Anda di halaman 1dari 15

_______________________________________________________________________________________

TokGuru@live.com.my Page 1

209 PLASTERING
WTP203 - Kerja Melepa
COMPETENCY 1 : MENGENALPASTI & MEMILIH BAHAN UNTUK KEMASAN AKHIR

PLASTER / Melepa

Melepa ialah satu cara untuk menyaluti suatu permukaan dengan menggunakan mortar. Ianya
dilakukan untuk menutup kecacatan pada muka tembok bata.
Teknik kerja melepa memerlukan kecekapan dan kekuatan tangan serta pemikiran yang tenang
untuk menghasilkan kerja yang bermutu.
Kerja lepaan Sesuatu permukaan perlu dijalankan berdasarkan alas an berikut :-
1) Mendapatkan permukaan yang sekata dari segi kelurusan dan kerataan
2) Melindungi, menutup serta memperbaiki kerja bata yang rosak atau tidak rata.
3) Meilindungi permukaan dari tindakan cuaca atau sebarang anasir supaya lebih tahan kerana
dapat bertindak sebagai bahan kalis air.
4) Menyediakan alas yang sesuai untu kerja mengecat.
5) Memudahkan kerja mengecat dan membersih apabila kotor
6) Menbgurangkan bunyi bising serta kalis haba
7) Menambah kekuatan dinding kerana lapisan lepa menambahkan ketebalan dinding
8) Boleh memberikan kemasan corak yang menarik pada lapisan akhir.

PERALATAAN KERJA MELEPA
Pemilihan peralatan kerja amat penting bagi pekerja bagi memastikan hasil kerja dapat dilakukan
dengan senang, cepat serta bermutu. Peralatan seharusnya dari jenis yang berkualiti, dan tahan
lama serta sesuai digunakan. Peralatan mestilah disimpan berish serta berkeadaan baik. Alat yang
dibuat dari besi hendaklah dalam keadaan kering, disapu minyak sebelum disimpan. Penggunaan
kotak peralatan boleh membantu keselamatan alat yang disimpan apabila tidak digunakan.
Jenis Peralatan
Berikut adalah peralatan yang sering digunakan semasa kerja melepa
Steel float pemaras keluli Comb spreader
Wooden float pemaras kayu Spirit level
Hawk Darby float Pemaras kayu panjang
Terdapat juga alat tambahan lain yang digunakan khususnya untuk jenis kemasan akhir yang
tertentu.
_______________________________________________________________________________________

TokGuru@live.com.my Page 2

209 PLASTERING
WTP203 - Kerja Melepa
PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA MENGGUNA ALAT KERJA MELEPA
Sebelum kerja melepa dijalankan, adalah perlu seseorang pekerja itu mahir dengan kaedah dan
cara mengguna alat melepa dengan betul. Alat Hawk dan pemaras keluli (Steel float) perlu
dimahirkan dengan lenggok pergerakan dan tekanannya. Perkara-perkara lain yang perlu dititik
beratkan ialah :-
Pastikan tangan anda dan pemegang alat sentiasa bersih dan kering. Sekiranya kotor dan
basah, maka cuci dan keringkan segera.
Jangan pegang alat kerja terlalu kemas semasa menggunakannya.
Semasa mengambil mortar, jangan berdiri terlalu jauh dari mortar board dan semasa
mengambilnya, ambillah dari bahagian tepi, bukan dari tengah.
Semasa mengambil mortar dari hawk gerakkan kedua-dua belah tangan.
Biarkan pemaras keluli bergerak supaya tangan boleh menukar posisi pada pemegang,
kemudian barulah digenggam erat semasa kerja dijalankan.
Tekan mortar pada dinding menggunakan tekanan seimbang dan seterusnya merapatkan
steel float apabila mortar semakin kurang.
Biarkan steel float sedikit menegak (bersudut tepat) sekiranya banyak mortar berada
dihujung pemaras berkenaan.
Sebelum menggunakan alat jenis kayu, pastikan lepaan berada dalam keadaan sedikit
kering. Jika terlalu cair / basah, mortar akan luruh dan jika terlalu kering mortar tidak dapat
di ratakan dengan sempurna.
BAHAN KERJA MELEPA
Antara bahan yang diperlukan untuk kerja melepa dalah sebagaimana berikut :-
Simen:
Terdapat berbagai jenis simen yang boleh digunakan untuk bancuhan mortar samada untuk
penerapan bata, membuat lepaan atau sebagai perekat jubin. Terdapat simen khas yang dibuat
untuk mortar lepaan iaitu Wallcrete dimana ianya telah siap campuran simen portlan biasa
dengan kapur.

