Anda di halaman 1dari 23

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM / BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION
PROGRAM CODE & NAME

TAHAP DAN SEMESTER /


L3 (SEMESTER 3)
LEVEL AND SEMESTER
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / BC-030-3:2013-C08
COMPETENCY UNIT NO. RESIDENTIAL BUILDING FINISHES WORK
AND TITLE

1. Identify Residential Building Finishes Works Requirement

2. Carry Out Tiling Installation


NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / 3. Carry Out Painting Work
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 4. Carry Out Ceiling Installation

5. Carry Out Roof Covering Installation

6. Coordinate Building Finishes Inspection

NO. KOD KSKV / KSKV


CODE NO.
Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 21
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C08/P(2/6)

TAJUK / TITLE:

CARRY OUT TILING INSTALLATION

TUJUAN / PURPOSE:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh mengenalpasti keperluan kerja
kemasiapan bangunan mengikut spesifikasi yang ditetapkan supaya mutu kerja dapat
dihasilkan mengikut piawaian dan standard yang ditetapkan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 23

PENERANGAN / INFORMATION :

Pemasangan jubin dinding/tembok adalah merupakan kerja-kerja menampal atau


melekatkan jubin seramik pada substrat atau alas dasar tembok atau dinding. Proses
melekat menggunakan simen atau perekat jubin/cement gum berdasarkan jenis substrat
mengikut kaedah tertentu yang akan dibincangkan di bawah. Jubin biasanya digunakan
untuk kemasan dinding dan juga lantai.
Dalam kerja pemasangan jubin lantai dan dinding, beberapa keperluan sebelum
memasang jubin perlu dilakukan :

i. Penentuan Lokasi dan ruang


Kenalpasti ruang-ruang yang perlu dijubinkan.Tentukan ukuran ruang bagi membuat
anggaran jubin dan kos.

ii. Pilih Peralatan yang sesuai


Kenalpasti alat-alat yang akan digunakan dalam kerj-kerja menjubin temdok.
Pemilihan boleh dilakukan mengikut amalan biasa atau merujuk dari senarai alat
yang dibincangkan dibawah.

iii. Pilih jubin yang Diperlukan


Memilih jubin yang sesuai dan betul untuk sesuatu lokasi mungkin agak rumit kerana
ia melibatkan pemilihan warna,bentuk dan rekabentuk tertentu. Kesan yang lebih
menarik akan dapat dihasil jika jubin dipasang secara silang/diagonal. Hanya jubin
khusus untuk penggunaan bagi dinding atau lantai yang perlu dipilih. Jubin yang
dipilih mestilah mampu memenuhi fungsi-fungsi berikut:
a. Mestilah selamat dan selesa
b. Mestilah tahan lasak
c. Mudah dibersihkan, dijaga dan dibaiki
d. Memerlukan darjah ketahanan kebakaran
e. Kesesuaian dari nilai akustik

Pilih bahan yang sesuai untuk pemasangan bahagian bucu. Biasanya pada
bahagian bucu, jubin lengkung atau plastik lengkung digunakan untuk kelihatan
kemas.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 23

1. JENIS, SAIZ, WARNA DAN CORAK JUBIN


Menentukan jubin lantai yang sepadan dan memenuhi dengan gaya personal serta
hiasan pilihan perlu mengambilkira beberapa elemen. Diantara elemen yang perlu ada
pada jubin adalah jenis,saiz, warna dan corak jubin. Anda perlu tentukan bagaimana
kombinasi elemen-elemen ini mampu menghasilkan permukaan lantai yang memenuhi
keperluan
1.1 JENIS
Tidak semua jenis jubin sesuai untuk setiap bilik Apa yang penting pilihannya
mestilah sesuai dan praktikal untuk ruang lantai atau dinding.
i. Pengguna boleh memilih jubin bertekstur untuk lantai bilik air
berbanding permukaan licin yang boleh menyebabkan lantai licin apabila
dibasahi air.
ii. Bagi laluan keluar-masuk, permukaan bertektur agak sukar untk
dibersihkan, sedangkan jubin licin sebaliknya.
iii. Bagi ruang dengan laluan sibuk, anda boleh menggunakan jubin
porcelain yang mampu menahan calaran dan serpih. Pastikan jubin
seramik untuk lantai dalam sahaja, sebab jubin ini lebih poros
berbanding porcelain

