Anda di halaman 1dari 12

KOLEJ VOKASIONAL KUALA TERENGGANU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
INFORMATION SHEET

KOD DAN NAMA PROGRAM


/ PROGRAM CODE AND TEKNOLOGI PEMBINAAN
NAME
TAHAP / LEVEL L1
NO. DAN TAJUK
MODUL /MODULE NO. AND M10 - FINISHING WORKS I
TITLE
NO. DAN PERNYATAAN
KOMPETENSI /
01 MATERIALS FOR WALL FINISHING
COMPETENCY NO. AND
STATEMENT

PERFORMANCE STANDARD
OBJEKTIF MODUL /
MODULE OBJECTIVES SELECT PROPER MATERIALS FOR WALL FINISHING
CORRECTLY ACCORDING TO WORK SPECIFICATION
AND IN A SAFE CONDITION.

NO. KOD / CODE NO. WTP 204/ M10/PBK(10/1) Muka: 1 Drp:10

TAJUK: BAHAN-BAHAN UNTUK KEMASAN TEMBOK DAN DINDING

TUJUAN:

Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh mengenalpasti,memilih dan


menyenarai peralatan dan bahan bahan yang digunakan dalam kerja menjubin
serta boleh melekatkan jubin mengikut kaedah yang betul supaya ia menepati
spesifikasi yang ditetapkan.

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 204/ M10/PBK(10/1) Muka: 2 Drp:12

PENERANGAN
1.0 PENDAHULUAN
Kebanyakan bangunan kini dibina daripada batu-bata yang dikemaskan dengan simen lepa
sebelum diturap pula dengan kemasan kedua. Proses ini merupakan adalah sebahagian
dari kerja kemasan. Bagaimanapun coak dan gaya kemasan sebegini dianggap biasa dan
ketinggalan khusus untuk ruang-ruang yang lebih ekslusif . Oleh itu corak kemasan yang
lebih elegan dengan penggunaan bahan-bahan kemasan pelbagai yang banyak
diperkenalkan dipasaran perlu diaplikasi dan diadaptasi bersesesuaian dengan tuntutan
semasa.

2.0 JENIS-JENIS /BAHAN KEMASAN DINDING DAN TEMBOK


Kemasan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu  Kemasan Lembut dan  Kemasan Keras
Kemasan keras dan semula jadi sesuai bagi dinding luar kerana tahan cuaca. Berikut
adalah diantara jenis-jenis bahan kemasan dinding/tembok yang biasa digunakan;
Jenis -jenis Kemasan Lembut;
i. Cat
Cat merupakan medium kemasan dinding yang paling mudah dan murah. Pengunaan
cat banyak mempengaruhi fizikal ruang yang dicat. Cat bewarna terang dapat
meluaskan ruang, meninggikan siling dan menjauhkan jarak, manakala cat yang
bewarna gelap akan menyempitkan ruang, merendahkan siling dan mendekatkan jarak.
Namun cat yang berwarna terang lazimnya membawa mood panas dan ringan
berbanding cat yang berwarna gelap lebih cenderung membawamood sejuk, ekslusif
dan tenang. Ciri-cirinya dijelaskan seperti berikut:
 Cat terdiri dari dua kumpulan iaitu cat berasaskan air dan cat berasaskan minyak ..
Cat minyak adalah jenis cat yang digunakan bagi tujuan kemasan kayu dan cat air
lebih sesuai untuk permukaan bata atau konkerit.
 Cat terdiri daripada 3 kategori iaitu cat asas, cat alas dan cat kemasan. Proses
pengeringannya berlaku melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan.
Akan dijelaskan dengan terperinci dalam kompetensi 10 dan 11

ii. Kertas Hiasan DInding


Kertas Dinding iaitu salah satu alternatif mengantikan kemasan dinding lain seperti cat.
Walaupun pemasangannya agak sukar kerana membabitkan bahan pelekat tetapi
kemasan ini menjadi pilihan kerana keunikan warna, tekstur dan corak yang menarik.
Kertas dinding kebanyakannya diperbuat dari bahan seperti vinil dan tekstil dan juga
bahan daripada fabrik. Pilihan terhadap jenis bahan kertas dinding itu dibuat

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 204/ M10/PBK(10/1) Muka: 3 Drp:12
bergantung kepada kesesuaian dinding, kegunaan ruang, pilihan terhadap corak yang
ada pada kertas dinding dan yang penting sekali adalah kos.