Kapur :
Bahan mentahnya dibuat dari batu kapur yang dibakar sehingga 1000
o
c untuk menghasilkan kapor
tohor. Bahan tersebut kemudiannya direndam kedalam air untuk mengeluarkan haba (slaking) dan
menghasilkan hydrated lime yang sesuai untuk membuat mortar ikatan dan lepaan.

_______________________________________________________________________________________

TokGuru@live.com.my Page 3

209 PLASTERING
WTP203 - Kerja Melepa
Tujuan penggunaan kapor adalah untuk menambah keupayaan air memegang mortar serta
mengurangkan kehilangan air dari bancuhan dan seterusnya menambah pegangan antara butir-
butir pasir dalam bancuhan mortar.

Air :
Air yang digunakan mestilah bersih dan jernih, bebas dari bendasing yang boleh merosakkan
bancuhan mortar. Air laut tidak sesuai untuk bancuhan mortar walaupun ianya jernih kerana
kandungan garamnya akan menyebabkan lapisan lepaan mudah peroi dan mengaratkan besi
tetulang.

Peranan air dalam bancuhan ialah untuk :-
a) Menyebarkan simen supaya lebih menyeluruh dan setiap butir pasir dapat disaluti dengan
simen.
b) Memudahkan kerja bancuhan
c) Sebagai agen pemangkin tindakbalas kimia dalam bancuhan.

Bahan Tambahan

Merupakan bahan cecair kimia yang ditambah kedalam air semasa bancuhan bertujuan untuk
menambah sifat kemudahkerjaan (workabality) mortar. Biasanya bahan tambahan sekitar 30%
digunakan.

Bahan jenis Waterproofing compounds ialah bahan kimia yang disediakan dalam bentuk serbuk
dan juga cecair untuk menghasilkan lepaan yang tidak telap air. Bahan jenis serbuk halus dibancuh
bersama simen dan digaul dalam keadaan kering.
Bahan Plasticisers dapat menambah kemasukan udara kedalam mortar. Bila terdapat udara, ia
memberikan kesan kejelekitan dan kemudahkerjaan ditingkatkan dimana 50% kandungan air dalam
mortar dapat dikurangkan. Ini akan melambatkan proses pengeringan dan peningkatan kekuatan
ikatan.

Contoh bahan tambah ini seperti sodium silikat, sodium aluminat, kalsium format, triethanolamine,
sodium glukonat dan kalsium lignosulphonat.













_______________________________________________________________________________________

TokGuru@live.com.my Page 4

209 PLASTERING
WTP203 - Kerja Melepa
COMPETENCY 2 : MENYEDIAKAN NISBAH BANCUHAN MORTAR

Nisbah bancuhan mortar untuk lepaan bergantung kepada jenis lepaan yang hendak dibuat. Bagi
lepaan asas atau lepaan kasar maka nisbah yang sering digunakan adalah 1:6 (simen:pasir)
ataupun ditambah dengan satu bahagian kapor untuk tujuan kemudahkerjaan (workability) dimana
1 : 1 : 6 (simen : kapor : pasir)

