Anda di halaman 1dari 41

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Industri pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dalam


pembangunan sesebuah negara. Peranannya bukan sahaja meningkatkan
pertumbuhan ekonomi malah mewujudkan peluang pekerjaan. Ini sejajar dengan
Unit Perancang Ekonomi Jabatan Pengarah Perdana Menteri (2015), yang
menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi yang kukuh untuk tempoh yang
berterusan telah meningkatkan kapasiti dan mendorong perkembangan pesat sektor
pembinaan di Malaysia. Hal ini menunjukkan industri pembinaan adalah menjadi
keutamaan dalam membangunkan negara yang makmur disamping landskap yang
menarik.

Walau bagaimanapun, pekerja di sektor binaan lebih tertumpu tenaga kerja


asing bagi menampung keperluan kerja tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan
berlakunya kerugian kepada negara yang terlalu bergantung kepada tenaga kerja
asing. Seharusnya anak tempatan yang tidak cemerlang dalam pelajaran boleh
dilatih menjadi tenaga mahir atau separuh mahir. Oleh itu, peranan semua pihak
amatlah perlu bagi membendung masalah pekerja asing dan masalah
pengangguran dikalangan rakyat tempatan.

Antara industri pembinaan yang dijalankan adalah melibatkan pembinaan


kawasan perumahan, kawasan perindustrian, taman permainan dan sebagainya.

1
Tujuannya adalah untuk memenuhi keperluan dan kefungsian yang tertentu. Dalam
sesebuah bangunan seperti sekolah, pembinaannya terdiri daripada kelas, makmal,
koperasi, pejabat, bilik air dan stor.

Salah satu bilik yang menjadi keperluan dalam sesebuah bangunan adalah
stor. Pembinaan stor bukan sahaja untuk penyimpanan barang atau peralatan
malah dapat memastikan barangan yang tidak diperlukan atau kurang digunakan
disimpan dengan baik dan selamat. Oleh itu, fungsi stor adalah sangat penting
dalam menjamin penyimpanan segala peralatan yang kurang digunakan adalah
lebih teratur dan terkawal.

1.2 Penyataan Masalah

Bengkel Teknologi Pembinaan tiada tempat yang khusus untuk menyimpan


jubin dan mozek seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.1 di bawah. Keadaan jubin
dan mozek yang tidak teratur dan bersepah ini telah menyebabkan kawasan kerja
bagi Bengkel Batu 2 menjadi kecil dan mencacatkan pemandangan. Ia juga akan
menyebabkan jubin pecah akibat cuaca panas dan hujan serta akan menjadikan
tempat pembiakan haiwan liar seperti ular. Oleh itu, tempat penyimpanan jubin itu
tidak selamat kepada para pengguna seperti guru mahupun pelajar terutamanya
kepada warga Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Segamat. Justeru itu, kami
mencadangkan tindakan proaktif untuk menjalankan kerja pembinaan dengan
membina stor penyimpanan jubin agar ianya selamat, cantik dan teratur.

Rajah 1.1 Jubin yang bersepah di ruang Bengkel Batu 2 Teknologi Pembinaan

2
1.3 Objektif Projek

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut, iaitu :

1.3.1 Membina stor penyimpanan jubin Bengkel Teknologi Pembinaan

1.4 Skop Projek

Projek yang dijalankan adalah membina stor penyimpanan jubin Bengkel


Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Segamat. Kedudukannya adalah
diperkarangan luar Bengkel Batu 2 yang terletak bersebelahan dengan Bengkel
Automotif. Ini ditunjukkan pada Rajah 1.2 di bawah. Saiz stor ini adalah 4110 mm
panjang dan 780 mm lebar. Manakala, tinggi tembok bata adalah 2743 mm x 2428
mm yang diikat dalam ikatan sisi bata. Binaannya terdiri daripada papak lantai
konkrit, dinding bata (dilepa dikedua-dua belah permukaan) dan bumbung. Jenis
bumbung yang dibina adalah bumbung pisang sesikat. Bahan yang digunakan
untuk kerangka bumbung adalah besi keluli C-Chanell dan penutup bumbung jenis
Metal Deck G28.

Rajah 1.2 Pelan Lokasi Pembinaan Stor Penyimpanan Jubin Bengkel Teknologi
Pembinaan .

3
1.5 Perancangan Perlaksanaan Projek

MULA

TAJUK PROJEK:
Kerja Membina Stor Penyimpanan Jubin Bengkel Teknologi
Pembinaan Kolej Vokasional Segamat

Pembentangan Kertas Cadangan

Tidak Diterima
Pembetulan

Ya

Proses Kerja

 Melawat Tapak Projek


 Kerja Pembersihan Tapak
 Mereka Bentuk Projek
 Penyediaan Bahan Dan Alatan
 Pembinaan Dinding Tembok Bata
- Ikatan sisi bata (1/2 B tebal)
- Kerja Pemasangan Tiang
 Kerja Bumbung
- Memasang tutup tiang
- Memasang kerangka bumbung
- Memasang penutup bumbung
- Memasang tumpu kasau
 Kerja kemasan
- Melepa dinding
- Mengecat
- Membuat papak lantai

Projek Siap

Pembentangan Hasil Projek

Penilaian

Rajah 1.3 Carta Alir Perancangan Pelaksanaan Kerja Membina Stor Penyimpanan Jubin Bengkel
Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Segamat
4
Rajah 1.3 menunjukkan Carta Alir Perancangan Pelaksanaan Kerja
Membina Stor Penyimpanan Jubin Bengkel Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional
Segamat. Sesi pembentangan kertas kerja (proposal) projek perlu dilakukan terlebih
dahulu bagi mendapatkan kelulusan untuk meneruskan penyiapan projek yang
dicadangkan. Setelah mendapat kelulusan daripada penyelia projek, baharulah
projek dapat diteruskan dengan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Dalam projek ini, kerja yang terlibat adalah seperti berikut :

a) Melawat Tapak Projek

- Melawat tapak projek merupakan kerja awalan yang perlu dilakukan


sebelum sesebuah projek pembinaan dilakukan. Tujuannya adalah untuk
mendapatkan maklumat bagi membuat perancangan bagi menyiapkan
projek tersebut. Berdasarkan lawatan tersebut, kami dapat membincangkan
kaedah pembinaan yang boleh dilaksanakan disamping memastikannya
adalah ekonomik.