1.2 SAIZ
Corak pada jubin lantai boleh mempengaruhi bukan sahaja pandangan sesuatu
bilik tetapi juga saiznya.
i. Jubin berkualiti seharusnya mempunyai saiz yang seragam dengan had
terima 1/32". Jika melebihi had terima, mata akan dapat mengesan garisan
sambungan jubin yang beralung selepas pemasangannya
ii. Jubin bersaiz besar lebih mahal, menjadikannya selesa bagi kebanyakan
ruang bilik.
iii. Jubin bersaiz kecil mempunyai banyak garisan sambungan yang boleh
memberi pandangan yang lebih komplek kepada rekabentuk bilik.
iv. Jubin besar mengambil masa yang singkat dan tenaga untuk pemasangan
berbanding jubin kecil yang akan mengambil lebih masa. Ini perlu
diambilkira jika kerja pemasangannya dilakukan secara upah harian atau
faktor masa menjadi perkiraan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 23

v. Saiz jubin yang biasa di pasaran ialah 110mm x 110mm, 150mm x 150mm,
200mm x 200mm, 200mm x 100mm, 200mm x 300mm, 300mm x 300mm.
Pembinaan jubin ini dilakukan pada dasar konkrit dengan menggunakan
adunan simen (bancuhan simen dan air sahaja).

1.3 WARNA
Warna boleh mempengaruhi keseluruhan penampilan dan karekter ruang bilik,
menjadikan pemilihan warna jubin adalah penting. Jubin berwarna gelap akan
menambah kehangatan, pertimbangkan jubin lantai berwarna coklat atau navi
bagi ruang yang luas. Bagi menampakkan bilik kelihatan luas, warna lebih
ringan lebih sesuai untu dipilih. Warna krim dan ringan akan menjadi lorong
atau bilik mandi. Pastikan pemilihan warna yang betul untuk lokasi yang
tertentu supaya ia boleh memberi kesan positif.

1.4 CORAK
i. Corak bermaksud rekabentuk dan stail permukaan jubin. Corak dan warna
jubin akan memberi gaya estetika kepada ruang, mewujudkan penampilan
yang menarik ,moden dan tampak lebih elegan.
ii. Bagi menampakkan kehalusan, pemilihan jubin bercorak kemasan batu
sangat tepat, yang boleh dipadankan pada kebanyakan jenis hiasan. Corak
permukaan marmar, boleh memenuhi keperluan ini. Elakkan dari
menggunakan jubin lantai bercorak apabila jubin dinding yang corak
digunakan pada dinding dalam ruang yang sama. Corak yang berganda ini
pada kedua dua ruang menyebabkan bilik kelihatan sibuk dan tidak memberi
penampilan yang menarik.
iii. Dengan memilih corak permukaan jubin yang sepadan, menjadikan
penampilan lantai dan tembok lebih menarik .

2. PERSEDIAAN BAHAN, ALATAN DAN KEPERLUAN UNTUK MEMASANG JUBIN


2.1 Peralatan
Peralatan menjubin terdiri daripada alat-alat umum dan khusus
Peralatan umum
i. Pita pengukur
ii. Timbang air
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 23

iii. Kayu Lurus


iv. Drill tanpa wayer/cordless drill
v. Pisau utiliti
vi. Tukul

Peralatan Khusus

Pisau Dempul Lebar/


Wide Putty Knife

Drill Dan Paddle Pembancuh

Pistol Turap Jubin


Caulk Gun /Tile
Grouting Gun

Sudip Turap Dengan


Permukaan Getah
Grout Float
Rubber Surface Trowel

Chalk Line
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 23

Carbide Scriber

Margin Trowel

Pemaras Sikat/
Notched Trowel

Pemaras Sikat Kecil/


Small-Area Trowel

Pemotong Jubin/Tile Cutter

Playar Jubin/Tile Nipper


Memotong Jubin Secara
Cengkaman

Snap Cutter
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 23

Pisau Penurap/Grout Knife


Untuk Membersih Celah-
Celah Antara Jubin Setelah
Melekatkannya.

