Anda di halaman 1dari 38

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penyelenggaraan bangunan adalah satu proses pemuliharaan dan


penjagaan struktur bangunan dan komponen. Ianya boleh didefinisikan sebagai
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan bagi tujuan memulihara, mengawal selia
bangunan, kemudahan serta persekitarannya bagi memenuhi piawaian yang
ditetapkan supaya ianya selamat untuk digunakan. Menurut Akasha (2008) dalam
Sharifah Hamimah (2011), penyelenggaraan bangunan juga dikenali sebagai kerja
membaikpulih bangunan iaitu satu proses aktiviti pemuliharaan dan penjagaan
terhadap struktur serta komponen bangunan.

Keperluan penyelenggaraan dilakukan adalah untuk memperbaiki kerosakan


yang berlaku yang menyebabkan kegagalan kefungsian struktur bangunan. Antara
contoh bahagian bangunan yang memerlukan penyelenggaraan adalah lantai,
bumbung, tangga, pintu dan sebagainya. Justeru itu, langkah untuk menjalankan
kerja penyelenggaraan memerlukan pengurusan yang sistematik bagi menjamin
membaikan kerosakan dapat dilaksanakan. Ini bertepatan dengan Isa et. al., (2011)
yang menjelaskan bahawa tujuan utama pengurusan penyelenggaraan bangunan
ini adalah untuk memastikan bangunan tersebut dapat memenuhi segala fungsinya,
selamat dan selesa.

1
Pengurusan penyelenggaraan bangunan adalah satu aktiviti yang dijalankan
untuk mengekalkan dan rnengawal bangunan tersebut supaya dapat memenuhi
fungsinya. Bagi mendapatkan penyelenggaraan yang baik perancangan,
penjadualan dan penyeliaan perlu dilakukan. Tujuannya adalah untuk memastikan
kerosakan yang berlaku dapat dibaiki bagi mengekalkan kefungsian asal. Walau
bagaimanapun, kerosakan yang sering berlaku adalah disebabkan oleh kelemahan
pengurusan dari aspek penyelenggaraan bangunan. Ini bertepatan dengan Abdul
Hakim dan Wan Min (2002) yang menyatakan bahawa bangunan awam mempunyai
tahap penyenggaraan, keselamatan dan kebersihan yang rendah berbanding
bangunan swasta yang biasanya lebih terpelihara.

Menurut Hafizi Zakaria et. al., (2010), fungsi utama penyelenggaraan


bangunan bukan hanya untuk memastikan bangunan, sistem atau peralatan
beroperasi pada kecekapan yang maksimum tetapi juga bagi memastikan bangunan
sentiasa memenuhi keperluan penghuni dan perundangan seperti berikut :-
i) Memastikan bangunan dalam keadaan selamat
ii) Memastikan bangunan adalah kondusif
iii) Memastikan bangunan berkebolehan untuk digunakan
iv) Memastikan bangunan memenuhi semua keperluan undang-undang
v) Mengekalkan nilai fizikal aset bagi pelaburan bangunan
vi) Mengekalkan kualiti bangunan

Sehubungan itu, tindakan proaktif perlu dilaksanakan bagi mengekalkan


kefungsian bahagian bangunan yang mengalami kerosakan dapat dibaiki. Ini kerana
sekiranya kerosakan tersebut dibiarkan ianya akan menjadi lebih teruk lagi sehingga
memusnahkan kefungsian asal bangunan itu. Oleh sebab itu, pengurusan
penyelenggaraan bangunan ini adalah sangat penting bagi menjamin keselesaan
kepada penghuni dan selamat.

2
1.2 Penyataan Masalah

Binaan lantai di Dewan Arkitek Kolej Vokasional Segamat menggunakan


kemasan parket. Walau bagaimanapun, kemasan parket tersebut telah mengalami
kerosakan yang disebabkan oleh penggunaannya yang kerap, masalah kelembapan
dan dimakan anai-anai. Selain itu, banyak kepingan parket yang tanggal.
Penggantian kemasan parket tersebut tidak dapat dilakukan kerana jenis kemasan
parket yang digunakan sudah tiada di pasaran. Keadaan ini telah mewujudkan
suasana lantai yang tidak selamat dan mencacatkan pemandangan. Ini ditunjukkan
pada Rajah 1.1 di bawah. Oleh yang demikian, kami ingin membaiki kerosakan
tersebut dengan menggantikan kemasan parket kepada pemasangan jubin lantai di
Dewan Arkitek Kolej Vokasional Segamat.

Rajah 1.1 Kemasan parket di Dewan Arkitek Kolej Vokasional Segamat yang telah
mengalami kerosakkan

1.3 Objektif Projek

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut, iaitu :

1.3.1 Memasang kemasan jubin lantai di Dewan Arkitek Kolej Vokasional Segamat

1.4 Skop Projek

3
Projek yang dijalankan adalah kerja membaikpulih kemasan lantai di Dewan
Arkitek seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.2 di bawah. Dalam kerja
membaikpulih kemasan lantai, jenis bahan yang digunakan adalah kemasan jubin
lantai bagi menggantikan kemasan parket yang telah rosak. Kemasan jubin
menjadi pilihan kerana ia tahan lama, mudah dibersihkan dan menghasilkan
permukaan yang bersih dan kemas. Kemasan jenis ini juga mudah untuk didapati
dan kosnya yang agak rendah berbanding parket yang sudah tiada di pasaran dan
kos yang agak tinggi. Saiz jubin yang digunakan adalah 300 mm x 300 mm.
Pemilihan jubin juga mengambil kira faktor iaitu dari aspek warna yang sesuai dan
tahap keselamatan kepada pengguna. Kerja membaik pulih ini melibatkan
sebahagian daripada kawasan kemasan parket yang telah rosak di Dewan Arkitek
Kolej Vokasional Segamat seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.3.