b) Kerja Pembersihan Tapak

- Dalam melaksanakan kerja pembersihan tapak, perkara yang dilakukan


adalah membuang segala tumbuh-tumbuhan, rumput, akar kayu dan
sampah sarap yang terdapat pada tapak projek. Setelah siap dibersihkan,
baharulah kerja mengukur tapak dilakukan. Tujuannya adalah untuk
mendapatkan keluasan (panjang dan lebar) projek yang hendak dibina.
Berdasarkan kepada ukuran ini, kami dapat mereka bentuk lukisan projek
disamping menyenaraikan bahan yang akan digunakan.

c) Mereka Bentuk projek

- Reka bentuk projek adalah penghasilan lukisan yang melibatkan pandangan


ortografik. Tujuannya adalah untuk mendapatkan gambaran yang jelas
terhadap projek yang hendak dibina disamping menentukan bahan dan
alatan yang diperlukan.

5
d) Penyediaan Bahan dan Alatan

- Segala peralatan dan bahan yang terlibat dalam menyiapkan projek ini perlu
disediakan terlebih dahulu. Senarai bahan yang diperlukan adalah
berdasarkan kepada reka bentuk projek yang telah disiapkan. Tujuannya
adalah bagi memastikan proses kerja penyiapan projek dapat dilaksanakan
dengan lancar.

e) Pembinaan Dinding Tembok Bata

- Tapak projek yang dijalankan ini merupakan projek yang telah tergendala.
Bagi memulakan projek, kami memulakan kerja dengan membina dinding
tembok bata pada tapak projek yang asal. Dinding yang dibina ini
menggunakan ikatan sisi bata dengan ketebalan ½ B. Pembinaan dinding ini
berukuran 4110 mm panjang, 780 mm lebar dan 2743 x 2428 mm tinggi.
Ianya diikat menggunakan bancuhan simen dengan nisbah bancuhan 1:3.
Peralatan yang digunakan adalah sudip bata, alat aras spirit, benang dan
tolok.

f) Kerja Bumbung

- Jenis Bumbung yang digunakan bagi membina stor jubin ini adalah
bumbung pisang sesikat. Kerja bumbung dimulakan dengan memasang
tutup tiang yang akan diskru pada dinding bata. Setelah siap, kerja
diteruskan dengan memasang baton dan seterusnya memasang penutup
bumbung. Walau bagaimanapun, bagi kerja bumbung ini langkah
keselamatan perlu diambil kerana ia melibatkan kerja ditempat yang tinggi.
Oleh itu, peralatan dan pakaian keselamatan yang digunakan adalah
peranca, topi keselamatan, abah-abah, sarung tangan dan kasut
keselamatan.

g) Kerja Kemasan

- Kerja kemasan yang dilakukan adalah melepa dinding, membuat papak


lantai dan mengecat. Setelah kerja bumbung selesai, kerja diteruskan
dengan melepa setiap bahagian dinding yang telah dibina. Kerja melepa ini
dijalankan pada kedua-dua belah permukaan dengan ketebalan 20 mm.

6
Setelah siap, baharulah kerja membina papak lantai dilakukan pada setiap
bahagian. Akhir sekali, kerja yang dilakukan adalah mengecat. Cat yang
digunakan adalah cat emulsi.

1.5.1 Carta Gantt Pelaksanaan Kerja

Carta Gantt pelaksanaan kerja membina stor penyimpanan jubin Bengkel


Teknologi Pembinaan perlu dibuat bagi memastikan kerja menyiapkan projek
dapat disusun dengan teratur. Ianya penting bagi memastikan projek dapat
disiapkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Justeru itu, Carta Gantt
bagi projek ini ditunjukkan pada Jadual 1.1 di bawah.

7
Jadual 1.1 Carta Gantt Pelaksanaan Kerja Membina Stor Penyimpanan Jubin Bengkel Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Segamat.

BIL BULAN MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT. CATATAN
PERKARA 1 2 3 4 5 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 5 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Kerja Membina Stor
Penyimpanan Jubin Bengkel
Teknologi Pembinaan Kolej
Vokasional Segamat
1. Melawat Tapak Projek

2. Kerja Pembersihan Tapak


PERINTAH
3. Mereka Bentuk Projek KAWALAN
PERGERAKAN
PERINTAH
4. Penyediaan Bahan dan Alatan KAWALAN
PERGERAKAN
CUTI AKHIR
5. Pembinaan Dinding Tembok Bata SEMESTER SESI
1

6. Kerja Bumbung

7. Kerja Kemasan

PETUNJUK
Perancangan Projek
  Pelaksanaan Projek
  Projek Lewat

8
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam sesebuah bangunan, pembinaannya terdiri daripada struktur


bangunan seperti asas, tiang, rasuk, tangga dan bumbung. Menurut Tan (1990),
setiap struktur bangunan mempunyai fungsinya tersendiri, iaitu :
a) Asas
- Merupakan bahagian paling bawah terletak di atas tanah yang
menanggungnya.
- Fungsi adalah :
i) Mengagihkan beban bangunan itu supaya ditanggung oleh
tapak tanah yang lebih luas
ii) Mencegah bangunan itu daripada mendap akibat gerakan
atau hakisan
iii) Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina
bangunan itu
iv) Menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan
pusat gravitinya; inilah sebabnya asas bangunan dibina ke
dalam tanah.