Mesin Pemotong Jubin


Mudahalih

Tile spacer
Untuk memberi jarak yang
sama antara jubin
Saiz yang biasa digunakan
ialah seperti didalam
gambarrajah disebelah

2.2 Bahan dan keperluan memasang jubin


i. Jubin
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 23

a. Jubin-jubin gerlis boleh didapati dalam berbagai jenis seperti
bercorak, berhias atau hanya berwarna. 
b. Saiz jubin tembok /dinding yang biasa digunakan masa kini boleh didapati
dalam bentuk persegi tepat dan persegi bujur. Saiz persegi tepat dari 152 x
152 x 5.5, 200 x 200 dan persegi bujur dari 200x 250 x 6.5 ,250x
330,300x300 dan 300 x 400mm
c. Selain daripada bentuk yang lazim iaitu empat persegi leper jubin-jubin
juga boleh didapati dalam bentuk-bentuk khas yang sesuai untuk dipasang
pada penjuru-penjuru, bucu-bucu, kembi dan sebagainya.

Rajah 2.2 Jubin

ii. Perekat

Jubin-jubin gerlis dilekatkan pada permukaan dinding atau tapak sama ada
dengan menggunakan perekat seperti simen atau menggunakan glu-glu khas
yang mudah didapati di kedai-kedai menjual bahan-bahan bangunan. Contohnya
C1TE Tile Adhesive boleh dilapis nipis dan tebal, cepat setting, fleksibel,
berasaskan serbuk simen dan diformulasi secara spesifik bagi melekatkan jubin
pada pelbagai jenis dasar/substrate.
Di bungkus 25kg/bag,berwarna kelabu /putih dan penggunaan 3-5 kg/M²

a. Memilih Perekat Jubin

Memilih perekat jubin yang betul dan sesuai adalah penting seperti mana
memilih jubin untuk sesuatu projek.Tugas perekat adalah memerkat
belakang jubin pada permukaan (lantai/tembok).
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of 23

Langkah –langkah yang perlu diambil bagi memilih perekat jubin adalah:

a) Menentukan lokasi pemasangan jubin sama ada untuk permukaan


dalaman atau luaran, kawasan atau ruang lembab atau kering.

b) Jenis permukaan atau substrat yang digunakan seperti


drywall,konkrit,plywood atau backerboard.

c) Perekat organik mastik adalah diantara jenis yang paling popular


kerana ianya tidak memerlukan campuran lain dan dapat memegang
jubin tanpa gelungsor. Tetapi jenis yang paling banyak digunakan
adalah perekat atau mortar thinset. Mortar thinset adalah campuran
antara simen portland, pasir, bahan tambah (additives). Jika lantai
atau dinding dibina dari bahan plywood atau kayu , thinset yang
mengandungi perekat latex perlu dipilih

Kategori Perekat Jubin


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of 23

i. Perekat Fleksibel/ Flexible Internal Tile Adhesive

Perekat yang diguna bagi jubin porcelain, seramik,


kuari, batu, kaca serta sesuai untuk pemasangan luaran
dan dalaman tembok seperti bilik air dan dapur. Perekat
ini dibekalkan dalam keadaan kering,pra-bancuh dan
perlu dibancuh dengan air untuk konsistensi.