Rajah 1.2 Pelan Lokasi

4
Rajah 1.3 Pelan Lantai Kerja Membaikpulih Kemasan Lantai Dewan Arkitek Kolej
Vokasional Segamat.

5
1.5 Perancangan Perlaksanaan Projek

MULA

TAJUK PROJEK: Kerja Membaik Pulih Kemasan Lantai Dewan Arkitek


Kolej Vokasional Segamat

Pembentangan Kertas Cadangan

Tidak
Pembetulan Diterima

Ya

Proses Kerja

 Melawat Tapak Projek


 Mereka Bentuk Projek
 Penyediaan bahan dan
alatan
 Penanggalan Kayu Parket
 Kerja Pemasangan Jubin
 Kerja Kemasan

Projek Siap

Pembentangan Hasil Projek

Penilaian

Rajah 1.4 Carta Alir Perancangan Pelaksanaan Kerja Membaikpulih Lantai Dewan
Arkitek Kolej Vokasional Segamat

6
Carta Alir Perancangan Pelaksanaan Kerja Membaikpulih Lantai Dewan
Arkitek Kolej Vokasional Segamat ditunjukkan pada Rajah 1.4. Berdasarkan carta
alir tersebut, pelaksanaan kerja dimulakan dengan pembentangan kertas kerja
(proposal) bagi projek yang dicadangkan. Sekiranya sesi pembentangan kertas
proposal projek diterima, baharulah projek diteruskan dengan pelaksanaan kerja
yang telah dibuat. Proses kerja yang terlibat dalam menyiapkan projek ini adalah
seperti berikut :

a) Melawat Tapak Projek

- Perkara pertama yang dilakukan adalah melawat tapak projek iaitu di Dewan
Arkitek Kolej Vokasional Segamat. Kerosakan kemasan kayu parket banyak
tertumpu kepada bahagian tepi dewan akibat dimakan oleh anai-anai dan
kelembapan. Oleh itu, kami mengukur keluasan lantai dewan yang hendak
dibaikpulih. Tujuannya adalah untuk menentukan jumlah bahan yang perlu
disediakan bagi menyiapkan projek yang dirancang ini.

b) Mereka Bentuk projek

- Reka bentuk projek perlu dihasilkan bagi menunjukkan kawasan lantai di


Dewan Arkitek yang perlu dibaikpulih. Ini melibatkan lukisan pelan yang
menunjukkan keluasan lantai yang terlibat.

c) Penyediaan Bahan dan Alatan

- Bagi menyiapkan projek membaikpulih lantai Dewan Arkitek, antara bahan


yang perlu disediakan adalah jubin, simen dan tile spacer. Manakala, antara
peralatan yang digunakan dalam projek ini adalah pita ukur, alat aras spirit,
pensel kejuruteraan, baldi, sudip bata, sponge trowel dan pemaras bergigi.
Bagi memudahkan kerja pemotongan jubin, alatan dan mesin yang
digunakan adalah pemotong jubin dan grander. Dari aspek keselamatan
pula, peralatan yang perlu dipakai adalah cermin mata keselamatan dan
sarung tangan.

7
d) Penanggalan Kayu Parket

- Kayu parket yang terdapat dikawasan projek perlu ditanggalkan terlebih


dahulu sebelum kerja pemasangan jubin dapat dilakukan. Penanggalan kayu
parket dilakukan dengan menggunakan pahat dan tukul besi. Setelah siap
ditanggalkan, permukaan lantai perlu dikasarkan menggunakan ‘Breaker’
yang bertujuan untuk memastikan jubin yang dipasang dapat dilekatkan
dengan baik pada permukaan lantai. Seterusnya, permukaan lantai tersebut
perlu dibersihkan daripada sebarang habuk dan serpihan konkrit bagi
menyediakan permukaan yang bersih untuk memasang jubin.

e) Kerja Pemasangan Jubin

- Sebelum jubin dipasang, kerja merancang tanda perlu dilakukan


menggunakan benang dan paku. Tujuannya adalah untuk mendapatkan
kelurusan yang dikehendaki disamping memastikan jubin dapat dipasang
dengan betul. Jubin dipasang menggunakan bancuhan air simen (1:3).
Antara peralatan yang digunakan adalah pemaras bergigi, alat aras spirit
dan tile spacer. Setelah jubin dipasang, ianya akan diuji kearasan
menggunakan alat aras spirit. Ketelitian dan ketepatan peletakan jubin yang
dipasang adalah sangat penting bagi memastikan hasil kerja yang baik dan
berkualiti.

f) Kerja Kemasan

- Kerja kemasan yang dilakukan pada pemasangan jubin adalah mengisi


setiap sambungan jubin dengan grout (simen warna). Setelah itu,
permukaan jubin juga turut dibersihkan dengan mengelap menggunakan
kain lap bagi mendapatkan permukaan jubin yang bersih, kemas dan cantik.
Kerja kemasan ini adalah sangat penting bagi mendapatkan permukaan
lantai yang selesa digunakan dan selamat.