JENIS-JENIS KEMASAN LEPAAN

Jenis kemasan lepaan bergantung kepada bentuk pandang dan keperluan kegunaan sesuatu
dinding atau tembok. Antara jenis kemasan yang biasa dilakukan adalah seperti :-

Kemasan Biasa ( sand face)

Lepaan biasa dibuat dengan nisbah bancuhan 1 : 6 (simen : Pasir). Lepaan jenis ini boleh dibuat
dengan dua lapisan. Untuk dinding bata, tebal lepaan sekitar 16mm dan bagi tampang bawah,
rasuk, tiang, dinding blok atau konkrit yang mana permukaannya sedia licin, lepaan dibuat setebal
12mm.

Lapisan pertama : bagi lepaan berketebalan 16mm maka lepa kasar lapisan pertama dibuat
setebal 10mm, manakala bagi lepaan 12mm maka lapisan pertama adalah setebal 6mm. Nisbah
bancuhan adalah 1:3-4 atau 1:6 jika ditambahan dengan bahan pemudah adun. Permukaan ini
hendaklah dikasarkan bagi menerima lepaan lapisan kedua.

Lapisan Kedua : Lepaan setebal 6mm hendaklah dikemaskan dengan pemaras keluli untuk
permukaan diding dalam dan gengan pemaras kayu bagi dinding luar. Lepaan ini hendaklah
menggunakan pasir yang ditapis dan disudahi dengan gosokan pemaras kayu. Span basah boleh
digunakan untuk mendapatkan permukaan yang seragam.

Tiga kombinasi nisbah bancuhan yang paling sesuai untuk lepaan luar bangunan menggunakan
simen Portland, kapor dan pasir ialah :-

- 1: : 4 atau
- 1 : 1 : 5-6 atau
- 1 : 2 : 8-9

KEMASAN LICIN

Merupakan lapisan kemasan akhir yang dibuat keatas permukaan lepaan biasa menggunakan
likatan air simen dengan cara melicinkannya dengan pemaras keluli. Untuk menambah
kemudahkerjaan, campuran simen boleh ditambah dengan kapor. Permukaan dinding lepaan sedia
ada hendaklah dalam keadaan lembab atau separuh kering untuk menerima likatan cairan simen
lepaan licin ini agar ikatan lepaan licin dengan lepaan dinding menjadi sebati.
KEMASAN GRANOLITIK
_______________________________________________________________________________________

TokGuru@live.com.my Page 5

209 PLASTERING
WTP203 - Kerja Melepa

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen : Pasir : serpihan batu granit
bersaiz 3-6mm lubang ayakan. Lepaan dibuat dalam dua lapisan dengan jumlah ketebalan 10mm
dan permukaannya diratakan menggunakan kayu pemaras. Setelah lapisan mula mengeras, maka
permukaannya hendaklah diberus perlahan-lahan untuk menghasilkan kemasan gerutu.

KEMASAN SHANGHAI

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen berwarna : Pasir : serpihan batu
bersaiz 3mm ayakan. Prosesnya sama dengan kemasan granolitik , Cuma hasil yang diperolehi
adalah kemasan gerutu berwarna.

KEMASAN Textured atau Scraped

Kemasan dibuat pada permukaan lapisan akhir semasa lepaan mula mengeras. Biasanya
penggunaan pemaras besi bergerigi seringkali digunakan. Penggunaan peralatan lain yang sesuai
bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seni seseorang pekerja.
Video :

KEMASAN Rough cast atau wetdash

Campurannya terdiri dari simen, pasir dan batu baur yang dipilih mengikut pembahagian nisbah
bancuhan 1 : 3 atau 1 : : 4 pada lapisan pertama, sementara lapisan kedua nisbahnya adalah
1 : : 1 - 3 ( batu kerikil 6-13mm). Bahan kalis air serta pewarna boleh digunakan untuk
menambah kecantikan lepaan. Kemasan kasar ini dibuat dengan melemparkan bancuhan basah
yang mengandungi nisbah campuran batu kasar pada permukaan tembok yang telah dilepa.
Video : C:\Users\Acer\Videos\RealPlayer Downloads\#scr.flv