Jenis-jenis Kemasan Keras :


iii. Jejalur Kayu
Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu yang
telah sedia ada pada permukaan dinding.Papan yang digunakan mesti bertanggam
lidah atau lurah ataupun lekap. Lebar papan tidak melebihi 100mm.Jenis ini boleh
dikemaskan dengan sempang atau lekar.Jenis kayu yang digunakan adalah kayu keras
seperti jati,cengal,dan kempas.
iv. Parket
Kemasan parket dibuat dengan kepingan kayu beroti disusunkan seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 13.4. Kayu ini dilekatkan pada kertas selebar 300 mm x 300
mm supaya senang dilekatkan kepada dasar konkrit dengan menggunakan sejenis glu.
Permukaan parket perlu diasah dengan mesin canai sehingga rata dan licin.
Permukaan parket yang licin dan bersih boleh dikemaskan dengan sampan, lekar atau
lilin.
v. Mozek
Dibuat daripada tanah liat dan bahan campuran seperti serami,kaca dan marmar
melalui proses pembakaran.Ini merupakan kepingan jubin kecil disusun dengan
pelbagai rekabentuk. Mozek biasanya diletakkan pada kertas bersaiz
300mmx300mm.Terdapat pelbagai bentuk seperti segiempat sama dan tepat dan juga
segi enam. Pembinaan dilakukan dengan adunan simen 1:3 untuk meletakkan mozek
didasar konkrit.Di celah-celah sambungan diletakkan semin dan pasir halus.
Digunakan pada dinding dapur,tangga dan tandas.

vi. Jubin Tanah liat Bergilap


Diperbuat daripada tanah liat semulajadi halus dalam bentuk kepingan segi empat
sama.Jubin-jubin ini diatur diatas lapisan setebal 20mm dan diturapkan dengan cairan
simen dan air.Kemasan ini mempunyai kualiti haus yang baik dan tidak rosak pada
minyak dan lemak.Ia juga tahan terhadap asid dan alkali.Dindingnya tidak mudah
tercakar dan mudah dibersihkan tetapi bising dan sejuk.

vii. Jubin PVC


Kebiasaannya digunakan sebagai kemasan lantai. Kemasan ini diperbuat daripada
campuran pelekat polivini klorida yang disebatikan dengan gentian asbestos, pelikat
mineral dan perwarna. Ia dipotong menjadi segi empat sama. Jubin ini dihasilkan
Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT
No. Kod : WTP 204/ M10/PBK(10/1) Muka: 4 Drp:12
dengan rupa siap berkilat,berwarna daripada warna biasa sehingga warna marmar. Ia
agak hangat,tahan dan telap kepada air,minyak,alcohol,kebanyakkan bahan kimia dan
tidak mudah terbakar.Ia juga mudah tergaris dan tercalar.Ia sesuai dilekatkan pada
semua jenis simen lantai dengan syarat lantai kering,aras dan tidak tertakluk pada
pengecutan dan pengembangan

viii. Jubin marmar


Kepingan jubin marmar yang berupa papak sekata ataupun papak tidak sebentuk
dilekatkan didasar konkrit denagn menggunkan adunan simen. Permukaan dinding
perlu diasah dengan menggunakan mesin canai dengan batu asah gred kasar (No.24)
ke gred halus (No.350) sehingga rata dan licin kemudian dikemaskan dengan lilin.