8
1.5.1 Carta Gantt Pelaksanaan Kerja

Pelaksanaan kerja bagi sesebuah projek pembinaan memerlukan


perancangan yang teliti dan tersusun. Ianya penting bagi memastikan kerja yang
dijalankan dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Oleh itu, Carta
Gantt Pelaksanaan Kerja Membaikpulih Lantai Dewan Arkitek Kolej Vokasional
Segamat di tunjukkan pada Jadual 1.1. di bawah.

9
Jadual 1.1 Carta Gantt Pelaksanaan Kerja Membaikpulih Lantai Dewan Arkitek Kolej Vokasional Segamat.

BULAN MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT CATATAN


PERKARA 1 2 3 4 5 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 5 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
BIL Kerja Membaikpulih Lantai
Dewan Arkitek Kolej
Vokasional Segamat
1. Melawat Tapak Projek
CUTI SEMESTER
& PERINTAH
2. Mereka Bentuk Projek KAWALAN
PERGERAKAN
PERINTAH
3. Penyediaan Bahan dan Alatan KAWALAN
PERGERAKAN

4. Penanggalan Kayu Parket

5. Kerja Pemasangan Jubin

6. Kerja Kemasan

PETUNJUK
Perancangan Projek
  Pelaksanaan Projek
  Projek Lewat

10
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Lantai ialah permukaan dasar bangunan yang menerima segala aktiviti


penghuni dan beban – beban yang lain (Tan, 1990). Pembinaannya mestilah dapat
menjamin keselamatan dan keselesaan penghuninya. Menurut Tan (1990), terdapat
beberapa ciri utama yang perlu dipertimbangkan dalam pembinaan lantai, iaitu :
a) Kestabilan
- Iaitu lantai yang kukuh menjamin kestabilan dan menghalang berlakunya
keretakan
b) Kekuatan
- Iaitu mempunyai keupayaan menanggung beban hidup dan beban mati serta
menahan segala tekanan yang diterima oleh lantai
c) Pencegahan kelembapan
- Iaitu lantai berupaya menentang resapan air dan mencegah kelembapan
yang berlaku di dalam bangunan
d) Ketahanlasakan
- Iaitu tahan lama tanpa mengalami kerosakan. Oleh itu, faktor-faktor yang
perlu diambil kira ialah sifat-sifat menentang keretakan, kikisan, kebakaran,
aksid, reput, minyak, serangga dan sebagainya.

11
e) Keselesaan
- Iaitu aspek selesa termasuk panas atau sejuk, bunyi (penebatan suara), licin
tanpa gelincir dan seronok mata memandang
f) Penyelenggaraan
- Iaitu merujuk kepada sifat lantai yang tahan lasak serta senang di bersihkan,
termasuklah tidak payah dijaga atau dibaiki selalu

Dalam pembinaan lantai, ianya boleh dikemaskan permukaannya dengan


beberapa jenis kemasan (Tan, 1990), iaitu :-

a) Lepa simen
- Merupakan kemasan lepa simen Portland biasa ataupun simen berwarna
pada dasar konkrit. Biasanya digunakan dalam pembinaan bangunan
perusahaan dan rumah kediaman kos rendah.
b) Jalur kayu
- Merupakan kemasan yang menggunakan papan jalur sama ada dipakukan
pada beloti kayu yang ditanam di dalam lapisan konkrit ataupun pada gelegar
lantai kayu. Papan jalur ini hendaklah bertanggam lidah dan lurah ataupun
bertanggam lekap.
c) Parket
- Merupakan kemasan yang dibuat daripada kepingan kayu beroti yang
bersusun. Kayu ini dilekatkan pada kertas selebar 300 mm x 300 mm supaya
senang dilekatkan pada dasar konkrit dengan menggunakan sejenis glu.
d) Jubin
- Merupakan kemasan yang mempunyai pelbagai jenis mengikut
kegunaannya. Ianya diperbuat daripada tanah liat, pasir dan bahan-bahan
tambahan melalui proses pembakaran. Ia juga keras dan kali sari serta
mempunyai sifat-sifat yang tertentu untuk kegunaan khas, contohnya jubin
rintangan gelincir, jubin tahan lasak dan sebagainya.
e) Batu marmar
- Merupakan kepingan batu marmar yang berupa papak sekata ataupun papak
tak sebentuk dilekatkan di dasar konkrit dengan menggunakan adunan
simen. Permukaan lantai perlu diasah dengan mesin canai menggunakan
batu asah gred kasar (No 24) ke gred halus (No 350) sehingga rata dan licin,
kemudian dikemaskan dengan lilin.

12
f) Mozek
- Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan melalui
proses pembakaran. Ia merupakan kepingan jubin kecil yang disusun dengan
berbagai-bagai rekabentuk. Biasanya, mozek dilekatkan pada kertas yang
bersaiz 300 mm x 300 mm bagi memudahkan pemasangannya yang
menggunakan adunan simen untuk melekatkan mozek di dasar konkrit. Celah
– celah sambungan antara mozek ini diisikan dengan bancuhan simen dan
pasir halus.
g) Terazo
- Terazo diperbuat daripada serpihan batu marmar yang kecil, dibancuh
dengan simen dan mukanya diasah sehingga licin dan berkilat. Ia digunakan
sebagai kemasan lantai ataupun tembok. Pembinaan lantai terazo boleh
dibuat dengan cara ‘tuang di tempat ataupun ‘tuang dahulu’. Nisbah
bancuhan batu bata marmar dan simen adalah bergantung kepada saiz batu
marmar.