ii. Perekat Jubin Cepat Mengeras/ Fast Setting Tile


Adhesive
Perekat ini diguna untuk lekatan dasar nipis. Memiliki
sifat kekuatan yang tinggi.Direka untuk set dalam
masa 6 jam. Ia sesuai diguna untuk semua jenis jubin
tetapi dicadangkan untuk jubin porcelain yang
mempunyai serapan yang rendah. Ia cukup sesuai bagi
melakukan tugasan yang memerlukan penjubinan
mengeras dalam masa 12 jam. Jika ianya penjubinan
lantai, ia dapat dipijak secepat 4 jam kemudiannya.

iii.Perekat Jubin Berasaskan simen/ Cement Based Tile


Adhesive
Perekat ubin ini adalah bancuhan antara simen dan air .
Produk ini dibekalkan dalam keadaan debu kering, dan
perlu dibancuh dengan air bagi menjadikannya boleh
disebar dengan konsisten.Perekat kalis air ini
menawarkan lekatan yang baik pada lantai konkrit atau
permukaan simen tetapi kurang sesuai untuk lantai
retak yang boleh berlaku gerakan kerana ia bukannya
perekat yang fleksibel.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of 23

iv. Modified Cement Based Tile Adhesive

Perekat organik mengandungi getah dan polimer bagi


membenarkan gerakan pada kadar kecil tanpa
keretakan pada jubin. Perekat dibekalkan dalam
keadaan kering,pra- bancuh dan perlu dibancuh
dengan air. Diantara kelebihannya adalah konsisten,
meminimum retak,tahan air,kebolehkerjaan dan
kekuatan lekatan yang optimum

v. Perekat epoksi

Perekat epoksi digunakan senipis 3mm. Perekat ini


perlu dicampur dengan bahan pengeras bagi
memastikan ianya set dengan baik.Perintang terbaik
terhadap karat dan sering diguna di tapak industry
dan komersil. Boleh diaplikasi pada permukaan
kayu,plywood, konkrit atau masonri.Ia tidak meresap
dan tidak mengecut
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of 23

2.3 PENYEDIAAN BAHAN


Penyediaan jubin yang cukup untuk sesuatu lokasi adalah langkah terbaik dan
cekap. Pihak kontraktor perlu melakukan penilaian tepat melalui proses
anggaran bahan.
Anggaran bahan adalah satu cara menilai jumlah bahan yang diperlukan
berbanding dengan ruang yang terlibat. Dengan cara ini penyediaan bahan akan
dapat dilakukan secukupnya. Apabila membuat anggaran, langkah utama
adalah memahami kaedah pengiraannya dimana :

FORMULA PENGIRAAN JUBIN: LUAS KAWASAN LUAS ÷ JUBIN


Contoh 1:
Jika saiz ubin 300 mm x 300 mm
Diberi Kawasan lebar 3 meter dan Panjang 25m

Cara penyelesaian:
Luas Kawasan = ubin g x lebar
= 25 m x 3 m
= 75 M²
Luas Jubin = 300mm x 300mm
= 0.300 m x 0.300 m
= 0.09 m²
Bilangan Jubin = Luas ruang ÷luas ubin
= 75 m² ÷ 0.09 m²
= 834 keping

3. KAEDAH DAN TEKNIK MENANDA ARAS


Proses ini merupakan kerja merancang tanda bagi memastikan posisi jubin yang
diterap dalam keadaan persegi dan aras.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of 23

i. Menanda aras dalam kerja menjubin tembok dilakukan dengan menanda


garisan melintang sepanjang tembok dengan memastikan aras tepat
menggunakan timbang air. Garisan pugak juga ditanda dengan memastikannya
serenjang pada garisan lintang
ii. Berpandukan garisan yang ditanda tempat dan paku kayu beroti setebal 12mm
pada kedudukan melintang dengan jarak yang sesuai dari aras lantai.
Ketebalan 12mm adalah bersesuaian dengan mengambil kira ketebalan jubin
+mortar yang akan diterima.