9
b) Dinding
- Dinding dan tembok dibina untuk melindungi kita daripada cuaa
buruk, binatang liar dan sebagainya. Antara ciri – ciri dinding yang
perlu diutamakan adalah :
i) Kestabilan
 Ia mestilah kukuh dan stabil supaya tidak runtuh.
Kestabilan sesebuah tembok adalah bergantung
kepada keadaan asasnya, ketebalan dan
ketinggiannya, tekanan yang dihadapi (angin dan
sebagainya), beban yang ditanggung dan kedudukan
pusat gravitinya.
ii) Kekuatan
 Kekuatan dinding dan tembok adalah bergantung
kepada bahan yang digunakan dan juga cara
pembinaannya. Contohnya, sesebuah tembok bata
yang dibina dengan bata kejuruteraan dalam ikatan
inggeris adalah lebih kuat berbanding dengan tembok
yang dibina dengan bata simen dalam ikatan Flemish.
iii) Perlindungan cuaca
 Iaitu mempunyai kebolehan untuk mencegah
kepanasan dan kesejukan memasuki ke dalam
bangunan. Begitu juga kebolehannya menentang air
hujan meresapi ke dalamnya.
iv) Rintangan kebakaran
 Iaitu mempunyai kebolehan menahan api apabila
terbakar. Ciri ini adalah bergantung kepada bahan-
bahan yang digunakan. Kayu yang diawet dengan
bahan kimia dapat merintang kebakaran dengan
memuaskan. Rintangan kebakaran menjamin
keselamatan nyawa apabila kebakaran berlaku pada
bangunan.
v) Serapan bunyi
 Kaedah pembinaan dan jenis bahan yang digunakan
bertanggungjawab kepada kebolehan dinding dan
tembok dalam menyerap bunyi. Ciri – ciri ini menjamin
keselesaan dan ketenteraman di dalam bangunan.

10
c) Bumbung
- Merupakan bahagian bangunan yang paling penting kerana
bumbunglah yang melindungi penghuninya daripada hujan dan
matahari.
- Pemilihan jenis bumbung adalah berdasarkan kepada ciri – ciri
berikut, iaitu :
i) Kestabilan
ii) Perlindungan daripada cuaca iaitu matahari, angin dan hujan
iii) Tahan lasak
iv) Rintangan terhadap haba
v) Bekalan cahaya dan ganti udara
vi) kecantikan

Salah satu binaan yang menjadi keperluan dalam sesebuah bangunan


adalah stor. Stor merupakan sebuah bilik yang dibina untuk menyimpan segala
peralatan atau barang yang kurang digunakan oleh penghuni bangunan. Ini bagi
memastikan penyusunan kelengkapan bangunan dapat disimpan dan diagihkan
perletakannya ditempat yang sesuai disamping menjaga peralatan tersebut dengan
baik.

2.2 Dinding Tembok Bata

Dinding adalah satu struktur yang biasa dalam keadaan pugak sebagai
pembahagian bangunan-bangunan kepada ruang-ruang atau pun bilik-bilik. Menurut
Tan (1990), antara fungsi dinding adalah untuk menyokong lantai bahagian atas dan
bumbung termasuk beban tindihan. Dalam projek ini, dinding tembok bata dibina
menggunakan bata yang diikat menggunakan bancuhan simen 1:3. Bata yang diikat
adalah dalam ikatan sisi bata dengan ketebalan ½ B. Selain itu, tiang konkrit yang
berukuran 100 mm x 100 mm x 300 mm juga dipasang sebanyak satu batang.

2.3 Bumbung

Bumbung binaan yang terletak pada bahagian yang paling atas bagi satu
struktur bangunan (Tan, 1990). Fungsinya adalah untuk melindungi penghuni,
pengguna dan sebagainya dari ancaman angin, panas terik, hujan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, binaan bumbung terdiri daripada kasau betina, gulung-

11
gulung, penutup bumbung, perabong dan papan tumpu kasau. Dalam projek ini,
kaedah pembinaannya adalah seperti berikut :

a) Memasang Tutup Tiang


- Tutup tiang dipasang pada tembok dinding bata secara memanjang.
Tujuannya adalah untuk menyangga pemasangan kerangka
bumbung.

b) Memasang Kerangka Bumbung


- Kerangka bumbung yang dibina adalah jenis bumbung pisang
sesikat. Bahan yang digunakan adalah C-Channell, L-plat dan Self
Drilling Screw. Kaedah pembinaannya adalah secara IBS
(Industrialized Building System).

c) Memasang Penutup Bumbung


- Pemasangan penutup bumbung dilakukan setelah batton dipasangan
di atas kerangka bumbung. Penutup bumbung ‘Metal Deck’ disusun
dengan lekap ¼ lap dan diskru menggunakan Self Drilling Screw.

d) Memasang Tumpu Kasau


- Tumpu kasau yang digunakan adalah jenis C-Channell yang
bertujuan untuk menutup bahagian hujung kerangka bumbung.
Tujuannya adalah untuk mencantikkan binaan bumbung.

12
2.4 Bahan Yang Digunakan Dalam Kerja Membina Stor Penyimpanan Jubin
Kolej Vokasional Segamat

2.4.1 Bata

Rajah 2.1 Bata

Bata merupakan sejenia bahan binaan yang digunakan dalam pembinaan.


Menurut Tan (1990), bahan asas dalam pembuatan bata adalah tanah liat (shale),
pasir, kapur dan simen. Saiz piawai bata ialah 65 mm tebal, 102.5 mm lebar dan
215 mm panjang dengan ketinggian purata empat biji bata tidak melebihi 300 mm.
Bata banyak digunakan dalam pelbagai pembinaan, contohnya pembinaan tembok,
tiang, lantai, tangga, jalan dan lain-lain lagi.

2.4.2 Simen Portland Biasa

Rajah 2.2 Simen Portland Biasa

Simen adalah bahan pengikat yang digunakan untuk pengikat pelbagai jenis
bahan binaan bersama (Jahiman Badron, 2011). Ia digunakan mengikut keperluan
dan kesesuaiannya. Bahan utama simen adalah terdiri daripada batu kapur dan
tanah liat. Terdapat dua sifat penting yang ada pada simen iaitu sifat lekitan dan
sifat lekatan. Sifat ini boleh mengikat ketulan batu baur untuk membentuk satu jasad
yang keras dan padu. Simen dihasilkan dalam proses pembakaran yang terkawal di

13
mana bahan tanah liat dan kapur yang menjalani proses pembakaran tersebut akan
menjadi hangus. Campuran bahan gypsum dibuat mengikut nisbah tertentu utuk
mengawal masa bekunya. Simen jenis ini begitu meluas digunakan untuk membuat
mortar dan konkrit. Biasanya digunakan untuk pembinaan umum seperti melepa
dan menerap bata.