Oleh itu, dalam pembinaan lantai mestilah dapat memenuhi kefungsian setiap
ruang yang dibina sama ada untuk perumahan ataupun ruang pejabat. Kekuatan dan
kekemasan yang dihasilkan juga turut dapat memberi keselesaan kepada
penghuninya disamping menjaga aspek keselamatan.

2.2 Pemasangan Jubin

Jubin adalah sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan dalam projek
pembinaan. Sifatnya yang kalis air dan ketahananlasakan telah menyebabkannya
menjadi salah satu pilihan utama digunakan sebagai kemasan lantai. Menurut
Jahiman Badron (2011), jubin boleh diperolehi dengan pelbagai saiz iaitu 100 mm x
100 mm x 5 mm, 152 mm x 152 mm x 5.5 mm dan 100 mm x 200 mm x 6.5 mm.
Terdapat pelbagai bentuk jubin yang dihasilkan iaitu seperti empat persegi leper,
segi empat tepat dan bentuk-bentuk khusus yang sesuai yang dipasang pada
pepenjuru, bucu, kambi dan sebagainya. Antara peralatan yang biasa digunakan
dalam kerja pemasangan jubin adalah seperti berikut :

a) Pemotong Jubin (Tiles Cutter)


 Alat yang digunakan untuk memotong jubin.

13
b) Grander
 Mesin mudah alih yang digunakan untuk memotong jubin mengikut
bentuk yang dikehendaki.
c) Alat Aras Spirit
 Digunakan untuk memastikan jubin yang dipasang adalah sama rata
atau sedikit kecerunan bagi bilik air
d) Tukul Getah
 Untuk mengetuk bagi meratakan jubin yang akan dilekatkan sama ada
pada lantai
e) Tali / benang
 Ianya akan direntang untuk memastikan jubin yang dipasang adalah
lurus
f) Playar
 Digunakan untuk upih tepi membentuk lengkuk seperti bucu atau
seumpamanya
g) Sudip
 Untuk membancuh dan meletakkan bancuhan simen ditempat jubin itu
dipasang
h) Pemaras Bergigi
 Untuk meratakan bancuhan simen dan memastikan jubin melekat dengan
baik pada permukaan lantai.

Manakala, bahan yang digunakan semasa memasang jubin adalah bancuhan


air simen dan grout. Langkah - langkah kerja pemasangan jubin adalah seperti
berikut :
a) Pastikan permukaan lantai adalah bersih daripada sebarang kotoran dan kerja
merancang tanda kedudukan jubin telah siap dilakukan.
b) Membancuh air simen (1:3) iaitu 1 bahagian simen dan 3 bahagian air.
c) Meletakkan bancuhan simen di atas lantai menggunakan sudip dan diratakan
simen tersebut menggunakan pemaras keluli bergigi
d) Letakkan jubin di atas simen tadi dan ketuk menggunakan tukul getah bagi
meratakan kedudukan jubin tersebut (ketebalan 20 mm).
e) Gunakan alat aras spririt untuk menguji kearasan jubin
f) Celah-celah sambungan di antara jubin diisikan dengan simen berwarna (grout)
menggunakan sponge trowel untuk menjadikannya lebih menarik.
g) Membersihkan permukaan jubin dengan menggunakan air dan kain lap supaya
jubin bersih daripada kotoran simen.

14
2.3 Bahan Yang Digunakan Dalam Kerja Membaikpulih Lantai Dewan
Arkitek Kolej Vokasional Segamat

2.3.1 Simen Portland Biasa

Rajah 2.1 Simen Portland Biasa

Simen ialah bahan pengikat yang mengikat atau mencantum antara pasir dan
batu serta air (Mohd Nasarudin, 2015). Ia mempunyai sifat lekatan dan lekitan.
Terdapat beberapa jenis-jenis simen yang boleh didapati adalah seperti berikut :
a) Simen Portland Biasa
b) Simen Cepat Mengeras
 Sesuai untuk kerja-kerja membaiki (acuan boleh ditanggalkan lebih
cepat)
c) Simen Cepat Membeku
 Sesuai untuk kerja dalam air
d) Simen Haba Rendah
 Sesuai untuk membina struktur besar seperti empangan, tembo
penahan dan sebagainya
e) Simen Lebih Alumina
 Sesuai untuk tempat yang mungkin terkena air laut, bahan kimia dan
sebagainya
f) Simen Putih
 Sesuai dalam kerja-kerja kemasan
g) Simen Berwarna
 Untuk kegunaan tertentu

15
2.3.2 Jubin

Rajah 2.2 Jubin

Jubin biasa didapati dengan mudah adalah jenis seramik yang mempunyai
permukaan yang berkilau (Mohd Azman, 1997). Ianya diperbuat daripada tanah liat,
pasir dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Ianya keras dan kalis
air serta mempunyai sifat-sifat yang tertentu untuk kegunaan khas, contohnya ialah
jubin rintangan gelincir dan jubin tahan lasak. Saiz jubin yang boleh didapati
dipasaran adalah berukuran 100 mm x 100 mm x 5 mm, 152 mm x 152 mm x 5.5
mm dan 100 mm x 200 mm x 6.5 mm (Jahiman Badron, 2011). Selain daripada
bentuk yang lazim iaitu empat persegi leper, jubin – jubin juga boleh didapati dalam
bentuk-bentuk khusus yang sesuai untuk dipasang pada pepenjuru, bucu, kambi dan
sebagainya. Jubin-jubin ini dilekatkan pada permukaan tembok atau tapak sama ada
dengan menggunakan mortar simen atau glu khas yang mudah didapati.
Ketebalannya adalah 12.5 mm dan pemasangannya dibuat dengan meletakkan
jubin-jubin tersebut diatas bancuhan simen setebal 20 mm. Kemudian, dicelah-celah
sambungan diantara jubin-jubin ini diisikan dengan simen putih atau simen berwarna
(grout) untuk menjadikannya lebih menarik. Kelebihan kemasan jubin ini ialah ianya
tahan terhadap kebanyakan asid dan alkali (tidak mudah terhakis) serta mudah
dibersihkan.