ix. Jubin granit


Terdiri daripada simen Portland dan batu serpihan granit halus atau bahan keras lain,di
campur dengan air yang cukup supaya mempunyai keplastikan yan sesuai untuk
diratakan diatas lapisan alas setebal 25mm hingga 38mm menjadi panel berukuran
3.6m.Batu serpihan hendaklah bergred daripada 6.4mm hingga kepada ayak no. 200
(75µm).Contoh campuran 2 simen dengan 5 granit atau 1 simen,1 pasir dan 2 batu
baur.

x. Jubin Kaca
Jubin yang dibuat daripada kaca dengan pelbagai saiz,bentuk dan warna,adalah
pilihan lazim bagi bilik mandi dan dapur kerana ia didatangi dengan pelbagai warna
dan kemasan disamping boleh dikitar semula.Jubin mozek kaca bergilap cukup
sesuai untuk lantai bilik mandi kerana mudah dibersihkan dan tidak mudah lusuh.
Perlu diingat gilap jubin lantai adalah tidak sama dengan gilap jubin dinding. Jubin
lantai perlu selamat apabila berjalan di atasnya

xi. Jubin Seramik


Jubin yang dihasilkan dari tanah liat atau campuran tanah liat dengan bahan
tambahan yang kemudian dibakar dalam relau.Amat sesuai untuk trafik ringan dan
sederhana seperti dalam bilik air dan di sebarang ruang dan persekitaran yang
sentiasa basah. Mudah dibersih dan pasang,kalis air,teguh dan mempunyai gaya
estetika.Kurang sesuai untuk ruang lasak kerana mudah serpih,mudah haus dan
mempunysi sifat serap air yang tinggi.
xii. Jubin Porcelain

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 204/ M10/PBK(10/1) Muka: 5 Drp:12
Dikelasifikasi sebagai jubin seramik. Dihasilkan melalui proses tekanan habuk tanah liat
porcelain. Bersifat tahan fros dan sejuk dan terdiri dari jenis gilap atau tanpa gilap
Mengandungi tiga jenis iaitu:
 Jubin porcelain bergilap- pemukaan disalut
 Jubin porcelain tanpa gilap- permukaan tidak disalut
 Jubin Porcelain sepenuhnya

Parket Mozek Jubin Marmar

3.0 PEMILIHAN BAHAN


Penggunaan jubin memberikan pemandangan yang berbeza-beza pada ruang.Pemilihan
yang menepati keperluan sudah pasti menjadikan ruang lebih terserlah keunikannya.
Bagaimanakah pemilihan bahan dibuat ?. Beberapa kriteria menjadi pertimbangan
pemilihan seperti dinyatakan dibawah;

i. Stail dan corak bahan - corak dan warna jubin akan memberi gaya estetika kepada
ruang, mewujudkan penampilan yang menarik ,moden dan tampak lebih elegan.

ii. Lokasi penggunaan - Tentukan dengan tepat dimana lokasi jubin perlu
ditempatkan. Adakah jubin akan diguna untuk backsplash? Kaunter ? lantai ?
dinding/tembok?. Kebanyakan batu, seramik dan porcelain diguna untuk kaunter dan
lantai. Kaca kebanyaknya diguna untuk dinding dan backsplash (Seksyen yang
dipasang pada tembok dibelakang sink atau kaunter dapur bagi menyediakan
permukaan yang mudah dibersih disebabkan minyak dan sebagainya). Jubin tanah
liat adalah pilihan terbaik untuk lantai dan tembok dapur. Jubin batu adalah sesuai
untuk kemasan tangga,ruang tamu dan bilik tidur.

iii. Kesempurnaan fizikal – Pilih Jubin yang tidak serpih ,tiada lubang-lubang kecil atau
tompokan pada permukaan yang menampakkan kecacatan permukaan

iv. Memenuhi spesifikasi – Telitikan pada kotak pembungkusnya.Biasa terdapat label


yang mencatat spesifikasi/ gred piawai. Bahan –bahan perlu menepati spesifikasi yang