KEMASAN Pebble-dash atau drydash

Merupakan jenis lepaan kasar yang menampakkan batu-batu kerikil atau serpihan batu berukuran
10 20mm, dilempar atau ditampal pada permukaan yang dilepa sementara lapisan lepaan
tersebut belum mengeras. Lapisan pertama menggunakan bancuhan 1 : 4 dengan campuran
water proofer dan nisbah bancuhan lapisan kedua adalah 1 : 1 : 5 dibuat setebal 12mm.

KEMASAN tyrolean atau smooth cast

Menggunakan bancuhan 1:2 terdiri dari simen (Biasa atau warna) dan pasir. Disembur pada
lapisan asas dengan menggunakan mesin tyrolean (drough-casting) pada jarak 18-20 inci dari
dinding. Kemasan jenis ini hendaklah dibuat dalam 3 lapisan dan jumlah tebalnya tidak melebihi
6mm. Setiap lapisan perlu dibiarkan kering dahulu sebelum lapisan berikutnya di sembur.


KEMASAN Depeter

_______________________________________________________________________________________

TokGuru@live.com.my Page 6

209 PLASTERING
WTP203 - Kerja Melepa
Merupakan satu bentuk kemasan rough cast. Lapisan lepaan dibuat setebal 12mm dengan nisbah
bancuhan 1 : 3. Semasa lepaan masih lembap, batu-batu kerikil atau batu keras ditekan ke
permukaan lepaan dengan tangan. Kemasan ini boleh memberikan corak yang menarik serta
cantik. Nilai seni pada permukaan dapat ditingkatkan dengan memilih bahan yang berlainan
warna.

KEMASAN / LEPA JEJARING lath plaster


Lepaan jejaring hendaklah terdiri dari jaringan logam dan lepa. Kepingan ini hendaklah dipasang
memanjang melintangi penahan. Bahagian sisi kepingan diantara penahan hendaklah diikat
bersama dengan dawai. Hujung dawai pengikat hendaklah dibengkokkan kedalam dan bukan
kearah lapisan kemasan lepaan. Jika kepingan logam bergalvani 25X25 I dipasang pada rangka besi,
dawai atau klip perlu digunakan pada jarak tidak melebihi 350mm.



Lepaan pada jaring / bidai logam hendaklah dibuat dalam tiga lapisan.
_______________________________________________________________________________________

TokGuru@live.com.my Page 7

209 PLASTERING
WTP203 - Kerja Melepa


a) Lapisan pertama dan kedua

Nisbah bancuhan ialah 1 bahagian simen : bahagian kapor : 4 bahagian pasir adalah
sesuai untuk lapisan undercoat yang kuat. Sementara nisbah 1 : 6 dicampur dengan
pemudah adun mortar . Gentian yang diluluskan hendaklah dimasukkan kedalam campuran
mengikut kadar 5kg setiap 1 meter padu pasir. Sekiranya kandungan bancuhan dijadikan
sebagai nisbah 1 : 1 : 6, ianya sesuai untuk lapisan Undercoat untuk kebanyakan bahan
dinding.

Bagi lapisan pertama dan kedua, jumlah tebalnya mestilah tidak lebih dari 16mm (5/8) diukur
dari luar jaringan logam. Setiap lapisan hendaklah dicakar untuk mendapat cengkaman dan
dibiarkan kering sebelum lapisan seterusnya dibuat.
_______________________________________________________________________________________

TokGuru@live.com.my Page 8

209 PLASTERING
WTP203 - Kerja Melepa


b) Lapisan ke tiga


Merupakan lapisan akhir (final coat) dimana bancuhan mengandungi simen dan pasir halus
dengan nisbah 1 : 3 dan dicampur dengan pemudah adun mortar atau nisbah 1 : 2 : 9.
Lapisan ini dibuat tidak melebihi ketebalan 9mm (3/8)


KEMASAN Barium

Biasanya lepaan ini digunakan untuk melepa permukaan dinding dalam dengan nisbah bancuhan
1 : 1 : 3 iaitu simen : barites (barium sulfat) yang halus : pasir.
Tujuan lepaan ini adalah untuk menghalang radiasi, contonya untuk lepaan dinding dalam bilik X-
ray dan sebagainya.

