2.3.3 Simen Warna (Grout)

16
Rajah 2.3 Simen Warna

Simen warna (grout) digunakan bagi kerja-kerja hiasan pada sambungan


bata, permukaan lantai, lepaan tembok dan kegunaan lain yang sesuai (Mohd
Azman, 1997). Kaedah penyimpanan simen ini mestilah berasingan dengan simen-
simen yang lain untuk mengelak daripada percampuran warna. Antara warna yang
boleh diperolehi adalah coklat, putih, hitam, hijau dan kuning. Simen ini dihasilkan
menggunakan bahan-bahan mentah yang terpilih, iaitu batu kapur yang tulen dan
tanah liat kaolin (China Clay). Proses pembuatannya adalah lebih kurang dengan
pembuatan Simen Portland, cuma langkah-langkah dan penjagaan yang rapi
hendaklah diambil terutama sekali semasa proses pembakarannya. Pembakaran
simen ini dilakukan dengan menggunakan minyak, tidak seperti simen portland yang
menggunakan arang batu.

17
BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Metodologi merupakan bahagian yang terpenting dalam memastikan


sesuatu projek dapat dilaksanakan mengikut jadual dan mengikut spesifikasi yang
telah ditetapkan. Oleh itu, langkah kerja bagi projek membaikpulih lantai Dewan
Arkitek Kolej Vokasional Segamat ini ditunjukkan pada Rajah 3.1 di bawah.

3.2 Proses Kerja Membaikpulih Lantai Dewan Arkitek Kolej Vokasional


Segamat

18
MULA

Mengenal Pasti Kaedah Membaikpulih Lantai


Dewan Arkitek Kolej Vokasional Segamat

Reka Bentuk Projek

Penyediaan Bahan dan Alatan

Proses Kerja

 Penanggalan Kayu Parket


- Menanggalkan kayu parket yang
telah rosak
- Membersihkan permukaan lantai
- Mengasarkan permukaan lantai
mengggunakan ‘Breaker’

 Kerja Pemasangan Jubin


- Kerja merancang tanda
- Meletakkan jubin ke dalam air
supaya memudahkan kerja
pemotongan dan kerja
pemasangan
- Bancuhan air simen
- Memasang jubin dengan kaedah
yang betul

 Kerja Kemasan
- Menutup sambungan jubin
- Membersihkan permukaan jubin

Rajah 3.1 Proses Kerja Membaikpulih Lantai Dewan Arkitek Kolej


Vokasional Segamat

19
3.3 Keterangan Proses Kerja Membaikpulih Lantai Dewan Arkitek Kolej
Vokasional Segamat

3.3.1 Mengenalpasti Kaedah Membaikpulih Lantai Dewan Arkitek Kolej


Vokasional Segamat

Dalam kerja membaikpulih lantai Dewan Arkitek, proses kerja yang terlibat
adalah reka bentuk projek, penyediaan bahan dan alatan, penanggalan kayu parket,
kerja pemasangan jubin dan kerja kemasan. Kerja penanggalan kayu parket
dilakukan dengan menggunakan pahat dan tukul. Lantai yang telah ditanggalkan
kayu parket perlulah dikasarkan menggunakan ‘Breaker’ sebelum kerja
pemasangan jubin dilakukan. Manakala, untuk memasang jubin peralatan yang
terlibat adalah alat aras spirit, tukul getah, sudip bata, baldi, kain lap, pemaras keluli,
kereta sorong dan tile spacer. Jubin dipasang mengikut susunan yang telah
ditetapkan dan dilekatkan menggunakan bancuhan air simen. Kelurusan dan
kearasan jubin sangat penting bagi menghasilkan permukaan lantai yang rata dan
selamat untuk digunakan.

20
3.3.2 Rekabentuk Projek

Lukisan berperanan menunjukkan projek yang dijalankan yang mana


melibatkan lukisan ortografik yang terdiri daripada pelan, pandangan hadapan dan
pandangan sisi. Walau bagaimanapun, bagi kerja membaikpulih lantai Dewan
Arkitek ini lukisan yang ditunjukkan pada Rajah 3.2 di bawah.

Rajah 3.2 Pelan Lantai Projek Membaikpulih Lantai Dewan Arkitek Kolej
Vokasional Segamat

3.3.3 Penyediaan Alatan Dan Bahan

Dalam menjamin kelancaran Kerja Membaikpulih Lantai Dewan Arkitek,


terdapat beberapa bahan dan alatan yang perlu disediakan mengikut keperluan
yang ditetapkan. Pemilihan bahan dan peralatan ini adalah berdasarkan kepada
kaedah kerja, ketahanlasakan, kualiti dan ekonomi. Ini ditunjukkan pada Jadual 3.1
dan Jadual 3.2 di bawah.