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 204/ M10/PBK(10/1) Muka: 6 Drp:12
diperlukan kerana ia menjelaskan tahap kualiti jubin berkenaan dan sejauh mana
kesesuaian jubin boleh diguna pada ruangan yang dirancang..

v. Bajet/Kos
Nilai bajet yang diperuntukan akan mempengaruhi jenis dan jenama bahan yang akan
digunakan.Bajet yang rendah akan terhad kepada penggunaan bahan yang kurang
berkualiti berbanding bajet yang lebih terbuka . Dalam mengira bajet atau kos, kaedah
berikut perlu dilakukan:
 Pengiraan anggaran harga jubin dan harga upah.
Harga upah secara umum dinyatakan seperti dibawah.Bagaimanapun kadar upah
adalah berubah-ubah mengikut pasaran semasa.
Jenis Kerja Saiz Jubin Kadar Upah(RM)ka.per.
Upah pemasangan sahaja 300x300 dan 300x600 2.50
Upah pemasangan sahaja 600 x 600 3.00
Upah pemasangan dan 300x300 dan 300x600 3.50
membekal simen
Upah pemasangan dan 600 x 600 4.50
membekal simen
Pemasangan jubin untuk 900.00
Tangga standard 19 anak
tangga
Pemasangan jubin untuk bilik 900.00 (termasuk pemasangan
air lantai & dinding barangan bilik air

 Menyediakan peruntukan tambahan 20% .


Apabila membeli jubin,tambahan 20% perlu diberikan untuk kerosakan bahan.Jubin
perlu dipotong apabila memasang pada ruang-ruang kecil dan kita tidak boleh
menjangka yang keratan kepada dua keratan dapat dilaku dengan baik dan dapat
diguna keduanya. Sekeping jubin mungkin perlu dipotong melebihi 50% dan
selebihnya akan tinggal sebagai skrap. Oleh itu pastikan membeli jubin melebihi
20% daripada diperlukan

vi. Sejauh mana kekerapan ruang berjubin digunakan.


 Kebanyakan jubin diklasifikasikan menggunakan perkadaran PEI (Percelain
Enamel Institute) dalam 5 kumpulan iaitu:

Kumpulan 1- Tiada laluan kaki,sesuai untuk bilik air kediaman

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 204/ M10/PBK(10/1) Muka: 7 Drp:12
Kumpulan 2- Trafik ringan , sesuai untuk kawasan kediaman,kecuali dapur
dan sebarang ruang yang tertakluk dengan kegunaan berat.
Kumpulan 3- Sesuai untuk kawasan kediaman dan komersil ringan
Kumpulan 4- sesuai untuk ruang komersial sederhana dan aplikasi ringan
seperti restaurant,hotel dan lobi hospital.
Kumpulan 5- sesuai untuk trafik berat dan ruang lembap yang memerlukan
kawalan keselamatan dan prestasi maksimum seperti pusat beli belah dan
laluan masuk bangunan
Kebanyakan jubin porcelain diklasifikasikan pada tahap 4 atau 5. Jadi untuk lokasi
yang berada pada tahap berkenaan akan memerlukan jenis jubin tersebut.

 Terdapat beberapa lokasi lain yang mempengaruhi sejauh mana kekerapan


penggunaan berlaku. Kaunter atau dapur mungkin memerlukan jubin yang
sederhana lasak,jadi jubin seramik heavy duty boleh digunakan, begitu juga jubin
seramik biasa yang dikelasifikasi pada tahap 2 adalah sesuai bagi bilik air yang
dianggap tidak lasak .Jadi pilihan ditangan pengguna dengan berpandukan
konsultasi dari pakar.
 Adalah penting memilih jubin lantai yang boleh bertahan dengan kelasakan harian.
Calar,tumpahan makanan,geseran dan sebagainya perlu diambil kira.Semakin
kerap ruang yang dipasang dengan bahan-bahan ini digunakan maka kelasakan
yang menyebabkan kelusuhan semakin cepat berlaku. Oleh itu pastikan memilih
jubin yang secara spesifik diformulasi untuk penggunaan pada lokasi tertentu
contohnya dinding atau lantai.
 Pilih Jubin padu yang mempunyai warna sekata bagi ruang trafik berat. Elakkan
menggunakan jubin berwarna merah atau coklat dengan warna gilap ringan untuk
lantai kerana kesan calar atau serpih akan mudah kelihatan.