Rajah 3 Cara Merancang Tanda


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of 23

4. BANCUHAN MOTAR SIMEN


i. Perekat disediakan dengan mengikut kaedah bancuhan yang ditetapkan.
ii. Terdapat 2 jenis perekat jubin yang biasa dignakan iaitu perekat/gum simen
dan simen biasa .
iii. Perekat jubin yang dibekalkan dalam beg yang hanya perlu dibancuh dengan
air
iv. Kerja-kerja membancuh dilakukan dengan bantuan Drill dan paddle
pembancuh atau margin trowel jika membancuh menggunakan tangan

Rajah 4: Membancuh Mortar

5. KAEDAH DAN TEKNIK PEMOTONGAN JUBIN


i. Ukur bahagian yang akan dipotong. Anda boleh menggunakan pita pengukur
atau mengukur dengan meletak jubin secara terbalik pada ruang dan tandakan
sisinya.
ii. Buat penandaan pada jubin menggunakan felt-tip pen.
iii. Buat pemotongan dengan meletak jubin di antara rahang pemotong jubin.
Pastikan garisan tandaan berada selari dengan mata pemotong.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of 23

Rajah 5: Teknik memotong Jubin

6. KAEDAH DAN TEKNIK PEMASANGAN JUBIN


Beberapa langkah perlu dilakukan sebelum jubin-jubin dipasang pada lantai. Antara
langkah-langkah pemasangannya adalah :
i.Melepa permukaan lantai supaya rata atau curam (untuk bilik air) .Jika
mortar simen digunakan untuk melekatkan jubin-jubin,permukaan lantai hendaklah 
terlebih dahulu dilepa dengan mortar 1:3 atau 1:4

ii.Selain daripada itu pemasangan menggunakan glu, jubin-jubin hendaklah


direndam dalam air terlebih dahulu kemudian ditoskan untuk mengeringkan air
yang terdapat di permukaan jubin.

iii.Tentukan kaedah menjubin. Seperti mana menjubin dinding atau tembok, kaedah
standard adalah;
 Menyebar perekat pada tembok (Floating)
 Melapis mortar pada belakang jubin (Buttering)

6.1 KAEDAH
Terdapat 2 Kaedah yang sering diguna samaada dinding atau lantai
i. Floating -Menyebar perekat pada tembok
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of 23

ii. Buttering -Menerap morta pada belakang jubin

i. Menyebar perekat pada tembok (Floating)


Bagi teknik ini , sudip bersikat perlu digunakan.
a. Perekat atau mortar perlu disebar pada permukaan menggunakan sisi lurus
sudip terlebih dahulu. Elakkan dari melepa perekat atau mortar pada
permukaan dengan kadar yang luas kerana lepaan ini akan mengeras
sebelum jubin dipasang sepenuhnya.
b. Sudip sisi bersikat dikenakan pada lepaan perekat atau mortar. Dengan
menggunakan sisi bersikat ini, ketebalan lapisan perekat yang seragam akan
dapat dipastikan pada keseluruhan permukaan.
c. Pastikan sudip bersikap dipegang pada sudut 45⁰ dengan tembok/dinding

Rajah 6.1(i): Kaedah Menyebar Mortar (Floating) pada lantai

ii. Melapis mortar pada belakang jubin (Buttering)

Penjubinan Kaedah Buttering mempunyai persamaan dengan keadah mengikat


bata (buttering the bricks). Konsepnya adalah menerap mortar pada pada
belakang jubin sebelum melekatkannya pada tembok atau lantai.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of 23

Rajah 6.1 (ii): Kaedah Menyebar Mortar (Buttering)