COMPETENCY 3 : MENYEDIAKAN PERMUKAAN UNTUK KERJA MELEPA

Persediaan dasar Lepaan.

_______________________________________________________________________________________

TokGuru@live.com.my Page 9

209 PLASTERING
WTP203 - Kerja Melepa
Dasar lepaan terdiri dari tiga bentuk iaitu :
# Dasar yang kukuh seperti dinding bata, konkrit, terra cotta, batu atau blok gypsum.
# Bidai kayu atau logam
# Gypsum atau papan fibre bangunan

Persediaan asas :
Permukaan hendaklah dibersihkan dan dibasahkan dengan air supaya lembap
Dinding yang disapu cat atau kapor hendaklah diketuk atau dicakar untuk menyediakan permukaan
kasar bagi memegang ikatan sebelum kerja melepa lapisan mortar baru dilakukan
Mortar keras yang terlebih pada sambungan bata hendaklah dibuang bagi memudahkan kerja
melepa.

Kaedah melepa dilakukan samada satu atau dua atau tiga lapisan, bergantung kepada factor berikut.
1) Dasaran yang hendak dilepa
2) Bahan yang digunakan
3) Jenis kemasan yang diperlukan

Lepaan satu lapisan
Cara ini digunakan pada dinding bata, konkrit, terra cotta atau dasar padu yang kuat dan tegap.
Mortar simen atau mortar yang mengandungi simen, kapor dan pasir atau mortar gypsum adalah bahan
yang biasa digunakan untuk kerja melepa satu lapisan.

Dinding dibasahkan dan mortar dibancuh. Bermula dari bahagian atas, buatkan satu jaluran lepa atau
screed secara melintang. Dan dengan jarak yang sesuai dibawahnya, satu lagi jaluran screed dibuat.
Bagi dinding yang besar, mungkin lebih dari 3 jaluran screed diperlukan. (lihat rajah dibawah)

Gunakan pemaras kayu panjang (darby float ) secara menegak untuk menggosok kedua-dua hujung
screed. Pastikan gosokan itu menyebabkan mortar sama tebal iaitu dengan jarak lebih kurang 5/8
antara darby float dengan dinding. Tompokan mortar yang sama tebal dihujung screed dikenali
sebagai dot. Ia merupakan titik rujukan ketebalah lepaan.
_______________________________________________________________________________________

TokGuru@live.com.my Page 10

209 PLASTERING
WTP203 - Kerja Melepa

Sekali lagi gunakan kayu pemaras darby untuk memotong screed kearah dot, menjadikannya
permukaan rata. Ruang antara screed di isi dan dengan darby float mortar lepa diratakan
berpandukan kedua-dua screed berkenaan. Sekiranya ada tempat yang tidak cukup ketebalan, maka
mortar ditambah menggunakan pemaras keluli dan diratakan menggunakan pemaras kayu dan diuji lagi
menggunakan darby float. Akhir sekali ratakan keseluruhan permukaan dengan wooden float dan sudip
kemasan.