2.4.3 Batu Baur Halus

Rajah 2.3 Batu Baur Halus

Pasir atau batu baur halus adalah salah satu bahan binaan yang digunakan.
Menurut Tan (1990), pasir atau serpihan-serpihan batu yang saiznya kurang
daripada 5 mm adalah batu baur halus yang lazim digunakan dalam bancuhan
konkrit dan mortar. Pasir boleh didapati daripada lombong atau sungai. Pasir
lombong ialah pasir yang digali daripada lombong dan terbahagi kepada dua jenis
iaitu pasir halus dan pasir kasar. Pasir halus mengandungi sedikit tanah biasa
digunakan untuk bancuhan mortar bersama-sama pasir halur dari sungai dan
simen. Bancuhan tersebut menghasilkan mortar yang bersifat plastik dan mudah
melekat walaupun kekuatannya agak kurang. Manakala, pasir kasar tidak sesuai
digunakan untuk membancuh mortar tetapi sesuai digunakan untuk membancuh
konkrit dan membuat blok simen. Pasir sungai mutunya baik jika tidak mengandungi
kotoran yang berlebihan. Bancuhan konkrit atau mortar yang menggunakan pasir
sungai sahaja biasanya lebih susah dikerjakan. Oleh itu, bahan yang dinamakan
pemudah-adun (plasticizer) kadangkala ditambah untuk meninggikan sifat
kesenangan kerja bancuhan konkrit atau mortar tersebut. Pasir yang didapati di
pantai laut tidak sesuai digunakan kerana pasir itu mengandungi garam yang akan
menyebabkan kejadian peroi pada permukaan binaan.

2.4.4 Batu Baur Kasar

14
Rajah 2.4 Batu Baur Kasar

Saiz maksimum batu baur kasar hendaklah dalam lingkungan 19 mm


(Mohd Zubir, 2009). Ianya hendaklah terdiri daripada pecahan batu baur keras
kecuali bagi kerja bawah tanah, di mana hanya pecahan batu granit sahaja boleh
digunakan. Batu baur ini hendaklah tidak mengandungi ketul-ketul tanah liat
melebihi 1% mengikut berat. Contoh batu baur yang kering hendaklah tidak
menunjukkan pertambahan berat melebihi 8% setelah direndam dalam air dan diuji
mengikut Piawaian Malaysia M.S 7.5, dan hendaklah mempunyai bentuk yang
sesuai dan tidak menyerpih dengan indeks serpihan tidak melebihi 35.

2.4.5 Tetulang

Rajah 2.5 Tetulang

Tetulang merupakan bahan utama untuk menerima daya tegangan di dalam


struktur konkrit bertetulang (Anuar M. Lela et. al., 2005). Sifat tetulang yang unik
berbanding bahan lain ialah mempunyai kekuatan tegangan yang tinggi dan mampu
menjadikan konkrit tahan pada daya tegangan. Konkrit biasanya berupaya
menanggung tegasan tekanan dengan berkesan. Apabila bahagian binaan
mengalami tegasan tegangan seperti yang berlaku pada tiang, ambang, rasuk,
lantai dan lain-lain lagi, konkrit biasa tidak sesuai digunakan. Masalah ini dapat

15
diatasi dengan mencantumkan besi atau keluli yang mempunyai keupayaan
menanggung tegasan tegangan dan juga tekanan yang dialami oleh binaan
tersebut. Keluli ini merupakan tetulang konkrit. Beberapa jenis keluli boleh
digunakan sebagai tetulang kepada konkrit iaitu keluli lembut (mild steel), bar
berbunga, tetulang anyaman dan dawai keluli tegangan tinggi (Anuar M. Lela et. al.,
2005).

2.4.6 C-Channell

Rajah 2.6 C-Channell

C-Channell atau sistem kerangka keluli merupakan bahan yang


digunakan bagi membina kerangka bumbung. Pemilihannya adalah disebabkan
harganya yang lebih kompetetif berbanding kayu dan tempoh pembinaan yang lebih
singkat.

2.4.7 Batton

Rajah 2.7 Batton

Batton atau dikenali sebagai gulung-gulung bumbung diperbuat daripada


keluli dan telah banyak digunakan di negara ini kerana ianya ringan dan murah.
Ianya juga kukuh, mudah didapati, tahan lasak, mempunyai daya rintangan api,
kekal bentuk dibawah beban, tidak menyerap, tidak mengecut dan tidak rapuh atau
tidak reput akibat daripada serangan serangga perosak.
2.4.8 Penutup Bumbug ‘Metal Deck’

16
Rajah 2.8 Penutup Bumbung ‘Metal Deck’

Fungsi penutup bumbung adalah untuk melindungi penghuni rumah atau


bangunan dari hujan, panas dan angin. Penutup bumbung Metal Deck G28 ini
mempunyai lekukan dengan 23 mm tinggi. Kelebihannya adalah ianya ringan,
fleksibel dan mempunyai pelbagai pilihan warna (Mohd Normal, 2014). Kebaikan
menggunakan Metal Deck ini adalah ianya tahan panas sehingga 120 , struktur
bergelembungnya dapat memisahkan bunyi iaitu tidak menyerap bunyi bising dan
ketahanannya boleh mencecah sehingga 10 tahun atau lebih (Mohd Normal, 2014).

2.4 Barang Logam Dan Kelengkapan

2.4.1 Self Drilling Screw

Rajah 2.9 Self Drilling Screw

Self-Drilling Screw merupakan skru yang digunakan untuk mengikat dan


menyambung dua komponen logam nipis ke dalam sekeping tunggal. Skru jenis ini
berfungsi sebagai mengunci sesuatu komponen. Skru jenis ini sesuai digunakan
bagi kerja pemasangan kuda - kuda besi. Skru jenis ini mempunyai saiz yang
berukuran 5 atau 8 inci dan mempunyai mata pengorek besi dan boleh digunakan
maksimum 2 atau 3 kali tebukan sebelum mata penggoreknya tumpul.
2.4.2 Pendakap L-Plat

17
Rajah 2.10 Pendakap L-Plat

Pendakap juga dikenali sebagai sandal topang, biasanya digunakan untuk


menyokong almari atau papan yang dipasang pada tembok. Pendakap ini diperbuat
daripada keluli ataupun gangsa. Pemasangannya ialah dengan menggunakan skru.
(Tan, 1990).