6.2 TEKNIK

Sama ada mengaplikasi kaedah floating atau buttering, teknik memulakan


penjubinan adalah sama. Tindakan berurutan yang perlu diambil adalah:
i. Rendamkan jubin-jubin yang akan digunakan. jubin-jubin hendaklah
direndam dalam air terlebih dahulu selama kira-kira ½ jam kemudian
ditoskan untuk mengeringkan air yang terdapat di permukaan jubin
ii. Mulakan menjubin daripada bawah. Lekatkan jubin pertama pada lapisan
perekat pada pepenjuru diikuti jubin kedua dan seterusnya. Pastikan
lekatannya lurus dan aras dengan bantuan sokongan beloti lintang dan
kayu lurus

.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of 23

Rajah 6.2: Teknik Pemasangan Jubin

7. PENGGUNAAN TILE SPACER


Diantara perkara penting semasa menjubin lantai ialah penentuan jarak renggangan
antara jubin . Ia boleh dilakukan dengan menggunakan perenggang jubin. Perenggang
jubin atau Tile Spacer adalah bertujuan untuk menyeragamkan jarak antara jubin ke
jubin. Ia akan menampakkan kekemasan kerja jubin. Oleh itu pemilihan saiz
perenggang yang betul perlu dibuat sebelum memulakan kerja. Renggangan yang
betul akan dapat memastikan garisan celahan kelihatan seragam.Pelarasan kedudukan
jubin dapat dilakukan.

Rajah 7 Tile Spacer

8. TEKNIK MENGGUNAKAN SIMEN PUTIH


i.Simen putih diaplikasi bagi kerja menurap celahan jubin yang telah siap
dilekatkan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of 23

ii.Kerja-kerja menurap celahan dilakukan dengan menekan bahan penurap (simen


putih) sama ada dalam keadaan kering atau basah dengan menggunakan kain
atau span atau sudip dengan permukaan getah (Rubber surface trowel)
iii.Jika simen penurap dalam keadaan kering, seeloknya kain atau span dalam
keadaan basah digunakan begitu juga sebaliknya
iv.Bahan penurap yang berlebihan hendaklah dibersihkan sebelum ia mengeras
dengan menggunakankain lembab yang bersih.

Teknik aplikasi ditunjukkan dalam gambarajah 8 dibawah

1. Singkirkan sebarang perekat keras 2. Bancuhkan simen dan aplikasi pada


yang terlebih dari permukaan jubin celahan jubin . Sapu dan Tekan
menggunakan pengikis/scraper hingga memenuhi renganggannya

3. Apabila simen grout mula mengeras 4. Lap dan bersihkan permukaan


dan dengan menggunakan alat
penyumbat, kemaskan simen pada
celahan jubin

9. AKTIVITI MENGEMAS DAN AKTIVITI 3R


i. Pengemasan atau Housekeeping dan 3R yang dibincangkan adalah tertumpu
kepada kendalian selepas selesai sesuatu kerja ketukangan iaitu mengurus
bahan-bahan sisa/buangan kerja penjubinan (jubin-jubin pecah, lebihan morta dll).
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 20 Drp / Of 23

Bahan-bahan ini perlu diurus dengan baik, kerana jika tidak di stor dalam keadaan
terurus, ianya akan mendatangkan bahaya
ii. Konsep Pengemasan adalah memastikan bahan-bahan buangan/sisa .
ditempatkan dalam keadaan terkawal dan disusun dengan elok
iii. Konsep 3R dalam kerja menjubin menekankan bagaimana mengurangkan bahan
sisa, mengitar semula dan mengguna semula bahan-bahan buangan seperti
jubin-jubin yang dipotong atau pecah dan jubin-jubin yang ditanggal . Lazimnya
bahan –bahan ini boleh diguna semula untuk dijadikan bahan timbusan