Lepaan Dua lapisan

Biasanya dilakukan untuk mendapat kemasan akhir yang lebih halus dan sekata. Bahan yang digunakan
ialah mortar kapor, mortar gypsum dan mortar simen.
Pada lapisan pertama, tentukan ketegakkan, kerataan dan kelurusan seperti yang dikehendaki.
Sekiranya perlu, lapisan ini booleh dicakar untuk menyediakan pegangan dengan lapisan yang bakal
dibuat nanti. Setelah lapisan pertama telah mengeras, maka lapisan kedua dibuat dari atas ke bawah.
Lapisan kemasan ini teramat nipis sekiranya menggunakan lime putty dan tebal sedikit jika
menggunakan air pekatan simen. Pada umumnya kelurusan lapisan kemasan bergantung kepada
permukaan lapisan pertama tadi.

Lepaan Tiga Lapisan

Kaedah ini biasanya digunakan pada laths atau kerja batu kasar. Lapisan pertama mortar mengandungi
serabut didalamnya untuk tujuan lekatan. Lapisan ini dikenali sebagai pricking up dibuat dengan
kelurusan yang sesuai menggunakan laying trowel. Kemudian permukaannya dikasarkan dan setelah
mengeras, dua lagi lapisan lepa dibuat untuk mendapat permukaan yang rata dan seragam.

COMPETENCY 4 : MELAKSANA KERJA MELEPA

Langkah Langkah Kerja Melepa
_______________________________________________________________________________________

TokGuru@live.com.my Page 11

209 PLASTERING
WTP203 - Kerja Melepa
Kerja lepaan pada suatu tembok dibuat dalam dua atau tiga lapisan tidak termasuk lapisan penyudah.
Bilangan lapisan ini juga bergantung kepada jenis bahan asas dasaran, dan keadaan permukaan dinding
berkenaan.

Langkah 1 Persediaan asas


Permukaan tembok dibersihkan dan dikasarkan sekiranya dari jenis dinding lama. Cat yang ada
hendaklah di ketuk dan dikikis dengan brick hammer sementara mortar yang berlebihan pada
sambungan bata hendaklah dibuang untuk memudahkan kerja melepa dilakukan.

Dinding bata perlu dibasahkan secukupnya sekiranya berkeadaan kering supaya mortar lepaan tidak
cepat kering ketika kerja dijalankan. Penyediaan mortar lepaan perlu dibuat dalam kuantiti yang
mencukupi agar kerja-kerja tidak tergendala.


Langkah 2 Membuat Lapisan Dasar (undercoat) ( LAPISAN LEPEK)


Permukaan tembok bata perlu dibasahkan secukupnya sebelum kerja lepaan dijalankan. Tujuan
tindakan ini adalah untuk mendapatkan ikatan yang kukuh diantara lapisan lepa dengan permukaan
tembok. Bagi permukaan tembok yang lekuk, perlu dipenuhkan dan diratakan terlebih dahulu.
Lapisan dasar ini dapat mengurangkan ketebalan lepaan lapisan berikutnya. Permukaan lepaan
undercoat hendaklah dicakarkan untuk mendapatkan ikatan yang kuat bagi menerima lapisan yang
berikutnya. (RAJAH LAPISAN LEPAAN )
_______________________________________________________________________________________

TokGuru@live.com.my Page 12

209 PLASTERING
WTP203 - Kerja Melepa



Langkah 3 Membuat Lapisan Tapak (floating coat) (

Untuk mendapatkan suatu permukaan lurus dan sama rata sebagai tapak bagi lapisan penyudah
berketebalan 10-14mm. Salah satu kaedah untuk mendapatkan permukaan yang sama rata ialah dengan
menggunakan kaedah tompok-tompok dan jaluran panduan ( dot and screed)
_______________________________________________________________________________________

TokGuru@live.com.my Page 13

209 PLASTERING
WTP203 - Kerja Melepa




Tompok-tompok berbentuk segiempat dibuat mengikut jarak tertentu, biasanya 1-2 meter antara satu
dengan lain dan disamaratakan dengan panduan benang secara melintang dari hujung ke hujung.
Tompok lepaan kemudian disambungkan menjadi jaluran lepaan samada secara menegak atau
mendatar.