2.5 Kemasan
2.5.1 Cat

Rajah 2.10 Cat

Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan dalam perusahaan untuk
memberi lapisan perlindungan kepada bahan- bahan kayu, besi, lepa, konkrit dan
lain- lain (Tan, 1990). Fungsi cat ialah memcantikan pemandangan dan
memudahkan proses pembersihan permukannya. Pada dasarnya, cat diperbuat
daripada jenis pewarna dan cecair. Perwarna car terdiri daripada oksida, besi,
amber, kromium, oksida zink dan lain-lain lagi. Cecair cat pula mengadungi bahan-
bahan pengikat (blinder) dan pelarut (thinner). Bahan pengikat berfungsi melekatkan
pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan.

18
BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Metodologi adalah bahagian yang terpenting dalam memastikan sesuatu


projek dapat dilaksanakan mengikut jadual dan pencapaian objektif yang telah
ditetapkan. Sehubungan itu, langkah kerja bagi projek membina stor penyimpanan
jubin Bengkel Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Segamat ini ditunjukkan
pada Rajah 3.1 di bawah.

3.2 Proses Kerja Membina Stor Penyimpanan Jubin Bengkel Teknologi


Pembinaan Kolej Vokasional Segamat

19
MULA

Mengenal Pasti Kaedah Membina Stor


Penyimpanan Jubin Bengkel Teknologi
Pembinaan Kolej Vokasional Segamat

Reka Bentuk Projek

Penyediaan Bahan dan Alatan

Proses Kerja

 Pembinaan Dinding Tembok Bata


- Ikatan sisi bata (1/2 B tebal)
- Kerja pemasangan tiang

 Kerja Bumbung
- Memasang tutup tiang
- Memasang kerangka bumbung
- Memasang penutup bumbung
- Memasang tumpu kasau

 Kerja kemasan
- Melepa dinding
- Mengecat
- Membuat papak lantai

Rajah 3.1 Proses Kerja Membina Stor Penyimpanan Jubin Bengkel Teknologi
Pembinaan Kolej Vokasional Segamat

20
3.3 Keterangan Proses Kerja Membina Stor Penyimpanan Jubin Bengkel
Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Segamat

3.3.1 Mengenalpasti Kaedah Membina Stor Penyimpanan Jubin Bengkel


Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Segamat

Terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat bagi membina stor


penyimpanan jubin, iaitu reka bentuk projek, penyediaan bahan dan alatan,
pembinaan dinding tembok bata, kerja bumbung dan kerja kemasan.

Kerja dimulakan dengan membina dinding tembok bata pada tapak projek
dengan ikatan sis bata dengan ketebalan ½ B menggunakan bancuhan simen (1:3).
Pembinaan dinding ini berukuran 4110 mm panjang, 780 mm lebar dan 2743 x 2428
mm tinggi. Peralatan yang digunakan adalah sudip bata, alat aras spirit, benang dan
tolok.

Setelah dinding tembok bata siap dibina, kerja seterusnya adalah memasang
bumbung jenis pisang sesikat. Kerja bumbung dimulakan dengan memasang tutup
tiang yang akan diskru pada dinding bata. Setelah siap, kerja diteruskan dengan
memasang batton dan seterusnya memasang penutup bumbung. Walau
bagaimanapun, bagi kerja bumbung ini langkah keselamatan perlu diambil kerana ia
melibatkan kerja ditempat yang tinggi. Oleh itu, peralatan dan pakaian keselamatan
yang digunakan adalah peranca, topi.

Kerja kemasan yang dilakukan adalah melepa dinding, membuat papak lantai
dan mengecat. Setelah kerja bumbung selesai, kerja diteruskan dengan melepa
setiap bahagian dinding yang telah dibina. Kerja melepa ini dijalankan pada kedua-
dua belah permukaan dengan ketebalan 20 mm. Setelah siap, baharulah kerja
membina papak lantai dilakukan pada setiap bahagian. Akhir sekali, kerja yang
dilakukan adalah mengecat. Cat yang digunakan adalah cat emulsi.

21
3.3.2 Rekabentuk Projek

Kerja membina stor penyimpanan jubin Bengkel Teknologi Pembinaan Kolej


Vokasional Segamat melibatkan pembinaan dinding tembok bata, kerja bumbung
dan kerja kemasan. Rekabentuknya melibatkan lukisan ortografik iaitu pandangan
pelan, pelan tegak hadapan dan pelan tegak sisi. Manakala, lukisan keratan turut
berperanan penting dalam menunjukkan secara terperinci kedudukan struktur binaan
projek ini. Oleh itu, reka bentuk projek ini ditunjukkan pada Rajah 3.2 dan Rajah 3.3
di bawah.

Rajah 3.2 Lukisan Ortografik Kerja Membina Stor Penyimpanan Jubin Bengkel Teknologi
Pembinaan Kolej Vokasional Segamat

Rajah 3.3 Pelan Tegak Keratan A - A

22
3.3.3 Penyediaan Alatan Dan Bahan

Dalam menjamin kelancaran sesebuah pembinaan, penyediaan bahan dan


alatan yang diperlukan mestilah disiapkan terlebih dahulu. Penggunaan bahan dan
alatan ini adalah berdasarkan kepada keperluan pembinaan dan ekonomi. Bagi
projek ini, terdapat beberapa bahan dan alatan yang diperlukan yang ditunjukkan
pada Jadual 3.1 dan Jadual 3.2 di bawah.