21
Jadual 3.1 Senarai Bahan Kerja Membaikpulih Lantai Dewan Arkitek Kolej
Vokasional Segamat
Bil Bahan Ukuran Kuantiti
1. Simen 50 Kg 10 Beg
2. Tile Spacer 2 mm 1 kotak
3. Jubin 1’ x 1’ 820 keping
4. Simen Warna (grout) 1 kg 4 beg

Jadual 3.2 Senarai Peralatan Membaikpulih Lantai Dewan Arkitek Kolej


Vokasional Segamat

Bil. Nama Peralatan Kuantiti


1. Pahat 3
2. Tukul Besi 3
3. Baldi Kejuruteraan 4
4. Sudip Bata 3
5. Pita Ukur 2
6. Pensil Kejuruteraan 3
7. Alat Aras Spirit 3
8. Pemotong Jubin 1
9. Grander 1
10. Sesiku L 3
11. Kereta Sorong 2
12. Sponge Trowel 3
13. Pemaras Bergigi 3
14. Pemaras Keluli 3
15. Penukul Getah 3
16. Kain Lap 3
17. Cermin Mata Keselamatan 3
18. Sarung Tangan 3
Nota : Kos peralatan tidak diambilkira kerana menggunakan peralatan yang
terdapat di Bengkel Teknologi Pembinaan

3.3.4 Anggaran Kos Membaikpulih Lantai Dewan Arkitek Kolej Vokasional


Segamat

22
Kos bahan binaan boleh berubah dari masa ke semasa dan berbeza
mengikut lokasi (Mohd Nasarudin, 2015). Oleh sebab itu, harga pasaran semasa
hendaklah digunakan apabila membuat anggaran. Secara amnya, anggaran jumlah
kos projek merangkumi bahan binaan, tenaga kerja, jentera dan peralatan serta
pengurusan dan keuntungan (Mohd Nasarudin, 2015). Menurut beliau lagi, kos
setiap item kerja yang dibina tidak semestinya merangkumi keempat-empat jenis
kos tersebut. Terdapat juga kerja seperti pembersihan tapak hanya melibatkan kos
upah, kos loji dan alatan dan kos keuntungan dan keuntungan tetapi tidak
melibatkan kos bahan. Justeru itu, bagi kerja membaikpulih lantai Dewan Arkitek
Kolej Vokasional Segamat, kos yang terlibat adalah kos bahan dan kos upah. Ini
ditunjukkan pada Jadual 3.3 dan Jadual 3.4 di bawah. Manakala, kos peralatan
tidak diambilkira kerana kerja membaikpulih dijalankan menggunakan peralatan
yang terdapat di Bengkel Teknologi Pembinaan.

Jadual 3.3 Anggaran Kos Bahan

Harga Seunit Kos Bahan


Bil Senarai Bahan Kuantiti
(RM) (RM)
1. Simen 10 beg RM 18.50 RM 185.00
2. Tile Spacer 1 kotak RM 5.00 RM 5.00
3. Jubin 820 Keping RM 2.40 RM1968.00
4. Simen Warna (Grout) 4 beg RM 10.00 RM 40.00
Jumlah Keseluruhan RM 2,198.00

Jadual 3.4 Anggaran Kos Buruh Atau Upah

Upah 3 orang
Bil hari bekerja Jumlah
Bil Huraian kerja pekerja
(1 hari = 8 jam) (RM)
(RM40 sehari)

23
 Penanggalan Kayu Parket
1. - Menanggalkan kayu parket yang
telah rosak 15 RM 120.00 RM 1800.00
- Membersihkan permukaan lantai

2.  Kerja Pemasangan Jubin


- Kerja merancang tanda
- Meletakkan jubin ke dalam air
supaya memudahkan kerja
pemotongan dan kerja
pemasangan 10 RM 120.00 RM 1200.00
- Bancuhan air simen
- Memasang jubin dengan kaedah
yang betul

3.  Kerja Kemasan
- Menutup sambungan jubin
- Membersihkan permukaan jubin 8 RM 120.00 RM 960.00

RM
Jumlah Keseluruhan 33 hari RM 360.00
3,960.00

Oleh itu, jumlah kos projek yang dijalankan ini adalah seperti berikut :

Kos bahan + kos upah + kos pengurusan dan keuntungan = kos keseluruhan
projek.
= RM 2,198.00+ RM 3,960.00 + ( 20% x RM 6158.00 )
= RM 2,198.00+ RM 3,960.00 + RM 1,231.60
= RM 7,389.60

BAB 4

24
DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dapatan kajian adalah kaedah yang dapat menunjukkan hasil yang


diperolehi daripada pelaksanaan projek. Selain itu, ia menunjukkan langkah demi
langkah dalam menyiapkan kerja dengan teknik yang betul dan menepati spesifikasi
yang ditetapkan.

4.2 Proses Kerja Membaikpulih Lantai Dewan Arkitek Kolej Vokasional


Segamat

25
Dalam kerja membaikpulih lantai Dewan Arkitek Kolej Vokasional Segamat,
kerja yang terlibat adalah penyediaan bahan dan alatan, kerja penanggalan kayu
parket, kerja pemasangan jubin dan kerja kemasan.