9.1 Melaksanakan aktiviti pengemasan


Pengemasan dibahagi kepada aspek-aspek tertentu secara spesifik. Salah satunya
aspek bahan sisa (waste).
Berikut adalah rekomendasi bagi pengemasan yang baik bagi aspek bahan sisa:
i. Pastikan semua bekas bahan sisa dilabel dengan jelas ( sisa umum, sisa kitar
semula, sisa bahaya dl)
ii. Tempatkan bungkusan bahan sisa berhampiran kawasan dimana sisa-sisa
terhasil bagi menggalakkan pembuangan sisa yang teratur. Maklumkan
kepada pekerja yang bahan buangan akan dibuang hanya dikawasan yang
telah ditetapkan
iii. Nasihatkan pekerja memakai sarung tangan apabila mengendali bahan sisa.
Ini akan mengelak daripada tercedera /terluka
iv. Aturkan pengumpulan bahan sisa secara tetap. (menggunakan pengumpul
bahan sisa, syarikat kitar semula dll)

9.2 Melaksanakan aktiviti 3R (Reduction, Recycle & Reuse)


Bagi menjayakan aktiviti 3R perkara paling penting adalah sikap dan
tanggungjawap kontraktor dan pekerja.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 21 Drp / Of 23

Peranan Kontraktor dan Pekerja


Kontraktor utama secara tradisi bertanggungjawab bagi pengurusan pembuangan
bahan sisa di tapak-tapak projek pembinaan, tetapi setiap orang/pekerja
memainkan peranan penting dalam program mengurus bahan buangan secara
berkesan. Peranan yang harus dimainkan oleh penerap jubin adalah:
i. Mengembalikan bekalan yang terlebih kepada pembekal atau menjual
semula atau menderma (dengan persetujuan pengurusan).Tindakan ini akan
mengurangkan penggunaan bahan dan seterusnya mengurangkan
penghasilan bahan sisa
ii. Menggunakan kekuatan mortar yang bersesuaian untuk bata. Bancuhan
mortar yang likat akan menggunakan banyak simen yang pastinya tidak
diperlukan untuk mengikat bata. Pengunaan mortar yang lebih lsesuai untuk
ikatan bata akan menjimatkan simen dan membantu dalam kitaran semula.
iii. Kitar semula jubin pecah dengan konkrit atau menggunakannya untuk lapisan
asas

9.3 Mengendalikan aktiviti 3R


i. Bahan –bahan yang akan dikitar semula dihantar ke tempat proses dalam
bentuk besar dan dipecahkan kepada batu baur dengan peralatan pemecah
batu.
ii. Terdapat mesin mudahalih dan boleh di bina di tapak bagi kegunaan segera.
Jentera pemecah terdiri daripada hopper, rahang untuk memecah bahan
kepada saiz yang lebih kecil
iii. Penyaring getar untuk membahagi kepada spesifikasi yang dperlukan dan
conveyor dengan magnet bagi menyingkirkan keluli

SOALAN / QUESTIONS:

1. Nyatakan tiga (3) alatan yang digunakan untuk kerja pemasangan jubin.
a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________

2. Berikan dua (2) kaedah pemasangan jubin.


a. __________________________________________________________________
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 22 Drp / Of 23

b. __________________________________________________________________

3. Terangkan cara merancang tanda kerja pemasangan jubin?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

4. Terangkan langkah memasang jubin menggunakan kaedah floating


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

1. How To Choose A Tile Floor - BuildDirect


https://www.builddirect.com/blog/how-to-choose-a-tile-floor/

2. Setting-Out Before Starting a Tiling Job | Dave's DIY Tips


https://www.davesdiytips.com › DIY Tiling
1.
3. Tiling walls- Diyadvice
http://www.diyadvice.com/diy/tiling/how-to-tile/walls/
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(2/6) Muka Surat / Page : 23 Drp / Of 23

4. How to Determine the Quality of Ceramic Floor Tiles | Home Guides ...


homeguides.sfgate.com › Construction & Remodeling › Floors

5. How to Determine the Quality of Ceramic Floor Tiles | eHow.com


www.ehow.com › Home Building & Remodeling

6. 4 Ways to Lay a Ceramic or Porcelain Tile Floor - wikiHow

www.wikihow.com › ... › Floors and Floor Coverings

Anda mungkin juga menyukai