Jadual 3.1 Senarai Bahan Kerja Membina Stor Penyimpanan Jubin Bengkel
Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Segamat

Bil Bahan Ukuran Kuantiti


1. Bata - 13478 bata
2. Simen 50 Kg (1 beg) 20 Beg
3. Pasir - 6 Ela
4. Batu baur kasar - 4 Ela
5. Kapur - 15 beg
10 mm x 100 mm x 300
6. Tiang konkrit 1 batang
mm
7. Kerangka Keluli C-Channell 6000 mm 20 batang
Penutup Bumbung Metal
8. 2700mm (G28) 15 keping
Deck
9. Batton 6000 mm (20’) 10 batang
10. Self Drilling Screw 1” secukupnya
11. Cat Emulsi 5 liter 2 tong
12. Cat Undercoat 5 liter 3 tong
12. Roller - 2 batang
13. Berus cat biasa - 2 batang

23
Jadual 3.2 Senarai Peralatan Kerja Membina Stor Penyimpanan Jubin Bengkel
Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Segamat

Bil Nama Peralatan Kuantiti


1. Sudip Bata 2
2. Alat Aras Spirit 2
3. Benang 1
4. Pemaras Keluli 2
5. Pemaras Kayu Pendek 2
6. Pemaras Kayu Panjang 2
7. Pita Pengukur 2
8. Mesin penggaul konkrit 1
9. Hand Drill 2
10
Kereta sorong 2
.
11
Topi keselamatan 2
.
12
Baju keselamatan 2
.
13
Sarung tangan 2
.
Nota : Kos peralatan tidak diambilkira kerana menggunakan peralatan yang
terdapat di Bengkel Teknologi Pembinaan

3.3.4 Anggaran Kos Membina Stor Penyimpanan Jubin Bengkel Teknologi


Pembinaan Kolej Vokasional Segamat

Kos sesebuah pembinaan melibatkan pembelian bahan, peralatan, mesin,


pembayaran gaji pekerja dan kos pengurusan. Ini bertepatan dengan Ab. Aziz et.
al., (2003), yang menjelaskan bahawa nilai kos bahan adalah terdiri daripada simen,
pasir, batu baur kasar, batu bata dan sebagainya. Manakala, pembayaran upah
adalah bergantung kepada kemahiran yang dimiliki oleh seseorang pekerja iaitu
pekerja mahir menerima upah lebih tinggi berbanding dengan pekerja am (Ab. Aziz
et. al., 2003). Dalam projek ini, kos yang terlibat adalah anggaran kos bahan dan
anggaran kos buruh atau upah yang ditunjukkan pada Jadual 3.3 dan Jadual 3.4 di
bawah. Walau bagaimanapun, kos peralatan tidak diambilkira kerana kerja
membina stor penyimpanan jubin Bengkel Teknologi Pembinaan ini dijalankan
menggunakan peralatan yang terdapat di Bengkel Teknologi Pembinaan.

24
Jadual 3.3 Anggaran Kos Bahan

Harga Seunit Kos Bahan


Bil Senarai Bahan Kuantiti
(RM) (RM)
1. Batu Bata 13478 bata RM 0.60 RM 8,086.80
2. Simen 20 Beg RM 18.00 RM 360.00
3. Pasir 6 Ela RM 55.00 RM 330.00
4. Batu baur kasar 4 Ela RM 55.00 RM 220.00
5. Kapur 15 beg RM 4.50 RM 67.50
6. Tiang konkrit 1 batang RM 45.00 RM 45.00
7. Kerangka Keluli C-Channell 20 batang RM 28.00 RM 560.00
Penutup Bumbung Metal
8. 15 keping RM 36.00 RM 540.00
Deck
9. Batton 10 batang RM 14.00 RM 140.00
10
Self Drilling Screw secukupnya RM 58.00 RM 58.00
.
11
Cat Emulsi 2 tong RM 36.00 RM 72.00
.
12
Cat Undercoat 3 tong RM 80.00 RM 240.00
.
13
Roller 2 batang RM 12.00 RM 24.00
.
14
Berus cat biasa 2 batang RM 4.50 RM 9.00
.
Jumlah Keseluruhan RM 10,752.30

Jadual 3.4 Anggaran Kos Buruh Atau Upah

Bil hari bekerja Upah 2 pekerja


Bil Huraian kerja Jumlah (RM)
(1 hari = 8 jam) (RM 40 sehari)
Melawat Tapak Projek
1.  Tentukan kerja membina stor 1 hari RM 80.00 RM 80.00
 Mendapatkan keluasan projek
2. Kerja Pembersihan Tapak
 Pembuangan sampah sarap 2 hari RM 80.00 RM 160.00
dan batu pecah
3. Pembinaan Dinding Tembok Bata
 Ikatan sisi bata (1/2 B tebal) 20 hari RM 80.00 RM 1600.00
 Kerja pemasangan tiang
4. Kerja Bumbung 10 hari RM 80.00 RM 800.00

25
 Memasang tutup tiang,
kerangka bumbung, penutup
bumbung dan tumpu kasau
5. Kerja Kemasan
 Melepa dinding, mengecat dan 15 hari RM 80.00 RM 1200.00
membuat papak lantai
Jumlah Keseluruhan 48 hari RM 3840.00
Jumlah kos keseluruhan yang terlibat bagi kerja membina stor penyimpanan jubin
Bengkel Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Segamat adalah seperti berikut :

Kos bahan + kos upah + kos pengurusan dan keuntungan = kos keseluruhan
projek.
= RM 10,752.30+ RM 3840.00 + (20% × RM 14,592.30)
= RM 10,752.30 + RM 3840.00 + RM 2,918.46
= RM 17,510.76

26
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini, dapatan kajian ditunjukkan dengan hasil yang diperolehi
daripada pelaksanaan projek yang dijalankan. Segala keterangan berserta dengan
gambar menjelaskan bahawa projek ini disiapkan mengikut prosedur yang betul
disamping mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

27
4.2 Proses Kerja Membina Stor Penyimpanan Jubin Bengkel Teknologi
Pembinaan Kolej Vokasional Segamat

Dalam kerja membina stor penyimpanan jubin, kerja yang terlibat adalah
penyediaan bahan dan alatan, pembinaan dinding tembok bata, kerja bumbung dan
kerja kemasan.

