Anda di halaman 1dari 5

2022

POLISI PEROLEHAN
SYARIKAT
Garis panduan ini telah diwujudkan untuk mengurus dan mengawalselia aliran
kewangan serta merancang sesuatu projek atau bekalan yang lebih sistematik dan
telus dalam melaksanakan sesuatu polisi yang ditetapkan.

SERASI VENTURES SDN BHD


1/1/2022
PROSEDUR PEROLEHAN

OBJEKTIF

Prosedur perolehan disediakan adalah untuk membolehkan semua pihak yang bertanggungjawab di
dalam urusan perolehan akan dapat membuat rujukan atau panduan semasa menguruskan semua
perolehan. Keseragaman dasar perolehan akan dapat menghasilkan kerja yang sistematik dan terkawal.
Objektif ini merangkumi :

• “Best value for money”


• Kualiti yang terjamin
• Pengurusan stor yang cekap dan berkesan

KAEDAH PEROLEHAN

Proses pembelian akan dibuat melalui sebutharga dan pembelian runcit. Pengurusan syarikat akan
memanggil syarikat-syarikat sub kontraktor yang berdaftar dengan CIDB untuk mengambil bahagian di
dalam sebutharga atau pembelian runcit. Kaedah perolehan yang perlu dipatuhi dalam urusan
pembelian adalah seperti berikut:

• Sebutharga
• Pembelian Secara Terus
• Rundingan Terus

Kaedah ini menentukan proses pembelian secara pembelian runcit, sebutharga atau rundingan terus
adalah berdasarkan bajet syarikat yang telah diluluskan atau pemantauan harga pasaran untuk
bekalan, perkhidmatan dan kontrak kerja.

PRINSIP PEROLEHAN

• Akauntabiliti awam
• Diuruskan secara telus
• Nilai faedah yang terbaik
• Saingan terbuk
• Adil dan saksama
SEBUTHARGA

Proses pembelian secara sebutharga adalah seperti berikut :

• Sub kontraktor wajib berdaftar dengan CIDB sebelum melaksanakan projek pembinaan.
• Satu-satu kontrak tidak melebihi RM300 ribu bergantung kepada kuantiti dan saiz projek serta
jenis kerja yang ditawarkan.
• Syarikat yang bukan berkaitan kerja pembinaan hanya berdaftar dengan Suruhanjaya syarikat
Malaysia bagi urusan pembekalan / perkhidmatan.
• Nilai sesuatu kontrak pembekalan / perkhidmatan tidak melebihi RM300 ribu bagi satu-satu
kontrak yang ditawarkan.

PEMBELIAN SECARA TERUS

Proses pembelian secara terus adalah untuk pembelian bagi satu item yang nilainya tidak melebihi
RM30,000.00 setahun.

Pembelian adalah dibuat dengan mana-mana syarikat atau individu. Asas pemilihan adalah syarikat atau
individu berkenaan mampu membuat bekalan dan menepati spesifikasi yang dikehendaki.

RUNDINGAN TERUS

Pembelian secara rundingan terus adalah bermaksud pembelian yang dibuat terus dengan satu syarikat
tanpa melalui sebutharga. Walaubagaimanapun proses kelulusan adalah sama melalui kaedah
pembelian secara terus. Pembelian secara ini boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan apabila
terdapat situasi berikut:

• Perkhidmatan atau bekalan yang telah dikenalpasti hanya boleh diperolehi dari satu atau dua
syarikat sahaja.
• Perolehan yang memerlukan bidang kepakaran yang khusus atau teknologi yang terhad.
• Pembelian segera ke atas barangan ataupun perkhidmatan di mana kelewatannya akan
menjejaskan operasi.
• Penyeragaman pembelian di mana terdapat keperluan untuk membeli peralatan/bahan baru
supaya sama dengan peralatan/bahan yang sedia ada. Ini bertujuan untuk memudahkan aspek
pengendalian,penyeragaman, penyelenggaraan dan bantuan teknikal dari pembekal bagi tujuan
pembaikan.
• Perolehan peralatan, perkhidmatan dan bahan-bahan yang memerlukan pertimbangan dari
aspek keselamatan.
KUASA KELULUSAN PEROLEHAN SYARIKAT

Jenis Perolehan Kuasa Kelulusan Had Kuasa

Sebutharga Pengarah Tidak melebihi RM300,000.00

Pembelian Secara Terus Pengarah / Akauntan RM30,000.00 ke bawah

Rundingan Terus Pengurus / Akauntan RM30,000.00 ke bawah

PENILAIAN PRESTASI SYARIKAT

Setiap syarikat/ individu yang didaftarkan akan dinilai prestasinya dari segi menyiapkan sesuatu projek
mengikut masa yang ditetapkan, penghantaran bekalan, kualiti barang dan perkhidmatan selepas jualan.

Bagi syarikat yang gagal dari segi menyiapkan sesuatu projek, penghantaran bekalan mengikut masa
yang telah ditetapkan atau tidak menepati spesifikasi yang dikehendaki, surat peringatan akan
dikeluarkan dan sekiranya perkara ini berulang kerap kali maka syarikat ini tidak akan dipertimbangkan
untuk mengambil bahagian di dalam sebarang sebutharga dn disenarai hitam.

DOKUMEN PEMBAYARAN

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

• Bayaran interim mengikut kemajuan kerja (Transfer Banking online)


• Cek syarikat
• Tunai
CONTOH LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEMBEKAL

Anda mungkin juga menyukai