4.0 PENYEDIAAN BAHAN- JUBIN


Penyediaan jubin yang cukup untuk sesuatu lokasi adalah langkah terbaik dan cekap.
Pihak kontraktor perlu melakukan penilaian tepat melalui proses anggaran bahan.
i. Anggaran bahan adalah satu cara menilai jumlah bahan yang diperlukan
berbanding dengan ruang yang terlibat. Dengan cara ini penyediaan bahan akan
dapat dilakukan secukupnya. Apabila membuat anggaran, langkah utama adalah
memahami kaedah pengiraannya dimana :

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 204/ M10/PBK(10/1) Muka: 8 Drp:12
FORMULA PENGIRAAN JUBIN : LUAS KAWASAN LUAS ÷ JUBIN
Contoh 1: Jika saiz jubin 300 mm x 300 mm
Luas Kawasan = panjang x lebar
= 25 m x 3 m
= 75 M²
Luas Jubin = 300mm x 300mm
= 0.300 m x 0.300 m
= 0.09 m²
Bilangan Jubin = Luas ruang ÷luas jubin
= 75 m² ÷ 0.09 m²
= 834 keping

5.0 KUALITI BAHAN KEMASAN


Perkara utama yang dititik beratkan dalam memilih kemasan dinding/tembok ialah bahan
yang tahan dan kuat.yang juga penentu kepada kualitinya. Oleh itu, kualiti bahan kemasan
adalah penting bagi menghasilkan dan mendapatkan ruang dalaman yang baik dan lebih
selesa.Pemeriksaan dan penelitian terhadap kualiti dilakukan melalui beberapa kaedah
seperti dinyatakan dibawah:

5.1 Menentu Kualiti Jubin


Jubin diperiksa bagi menentu kualiti keseluruhannya. Apabila memilih jubin seramik, adalah
penting membanding pada semua aspek bagi mendapatkan jubin terbaik melalui penelitian
dan kaedah-kaedah berikut:
i. Memeriksa Gred Jubin
Periksa gred jubin pada kotak pembungkus jubin. Jubin digred kepada tiga peringkat
berasaskan ketebalan dan kualiti.
 Gred Standard memenuhi standard minimum yang diperlukan. Ia adalah Gred 1
adalah kualiti terbaik dan paling tebal tersedia adalah sekitar 20mm. Ia boleh diguna
pada sebarang lokasi.
 Second grade - Gred 2 dikelaskan terdapat beberapa kecacatan minor wujud tetapi
jubin masih boleh digunakan. Jubin dalam gred ini mempunyai Gilap dan saiz yang
tidak sekata, ketebalan tidak konsisten atau kecacatan kesepadanan warna.Tebalnya
adalah 12mm. Gred 3 adalah paling nipis iaitu 6mm tebal dan hanya sesuai diguna
pada tembok atau dinding.
 Cull Grade- tidak memenuhi standard minimum

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 204/ M10/PBK(10/1) Muka: 9 Drp:12

ii. Menguji Perintang gelincir


Pilih jubin yang telah di kelas sebagai mempunyai perintang gelincir yang duji di makmal oleh

pengilang. Ia boleh diteliti pada kotak pembungkus “slip-resistance" atau Perintang


gelincir.Perintang gelincir diistilahkan sebagai jumlah perintang pada jubin yang dihasilkan
sebagai alas tapak kasut terhadap lantai basah atau kering.. Berpandukan Coefficient of
friction (COF), nilai COF 0.60 dan lebih adalah mempunyai pemerikatan rintangan gelincir
yang tinggi dan memenuhi standard.