4.2.1 Penyediaan Bahan Dan Alatan

Bahan dan alatan merupakan perkara yang penting untuk disediakan


sebelum projek dapat dilaksanakan. Bagi projek ini, antara bahan yang perlu
disediakan adalah simen, batu baur halus, batu baur kasar, kapur, C-Channell,
batton dan penutup bumbung ‘Metal Deck’. Manakala antara peralatan yang
diperlukan bagi menyiapkan projek adalah sudip bata, baldi, kereta sorong,
pemaras keluli, pemaras kayu dan roller. Pemakaian keselamatan pula yang perlu
diutamakan adalah kasut keselamatan, topi keselamatan dan cermin mata
keselamatan.

28
4.2.2 Pembinaan Dinding Tembok Bata

Dinding tembok bata dibina menggunakan bata dan bancuhan simen (1:3)
dalam ikatan sisi bata dengan ketebalan ½ B. Bata yang diikat perlu diuji kearasan
dan kepugakan menggunakan alat aras spirit. Benang digunakan dengan
mengikatnya pada bata bagi mendapatkan kelurusan bata yang perlu diikat. Kerja
seterusnya adalah mendirikan tiang konkrit. Lubang asas digali terlebih dahulu
baharulah tiang didirikan dan diuji kepugakan menggunakan alat aras spirit dan
lubang diisi dengan konkrit. Setelah siap, kerja diteruskan dengan membina kotak
bentuk untuk ambang konkrit. Bahan yang digunakan adalah papan, kayu, tetulang,
paku dan skru. Manakala, peralatan yang diperlukan adalah Cordless Drill, apit F
dan alat aras spirit. Setelah kotak bentuk siap dipasang, bancuhan konkrit 1:2:4
dibuat dan ditempatkan ke dalam kotak bentuk tersebut serta dipadatkan. Ini
ditunjukkan pada Rajah 4.1, Rajah 4.2, Rajah 4.3, Rajah 4.4, Rajah 4.5, Rajah 4.6,
Rajah 4.7, Rajah 4.8, Rajah 4.9 dan Rajah 4.10.

Rajah 4.1 Kerja Menerap Bata dan Mendirikan Tiang konkrit

29
Rajah 4.2 Pembinaan Dinding Tembok Bata Yang Telah Siap

Rajah 4.3 Mengukur dan Memotong Tetulang

Rajah 4.4 Membengkok Tetulang dan Menguji Kepersegiaan

Rajah 4.5 Membina dan Memasang Kotak Bentuk Untuk Membuat


Ambang Konkrit
30
Rajah 4.6 Memasang Kotak Bentuk Untuk Ambang Konkrit Di Atas
Dinding Tembok Bata

Rajah 4.7 Menggunakan Cordless Drill Untuk Memasang Kotak Bentuk

Rajah 4.8 Membancuh Konkrit dan Menempatkan Konkrit Ke Dalam


Kotak Bentuk Ambang Konkrit

31
Rajah 4.9 Menempatkan dan Memadatkan Konkrit Bagi
Mengelakkan berlakunya ‘Honey Comb’

Rajah 4.10 Konkrit Telah Mengeras dan Kerja Membuka Kotak Bentuk Boleh 4.2.3 Kerja Bumbung
Dilakukan

Kerja dimulakan dengan membina kerangka bumbung jenis pisang sesikat.


Bahan yang digunakan adalah C-Channell dan skru. Peralatan yang diperlukan
adalah grander, sesiku-L, pen penanda dan cermin mata keselamatan. Kerangka
bumbung dipasang pada projek setelah tutup tiang siap dipasang pada tembok
dinding bata. Walau bagaimanapun, bagi kerja bumbung ini langkah keselamatan
perlu diambil kerana ia melibatkan kerja ditempat yang tinggi. Oleh itu, peralatan
dan pakaian keselamatan yang digunakan adalah peranca, topi keselamatan, abah-
abah, sarung tangan dan kasut keselamatan. Ini ditunjukkan pada Rajah 4.11,
Rajah 4.12, Rajah 4.13, Rajah 4.14 dan Rajah 4.15.

32
Rajah 4.11 Merancang Tanda dan Memotong C- Channell

Rajah 4.12 Menanda C-Channell Bagi Bahagian Yang Akan Dipotong


dan Memasang Bahagian Kerangka Bumbung Menggunakan
‘Cordless Drill’

Rajah 4.13 Kerangka Bumbung Yang Telah Siap Akan Dipasang Dengan
Menggunakan L-Plat dan Diletakkan Di Atas Tutup Tiang

33
Rajah 4.14 Menanda Kedudukan Kerangka Bumbung Menggunakan Pita
Pengukur dan Pen Penanda

Rajah 4.15 Pemasangan Penutup Bumbung ‘Metal Deck’

4.2.4 Kerja Kemasan

Kerja kemasan yang perlu disiapkan adalah melepa tembok dinding bata,
membina papak lantai dan kerja mengecat. Oleh itu, kerja dimulakan dengan
melepa tembok dinding bata pada kedua-dua belah permukaan dengan ketebalan
20 mm. Setelah siap, baharulah kerja membina papak lantai dilakukan dengan
menggunakan bancuhan simen (1:3) dan peralatan yang digunakan adalah alat
aras spirit, kayu pemaras panjang, pemaras keluli, kereta sorong dan baldi.
Kearasan lantai perlu diuji menggunakan alat aras spirit. Akhir sekali, kerja
diteruskan dengan mengecat setiap bahagian dinding yang telah siap dilepa tadi.
Terdapat 4 lapisan iaitu, cat undercoat dan cat emulsi. Ini ditunjukkan pada Rajah
4.16, Rajah 4.17, Rajah 4.18, Rajah 4.19 dan Rajah 4.20.