Seterusnya mortar lepaan dipenuhkan menggunakan pemaras keluli berpandu kepada aras ketebalan
jaluran lepaan sehingga keseluruhan ruang ditutupi dengan mortar lepa. Kemudian lepaan tersebut
digosok serta diratakan dengan kayu pemaras panjang (darby float) dan dikuti dengan pemaras kayu
(wooden float).
_______________________________________________________________________________________

TokGuru@live.com.my Page 14

209 PLASTERING
WTP203 - Kerja Melepa

Langkah 4 Membuat Lapisan Penyudah (finishing coat)


Finishing merupakan lapisan akhir dengan ketebalan antara 3-6mm dan dilakukan bergantung kepada
jenis kemasan yang dikehendaki.. Untuk mendapatkan kemasan Licin, maka lapisan finishing perlu
dibuat semasa mortar lepaan masih lembap. Walaubagaimanapun ianya boleh juga dibuat selepas
lepaan mengeras, tetapi tembok perlu dibasahkan terlebih dahulu dan lapisannya lebih tebal
berbanding jika dibuat ketika lepaan masih lembap. Sekiranya kemasan khas seperti gerutu, shanghai,
granolik hendak dilakukan, maka kaedah membuat kemasan-kemasan berkenaan hendaklah dikuti.
(seperti yang telah dinyatakan sebelum ini)

PERINGATAN SEMASA MELEPA MORTAR PADA DINDING DAN SILING

Pastikan permukaan yang hendak dilepa telah dibuat persediaan yang lengkap dan teratur.

Pergerakkan tangan ke belakang dibuat untuk mengambil mortar dari hawk dan menampal pada
dinding, kecuali posisi tersebut tidak membolehkan pergerakkan berkenaan.

Luas atau lebar steel float hendaklah digunakan sepenuhnya

Jangan menutup permukaan dot atau screed

Tampalan mortar hendaklah dibuat dengan ketebalan yang sekata.

Pastikan keseimbangan berat badan dan kekuatan otot lengan dengan sebaik mungkin.
COMPETENCY 5 : MENYEDIAKAN PERMUKAAN LENGKUNG UNTUK KERJA MELEPA

_______________________________________________________________________________________

TokGuru@live.com.my Page 15

209 PLASTERING
WTP203 - Kerja Melepa
5.1 Memilih Lokasi Yang Sesuai Mengikut Spesifikasi Tempat Kerja
5.2 Memilih Permukaan Mengikut Spesifikasi Kerja
5.3.1 Memilih Peranca mengikut Spesifikasi Kerja
5.3.2 Menyediakan Permukaan Lengkung Tegak untuk Pelepaan




COMPETENCY 6 : MELAKSANAKAN PELEPAAN PERMUKAAN LENGKUNG TEGAK

6.1 Memastikan Mortar Disediakan Mengikut Spesifikasi Dikehendaki
6.2 Memilih Peralatan Tangan
6.3 Melakukan Pelepaan Permukaan Lengkung Tegak





COMPETENCY 7 : MELAKSAKAN KERJA AKHIR (FINISHING) PELEPAAN KASAR

7.1 Penyediaan Mortar Mengikut Spesifikasi Kerja
7.2 Memilih Alat Tangan Yang sesuai untuk Kerja Melepa
7.3 Memilih Permukaan Yang Sesuai Mengikut Spesifikasi Kerja
7.4 Menyediakan Kerja Akhir Pelepaan Kasar menggunakan Teknik dan Alat Yang Betul


MODUL TAMAT

Pastikan Anda Telah Menguasai kesemua Kemahiran yang perlu, dan dapatkan lain-lain sumber rujukan bagi
menambah pengetahuan.

Nota Pembelajaran yang disediakan ini hanyalah sebagai panduan, ANDA DIGALAKKAN untuk Search sumber
pengetahuan lain yang berguna.