iii. Menguji Kekerasan dan Rintangan calar


 Rintangan calar didefinasikan sebagai kadar kekerasan jubin ditentukan oleh ujian
skala Moh yang menggunakan 10 galian/mineral. Paling lembut adalah Talc (#1)
dan paling keras adalah berlian (#7).
 Ujian ini bagi menentukan dan membandingkan kekerasan antara dua bahan
dimana sesuatu bahan diuji dengan melihat sejauh mana ianya mampu mencalar
bahan yang lain
Gunakan skala kekerasan Moh bagi mengkelaskan bahan dari 1 -10, dengan 10
adalah paling keras. Jika kekerasan melebihi skala 6, ia cukup sesuai untuk lantai
lasak.
 Nilai numerikal #5 atau lebih adalah sesuai untuk kediaman
 Nilai numerikal #7 atau lebih adalah sesuai untuk aplikasi komersil

Perbandingan
 Jika specimen A boleh mencalar specimen B, bermakna specimen B lebih keras
daripada specimen B.
 Jika specimen A tidak mencalar specimen B, bermakna specimen B lebih keras dari
specimen A.
 JIka dua specimen sama keras, ia tidak akan memberi kesan atau sukar mengesan
jika terdapat calaran.
 Jika specimen A boleh dicalar oleh specimen B tetapi tidak boleh dicalr oleh
spesiemn C, kekerasan specimen A adalah diantara kekerasan specimen B dan C
Prosedur Ujian boleh dirujuk dalam kertas amali CCT 210/ M10/KA (10/1)

iv. Teliti persamaan dan perbezaan

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 204/ M10/PBK(10/1) Muka: 10 Drp:12
Letak 10-15 jubin di atas lantai. Teliti setiap permukaan jubin. Adakah terdapat tompokan
atau sebarang kecacatan. Adakah jubin-jubin tersebut kelihatan sama atau terdaoat
perbezaan. Jubin berkualiti akan kelihatan sama tanpa kecacatan luar biasa.

v. Periksa sisi jubin


Jubin berkualiti mempunyai sisi yang lurus. Periksa sisi jubin pastikan ketebalan pada sisi
tidak beralung.Sisinya perlu lurus kerana ia akan menjejas keseragaman tebal mortar antara
celah jubin

vi. Uji Kerataan Jubin


Letak 10-15 keping jubin di atas lantai dan berjalan di atasnya. Adakah jubin-jubin ini
kelihatan tertekan dengan berat yang diterima? Adakah jubin retak atau serpih. Ini adlah
cara mudah bagi menentukan yang jubin-jubin ini benar-benar rata.

vii. Periksa Saiz Jubin


Letak beberapa keping jubin di atas lantai. Lihat dan Teliti , cara ini akan dapat mengesan
saiz jubin yang tidak sama. Jubin berkualiti seharusnya mempunyai saiz yang seragam
dengan had terima 1/32". Jika melebihi had terima, mata akan dapat mengesan garisan
sambungan jubin yang beralung selepas pemasangannya

viii. Periksa Kesempurnaan gilap


Letak beberapa jubin di atas lantai dan perhatikan pada permukaan jubin adakah
permukaannya kelihatan berbeza antara antara satu ruang dengan ruang yang lain atau
kehilangan gilap pada ruang tertentu. Kecacatan ini biasanya disebabkan proses salutan
pada permukaan yang tidak sempurna.

ix. Periksa Kadar Serapan Air


Pemerikatan Jubin terhadap Penyerapan air akan menentukan sejauh mana jubin sesuai
untuk dipasang dalam ruang-ruang tertentu. Contohnya jubin Porcelain mempunyai kadar
serapan air kurang dari 0.5% dan diguna untuk penjubinan lantai dan tembok.
Pemerikatan dikira berdasar berapa banyak air menyerap jubin berbanding beratnya. Jubin
diperingkatkan kepada empat.
 Bukan Kekaca/Non vitreous- Kadar serapan tinggi. Tidak akan mampu bertahan pada
persekitaran lembapan tinggi seperti bilik air kerana ia menyerap melebihi 7% daripada
beratnya. Oleh itu ia hanya sesuai untuk ruang kering sahaja .Bagi ruang yang lembap
,jubin yang diguna mestilah bersifat kekaca atau kedap.