34
Rajah 4.16 Kerja Melepa Tembok Dinding Bata

Rajah 4.17 Kerja Melepa Yang Telah Disiapkan

35
Rajah 4.18 Kerja Membina Papak Lantai

Rajah 4.18 Papak Lantai Yang Telah Disiapkan

Rajah 4.19 Kerja Mengecat ‘Undercoat’

36
Rajah 4.20 Kerja Mengecat

Rajah 4.9 Hasil Kerja Membina Stor Penyimpanan Jubin Bengkel


Teknologi Pembinaan

4.3 Kesimpulan

Kerja membina stor penyimpanan jubin telah dapat disiapkan. Walau


bagaimanapun, ianya berlaku kelewatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Namun, kami tetap
berjaya untuk menyiapkannya mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Melalui
pengalaman yang diperolehi semasa menyiapkan projek ini, kami dapat menimba
pengetahuan dan kemahiran dalam melakukan kerja yang sebenar. Ianya sangat
penting bagi kami untuk mempraktikkannya untuk menjalani On Job Training (OJT)
pada akhir semester nanti.

37
BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab 5 ini melibatkan perbincangan, cadangan dan kesimpulan secara


keseluruhannya bagi penyiapan projek ini. Ia melibatkan objektif kajian,
perbandingan, analisis, pemasalah yang timbul, cadangan dan kesimpulan.

5.2 Ringkasan Projek

Projek yang dijalankan adalah kerja membina stor penyimpanan jubin


Bengkel Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Segamat. Objektif yang hendak
dicapai adalah :-

5.2.1 Membina stor penyimpanan jubin Bengkel Teknologi Pembinaan

5.3 Kajian Perbandingan

38
Dalam kerja membina stor penyimpanan jubin Bengkel Teknologi
Pembinaan, terdapat dua jenis bahan yang boleh digunakan iaitu bata dan batu
blok. Pemilihan bahan ini amat penting dalam memastikan pembinaan stor adalah
ekonomik dan bersesuaian dengan bidang pembinaan. Oleh itu, perbandingannya
adalah seperti berikut :-

a) Penggunaan Bata

Bata adalah bahan binaan yang digunakan dalam pembinaan. Ianya


diperbuat daripada tanah liat (shale), pasir, kapur dan simen. Saiz bata adalah
65 mm tebal, 102.5 mm lebar dan 215 mm panjang dengan ketinggian purata
empat biji bata tidak melebihi 300 mm. Bata sesuai digunakan untuk pembinaan
tembok, tiang, lantai, tangga, jalan dan lain-lain lagi. Kelebihannya adalah
mempunyai ketahanan yang kuat, kos yang masih murah dan sangat mudah
diperolehi. Bata yang baik mempunyai sifat seperti saiznya seragam,
permukaan bata tidak retak, bentuknya bersegi tepat dan permukaannya lurus
dan rata.

b) Penggunaan Blok Simen

Kegunaan blok simen kian meningkat kerana ianya lebih murah


harganya dan boleh diikat dengan lebih cepat dalam pembinaannya
menyebabkan produktiviti bertambah. Contohnya, mengikat sebuah blok 450
mm x 225 mm x 100 mm adalah sama dengan mengikat 6 bata biasa. Blok atau
bongkah ini telah ditetapkan dalam BS 2028 yang menyatakan blok itu adalah
lebih besar daripada bata dari segi panjang, tebal dan tinggi. Tinggi blok
mestilah tidak melebihi panjangnya atau enam kali tebalnya.

5.4 Analisis

39
Dalam projek membina stor jubin, bahan yang digunakan adalah bata.
Pemilihan bata adalah disebabkan sifatnya yang mempunyai saiz seragam,
permukaan bata tidak retak, bentuknya bersegi tepat dan permukaannya lurus dan
rata. Kelebihannya juga adalah mempunyai ketahanan yang kuat, kos yang masih
murah dan sangat mudah diperolehi.

5.5 Pemasalahan Yang Timbul

Pemasalahan yang berlaku dalam menyiapkan stor jubin ini adalah Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Keadaan ini telah menyebabkan pelaksanaan projek tergendala dan berlaku
kelewatan untuk menyiapkannya. Waktu pembelajaran pula adalah secara atas
talian dan kami terpaksa berada di rumah masing-masing. Walau bagaimanapun,
bagi mengatasi masalah ini kami terpaksa menyiapkan projek pada waktu luar
pembelajaran iaitu pada waktu hujung minggu.

5.6 Cadangan Projek Lanjutan

Berdasarkan kepada projek yang telah disiapkan, berikut adalah perkara


yang hendak dicadangkan bagi projek seterusnya, iaitu :-

5.6.1 Projek yang disiapkan adalah membina stor penyimpanan jubin sahaja.
Oleh itu, kami mencadangkan agar projek selanjutnya dapat menjalankan
kerja pemasangan siling bagi stor tersebut supaya binaannya siap
sepenuhnya.

5.7 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kerja membina stor penyimpanan jubin di Bengkel


Teknologi Pembinaan dapat disiapkan. Namun, binaannya berlaku kelewatan
disebabkan masalah Covid-19 yang memaksa kerajaan mengadakan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Diharapkan projek yang telah dibina ini dapat digunakan untuk menyimpan jubin
yang digunakan untuk tujuan pembelajaran.

RUJUKAN

40
Ab. Aziz Abd. Latif, Ismail Yusuf & Abdul Aziz Abu Bakar (2003). Pengajian
Kejuruteraan Awam Tingkatan 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Anuar Mat Lela, Amran Hussein & Nawawi Mohd Jan (2005). Bahan Binaan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Jahiman Badron (2011). Teknologi Binaan Bangunan. Selangor : IBS Buku Sdn.
Bhd

Mohd Normal (2014) . “Memasang Atap Metal Deck”. Dimuat turun dari
http://normalplumbingandhouserepair.com/2014/09/memasang-atap-metal-deck-pu-
deck-dan.html?m=1 pada 23/9/2020

Mohd Zubir Amry (2009). Batu Baur Kasar. Dimuat turun dari http://spesifikasi-
kejuruteraan-awam. com pada 29/10/2020

Tan Boon Tong (1990). Teknologi Binaan Bangunan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka

Unit Perancang Ekonomi Jabatan Pengarah Perdana Menteri (2015). Rancangan


Malaysia ke-11 Kertas Strategi 18 : Mentranformasi Sektor Perkhidmatan. 1st ed.
Jabatan Perdana Menteri. Di muat turun dari http://www.epu.gov.my
pada 2/2/2020

41

Anda mungkin juga menyukai