4.2.1 Penyediaan Bahan Dan Alatan

Bahan dan alatan merupakan elemen terpenting yang perlu disediakan


sebelum sesuatu projek itu dapat dilaksanakan. Bagi kerja membaikpulih lantai
Dewan, antara peralatan yang perlu disediakan adalah alat aras spirit, tukul getah,
tukul besi, pahat, sudip bata, sudip bergigi dan sesiku L. Manakala, bahan yang
perlu disediakan adalah Simen Portland Biasa, jubin, tile spacer dan grout. Walau
bagaimanapun, aspek keselamatan perlu ditekankan terutama semasa membuat
kerja pemotongan jubin menggunakan grander iaitu pemakaian cermin mata
keselamatan dan penutup hidung. Ini ditunjukkan pada Rajah 4.1, Rajah 4.2, Rajah
4.3, Rajah 4.4 dan Rajah 4.5.

Rajah 4.1 Extention Wayar, Pita Pengukur dan Cermin Mata Keselamatan

Rajah 4.2 Tukul Besi, Pahat dan Gam PVA

26
Rajah 4.3 Tile Spacer dan Pemaras Keluli Bergigi

Rajah 4.4 Sudip Bata dan Tukul Getah

Rajah 4.5 Kain Lap dan Sponge Trowel

4.2.2 Penanggalan Kayu Parket

27
Penanggalan kayu parket perlu dilakukan terlebih dahulu. Peralatan yang
digunakan adalah tukul besi dan pahat. Kayu parket yang dibuang adalah kawasan
kerja yang terlibat untuk membaikpulih lantai Dewan. Sebelum kayu parket
ditanggalkan ukuran diambil menggunakan pita pengukur bagi mendapatkan
kelebaran kawasan yang diperlukan. Setelah itu, kayu parket akan ditanggalkan dan
kerja pembersihan dilakukan dengan membuang kesemua kayu parket tersebut dan
membersihkan kotoran yang berada di atas lantai. Setelah siap dibersihkan,
permukaan lantai perlu dikasarkan menggunakan ‘Breaker’ yang bertujuan untuk
memastikan jubin yang dipasang dapat dilekatkan dengan baik pada permukaan
lantai. Manakala, kawasan yang tidak terlibat akan ditampalkan kayu parket
menggunakan gam PVA iaitu bagi kayu parket yang telah tertanggal. Ini ditunjukkan
pada Rajah 4.6, Rajah 4.7 dan Rajah 4.8.

Rajah 4.6 Kerja Penanggalan Kayu Parket Dibahagian Lantai Yang Dibaikpulih

28
Rajah 4.7 Kerja Pemotongan Kayu Parket

Rajah 4.8 Pemasangan Kayu Parket Yang Tertanggal

4.2.3 Kerja Pemasangan Jubin

29
Kerja dimulakan dengan merancang tanda kedudukan jubin yang hendak
dipasang iaitu menggunakan pita pengukur bagi mendapatkan kelebaran lantai dan
ditandakan dengan menggunakan benang dan paku. Setelah itu, pastikan
permukaan lantai adalah bersih daripada sebarang kotoran, barulah jubin dipasang.
Jubin dipasang menggunakan bancuhan air simen (1:3) dan diratakan
menggunakan pemaras keluli bergigi. Setelah itu, jubin akan diuji kearasan
menggunakan alat aras sprit. Ketelitian dan ketepatan peletakan jubin yang
dipasang adalah sangat penting bagi memastikan hasil kerja yang baik dan
berkualiti. Ini ditunjukkan pada Rajah 4.9, Rajah 4.10 dan Rajah 4.11.

Rajah 4.9 Kerja Merancang Tanda Kedudukan Pemasangan jubin

Rajah 4.10 Kerja Memasang Jubin

30
Rajah 4.11 Memasang Jubin dan menguji kearasan

4.2.4 Kerja Kemasan

31
Kerja kemasan yang dilakukan pada pemasangan jubin adalah mengisi
setiap sambungan jubin dengan grout (simen warna). Setelah itu, permukaan jubin
juga turut dibersihkan dengan mengelap menggunakan kain lap bagi mendapatkan
permukaan jubin yang bersih, kemas dan cantik. Kerja kemasan ini adalah sangat
penting bagi mendapatkan permukaan lantai yang selesa digunakan dan selamat.
Ini ditunjukkan pada Rajah 4.12 di bawah.

Rajah 4.12 Kerja Mengisi ‘Grout’ dan membersihkan permukaan jubin

Rajah 4.7 Hasil Kerja Membaikpulih Lantai Dewan Arkitek

4.3 Kesimpulan

32
Kerja membaikpulih lantai Dewan Arkitek dapat disiapkan sepenuhnya
walaupun berlaku kelewatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Berdasarkan kerja yang telah
dilakukan, kami dapat meningkatkan kemahiran dalam melakukan kerja yang
sebenar. Semoga kemahiran yang diperolehi ini dapat menjadikan kami lebih
berkemahiran dan bersedia untuk menjalani On Job Training (OJT) pada akhir
semester kelak.

33
BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab 5, mengandungi ringkasan projek, kajian perbandingan, analisis,


pemasalahan yang timbul, cadangan projek lanjutan dan kesimpulan. Ianya akan
dijelaskan secara menyeluruh berkaitan projek yang telah dilaksanakan.