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 204/ M10/PBK(10/1) Muka: 11 Drp:12
 Separa kekaca/ Semi Vitreous – Kadar serapan sederhana antara 3-7%. Boleh diguna
pada kebanyakan ruang dalam rumah.
 Kekaca/Vitreous- kadar serapan rendah antara 0.5-3%. Sesuai untuk ruang basah dan
aplikasi luaran.
 Kedap/ Impervious- kadar serapan terendah kurang dari 0.5%. Sesuai untuk semua
tempat dan ruang
Ujian ini disempurnakan dengan mendedahkan jubin kepada air untuk tempoh
sehingga 16 jam dan kemudian periksa

6.0 MENYIMPAN BAHAN –BAHAN KEMASAN


Organisasi stor bahan yang baik adalah penting bagi mengatasi masalah penyimpanan
bahan secara tetap atau sementara. Kecederaan mungkin dapat dikurangkan jika
pengendalian berkurangan terutama bagi kendalian bahan-bahan bertoksid secara
manual. Susunan bahan yang disimpan seharusnya tidak menghalang laluan,tangga,
kelengkapan pemadam api, kelengkapan rawatan kecemasan dan sebagainya. Diantara
perkara-perkara yang dperlu diberi perhatian adalah:
 Semua kawasan stor khusus untuk bahan –bahan kemasan ditanda dengan jelas
kerana ia adalah bahan sensitif .
 Bahan-bahan mudah terbakar seperti thinner,cat dan turpntine yang diguna
sebagai pencair cat hendaklah disimpan dalam bekas yang telah disahkan selamat
ditempat yang telah ditetapkan
Bahan-bahan bukan kemasan seharusnya juga disimpan secara terurus, diantaranya
 Kepingan panel hendalah disusun berlapis rata , dilapik bagi menjarakkannya dari
permukaan tanah dengan pelapik kayu yang diletak pada jarak mak.400mm
 Panel mesti disimpan kering. Jika disimpan diluar stor, ia perlu dilindungi dari
dedahan cuaca.
 Penjagaan hendaklah diberikan bagi mengelakkan kerosakan (serpih atau pecah)
pada hujung dan sisi.

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT


No. Kod : WTP 204/ M10/PBK(10/1) Muka: 12 Drp:12

UJI DIRI

Rujukan:
 - 

1. bab8-KEMASAN
www.scribd.com/doc/60135670/bab8-KEMASAN - 

2. Ezlin 77: Kemasan Dinding


http://ezlins.blogspot.com

3. House Planning: How to Choose Tile


http://www.houzz.com/ideabooks/409994/list/House-Planning--How-to-Choose-Tile

4. Tiling walls- Diyadvice


http://www.diyadvice.com/diy/tiling/how-to-tile/walls/

5. How to Determine the Quality of Ceramic Floor Tiles | Home Guides ...


homeguides.sfgate.com › Construction & Remodeling › Floors

6. How to Determine the Quality of Ceramic Floor Tiles | eHow.com


www.ehow.com › Home Building & Remodeling

7. SEBUT HARGA PEMASANGAN TILES - ubah suai rumah-dapur|Tiles


www.mytukang.com/.../sebut-harga-pemasangan-t.

8. Articles Ceramic Tile colerepair.com/Articles


%20Ceramic%20Tile.html

Dibina oleh Che Mohd Supardi b Ibrahim KVKT

Anda mungkin juga menyukai