah

apron penuras di bahagian hilir


NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Rajah 4.2.2c(i): Penggunaan surcaj di bahagian hilir bagi empangan tanah

Diploma Kej. Awam

C4008/4/11

Dengan meletakkan apron penuras atau satu lapisan bahan tidak telap air pada satu jarak panjang tertentu, risiko berlakunya perpaipan di kawasan tersebut akan berkurangan.

4.2.3 Meletakkan teras tanah liat Kaedah ini banyak digunakan pada empangan tanah. Contoh penggunaannya adalah seperti pada Rajah 4.2.3 teras tanah liat empangan tanah

Dinding penatang tanah liat Lapisan tak telap Rajah 4.2.3: Penggunaan teras pada empangan tanah
NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/4/12

4.2.4 Menggunakan selimut tanah liat Kaedah ini juga digunakan pada empangan tanah. Rajah 4.2.4 menunjukkan contoh penggunaan selimut tanah liat ini. Teras tanah liat

selimut sebelah hulu

empangan tanah

Rajah 4.2.4 : Penggunaan selimut tanah liat pada empangan tanah

AKTIVITI 4B
Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya ..... Sila semak jawapan anda pada maklumbalas berikutnya.

SELAMAT MENCUBA ! !
Aktiviti 4B-1(i)

Berikan dua kaedah yang boleh digunakan mengurangkan resipan dalam empangan konkrit. i............................................................... ii.............................................................. Aktiviti 4B-1(ii)

untuk

Berdasarkan rajah X dan Y di bawah, sila berikan cadangan dengan melakarkan pada rajah yang disediakan cara-cara untuk mengurangkan resipan atau perpaipan atau pendidihan pada struktur yang diberikan. Rajah X

NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

cerucuk keping

C4008/4/13

empangan tanah

Rajah Y

MAKLUM BALAS
Maklum balas Aktiviti 4B-1(i) Untuk mengurangkan resipan dalam empangan konkrit, kaedah berikut boleh digunakan : i. ii. dengan menggunakan apron penuras di bahagian hilir dengan menanam cerucuk keping atau dinding perintang di bahagian hilir empangan.

Maklum balas aktiviti 4B-(ii) Cadangan untuk mengurangkan gelembung / perpaipan / pendidihan seperti pada lakaran di bawah :

cerucuk keping

Rajah X

tambah apron penuras di bahagian hilir empangan tanah

NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/4/14

tambah panjang cerucuk yang tertanam

Rajah Y tambahkan apron penuras dibahagian hilir

PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini bagi mengetahui objektif unit ini telah tercapai. Jika ada masalah yang timbul, ........ Sila berbincang dengan pensyarah anda. SELAMAT MENCUBA ! ! ! SEMOGA BERJAYA ! ! ! SOALAN 1 a. Terangkan dengan bantuan rajah tentang perkara-perkara berikut :i. pasir jerlus ii. piping atau perpaipan iii. gelembung b. Terangkan TIGA (3) kaedah dengan bantuan rajah bagaimana pengawalan resipan dilakukan.

NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/4/15

MAKLUM BALAS KENDIRI


Adakah anda telah mencuba dahulu ? Jika YA, Sila semak jawapan anda.

Jawapan 1

a. i. pasir jerlus Pasir jerlus adalah suatu keadaan dimana butiranbutiran tanah tidak lagi bersentuhan antara satu sama lain dan menjadi terapung-apung di dalam air akibat dari akibat dari pengaliran resipan ke permukaan tanah dari bawah. hc h Keadaan Pasir Jerlus

NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/4/16

Cecair tiada kekuatan ricih, jadi ia tidak dapat menahan berat benda-benda pejal. Jadi semua bahan pepejal di permukaan tanah akan menjadi tidak stabil dan terjerlus ke bawah

ii.

piping atau perpaipan piping atau perpaipan adalah satu keadaan dimana turus hidrostatik yang tinggi mengakibatkan pengaliran dinamik air bawah tanah menyebabkan terbentuk paippaip semulajadi.

Hulu

hilir

piping atau perpaipan yang terbentuk

(rujuk mukasurat C4009/4/3 dan C4009/4/4) iii. gelembung Gelembung ialah akibat dari fenomena perpaipan piping yang berterusan dan menyebabkan tanah bersebelahan dengan permukaan hilir empangan konkrit atau cerucuk tebing naik dan cair.

d/2 gelembung cerucuk tebing


NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

lapisan tak telap

Diploma Kej. Awam

C4008/4/17

(rujuk mukasurat C4009/4/4)

b. TIGA (3) kaedah pengawalan resipan dilakukan terdiri dari yang berikut:i. Meletakkan surcaj atau apron penuras di bahagian hilir struktur ii. Menggunakan teras tanah liat iii. Menggunakan selimut tanah liat i Meletakkan surcaj atau apron penuras di bahagian hilir struktur Surcaj atau apron penuras diletakkan di atas bahagian hilir yang mana beratnya dapat menambahkan daya ke bawah dan seterusnya mengurangkan daya resipan. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan surcaj yang diletakkan pada empangan kekotak dan empangan konkrit.

hulu cerucuk keping surcaj atau apron penuras hilir Rajah i : Penggunaan surcaj di bahagian hilir

NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/4/18

a. Empangan kekotak Penambahan apron penuras di bahagian hilir dapat mengurangkan risiko berlakunya gelembung.

b. Empangan konkrit surcaj atau apron penuras di bahagian hilir

hulu

hilir

Rajah ii : Penggunaan surcaj di bahagian hilir bagi empangan konkrit c. Empangan tanah dengan apron penuras di bahagian hilir Rajah iii : Penggunaan surcaj di bahagian hilir bagi empangan tanah

apron penuras di bahagian hilir

Rajah iv : Penggunaan surcaj di bahagian hilir bagi apron penuras empangan tanah di bahagian hilir
NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/4/19

Dengan meletakkan apron penuras atau satu lapisan bahan tidak telap air pada satu jarak panjang tertentu, risiko berlakunya perpaipan di kawasan tersebut akan berkurangan. ii Meletakkan teras tanah liat Kaedah ini banyak digunakan pada empangan tanah. Contoh penggunaannya adalah seperti pada rajah v.

teras tanah liat empangan tanah

Rajah v : Penggunaan teras pada empangan tanah

Dinding penatang tanah liat Lapisan tak telap

iii.

Menggunakan selimut tanah liat

Kaedah ini juga digunakan pada empangan tanah. Rajah vi menunjukkan contoh penggunaan selimut tanah liat ini.

Teras tanah liat

selimut sebelah hulu

Rajah vi : Penggunaan selimut tanah liat empangan tanah pada empangan tanah

NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/4/20

NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Anda mungkin juga menyukai