5.2 Ringkasan Projek

Projek yang dijalankan adalah kerja membaikpulih lantai Dewan Arkitek


Kolej Vokasional Segamat. Objektif yang hendak dicapai adalah :-

5.2.1 Memasang kemasan jubin lantai di Dewan Arkitek Kolej Vokasional


Segamat

5.3 Kajian Perbandingan

34
Pemilihan jenis kemasan yang digunakan untuk membaikpulih lantai Dewan
Arkitek adalah berdasarkan kajian perbandingan yang melibatkan dua jenis bahan.
Kesesuaian jenis kemasan ini dilihat bersesuaian dengan penggunaan dewan yang
sentiasa menjadi tumpuan menjalankan aktiviti rasmi. Ia melibatkan pemilihan jenis
kemasan parket dan kemasan jubin. Perbandingan antara dua jenis kemasan ini
adalah seperti berikut :

a) Penggunaan Kemasan Parket

Kemasan parket adalah salah satu kemasan yang biasa digunakan di


bilik tidur, tangga dan ruang tamu. Ia merupakan kepingan kayu beroti yang
disusun dan dilekatkan pada kertas yang berukuran 300 mm x 300 mm supaya
memudahkan kerja pemasangannya. Blok parket ini juga perlu dilekatkan
menggunakan gam PVA pada permukaan yang rata agar kerja pemasangan
menjadi mudah, kemas dan terjamin dari aspek keselamatan kepada pengguna.
Kemasan parket peru diselenggara secara berkala iaitu dengan menyapu lekar
bagi mengelakkan ianya dimakan oleh haiwan perosak seperti anai-anai.

b) Penggunaan Kemasan Jubin

Jubin adalah salah satu kemasan yang biasa digunakan untuk


mencantikkan lantai, tangga dan dinding. Ianya mempunyai pelbagai jenis
warna dan saiz serta mengikut kesesuaian penggunaannya. Pemasangannya
menggunakan bancuhan air simen dan peralatan yang mudah diperolehi
dipasaran. Walau bagaimanapun, ianya memerlukan kemahiran yang tinggi bagi
menghasilkan kerja yang berkualiti. Kelebihan jubin ini adalah ianya mudah
dibersihkan, tahan lama dan tidak dimakan oleh haiwan perosak.

5.4 Analisis

35
Berdasarkan kepada perbandingan yang dibuat antara penggunaan
kemasan parket dan penggunaan kemasan jubin, kami telah memilih kemasan jubin
untuk kerja membaikpulih lantai Dewan Arkitek. Pemilihan ini adalah disebabkan
jubin lebih praktikal, bersifat tahan lama, mudah dibersihkan dan kelihatan cantik. Di
samping itu, penggunaan kemasan jubin ini dapat mengelakkan masalah serang
haiwan perosak seperti anai-anai.

5.5 Pemasalahan Yang Timbul

Dalam usaha untuk menyiapkan projek membaikpulih Dewan Arkitek ini,


terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Antara masalah yang perlu diatasi
adalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB). Hal ini telah menyebabkan kerja untuk menyiapkan projek ini
memakan masa yang lama kerana pembelajaran dijalankan secara atas talian dan
kami berada di rumah masing-masing. Oleh itu, kami terpaksa menyiapkan projek
ini diluar waktu pembelajaran iaitu pada hujung minggu.

5.6 Cadangan Projek Lanjutan

36
Berdasarkan kepada hasil projek yang telah disiapkan, berikut adalah
perkara yang hendak dicadangkan kepada penyelidik bagi projek seterusnya.
Antaranya adalah seperti berikut:-

5.6.1 Projek ini dilaksanakan hanya pada bahagian tepi sepanjang Dewan Arkitek.
Oleh itu, kami mencadangkan agar projek selanjutnya dapat menjalankan
kerja membaikpulih pada tangga Dewan ke Bilik PA System.

5.7 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kerja membaikpulih lantai Dewan Arkitek ini dapat


disiapkan mengikut perancangan. Semoga projek yang telah dilaksanakan ini dapat
menghasilkan suasana lantai dewan yang bersih, menarik dan selamat digunakan
oleh warga Kolej Vokasional Segamat dengan efektif.

RUJUKAN

37
Abdul Hakim Mohammed & Wan Min Wan Mat (2002). Teknologi Penyenggaraan
Bangunan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Hafizi Zakaria, Kadir Arifin, Shaharuddin Ahmad, Kadaruddin Aiyub & Zahedi Fisal
(2010). Pengurusan Fasiliti Dalam Penyelenggaraan Bangunan : Amalan Kualiti,
Keselamatan dan Kesihatan. Journal of Techno-Social Universiti Kebangsaan
Malaysia

Isa, Sofwatul 'Ain, Bahaudin dan Ahmad Yusni (2011). Penyelenggaraan bangunan


Wisma Persekutuan. Simposium Pengurusan Teknologi, Operasi dan Logistik
(SIPTIK) 2011. Pusat Pengajian Teknologi dan Logistik 

Jahiman Badron (2011). Teknologi Binaan Bangunan. Selangor : IBS Buku Sdn.
Bhd

Mohd. Azman (1997). Pemasangan Jubin. Kuala Lumpur : Sezaman.

Mohd Nasarudin Ali (2015). Asas Pengurusan Pembinaan. Selangor Darul Ehsan :
IBS Buku Sdn Bhd

Sharifah Hamimah Shamsuddin (2011). Pembangunan Penganalisan Aplikasi


Permohonan Peruntukan Penyelenggaraan Bangunan Sekolah Berasaskan Proses
Pengurusan Dalam Kejuruteraan Awam. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia :
Tesis Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam

38

Anda mungkin juga menyukai